ANGAN DERITA ku coret kertas ini saat jiwa menangis bagai kocak air mainan anak-anak di tebing sungai yang gaib dan angin memghembus, mendesah, mengeluh wahai Dik Dartina aku sayang pada mu
ku coret kertas ini kala langit di saluti jelaga angkara serakahnya manusia dan dua ekor pipit bercintaan bagai remaja kini yang nakal jenaka dan manis saling menyentuh ekornya serta menggetarkan bulu-bulunya wahai Dik Dartina ku angan kau menjadi isteriku kaki-kaki hujan bagai belati menyentuh hujungnya ke bumi kaki-kaki cinta tegap bagai logam bergermelapan menampar ke muka dan takkan mampu diundurkan selusin malaikat telah turun kala hujan gerimis di muka kaca jendela lalu mencuci rambutnya untuk ke pesta wahai Dik Dartina dengan pakaian anggun melayu bunga-bunga serta selendang warisan anganku membimbingmu untuk dikahwinkan aku melamarmu itu dalam benak ku tiada lebih buruk dan tiada lebih baik dari yang lain... aku yang menempuh hidup insan yang bermula dari kata kata yang bermula dari kehidupan, fikir dan rasa semangat hidup yang kuat bagai berjuta pedang pejuang menyayat kulit langit angan dan cinta mendesah dalam gerimis semangat cintaku yang kuat bagai seribu tangan gaib menyebarkan seribu jaring menyergap hatimu yang bermain denganku engkau adalah puteri anganku puteri dengan suara merdu lembut bagai angin laut mendesahlah bagiku angin mendesah selalu mendesah dengan ratapnya yang merdu engkau adalah puteri tergolek lemas mengejap-kejapkan matamu yang indah dalam jaringku wahai puteri aku menjaring mafkan aku ku coret kertas ini kala kala jiwa menangis gadis manja dan manis menangis minta mainan dua anak lelaki nakal bersenda gurau dalam hujan dan langit iri melihatnya wahai Dik Dartina ku angankan dikau jadi ibu anak-anakku sekali lagi maafkan aku. |