CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2279|Reply: 14

Nidji Puji Muzik Malaysia (Harian Metro)

[Copy link]
Post time 27-3-2009 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Apa Pendapat Korang Dengan Statement Nidji Nih... Saja Nak Kongsi2....

Sifatkan Kumpulan Indie Tempatan Ada Pelbagai Konsep, Genre Berbanding Di Indonesia.

Apa saja corak atau bentuk muzik yang diperkenalkan artis antarabangsa semuanya dianggap hebat serta diagung-agungkan rakyat negara ini.
Sehinggakan tanpa disedari kita bukan saja meminggirkan karya anak tempatan, akan tetapi secara perlahan-lahan membunuh identiti, keunikan serta keistimewaan muzik Malaysia.
Semuanya gara-gara selera peminat yang terarah kepada muzik ciptaan barat termasuk yang dibawa negara jiran, Indonesia.
Menyalahkan mereka 100%, satu hukumam yang tidak adil kerana penggiat seni terpaksa bersaing untuk menempatkan diri demi mendaulatkan industri daripada dijajah selain menjaga periuk nasi mereka.
Justeru mahu tidak mahu, mereka harus menghasilkan lagu yang berbaur Barat dan muzik dari Indonesia demi memenuhi kehendak pendengar.
Namun, tahukah pencinta seni bahawa khazanah muzik Malaysia dikagumi masyarakat antarabangsa kerana keunikan dan kepelbagaiannya?
Kesempatan menebual Kumpulan Popular Indonesia, Nidji pada Konsert Sunburst Live In KL 09, yang berlangsung di Bukit Kiara Equestrian Club pada 21 Mac lalu, membuka mata betapa jahilnya penggemar muzik tempatan.
Giring selaku vokal Nidji mengakui berasa teruja dapat kembali menjayakan persembahan di Malaysia apatah lagi ia adalah acara pertama yang hampir menghimpun hampir semua rock band yang disertai mereka.
"Di sini kami mengambil kesempatan bertemu Kumpulan Korn, N.E.R.D termasuk kumpulan indie dari Malaysia.
"Kami bangga dengan kebangkitan kumpulan indie di seluruh dunia kerana Nidji juga sebelum ini bermula sebagai pemuzik 'underground'. Di mana-mana acara konsert atau showcase, kelompok ini pasti menjadi pilihan.
"Namun, seperkara yang cukup saya kagum dengan kumpulan indie negara ini seperti Estranged, Hujan, Meet Uncle Hussiain dan Pesawat, konsep serta genre yang diketengahkan mereka berbeza-beza & variasi.
"Tidak seperti di Indonesia, muzik yang diketengahkan kebanyakkan band tipikal selain terikat dengan satu melodi sahaja, penggiat muzik Malaysia lebih kreatif dan berani", katanya.
Selain Giring, Nidji turut dianggotai Rama (gitar), Ariel (gitar), Randy (keyboard), Andro (bass) dan Andri (drum). Peminat dihiburkan dengan sembilan lagu yang semuanya adalah hits mereka, antaranya Laskar Pelangi, Arti Sahabat, Child, Heaven, Sudah dan Jangan Lupakan.
Giring mewakili teman lain menambah pihaknya sentiasa menantikan peluang untuk menjayakan persembahan di Malaysia pada masa akan datang kerana selesa dengan persekitaran negara ini juga peminat mereka.

Dipetik dari Harian Metro Jumaat, 27 Mac 2009.

P/S Teruja lak nak bukak Threade pasal komen diorng. Bangga Siot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2009 11:04 AM | Show all posts
saje je 2...........
nak publisiti.......
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 12:17 PM | Show all posts
tulah pasal....Org kita semua terhegeh2 dgn Indon, lagu semua sepesen,nyanyi semua ikut idung..ngok ngek betul..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 01:37 PM | Show all posts
tp betulla..
apesal la korang ske sgt ngasn lagu indon ni..
aq tgk takde variasi langsung..
blk2 lagu tangkap leleh..
bosan....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 11:41 AM | Show all posts
gi jahanam le indon... cakap kat KCI.. bila nak bayar duit royalty arits malaysia  ?
main rompak je buat compilation.. melambak lagu baru artis malaysia kena compile kat indon tu,.. macam2 versi ada,  tukar nama lagu, tukar nama composer , tukar nama penulis lirik.... suka nenek korang je.. 4off  indon!  

indon tetap indon..


[ Last edited by  bluemenx at 28-3-2009 11:44 ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 08:02 PM | Show all posts

Reply #5 bluemenx's post

seriousaly, boleh bagi cth? nak dengar gak..  aritu aku dengar lagu aisyah dinyanyikan artis indon, tak tau byr royalti ke tak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2009 08:18 PM | Show all posts
setuju dgn giring... muzik band indon, lbh kurang jer...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 10:38 PM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 28-3-2009 20:02
seriousaly, boleh bagi cth? nak dengar gak..  aritu aku dengar lagu aisyah dinyanyikan artis indon, tak tau byr royalti ke tak



every year MACP bayar royalti ke KCI indon RM 200,000 -300,000

every 2 years KCI bayar ke MACP RM 14 ke17,000
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2009 12:22 PM | Show all posts

Reply #8 bluemenx's post

oo..ade cth lagu yang diciplok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 01:17 AM | Show all posts
kudos to nidji...krn pujian tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 11:10 AM | Show all posts
INDON + KEJI = NIDJI
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 10:27 PM | Show all posts
Originally posted by jin_lampu at 27-3-2009 12:17
tulah pasal....Org kita semua terhegeh2 dgn Indon, lagu semua sepesen,nyanyi semua ikut idung..ngok ngek betul..


setujuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 10:02 AM | Show all posts
Originally posted by wesmangan at 2-4-2009 11:10
INDON + KEJI = NIDJI


Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 04:15 PM | Show all posts
Originally posted by bluemenx at 28-3-2009 22:38



every year MACP bayar royalti ke KCI indon RM 200,000 -300,000

every 2 years KCI bayar ke MACP RM 14 ke17,000



wah...btol ker...thnx 4 d info.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by wesmangan at 2-4-2009 11:10
INDON + KEJI = NIDJI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.221777 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list