View: 19966|Reply: 5
|
Keunikan Istana Lama Seri Menanti
[Copy link]
|
|
Muzium Diraja Seri Menanti
SEJARAH PENUBUHAN
Istana Lama Seri Menanti adalah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang DiPertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.
Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari JKR, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.
Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu dari jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak.
Istana ini telah digunakan untuk upacara mengadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Lawrence Gullmard telah turut hadir dalam upacara tersebut.
Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992, atas kesedaran DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja adalah di bawah pentadbiran Muzium Negeri, Negeri Sembilan.
Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium akan dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.
ALAMAT:-
Muzium Diraja Seri Menanti
71550 Seri Menanti
Kuala Pilah
Tek / Fax : 06-497 965 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kolokium 100 Tahun Istana Lama Seri Menanti
Oleh Razali Pilus
SEREMBAN, 24 Nov (Bernama) -- Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) akan mengadakan kolokium 100 tahun Istana Lama Seri Menanti di bilik mesyuarat Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah pada 1 Dis.
Pengarah LMNS Shamsuddin Ahmad berkata kolokium sehari bertajuk 'Menatap Seri Senibina Istana Lama Seri Menanti' itu diadakan sempena pengiktirafan Istana Lama Seri Menanti sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (Unesco).
Istana ini, ikon keluarga Diraja Negeri Sembilan, terletak di Kuala Pilah, kira-kira 20 km dari sini.
"Kami menjemput Ketua Jabatan Senibina Fakulti Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, Prof Dr Syed Ahmad Iskandar Syed Ariffin sebagai penceramah," katanya kepada Bernama.
Shamsuddin berkata kolokium itu dijangka akan dilancarkan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri Datuk Mohammad Razi Kail.
PAMERAN TAPAK WARISAN DUNIA
Katanya sempena program sambutan 100 tahun Istana Lama Seri Menanti ini juga, LMNS dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara dan Perbadanan Muzium Negeri Melaka (Perzim) akan menganjurkan pameran tapak warisan dunia di tingkat satu, Istana Lama Seri Menanti pada 15-30 Dis.
"Diharapkan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat pameran yang julung kalinya diadakan ini.
"Kami juga berharap program seumpama ini akan dapat memartabat kekayaan warisan sejarah dan seni bina milik negeri ini yang tiada galang gantinya," katanya.
Istana Lama Seri Menanti ialah istana unik yang diperbuat daripada kayu keseluruhannya.
Pembinaannya bermula pada 1902 dan siap pada tahun 1908 bagi menggantikan Istana Pulih yang dibakar askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya perang Bukit Putus.
ISTANA BARU 99 TIANG
Istiadat perasmian istana ini dilakukan oleh Yang Dipertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931, sebelum baginda berpindah ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.
Istana ini setinggi empat tingkat. Pelan asalnya direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib.
Pelan itu kemudian diperinci semula oleh ketua pelukis pelan yang dikenali sebagai "Mr Woodford" dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Seremban.
Pada November 1902, Jurutera Negeri dan Residen British negeri meluluskan pelan itu.
Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki (kira-kira 20 meter). Keempat-empat tiang ini diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu dari jenis kayu penak.
Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi binaannya "dipaku" dengan kayu yang dipanggil pasak.
KHAS UNTUK UPACARA MENGHADAP
Istana ini digunakan untuk upacara menghadap yang diadakan tiga tahun sekali. Pada tahun 1926, Pesuruhjaya Tinggi Sir Lawrence Gullmard turut hadir dalam upacara itu.
Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 hingga 1964.
Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga tahun 1992 dan Yam Tuan Besar Tuaku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman kemudian memerintahkan istana ini diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'.
Perasmiannya dilakukan pada 14 Julai 1992 dan mulai saat itu dinamakan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti.
Muzium yang diuruskan LMNS ini mempamer koleksi keluarga Diraja Negeri Sembilan.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Istana Lama Seri Menanti diiktiraf istana kayu tertinggi di Malaysia
KUALA PILAH 13 Julai - Istana Lama Seri Menanti di sini mencatatkan sejarah lagi apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai istana kayu tertinggi di negara ini.
Ia pengiktirafan kedua selepas keunikannya yang tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi hanya disambungkan menggunakan kayu pasak, sebelum ini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO).
Istana empat tingkat ini dibina pada 1902 dan siap pada 1908 dengan ketinggian lebih 20 meter.
Ia menggunakan 99 batang tiang kayu jenis cengal yang panjangnya 67 kaki (kira-kira 20.5 meter) yang diambil dari Bukit Pergai, Jelebu dan pelan asalnya adalah rekaan dua tukang Melayu, Kahar dan Taib.
Kelmarin, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan melancar dan menerima pengiktirafan terbaru itu daripada Pengarah Urusan MBOR, Datuk Danny Ooi pada upacara perasmian Pesta Adat Perpatih 2009 dan Sambutan 100 Tahun Istana Lama Seri Menanti.
Turut mengiringi baginda, Tunku Ampuan Besar Negeri, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Berangkat sama Undang Luak Jelebu, Datuk Mendika Menteri Akhirul Zaman Musa Wahab; Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Muhamad Sharip Othman; Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan.
Pada upacara sama, Tuanku Muhriz berkenan melancarkan dua buku bertajuk 100 Tahun Istana Lama Seri Menanti dan Jejak Adat Perpatih Luak Jempol.
Seni bina istana lama itu mengambil sempena istana Melayu Minangkabau dengan atapnya melengkung seperti tanduk kerbau dan semakin tinggi tingkatnya, semakin kecil ruangnya.
Ruang paling tinggi di tingkat empat selalunya digunakan oleh raja untuk meninjau aktiviti penduduk di sekitar istana.
Sementara itu, dalam ucapannya, Mat Ali berkata, Istana Lama Seri Menanti pernah menjadi tempat bersemayam Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-7, Tuanku Muhammad Tuanku Antah.
''Sekitar 1960-an, bangunan istana berkenaan dijadikan sekolah agama tinggi dan kini ia lebih dikenali sebagai Muzium Diraja Seri Menanti.
''Istana Lama Seri Menanti sememangnya unik kerana pembinaannya tidak menggunakan walau sebatang paku pun,'' jelas beliau.
Mat Ali berkata, istana lama tersebut merupakan lambang keindahan seni bina masyarakat berketurunan Minangkabau yang berpegang teguh pada adat perpatih di negeri ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|