|
FAM - persatuan sukan kuku besi & bodoh sombong
[Copy link]
|
|
ni aku copy paste posting aku dari thread umah sebelah..
berkenaan player m'sia yg selalu di salahkan n di kambeng hitamkan time kena belasah dgn team lawan..
time ni FAM akan nyorok n menikuskan diri, mereka akan salahkan player or coach..
player malaysia memang tak sehebat n tak berbakat macam player africa yg boleh cari makan main bola kat europe..
tapi teknik boleh di asah n di mantapkan.. tapi ini keje pihak pengurusan untuk ajar teknik n attitude yg betoi dari kecik..
USA adalah salah satu contoh negara yg player nya tak berbakat tapi hasil dari pengurusan yg baik n sistematik, player mereka ada teknik n attitude yg mantap, n selalu dapat masuk World Cup..
ni pendapat aku jer..
---------------------------------------------------
pendapat aku pulak..
pengurusan salah 90 persen..
tak bole nak salahkan pemain jer..
sebab.. contoh cam team U12 DANONE yg main kat france tu.. baguih apa..
team remaja zaman akmal rizal.. penah kalahkan team remaja Ajax Amsterdam kat tempat diaorg..
jadi, kanak2 malaysia skill dia setanding dengan player kanak2 luar negara..
cuma bila masuk remaja n dewasa.. bakat mereka statik setakat skill n teknik kanak2 jer..
tu pasal time game selalu buat kesilapan tahap budak sekolah..
pengurusan yg ada ni salah urus bakat2 yg ada...
termasuk la kebanyakkan pengurusan negeri n FAM..
mungkin diaorg ni banyak rasuah n kronisme sambil sibuk kumpul harta agaknya..
pengurusan yg baik akan menentukan SISTEM dan BUDAYA...
cuba import pengurusan dari JEPUN or KOREA.. import sekali sistem n budaya mereka..
for sure mesti mantap bolasepak m'sia...
kenapa zaman 60an hingga 80an dulu team m'sia kuat?
sebab kita antara team bolasepak terawal yg ada di ASIA..
team2 dari arab n kebanyakkan negara asia, belom maju lagi time tu.. africa pun belum kenal bolasepak lagi..
AFC tu pun m'sia yg tubuhkan..
tapi bila banyak negara terlibat dgn bolasepak n maju ke depan..
pengurusan m'sia tertinggal n masih di takuk lama..
Lim Teong Kim, bekas national player, sekarang coach team junior bayern munich, ada kata..
SISTEM n kemudahan kita maseh di takuk lama..
sapa kate kemudahan bolasepak kita kelas pertama?
stadium jer cantek, tapi padang buruk.. team luar (brazil, chelsea) main kat bkt jalil pun komplen..
lagi.. banyak padang2 awam dah di gantikan dgn bangunan2..
kat korea n jepun, mereka main bola waktu pagi.. tu pasai secara naturalnya stamina mereka lebih mantap..
tapi.. budaya bolasepak m'sia main bola for leisure waktu petang dah nak maghrib.. dah tu main sat jer..
dalam bolasepak ada 2 perkara utama.. teknik n bakat (flair).. physical lain cerita..
player yg berbakat semulajadi, banyak dari amerika selatan n afrika..
tu pasai, w'pun pengurusan buruk.. player2 dari benua sana dapat cari makan kat europe..
tapi di europe.. player2 mereka punya bakat tahap biasa jer.. tapi teknik mereka mantap...
nak mantapkan teknik.. kena di ajar & di asah dari kecik sampaijadi professional player.. dari basic ke advance technique..
contoh paling senang.. amik jer david beckham.. dia takde la berbakat sangat.. tapi teknik memang mantap..
so kesimpulannya, player m'sia ni.. w'pun tak ramai yg berbakat macam player africa or south america..
tapi TECHNIQUE n ATTITUDE boleh di bentuk.. setakat physical, mexico n thailand pun kecik2 jer..
tapi yg buat keje ni semua adalah pihak PENGURUSAN..
mereka yg menentukan SISTEM yg di gunakan... |
|
|
|
|
|
|
|
top management yg sorg tu bodoh lg sombong,,,,teka lh |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa fam mmg paling banggang dalam dunia |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama dah...bodo ni |
|
|
|
|
|
|
|
diaorang duk bimbang pasal status profesional, tapi kerja tak profesioanal dan rasional. serahkan pada yang pakar, kalau tidak sampai bila-bila pun bola sepak malaysia takkan maju. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengku Abdullah mahu FAM ambil langkah drastik selamat bola sepak negara
Oleh Mohd Rafi Mamat
[email protected]
"TIDAK ada salahnya Liga Malaysia (Liga M) sekarang kembali kepada era Semi Pro sekiranya keadaan memerlukan," kata bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Katanya, kemelut kewangan yang membelengu kebanyakan pasukan yang bertanding dalam Liga M tahun ini memerlukan tindakan drastik daripada FAM selaku peneraju sukan bola sepak negara.
"Saya berpendapat masalah kewangan yang dihadapi beberapa persatuan bola sepak negeri musim ini boleh diatasi sekiranya Liga M kembali ke era Semi Pro.
"Walaupun imej bola sepak negara sedikit terjejas sekiranya kembali ke era Semi Pro, namun itu tidak penting, apa yang mustahak ialah bola sepak negara berada pada landasan sebenar," katanya.
Tengku Abdullah berkata, terdapat persatuan bola sepak negeri yang terpaksa berhutang dengan pemain kerana kemelut kewangan yang serius sehingga menyebabkan prestasi pasukan merosot.
"Saya tidak nafikan ada baik dan buruk sekiranya FAM bertindak menukar Liga M dari profesional kepada Semi Pro tetapi sekiranya keadaan memerlukan apa juga yang akan berlaku perlu diterima.
"Sebagai contoh, sekiranya kita kembali ke era Semi Pro, masalah majikan tidak membenarkan pemain beraksi dengan pasukan negeri akan berlaku," katanya yang berharap FAM bijak membuat keputusan.
Ditanya adakah FAM akan dikenakan tindakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) sekiranya Liga M ditukar ke Semi Pro, Tengku Abdullah menegas Fifa tidak ada kuasa mengenakan sebarang hukuman kepada FAM |
|
|
|
|
|
|
|
Kembalikan penajaan Dunhill!!
Klu leh, masukkan skli Lucky strike, Salem dgn marlboro skli.. |
|
|
|
|
|
|
|
camana nak maju kalu takut org tegur kesilapan dan kelemahan diri.ntahla nak buat camana.kalau boleh mengundi,lain la kan.
ni wlpun prestasi pasukan negara amat memalukan,tp org2 atas masih selesa di kerusi empuk... |
|
|
|
|
|
|
|
rombak pengurusan FAM dulu..
aku dah naik muak dgr alasan diorg |
|
|
|
|
|
|
|
paling aku muak skali dgn setiausaha agung FAM.. keje nak mengencing je.. |
|
|
|
|
|
|
|
terbaru, FAM kena kencing dgn kelab zimbabwe..
or FAM dah tau, tapi mika di FAM kencing rakyat malaysia..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|