|
Mak Melah jatuh sakit rindukan Mawi & Menantu
[Copy link]
|
|
Reply #40 crayzee's post
mak melah dah balik rumah katanya
nampak muka mawi ... terus nak balik rumah, walaupun masih lemah
<dia rindu mawi lah tu>
harap mak melah segera sembuh... amin |
|
|
|
|
|
|
|
Ibu sakit rindu Mawi
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
[email protected]
KULAI: Lantaran tidak tahan menanggung rindu pada anak dan menantu, Ramlah Sarlan, 63, ibu penyanyi lelaki paling popular, Mawi, hanya mampu terbaring di katil berikutan kesihatannya merosot dan diserang penyakit darah tinggi.
Berita kesihatan ibunya terganggu itu menyebabkan Mawi serta isteri, Ekin sudah dua kali pulang ke kampung sejak seminggu lalu.
Pasangan itu dijangka pulang ke Felda Taib Andak di sini dalam sehari dua lagi.
Jelas, Mawi sangat mengambil berat terhadap kesihatan ibunya dan sanggup mengenepikan jadual persembahannya, apatah lagi selepas bapanya, Ani Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pak Atan, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan buah pinggang di Unit Rawatan Rapi Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, pada 1 Julai 2006. |
|
|
|
|
|
|
|
luangkanlah masa balik jenguk emak mawi
kalau sibuk sangat tu... call lah
tak sibuk pun boleh call jugak...
<nasihat utk diri sendiri jugak > |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #43 niy's post
napa tak bwk mak dia duduk sekali. senang anytime bulih tgk. |
|
|
|
|
|
|
|
sibuk berjalan sana sini
sibuk mengendong bini
sibuk buat posing retarded
tak ingat pesan ina munger langsung
jaga emak
jaga emak |
|
|
|
|
|
|
|
Ibu sakit rindu Mawi
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
[email protected]
KULAI: Lantaran tidak tahan menanggung rindu pada anak dan menantu, Ramlah Sarlan, 63, ibu penyanyi lelaki paling popular, Mawi, hanya mampu terbaring di katil berikutan kesihatannya merosot dan diserang penyakit darah tinggi.
Berita kesihatan ibunya terganggu itu menyebabkan Mawi serta isteri, Ekin sudah dua kali pulang ke kampung sejak seminggu lalu.
Pasangan itu dijangka pulang ke Felda Taib Andak di sini dalam sehari dua lagi.
Jelas, Mawi sangat mengambil berat terhadap kesihatan ibunya dan sanggup mengenepikan jadual persembahannya, apatah lagi selepas bapanya, Ani Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pak Atan, meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan buah pinggang di Unit Rawatan Rapi Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, pada 1 Julai 2006.
“Kerana rindukan abang (Mawi), kesihatan ibu sering terganggu kebelakangan ini...ibu menghidap darah tinggi dan bergantung kepada ubat.
“Cuma sejak kebelakangan ini dia sering cepat letih, paling teruk minggu lalu apabila dia hanya mampu terbaring,” kata adik perempuan Mawi, Asmidah Ani, 22, ketika ditemui di rumah mereka, semalam.
Kumpulan wartawan bergegas ke ke Felda Taib Andak selepas mendengar khabar angin berhubung kesihatan ibu Mawi yang dikatakan semakin teruk, bagaimanapun ketika ditemui, dia semakin pulih walaupun masih perlu dipimpin Asmidah ketika berjalan.
Menurut Asmidah, tahap kesihatan ibunya merosot sejak seminggu lalu hingga menyebabkan tekanan darahnya naik dan menghalangnya melakukan aktiviti harian.
“Kami sudah membawanya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kulai semalam (kelmarin) dan sejak itu, dia semakin stabil, malah selera makannya juga bertambah,” katanya.
Dia berkata, Mawi dan Ekin bergegas pulang ke Felda Taib Andak minggu lalu sebaik diberitahu keadaan kesihatan Ramlah.
“Sejak seminggu lalu, abang dan isteri pulang dua kali untuk menjenguk ibu, malah dia mungkin akan pulang beberapa hari lagi walaupun diberitahu keadaan ibu sudah stabil.
“Ibu memberitahu dia rindukan abang, tapi mungkin faktor cuaca tidak menentu kebelakangan ini menyumbang kepada kemerosotan kesihatannya,” katanya.
Meskipun keadaan kesihatan ibunya lebih baik berbanding minggu sebelumnya, namun Asmidah dan kakaknya, Rashidah, 37, bergilir-gilir menjaganya.
“Saya dan kakak yang tinggal berdekatan dengan ibu berjanji dengan Mawi untuk menjaganya sebaik mungkin kerana tidak mahu dia risau sehingga menjejaskan urusannya.
“Sebagai satu-satunya anak yang menjadi tempat keluarga bergantung, saya faham Mawi sangat risaukan keadaan ibu apatah lagi mereka berdua sungguh rapat,” katanya.
Mawi, juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) melangsungkan perkahwinan dengan Ekin pada 20 Disember lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullillah Mak Melah dah beransur sembuh...Moga Mawi dapat luangkan lebih masa menjenguk Mak Melah supaya ilang laa rasa rindunya kat Mawi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #44 icelemontea's post
bukan dr dulu mak melah tak nak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dino at 25-2-2009 11:17 AM
bukan dr dulu mak melah tak nak ke?
Rasanya ari tu pun selapas Mawi kawin ada reporter tanya hal ni, Mak Melah jwp tak nak duk KL sbb Mawi pun slalu takde kat rumah nanti asyik kena tinggal je... baiklah duk KG ada jugak yang jaga adik pempuan Mawi kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #50 tien08's post
yela ngan show segala... dlm org kata dah tak laku tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #45 Syd's post
itu pesan masa lepas putus
masa dah nikah.. ina pesan lagi
jaga maruah suami... pesan utk kikin lah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by icelemontea at 25-2-2009 10:36 AM
napa tak bwk mak dia duduk sekali. senang anytime bulih tgk.
kang makin sakit pulak org tua tu
lagipun dia dah kata dia tak mo duduk kl... |
|
|
|
|
|
|
|
berita harian 26 feb 09
Dengarnya.... Mawi nafi ibu tenat
Oleh Normah Becok
SEWAKTU menonton pertandingan My Starz LG hujung minggu lalu, Cik Normah berkenan sangat dengan persembahan peserta dari Pulau Pinang iaitu Nashrin bersama pasangan duetnya, Misha Omar. Cik Normah nampak ada keserasian antara mereka berdua.
Pasal penghayatan, Cik Normah puji sangat-sangat sebab mereka berdua berjaya menunjukkannya dengan baik. Tapi bukan itu yang Cik Normah hendak ceritakan di sini. Sebelum ini pihak TV3 ada menguar-uarkan yang penyanyi pujaan Cik Normah, Mawi akan membuat persembahan pada malam final itu. Tup Tup, tempatnya diganti dengan Jamal Abdillah. Kononnya, dari apa yang disampaikan teman Cik Normah yang membuat liputan di situ, Mawi tidak dapat membuat persembahan kerana ibunya sakit.
Lebih mengejutkan apabila tersebar di laman forum mengatakan yang ibu kesayangan Mawi, Ramlah Sarlan itu dikatakan tenat. Bagaimanapun, sewaktu dihubungi teman Cik Normah yang solid molid dan manja itu, Mawi mengatakan ibunya tidaklah tenat seperti yang disebarkan.
Cuma Mawi mengaku yang ibunya diserang penyakit darah tinggi yang tekanannya mencapai tahap yang membahayakan. Jadi disebabkan itu dia tidak dapat menghadiri persembahan malam itu. Kata teman Cik Normah itu lagi, Mawi juga tetap akan meneruskan konsert Sinar Maulidurasul yang akan berlangsung Sabtu ini bersama kumpulan Rabbani dan beberapa artis popular lain.
Dalam pada, sibuk dengan konsert itu, Mawi berkata, dia tetap akan membawa ibunya untuk mendapat rawatan pakar. Baguslah Mawi, sibuk macam mana pun, ibu jangan sesekali dilupakan. Cik Normah dan rakan-rakan lain mendoakan moga ibu Mawi cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti sedia kala. |
|
|
|
|
|
|
|
kasihnya ibu membawa kesyurga,moga mak melah dlm sihat sejahtera selalu...ibu satu jerk kat dunia nih,isteri leh la sampai 4 kalau menepati syarat kan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|