CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4790|Reply: 14

Mahu buka restoran di Korea - Mawi

[Copy link]
Post time 19-2-2009 03:13 AM | Show all posts |Read mode
Oleh FAIZAL SAHARUNI
[email protected]



BERGURAU senda, saling merenung mata antara satu sama lain dansegala pergerakan badan yang menandakan pasangan itu cukup intim,kelihatan secara semula jadi tanpa dibuat-buat.
Kehadiran pasangan popular Mawi, 28, dan Ekin, 30, pada sesifotografi di Studio Utusan, Selasa lalu, begitu gamat dengan hilaiantawa mereka.
Bukan main lagi Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani bergayaromantis di samping isterinya yang jelita. Tiada lagi kekok, malah Mawiselamba sahaja mengusik manja si Ekin.
Setelah berada di Korea Selatan selama enam hari bermula 17 hingga22 Januari lalu, pasangan pengantin baru, Mawi dan Ekin rupa-rupanyamembawa pulang cerita baru untuk dikongsi dengan para peminat.
Khabarnya ketika berada di sana, Ekin merasa mual dan loya tekak.Kenapa agaknya? Apakah itu tanda-tanda buah cinta pertama mereka sudahterhasil?
Sebenarnya pemilik nama sebenar Nora'asikin Rahmat merasa mualapabila penduduk di sana menjadikan hidangan khinzir sebagai makananharian mereka.
"Saya rasa loya tekak apabila melihat penduduk di sana makan daging khinzir pada waktu pagi, petang dan malam.
"Disebabkan susah hendak mencari makanan yang halal, kami terpaksameredah ke sana ke mari untuk mencari kedai makanan yang halal.
"Sudahlah sejuk dan terpaksa memakai baju sebanyak tiga lapis, maka sudah tentulah perut akan terasa lapar setiap waktu.
"Saya turut mengalami masalah selesema semasa berada di sana. Namun,saya tetap gembira kerana berpeluang bercuti dan berbulan madu diKorea," akui Ekin.
Mengakui kenyataan Ekin itu, lantas membuatkan Mawi timbul dengan idea untuk membuka sebuah restoran di sana.
Beritahu Mawi, dia dan Ekin menghadapi kesukaran untuk mengisi perutyang lapar, apatah lagi cuaca sejuk sedang melatari negara romantis itu.
"Pernah jugalah saya terfikir untuk mengusahakan restoran masakanMelayu di sana, disebabkan saya sendiri berdepan dengan pengalamansukar untuk mencari makanan yang halal.
"Saya juga ada menyuarakan idea ini kepada salah seorang wakil Tourism Malaysia.
"Saya agak terkejut jugalah kerana diberitahu oleh Tourism Malaysiabahawa tahun lepas sahaja, seramai 80,000 rakyat Malaysia bercuti keKorea.
"Mungkin kedatangan rakyat kita ke negara itu akan menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa," jelasnya.

SEHATI SEJIWA. Mawi dan Ekin bukan sekadar berbulan madu di Korea Selatan baru-baru ini.

Terkenal menerusi lagu, Aduh Saleha, Mawi bagaimanapunberkata, andai benar-benar penubuhan restoran itu dapat direalisasikankelak, maka dia tidak hanya menjual hidangan yang berkonsepkan Melayusemata-mata.
"Saya rasa tidak boleh terlalu bergantung dengan makanan kitasahaja, sebaliknya saya harus bijak menyusun strategi untuk menjualmakanan tradisional mereka yang halal," ujar Mawi dalam nada cukupbersungguh-sungguh untuk menjadi pengusaha kedai makanan bertarafantarabangsa.


Minta Mas bersabar
Dalam pada itu Mawi turut prihatin terhadap nasib yang menimpa Mas.
Atmosfera kecoh yang terjadi kepada bekas pelajar Akademi Fantasia 2 (AF2), Mas, 28, yang dibawa ke unit Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL), 3 Februari lalu, turut mendapat perhatiannya.
Mawi, yang merupakan rakan sebumbung dengan Mas dalam satu syarikatyang sama, Maestro Records, dalam nada sedih mengakui ada terbaca kisahyang dihadapi Mas menerusi media cetak.
Tatkala soalan tentang Mas atau nama sebenarnya Asma Ghanidiutarakan, riak wajah Mawi seolah-olah tergamam, malah mula berubahmenjadi simpati semasa bibirnya ingin memulakan bicara.



Anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu yang sarat dengansifat setia kawan serta perikemanusiaan berkata, dia tidak dapatmelakukan apa-apa, selain berdoa yang baik-baik tentang kesejahteraanMas.
"Saya berharap agar Mas banyak bersabar apabila berdepan dengan cubaan ini.
"Saya tahu dia tidak menghadapi sebarang masalah seperti yangdigembar-gemburkan umum, kononnya dia mengalami masalah tekananperasaan.
"Ini semua ujian daripada Allah Taala untuk dirinya," ungkap Mawiringkas sempat memberikan nasihat kepada Mas yang kini berada dikampung halamannya, yang terletak di Tawau, Sabah untuk meneruskankehidupan.
Puncanya apabila Mas membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,kerana mendakwa syarikat rakamannya tidak menerbitkan albumnya.
Bahkan, ada yang memberitahu bahawa punca amarah Mas turutdisebabkan dia tertekan setelah putus cinta dengan kekasihnya, ShahrulAzman Mohd. Shahril, 36, atau Rock.
Mawi yang diumpamakan 'anak emas' Maestro menambah, bukan Mas sahaja yang bersendirian menghadapi perkara sama.
"Ada ramai lagi artis AF yang berdepan dengan masalah tidak dapat mengeluarkan album masing-masing sebelum ini.
"Secara peribadi, saya tidak menyalahkan pihak Maestro dan Mas seratus-peratus dalam soal ini.
"Maestro juga kena memikirkan tentang bisnes yang mereka jalankan.Kalau buat album, sudah pastinya syarikat rakaman mahukan keuntungan.
"Saya tidak boleh bercakap lebih tentang soal ini, sebaliknya sayaharap Mas dapat bersabar," jelas Mawi yang mengakui penyanyi yangberstatus ibu tunggal itu, merupakan seorang wanita yang jujursepanjang perkenalan mereka.

Album baru taruhan Mawi
Setelah mendirikan rumah tangga 20 Disember lepas, Mawi kini tidakhanya muncul dengan isteri, sebaliknya turut hadir sambil membawakanbuah tangan terbaru, berbentuk album yang diberi judul, Allah Habeebi.
Bercerita tentang albumnya yang diproses di New York, Amerika Syarikat (AS) dengan kos bernilai RM100,000, Allah Habeebi menjadi rentetan daripada album Qasidah yang pernah dilancarkan lebih dua tahun lepas.
"Saya tidak menggunakan judul yang sama, sebaliknya album terbaru ini diletakkan judulnya, Allah Habeebi.
"Ia mengandungi enam buah lagu baru manakala dua lagu lagi iaitu Seroja dan Tola'al Badru Alaina dirakamkan semula.
"Secara keseluruhan, album ini memuatkan lapan buah lagu dan sayarasa ia mampu menarik perhatian daripada semua, tanpa mengira statusdan perbezaan usia.
"Relevan dua lagu lama dirakamkan semula kerana jika saya buat persembahan pentas, peminat tetap mahukan lagu-lagu ini.
"Justeru, saya sekadar mahukan peminat berpuas hati apabila membelialbum ini sekali gus dapat memenuhi cita rasa mereka," jawab Mawi.
Dengan status sebagai suami orang, barangkali peminat Mawi mulaihilang satu persatu. Bukan mudah sebenarnya untuk dia terus mengekalkankutipan jualan album Qasidah sulung yang mencapai penjualan hingga 118,000 unit.
Tidak menjadikan perkara itu sebagai subjek utama yang menghalangdirinya untuk terlibat dalam dunia seni, Mawi beranggapan statussebagai 'lelaki berpunya' tidaklah jadi masalah kepadanya.
"Alhamdulillah, peminat menilai saya melalui bakat yang dimiliki walaupun sudah mendirikan rumah tangga.
"Cukup membanggakan apabila album ini yang dipasarkan awal Februari lalu, ia sudah mencapai jualan 10,000 unit.
"Kali pertama dicetak sebanyak 5,000 unit dan kini cetakan kali kedua pula dilakukan dengan kuantiti sama.
"Dengan situasi industri seni yang suram, saya boleh anggap perkara ini sebagai cukup membanggakan," luah Mawi telus.

Berganding dengan nama besar
Umum mengetahui, Mawi diibaratkan mendapat laluan mudah apabilakerjaya seninya bermula dengan bantuan seorang penggiat seni yangdisanjungi ramai, M. Nasir.

GELAGAT mesra, pasangan suami isteri yang baru mengecapi kemanisan hidup berumah tangga.

Dalam album Allah Habeebi, Mawi masih lagi bekerjasama dengan M. Nasir menerusi lagu Serulah Namanya.
Enggan 'tunduk' kepada seorang komposer yang berwibawa semata-mata,sebaliknya Mawi berpeluang untuk mendapat khidmat karyawan seni popularlain, ibarat Farihin menerusi lagu Allah Habeebi dan Sujud (Edry Abdul Halim).
"Pengalaman bekerja dengan Farihin memang cukup menarik walaupun dia agak teliti mencakupi pelbagai aspek.
"Farihin mahukan saya memperlihatkan kepelbagaian semasa menyampaikan lagu Allah Habeebi.
"Pengalaman berduet dengan KRU untuk kali pertama juga tidak mendatangkan masalah kepada saya.
"Senang sekali dapat menjalankan kolaborasi dengan mereka. Sudah tentunya saya gembira kerana lagu Sujudyang sedang diputarkan di stesen-stesen radio swasta merupakan sebuahlagu segar dan bersesuaian dengan golongan muda-mudi," akhiri Mawi yangsempat menunjukkan kepakarannya menulis lirik untuk lagu Hijab untuk album baru itu.

[ Last edited by  cloudnine_mm at 19-2-2009 03:20 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2009 07:24 AM | Show all posts
kejap itu kejap ini hasilnyer x de
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 07:55 AM | Show all posts
tah papeeeee
takkan la baru sgt kawinnye dh loya2 bagaiii
wartawan nih pun agak2 laaaaa bagi tajuk!
nyampah tul aku       
dah tau kt sana susah nk cr mknan halal, yg ko pegi sana tu pehalllll
dah tu nk bising2 plak!
gedik tul!
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 08:20 AM | Show all posts

Reply #2 ahmad_dhani91's post

kan dik dhani kan?
bukan belajar je kena fokus
kerja pun kena fokus



Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 08:22 AM | Show all posts

Reply #3 fariepari's post

macam tak tau
itulah cara nak tarik pembaca beli paper
taktik lama ... tapi berkesan


sape yg tertipu?
sendiri fikirlah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 08:23 AM | Show all posts
komen berkaitan tajuk pulak

aku anggap ni angan angan mawi ajelah

tapi...sebenarnya kalau dia serious mmg bagus
persoalannya .. serious ke dia?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2009 08:39 AM | Show all posts
macam lah kat malaysia ni tak de org jual khinzir...masa kat sini tak loya ke kalau lalu restoren bak kut teh si ah kow...
pergi dgn Korean tourism tak kan tak tanya2 mana nak cari tempat makanan halal....saja nak buat cerita ...nyampah   aku yang loya
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 08:45 AM | Show all posts
teruk betul korang ni..

asal mawi jer..semua tak kena kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2009 08:53 AM | Show all posts

Reply #7 eyan_suci's post

tapi aku terAMATlah jarang jumpa benda gitu
mungkin dorang pun mcm aku


ce ce ce... tetiba mcm ter'backing' pulak
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 08:56 AM | Show all posts

Reply #8 junjai's post

tak termasuk aku kan??

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 09:02 AM | Show all posts
kalo betul nak bukak restoran
bagus jugak lah

at least dia berusaha... menambah pendapatan
tak le... melalak kehulu-kehilir ngata orang ke...
mengecilkan2 usaha org ke....

hanya.... harap2 bersungguh2 lah
jangan bukak 2 - 3 bulan
pastu lingkup plak udah le...

[ Last edited by  chekshu at 19-2-2009 09:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 09:21 AM | Show all posts
alahmdulillah...kalau betul ....
x der la risau kikis g carik xbf mintak duit...  

(dari suara hati karatz botakz...)
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 10:02 AM | Show all posts

Reply #12 kak_yang's post

kan... buat ape nak sakit hati sgt.. bior ler...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 04:18 PM | Show all posts
...tapi kan....
dari penglihatan hamba yang tak berapa arif ni..
riak wajah ikin memang ada tanda dia sudah berbadan dua.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 04:30 PM | Show all posts

Balas #1 cloudnine_mm\ catat

laaaaaaaaaaaaaaaaaaa, nasib baik bukan mual2 ngandung kan , kalo tak keluar anak antu laks
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.584172 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list