CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2525|Reply: 8

Next up for AJL Pop Rock: HERO WAYANG - SAERAH!!

[Copy link]
Post time 4-2-2009 08:59 AM | Show all posts |Read mode
Siti Saerah xperlu diperkenalkan lagi dalam industri seni tanah air, berkat ke'famous'an kakaknya.

Kini, Saerah muncul dengan single terbaru ciptaan beliau sendiri dan lirik ditulis oleh Loloq berjudul "Hero Wayang".

Dengan sekilas dengar, lagu ini dengan pantas mampu menarik pendengar kerana lagunya yang begitu 'catchy', arrangement muzik yang mantap serta lirik yang begitu mendalam.


Sukar hendak men'describe'kan genre muzik lagu ini, kerana ia gabungan pop, hip-hop dan techno serta diwarnakan lagi dengan lenggok suara Saerah yang seolah-olah menyanyikan lagu dangdut/etnik. Ringkasnya, inilah muzik 'new era'. Not your typical pop song.

Lirik karya Allahyarham Loloq juga membawa makna yang sukar difahami secara sekali imbas. Perlu diulang-ulang dengar untuk faham mesejnya. Repetisi "apa guna menangis" di hampir setiap rangkap membayangkan provokasi penyanyi terhadap sikap 'cengeng' manusia setiap kali berhadapan dengan masalah kehidupan.


"Ramai yang tahu, ramai yang faham, tapi xramai sanggup mengerti"
"Ramai yang tunjuk, ramai yang ajar, tapi xramai sanggup mendengar"


Rangkap ini pula menunjukkan provokasi penyanyi terhadap perangai fitrah manusia yang benci ditegur, tapi bila ditimpa masalah baru mencari nasihat.


Sesuai dengan tajuknya "Hero Wayang" yang juga kedengaran agak unik, hero wayang yang dimaksudkan bukanlah diambil secara literal, tetapi 'hero wayang' yang dimaksudkan ialah manusia secara keseluruhan. Yang menggerakkan pentas 'wayang' kehidupan ialah sebab dan akibat perbuatan manusia itu sendiri yang sering bergantung kepada emosinya.


"Hidup bagai satu lakonan, naik turun jatuh bangun. Sampai hujung baru menang, hero wayang."






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2009 05:27 PM | Show all posts
nak dengar.. ade link.. snippet pon jadi laa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 05:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 05:46 AM | Show all posts

Lirik 'Hero Wayang'

Malam memang sepi
Apa guna menangis
Barang sudah jadi
Apa guna menangis

Esok ada lagi
Apa guna menangis
Nasib tukar ganti
Apa guna menangis

Ramai yang tahu
Ramai yang faham
Tapi tak ramai sanggup mengerti

Ramai yang tunjuk
Ramai yang ajar
Tapi tak ramai yang mendengar

Ramai yang datang
Ramai yang pesan
Tapi tak ramai yang sanggup membantu
Akhirnya tinggal
Kita sendiri

Korus:
Malam bawa pagi
Apa guna menangis
Kasih datang pergi
Apa guna menangis

Esok ada hari
Apa guna menangis
Boleh jumpa lagi
Apa guna (kau) menangis

Ramai yang tahu
Ramai yang faham
Tapi tak ramai sanggup mengerti

Rapping:

Buat apa kecoh-kecoh
Tiada guna riuh-riuh
Baik-baik orang tak tahu jadi tahu

Malu, mana nak letak mukamu
Semua kawan habis lari
Sudah jatuh harga diri

Senyap senyap buat rancang
Diam-diam aku terang
Jalan berjinjit tiada kasak kisik
Cakapku berbisik, caci dalam usik

Meludah ke langit, ludah tak akan jatuh di langit
Berasa hati, ikut hati, sakit hati, makan diri
Untung rugi, nasib diri, tidak terperi

Hero wayang, wayang kita, pelakon kita,
Cerita kita, orang kita, rasa kita
Aha.. tiada guna menyesal
Semua sudah tragis, apa lagi hendak ditangis..

Hidup bagai satu lakonan
Naik turun jatuh bangun
Sampai hujung, baru menang
Hero wayang..

[ Last edited by  beta_carotene at 10-2-2009 09:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 01:40 PM | Show all posts
ni macam lagu dior tu jer....

ps: rap by ahli fikir, kat lagu apa pun, lebih kurang sama jer...

[ Last edited by  buiscasey at 11-2-2009 01:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 01:59 PM | Show all posts
best kew? xpnah dgr pown...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2009 06:01 PM | Show all posts
tak leh terima sore dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 12:26 AM | Show all posts
sorang lagi bintang dr kuala lipis?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2009 02:13 AM | Show all posts
leh tahan jg lagu dia ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.050548 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list