CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9649|Reply: 6

zu ghairi

[Copy link]
Post time 1-2-2009 03:57 PM | Show all posts |Read mode
[table=98%]
[/td][/tr][tr][td][table=98%][tr][td]Personaliti Cover
Miliki Resort: Puan Sri Zu Ghairi capai impian

Kepenatan memandu dari Shah Alam ke Dungun, Terengganu selama lima jam diiringi hujan lebat sebaik memasuki Cherating seakan terubat kala tiba ke destinasi kami. Dari Cherating kami melalui beberapa daerah lain seperti Kemaman, Cukai & Kerteh sebelum memasuki Dungun. Ketika kereta yang dipandu membelok ke UiTM Dungun terpesona melihat pemandangan laut Cina Selatan.

Walaupun hujan lebat dan ombak besar menghempas pantai, ia langsung tidak mencacatkan pemandangan. Lebih kurang satu kilometer dari UITM Dungun, saya dan jurugambar tiba di hadapan ruang legar Ulek Beach Resort.

Sebaik kaki melangkah keluar mata saya tertumpu kepada seorang wanita sedang berdiri di sudut ruang legar dengan pakaiannya yang begitu simple, berseluar jeans dan blaus putih dengan rambut melepasi bahu.

Kemunculannya sebagai penyanyi dan pelakon di awal tahun 80-an hanya untuk
beberapa ketika sahaja sebelum terus menghilangkan diri tanpa sebarang berita. Pada bulan Oktober 2008 MIDI diberitahu bahawa dia kini berada di Dungun Terengganu menjalankan perniagaannya sendiri. Lalu MIDI menghubunginya dan dengan ramah menjemput kami ke sana. Setelah beberapa kali tertunda akhirnya pada penguhujung Disember barulah saya berpeluang menemui Puan Sri Zubaidah bt Mohd Ghairi atau lebih di kenali dengan nama komersialnya Zu Ghairi. Wajahnya tidak banyak berubah walaupun sudah lama meninggalkan dunia hiburan.

Matanya asyik memerhatikan tetamu yang datang. Tanpa menunggu lama saya
berjalan ke arahnya lalu memperkenalkan diri. Dia kelihatan agak terkejut, mungkin tidak sangka saya akan tiba awal dari waktu yang sepatutnya. Dengan spontan dia memanggil Zura iaitu pegawai perhubungan korporat memperkenalkan kami berdua. Sejurus kemudian kami dihidangkan minuman sebagai tanda selamat datang kepada tetamu yang ingin menginap di situ.

Berfikiran terbuka, pintar, punya semangat yang tinggi, tidak mudah berputus asa, mempunyai keazaman yang kuat dan agak degil. Walaupun punya gelaran namun itu tidak menjadikan dirinya sombong dan berlagak dan walaupun agak degil tetapi mahu menerima pendapat orang lain sekiranya pendapat yang dikemukakan benarbenar berasas dan logik. Dia juga pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan dan pandai 慴awa diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2009 04:09 PM | Show all posts
dia nie yg suara manja2 ckit tu kan?...x sangka dh jd puan sri..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2009 04:12 PM | Show all posts
sapa tau citer pasal dia...
dia asal terengganu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 05:24 PM | Show all posts
hmm...dia pelakon zaman 80'an dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 07:45 PM | Show all posts
dia pernah dikatakan sebagai pengganti Uji Rashid suatu masa dulu. sbb bersuara manja....apa2 pun suara manja kak Uji sukar ditandingi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 05:31 PM | Show all posts
Bekas pramugari,dulu kena gossip dgn ahmad nawab coz org xleh terima ahmad nwb pilih dia jd penyanyi coz ahmad nwb biasanya very selctive to choose a recording artiste. Nk tgok dia, dlm citer mawar merah ada.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2009 11:15 AM | Show all posts
kalau x silap die kawin dgn bekas Panglima TUDM......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.105936 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list