CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2504|Reply: 3

Luahan hati insan teraniaya... Saya mahukan hak saya!

[Copy link]
Post time 28-1-2009 09:51 PM | Show all posts |Read mode
Salam kepada semua forumer,

Di sini saya nak berkongsi cerita dan meluah segala kekesalan dan rasa geram yang teramat sangat terhadap apa yang berlaku kepada saya baru-baru ni. Mungkin forumer sekalian dapat memberikan panduan, komen, sokongan, pandangan, atau apa-apa lah…untuk saya jadikan panduan. Dan mungkin juga kisah saya boleh dijadikan iktibar...

Al-kisahnya, saya bergelar usahawan internet sejak setahun yang lalu… berkecimpung sepenuh masa, setelah meninggalkan perkhidmatan dlm kerajaan. Saya menjadikan bisnes produk fizikal sbg teraju bisnes.... dan Alhamdulillah, sehingga kini saya mampu berdiri tegak hasil bisnes produk fizikal secara online semata-mata. Jangan tak tau, saya hanya menggunakan blogspot sbg medium perniagaan.

So, sekian lama guna blogspot, satu hari, saya dapat satu spam email tentang perkhidmatan membuat webstore drpd satu company ni. Bukan apa, tiap-tiap hari dapat email spam yang sama... berlambak2 pulak tu. Bengang sgt! So, sy pun bacalah jugak walaupun marah, kan! Terdetik pulak untuk memiliki webstore sendiri... Harga yang ditawarkan pun agak murah. So, why not kan? Saya tak berlengah, terus membuat pembayaran... Nak buat webstore la kononnya ni!

Lepas bayar, saya cuba la nak contact mereka ni, untuk berbincang tentang webstore saya... Ye lah, nak setup bukannya senang. Mesti lah nak ikut perincian yang saya nak.... nak gambar apa, warna apa,.... nak tulis apa... semua mesti nak perfect, ikut piawaian saya. Yelah, webstore pertama seumur hidup kan?

Seharian saya call diorang ni, tak jawab2. Last2 dpt sms dari diorang, mengatakan diorang takkan berurusan dengan telefon.. Cuma email je. Susah la mcm ni! Saya nak bagi perincian website, bukannya senang nak terangkan semua in email. Tapi takpalah, saya turutkan jugak. Dan seperti yg dijangka, proses tu tak smooth, sebab hari ni saya email, esok baru diorang balas. Bayangkan, berjela2 saya tulis dlm email tu... diorang jawab mcm nak tak nak je. Dah la tu, tak menjawab soalan pulak tu.... Saya tanya, boleh tak buat mcm tu, mcm ni.... Diorang senang2 jawab tak boleh, dan tak bagi alternatif... Saya jadi terpinga2.... proses ni jadi stuck!

Bukan tu je..... diorang suruh saya bayar lagi, setiap kali nak tambah atau nak ubah apa-apa... Masalahnya, dalam promo yg mereka emailkan tu, takda cakap apa2 pun pasal tambahan bayaran. So, saya pun ingat hanya jumlah tu je la yang kena bayar... Bila dikira balik, jumlah yang saya perlu bayar dah mencecah RM1500 lebih...., sangat tinggi drpd jumlah asal yg mereka tawarkan. Kalau jumlah setinggi ni, baik saya cari company lain yg lebih dekat dgn tempat saya dan senang berurusan. Banyak lagi pihak yg boleh tawarkan harga lagi murah dengan SISTEM KOMUNIKASI yang lebih baik.

Bila dah jadi mcm ni, saya pun nak undur diri la... sebab saya rasa saya seolah dah tertipu. Bayangkan, saya tak dapat webstore idaman yang saya nak..., buat apa saya nak teruskan projek ni, betul tak? Dah lah mereka ni main harga.... mentang2 saya dah ’ter’bayar.... so, kuasa di tangan mereka la skrg ni. Saya pun mintak lah refund balik.... sb saya memang tak boleh teruskan projek ni. Bagi saya simple, kalau kita janji nak bagi servis, tapi servis kita tak memuaskan hati customer (tak sprt yg dijanjikan), baiklah kita pulangkan wang balik kan? Lagipun, belum buat apa2 lagi... baru di peringkat perbincangan.

Tapi sprt yang dijangka, mereka taknak pulangkan wang saya. Saya gagahkan juga, minta mereka teruskan buat webstore yang saya tak suka tu. Takpelah... tapi di sini, saya rasa betul2 teraniaya, sebab mereka tak bagi peluang untuk saya buat pilihan... sebaliknya mereka ikat saya mcm ni. Bayangkan, kalau saya tau servis mereka sebegini, dah tentu2 saya pilih company lain utk buatkan webstore saya. Bukankah hak pengguna tu, salah satunya ialah ’berhak membuat pilihan’?

Saya mengaku, dalam tempoh perbincangan melalui email tu... kami banyak ’bergaduh’ dan tak sependapat. Sebab apa? Sebab sistem komunikasi mereka yang terlalu tak efisyen. Bayangkan, hari ni saya tanya ”boleh tak kita buat bla...bla...bla....”. Esoknya baru mereka jawab ”tak boleh..”. Then saya kena email balik, ”kenapa tak boleh..., so mcm mana nak kasik boleh?”... Esoknya pulak baru mereka jawab lagi.... Siapa yang boleh tahan situasi begini? Saya sbg customer, memang tension waktu tu! Tapi saya pendam je lah.... sampai berminggu-minggu perbincangan kami masih belum selesai sebab terlalu lambat proses ini berlaku.

Yang buat saya beul-betul marah, tiba2 mereka dah register domain saya, tanpa saya betul2 finalize lagi. Hah, finally mereka pun jadi mangsa atas ketidakcekapan system komunikasi mereka. Mereka ada kata, kalau saya dah bayar baki kos webstore tu, baru mereka akan register domain saya.... Tapi, lain pulak yang berlaku. Saya tak pernah bayar baki tu, dan mereka pandai-pandai pulak register domain. Hal ini menjadi masalah besar sebab saya nak tukar nama domain kepada nama yang baru. Macam biasa, mereka caj saya lagi.... dengan alasan domain saya dah diregsiter,.... kalau nak yang baru kena tambah duit. Bengang kan? Diorang yang pandai-pandai register domain.... saya pulak yang kena bayar!!! Adil ke? Yang pasti, saya rasa mereka sendiri dah lupa yang mereka hanya akan register domain saya lepas saya bayar baki. Yelah, asyik berbalas email je berminggu-minggu... apa yang dibincang dua minggu lepas..., confirm dah lupa! Geram betul!

Nak dijadikan cerita, tiba2 satu hari mereka bagi contoh converssation mereka dengan client mereka.... semasa berCHATTING!!! Saya terperanjat beruk tengok conversation tu... Ye la, bila client tu tanya satu soalan, mereka jawab...dan terangkan selanjutnya sampai client tu faham....dan boleh buat keputusan time tu jugak. Yang saya ni? Dah berminggu-minggu hanya berbalas email saja.... dan still, saya masih lagi tak boleh buat keputusan mcm mana webstore yg saya nak, sebab soalan-soalan saya lambat sgt nak berjawab.... I wish they told me...., yg mereka boleh selesaikan perbincangan kami dengan cepat melalui chatting (sebab tak nak jawab call). Kalau ada sistem komunikasi begini, takda lah sampai saya naik bengang nak ber-email setiap hari... Mungkin dalam masa 30 minit saya dah nampak gambaran sebenar web yang nak dibuat. (saya ni bukan mahir sgt bab IT,.... so, saya ada hak untuk mendapat kefahaman, betul tak?)

(sambungan di bawah..........)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2009 09:53 PM | Show all posts

sambungan

(sambungan dari atas.....)

So, saya dah tak tahan waktu tu, saya komplen la kat diorang ni.... kenapa boleh chat dgn client tu, tapi tak dengan saya. Saya bukannya nak berborak-borak atau berkawan-kawan dengan mereka melalui chatting ni... Saya nak tanya dan dapatkan info tentang web saya, bisnes saya! Kenapa hak saya sbg cutomer dinafikan? Kan ke tidak adil namanya tu? Di saat saya sangat2 memerlukan info dan komunikasi drpd pihak mereka....
Anda bayangkan... kalau kita tempah baju kat tailor...dan nak tau perkembangan baju tu, mestilah kita call atau sms ke tailor tu kan? Tak pun, mestilah kita berchatting (kalau tailor tu sediakan servis tu la).... Takkan kita nak tulis email ataupun berutus surat pulak? Kan lambat tu?


Saya pun tanpa berlengah terus cari company lain... yang mampu buat webstore saya dgn harga yg agak murah...dan yang penting, sistem komunikasinya bagus dan saya puas hati dengan hasilnya nanti. Alhamdulillah, saya dipertemukan dgn satu company ni,..dan setelah berbincang melalui telefon, kami bersetuju memulakan usahasama. Yang memeranjatkan saya, wakil company ni sanggup datang ke ofis saya dan berbincang secara one to one, tentang bagaimana webstore yg saya mahukan. Yang lebih memeranjatkan, harga yang ditawarkan lebih murah drpd company pertama tadi.... dan saya tak perlu membayar apa2 deposit / bayaran, sehinggalah webstore yg saya nak tu siap dan saya berpuas hati sepenuhnya! Mak oooiiiii!!!! Superbnya servis company ni, kata saya dalam hati! Memang saya puas hati sgt....dari semua segi! Yang penting dapat berbincang dan bertukar idea untuk menghasilkan web yang saya suka. Itu yang saya nak sebenarnya!

Tak disangka, lepas saya komplen hal ’chatting’ dgn company pertama tadi, mereka terus ’naik angin’. Mereka terus cabar saya, kalau boleh cari company lain yang mampu provide servis yg lagi bagus dgn harga yg lebih murah, mereka akan pulangkan wang saya balik, in full amount. Apa lagi....saya terus lah beritahu mereka yg saya memang dah jumpa dan berurusan dgn company lain pun.... dan saya memang berpuas hati dgn servis company baru ni....yang paling penting, lagi murah dari offer company pertama tadi, dan dapat berkomunikasi dengan lancar. Guess what? Mereka taknak pulangkan wang saya!!!! In fact, mereka juga taknak teruskan membuat webstore saya!!!!

Of course saya betul-betul marah bila dah jadi macam ni! Kalau taknak pulangkan wang, buatlah web tu, mcm yang dijanjikan... Hodoh pun hodohlah... saya tak kisah. Ini, dahlah taknak buat web, pulangkan duit pun taknak! Ini dah kes aniaya! Saya memang betul2 teraniaya dan tersepit! Mentang2 kuasa di tangan mereka. Mereka boleh buat sewenang-wenangnya ikut suka mereka! Adil ke? Mana hak saya sbg client / pengguna? Yang untungnya mereka lah.... dapat duit, dan tak perlu buat web. Bukankah itu dah kes curi namanya? Bukankah itu makan duit haram namanya?

Setelah rasa diri saya dianiaya, saya terus membuat laporan polis bagi menegakkan keadilan. Saya juga membuat aduan kpd pihak persatuan pengguna.... dan kes ini masih dalam siasatan. Saya berharap penilaian seadil-adilnya dibuat, dan jika perlu saya sanggup naik mahkamah bagi menegakkan kebenaran! Kalau lebih ramai lagi pihak di luar sana yang berkelakuan sebegini, lebih ramai lagilah orang yang tak tau apa-apa dan tidak berkuasa akan tertipu dan menjadi mangsa. Saya bangkit mewakili masyarakat secara umumnya, memohon hak pengguna kami dibela ke tahap maksimum. Bagi saya secara personal, saya tak berniat nak mengeruhkan keadaan, saya cuma mahukan hak saya. Jika mereka tak mau buat web saya, pulangkan wang saya. Dan begitulah sebaliknya. Sesiapa yang pernah terlibat dengan kemelut sebegini, inilah masanya anda tampil bersama dengan saya, membanteras penindasan kepada pengguna. Sesuka hati mereka minta wang, dan tak memberi servis sprt yang dijanjikan..... sesuka hati itulah kita kena melaporkan kepada pihak yang berkuasa. Jika hari ini saya tak bertindak, mungkin esok lusa anda sendiri akan terkena. Apa pendapat anda?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 10:41 PM | Show all posts
laaa.sebut je la nama company tu.
ckp mcm ni,very vague.ade byk company yg offer khidmat camtu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 08:42 PM | Show all posts

Reply #2 divacyclops's post

company apa tuh ek?

geram juge saya baca cerita awak nih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.379948 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list