CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2566|Reply: 12

Alfred Jabu tak minat buat blog

[Copy link]
Post time 23-1-2009 03:22 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING 21 Jan. - Semakin ramai yang berminat membuat blog peribadi tetapi tidak bagi Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Beliau langsung tidak berminat berbuat demikian meskipun terdapat kritikan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya boleh dijawab menerusi blog tersebut.

Katanya, beliau tidak mahu 'leka' dengan blog yang disifatkan akan melalaikan dirinya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan menteri.

Menurutnya, keutamaan beliau adalah memastikan portfolio yang dipegang sekarang iaitu mengawasi dan melawat kawasan luar bandar ditunaikan.

''Saya tidak mahu leka atau duduk menjawab blog sahaja kerana ia akan memutuskan hubungan saya dengan rakyat.

''Terlalu ramai penulis blog sekarang dan jika saya turut serta, seolah-olah saya akan masuk ke perangkap pihak tertentu yang mahu saya gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyat," katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Belanda, Lody Embrects di pejabatnya di sini semalam.

Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar mengakui ada mendengar mengenai penulisan blog di kalangan intelektual kaum Dayak yang mengkritik kerajaan.

Katanya, ia terpulang pada kepercayaan individu sama ada mereka setuju atau sebaliknya tetapi beliau mahu melaksanakan program yang terbaik untuk rakyat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2009 05:49 PM | Show all posts
ney lah gaya...dah org tua tok sik minat....  bgus juak...mun sik...nya join kita berforum sitok...

ALAM NYATA lagi BGUS dari ALAM MAYA................


tapi................ lagik idup...agik ngelaban....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 06:08 PM | Show all posts
takut kenak @$*^%)*@^ dlm blog bah
sikpat nerimak pendapat rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 07:12 PM | Show all posts
ada ku kesah ko sikmok berblog?? hahahahhaah!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 11:06 PM | Show all posts
tandah nya lah nya sik mok berblog.... kmk tok ada juak blog tp malas gilak nak update... dek dek nya yg gago ngan tugas2nya....

byk gik blog lain yg best2 kei baca.....


Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 03:24 AM | Show all posts

Reply #4 adziah's post

Read my lips..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2009 11:00 PM | Show all posts

Reply #6 Muntz's post

hahahaha!!! as if i care!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 08:02 PM | Show all posts
orang tua ya mun di berk langkau baru nya minat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2009 08:57 PM | Show all posts

Reply #8 terubok's post

aapuuuuuuuuuuuu.... anang kenyak wai................. nyamai utainya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 09:23 AM | Show all posts

Reply #8 terubok's post

  nyamai  nyak wai...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 08:39 PM | Show all posts
Kali nya sik IT literate ya nya sik mauk berblogging. Kelak takutnya addicted berblogging. Lalu sik molah kerja org tua ya kelak leka melayan org condemn nya.

Tauk jak org tua. Mun dicriticize sikit dah jump, dah terasa. Lalu berpanjangan. Kamek nang tauk benar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 09:13 PM | Show all posts

Reply #11 Baiduri Othman's post

benar kata kita ya....  

org2 senior mcm ya...sensitip skit... (kira mcm bapak mek juak, mudah tersinggung mun terima teguran... bah bahasa lembut dah ya...)
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 09:21 PM | Show all posts

Reply #12 nanamiri's post

Mun meeting kelak berjam2. Lepas ya, berkelakar slow2. Ne ndak boring. Biasalah mun org tua jadi boss. Nang sakit jiwa mun ada meeting. Langsung sik productive. Cubalah meeting direct to the point jak. Sibohlah berbelit2 cerita yg sik relevant dgn agenda. Baruklah ada solution & actions boleh diambik. Mun dah dragging tambah gik kelakar slow sampei bila nak abis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.071839 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list