CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2055|Reply: 3

Kuasa baru industri muzik

[Copy link]
Post time 22-1-2009 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL  [email protected]

FAIZAL  TAHIR meninggalkan impak pada persembahannya.

MESKIPUN Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) sudah melabuhkan tirainya dengan cukup gemilang sekali, namun, ia masih lagi diperkatakan ramai.
Pasti ramai yang sudah mengetahui kejuaraan telah menjadi milikkumpulan Meet Uncle Hussain yang memberikan nuansa yang cukup segardalam lagu mereka yang berjudul Lagu Untuk Mu.
Hakikatnya, mereka sememangnya layak menggenggam gelaran keramat itu meskipun ramai yang meramalkan lagu Sampai Syurga hasil kombinasi Ahmad Izham Omar, Audi Mok dan Faizal Tahir akan menjulang anugerah idaman ramai itu.
Lupakan sahaja tentang kisah itu kerana semuanya sudah termaktubdalam sejarah dan tiada siapa lagi yang mampu mengubahnya. Apa yanglebih menarik untuk dibicarakan adalah tentang corak persembahan olehartis-artis yang bertanding pada malam itu yang ternyata cukup memukaudan bertenaga.
Terasa kuasa artis generasi baru ini yang ternyata mempunyai ideakreatif yang kadang-kala tidak terjangkau oleh akal dan pastinya,kehadiran mereka di dalam industri cukup dialu-alukan.
Setidak-tidaknya, dengan adanya insan-insan seni yang baru hendakberkembang bunganya, ia mampu mencabar artis yang sedia ada untukmemperbaiki diri masing-masing agar mampu bersaing secara sihat bersamamereka.
Untuk mengenang kembali persembahan hebat oleh artis yang bertanding pada malam itu, Hits menyenaraikan lima persembahan terbaik AJL23.

1) Faizal Tahir (Sampai Syurga)
Mempertaruhkan dua buah lagu iaitu Cuba dan Sampai Syurga, ternyata lagu Sampai Syurgayang paling dinanti-nantikan kerana sebelum ini juga, Faizal sendirimenyatakan dia akan melakukan sesuatu yang agak berbeza untukpersembahannya malam itu.
Ternyata, Faizal mengotakan janjinya dan melihatkan dia berdiri di atas pentas mengalunkan lagu Sampai Syurga, impak yang diberikan memang cukup besar sehingga menimbulkan histeria di kalangan penonton yang memenuhi Stadium Putra.
Menyelitkan unsur drama dengan meletakkan beberapa orang pelakon yang melengkapi jalan cerita Sampai Syurga, menjadikan persembahan Faizal yang ringkas itu meninggalkan bekas yang cukup mendalam dan meremangkan bulu roma.
Semuanya dilakukan dalam tempoh masa yang cukup bersesuaian denganlagu menjadikan persembahan Faizal begitu kemas dan tidak terlihatsebarang cacat-cela di dalam persembahannya.
Ditambah pula dengan alunan indah koir yang menjadikan lagu Sampai Syurga begitu indah sehingga ia mampu membawa kita menerawang jauh menghayati jalan cerita untuk lagu yang cukup indah ini.
Kerana itu juga, tanpa syak dan ragu, sememangnya trofi PersembahanTerbaik layak menjadi milik Faizal. Syabas dan tahniah kerana begituberani dan kreatif dalam mewarnakan persembahan anda!

2) Meet Uncle Hussain (Lagu Untuk Mu)
Persembahan kumpulan ini sememangnya yang paling dinanti-nantikan oleh peminat yang berada di stadium.
Mengapa? Kerana kumpulan ini mempunyai auranya yang tersendiri danpesona mereka di atas pentas mengundang peminat untuk terus menikmatimuzik mereka.
Bukan itu sahaja, kekuatan Meet Uncle Hussain sebenarnya terletakpada kekuatan vokal penyanyinya, Lan yang unik. Bukan pada vokalnyasahaja, tetapi gelagat dan penguasaan pentas Lan juga begitu cemerlang.
Pada AJL23 juga memperlihatkan bagaimana Meet Uncle Hussainbegitu kreatif mencorakkan persembahan mereka dengan mengenakan solekanyang berkarakter seolah-olah menggambarkan diri mereka di pentas muzik.
Kesemua ahli kumpulan Meet Uncle Hussain juga bermain dengan penuhbertenaga dan bersemangat lantas menjadikan mereka bintang pada malam AJL23.

3) Aizat (Lagu Kita)
Seperti mana yang dijanjikan Aizat sebelum ini yang mahu memberikanpersembahan yang ringkas namun dalam masa yang sama meninggalkan kesanyang mendalam, itulah yang terjadi pada malam AJL23.
Persembahan Aizat menerusi lagu ciptaan sepenuh olehnya, Lagu Kita antara persembahan yang paling comel dan terasa mahu menyayangi dirinya.
Hanya berdiri di atas pentas dengan busana ringkas berona hitam serta berbekalkan gitar akustiknya, Lagu Kita pada malam itu menjadi begitu indah.
Persembahannya begitu ringkas namun, ia berjaya membuatkan penontonmemakukan diri masing-masing untuk terus menonton Aizat di atas pentas.
Untuk kelainan, Aizat menampilkan kakaknya sebagai penyanyi latar.Ditambah pula dengan iringan piano dan muzik orkestra serta penghayatanAizat yang memacu lagu ini ke puncak, sudah cukup melayakkan Aizatantara penyanyi yang berjaya membuat penonton meremang bulu roma.
Adakah mungkin kerana teman istimewanya, Liyana Jasmay berada dibarisan penonton telah memberikan semangat buat Aizat dalampenghayatannya? Hanya Aizat sahaja yang ada jawapannya.

4) Elyana (Kalis Rindu)
Persembahan yang begitu unik dan lain daripada yang lain lantasmenjadikan persembahan Elyana pada malam itu antara yang terbaik.
Elyana ternyata begitu bijak menginterpretasi jalan cerita lagu Kalis Rindu dalam persembahannya yang ala Broadway itu.
Ada masanya Elyana kelihatan cukup comel namun dalam masa yang sama,Elyana juga dilihat begitu nakal dan menggoda menyampaikan lagu danlirik ciptaan Aidit Alfian dan Ad Samad ini.
Dengan hanya duduk sahaja di atas pentas yang berupa sebuah kotakbesar, membuatkan penonton dan peminat kini mampu membuka mata tentangbakat yang dimiliki oleh Elyana.

5) Stacy (Aku Stacy)
Stacy juga antara penyanyi yang menjadi perhatian pada malam AJL23 kerana ramai yang mahu melihat persembahan bertenaganya tatkala menyampaikan lagu Aku Stacy.
Dan, Stacy membuktikan kehadirannya di persada seni tanah airbukanlah satu yang sia-sia kerana menerusi persembahan Stacy pada malamitu, Stacy mampu untuk berada dalam industri untuk jangka masa yanglama.
Berbekalkan kuasa dan semangat yang ada dalam dirinya, menjadikanpersembahannya begitu energetik dan menarik sekali. Malah, vokalnyajuga ampuh sepanjang mempersembahkan lagu tersebut.
Gerak tarinya begitu kemas dan bertenaga lantas tidak salah untukmengatakan Stacy boleh diibaratkan seperti penyanyi dari seberang iaituAgnes Monica.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2009 10:52 AM | Show all posts

Reply #1 washere2's post

hampir bersetuju.. hehe.. persembahan farawahida pun best gak sbb cantik sgt2
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 02:40 PM | Show all posts
ft nyer performance tuk lagu ss mmg unik..
xpernah terpikir pun akan wat camtu
yelah, kan selalu penyayi menari sama2 ngn penari..
cam dah biasa sgt.. xde yg unik...
ft wat camni br lain dr yg lain..freshh
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 02:45 PM | Show all posts
Good writeup pretty straight without bias
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.037317 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list