View: 3598|Reply: 6
|
tip tak bagi enjin mati waktu pagi!!
[Copy link]
|
|
Elakkan enjin mati waktu pagi
Oleh Mohd Razlan Salleh
Pelbagai faktor teknikal jadi punca, tetapi boleh dihindari melalui penyelenggaraan
ENJIN yang beroperasi dengan lancar, tetapi tiba-tiba sukar dihidupkan pada keesokan hari pasti memberi masalah kepada mereka yang menggunakan kenderaan untuk ke pejabat setiap hari.
Kesukaran itu pasti menjadi lebih parah apabila pemilik terbabit sudah terlewat untuk ke pejabat dan enjin kenderaan pula tidak boleh dihidupkan.
Antara punca kerosakan biasa yang menyebabkan enjin sukar dihidupkan pada waktu pagi ialah tenaga elektrik tidak mencukupi kerana bateri lemah, sesentuh pada terminal atau bateri rosak, rangkaian elektrik atau suis pemula tidak berfungsi serta kerosakan pada motor pemula.
Sebagai pemilik kenderaan prihatin, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengenal pasti masalah kenderaan mereka terutama membabitkan bateri.
Pemilik hanya perlu menekan hon dan nyalakan lampu besar.
Jika tidak berbunyi atau berbunyi perlahan, keadaan itu berpunca daripada bateri yang lemah atau sesentuh terminal tidak berfungsi.
Seterusnya, periksa sesentuh terminal supaya tidak dilitupi endapan putih yang menyebabkannya tidak berfungsi dengan baik.
Biasanya, endapan berlaku kerana titisan air bateri dan ia boleh dihilangkan dengan menyiram air panas pada terminal berkenaan.
Enjin sukar dihidupkan juga mungkin berlaku jika sambungan sesentuh pada terminal longgar.
Longgar dalam erti kata lain, ia boleh diputar dengan tangan dan cara menanganinya adalah dengan mengetatkannya semula dengan spanar.
Sekiranya pemilik mendapati terminal bateri terlalu panas terutama ketika kunci diputar secara berulang, kemungkinan berlaku ketidakseimbangan pada sesentuh terminal daripada bateri.
Sebagai persediaan awal, periksa air bateri dengan kerap bagi memastikan kandungannya sentiasa mencukupi iaitu apabila plat di dalamnya tergenang.
Bagi mereka yang menggunakan bateri dinding semi telus (ada dua garisan datar), permukaan air bateri perlu berada di antara dua garisan itu.
Sebaik-baiknya, periksa kandungan air bateri di stesen minyak iaitu selepas mengisi minyak kerana ia memudahkan pemilik mengganti atau mengisi air berkenaan menggunakan air suling apabila terdapat tanda bateri berada dalam keadaan kurang sempurna.
pada aku baguih tips2 nih.... harap berguna tuk porummers kat sini gak wokeyyy :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
gud tips thank you.....baru teringat dah lama tak check air bateri |
|
|
|
|
|
|
|
good tips..tq
aku dh lm x cek ayor bateri |
|
|
|
|
|
|
|
Tip no 1: Pastikan battery hook diikat dgn kuat utk mengelakkan battery bergerak apabila mengambil selekoh. Battery yg bergerak akan menyebabkan terminal longgar.
Tip no 2: simpan satu voltmeter dlm kereta anda. Dgnnya anda boleh memastikan berapa voltage battery kereta anda. Voltmeter yg simple hanya berharga RM10-15 sahaja.
Tip no3 : Utk bateri tahan lebih lama dan voltage lebih stable - pasangkan ground wire antara terminal negative dgn bahagian engine dan chasis. Tak perlu ground wayar yg mahal spt di kedai accesory. Guna wayar electrik kat rumah pun boleh. Lagi besar lagi bagus!!! |
|
|
|
|
|
|
|
satu tip mudah utk korang..
balik kojo kang..jgn matikan enjin..dgn itu, bila korang nak poie kojo sok pagi, enjindah siap sedia paneh dan bole terus gerak..
kerani majalah roda-roda,
rOsDi |
|
|
|
|
|
|
|
sood punyer od... ..ko bukan ke tea lady kat majalah roda2 ke od..? |
|
|
|
|
|
|
| |
|