CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: gunblade712

Ada ke hadith @ sirah yang macam nih?

[Copy link]
Post time 1-2-2009 10:12 AM | Show all posts
salam buat semua
boleh join sekaki tak, sebab dah panjang dah
nak pendekkan sikit je

pertelingkahan ni tak kemana pun ya
tapi apa yg lebih penting janganlah kita lupa....
riwayat terdahulu itu terdapat dalam banyak versi
dan sebagai manusia terkemudian
maka apa YAN TERBAIK adalah mengambil PELAJARAN DARINYA
agar dapat kita teruskan hidup mengikut APA YANG TERBAIK
SEMAMPU KITA, tanpa memburukkan sesiapa sahaja sebelum kita
kerana kita sendiri tidak tahu DIMANAKAH MEREKA- PANAS ATAU NYAMAN????
dan teruskan DOA dan IKHTIAR kita
utk AL SUNNAH WAL JAMAAH
dr mulanya kejadian hingga akhirnya..................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2009 05:07 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 1-2-2009 10:12 AM
salam buat semua
boleh join sekaki tak, sebab dah panjang dah
nak pendekkan sikit je

pertelingkahan ni tak kemana pun ya
tapi apa yg lebih penting janganlah kita lupa....
riwayat terdahulu ...


Boleh....dua kaki pun boleh aja pak!
Yang enggak mahu terima pandangan orang lain tentu dia akan ajak bertelingkah tapi bagi orang yang berfikiran terbuka maka dia akan buat pilihan yang terbaik apabila ada dua pilihan yang dibentangkan dihadapannya. Satu pilihan sudahpun terbukti dongengan maka sewajarnya pilihan yang satu lagilah kebenarannya.
Pastinya sikap ta'sub akan membutakan mata pada kebenaran....iya siiih!
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 09:51 PM | Show all posts

Reply #39 Gravedigger's post

rujukan: Sirah Ibnu Hisham, Tarikh Ibnu Katsir,Uyun al-Atsar,al-ishabah,al-Mawahib Diniyah,As-Sirah al-Halabiyah,As-Sirah ad-Dahlaniyyah Hamisy al-Halabiyah dan Asna al-Muthalib.)

panjang sekali rujukannya.  Rasa rujukan tertua dan paling hampir ke zaman Nabi s.a.w. tu Sirah Nabawiyah Ibnu Hisham.  Dalam Jilid Ke 2 terjemahan BM Pustaka Dini, riwayatnya amat berlainan di penghujung tu.  Buka ke mukasurat 50.

....Al-Abbas melihatnya menggerak-gerakkan dua bibir lalu dia pun cuba mendengarnya dengan telinga.  Al-Abbas berkata kepada Rasulullah s.a.w., " Wahai anak saudaraku, Demi Allah! Sesunguhnya saudaraku telah mengucapkan kalimat yang engkau perintahkan itu".  Rasulullah s.a.w. bersabda, "Aku tidak mendengarnya".

Rujukan yang kau copy paste tu tak sama dengan kandungan sebenar dari Sirah Ibnu Hisham.

Sekiranya hujah yang ni kau bawa, bermakna, kalau ada hujah yang menyatakan Islamnya Abu Thalib sebelum hari dia meninggal tu tak valid lagi.  Sebab kisah ni menceritakan tentang Nabi s.a.w. memujuk Abu Thalib mengucap shahadah semasa nazaknya.

[ Last edited by  ibnur at 1-2-2009 09:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 1-2-2009 09:51 PM

....Al-Abbas melihatnya menggerak-gerakkan dua bibir lalu dia pun cuba mendengarnya dengan telinga.  Al-Abbas berkata kepada Rasulullah s.a.w., " Wahai anak saudaraku, Demi Allah! Sesunguhnya saudaraku telah mengucapkan kalimat yang engkau perintahkan itu". Rasulullah s.a.w. bersabda, "Aku tidak mendengarnya".

Rujukan yang kau copy paste tu tak sama dengan kandungan sebenar dari Sirah Ibnu Hisham.

Sekiranya hujah yang ni kau bawa, bermakna, kalau ada hujah yang menyatakan Islamnya Abu Thalib sebelum hari dia meninggal tu tak valid lagi.  Sebab kisah ni menceritakan tentang Nabi s.a.w. memujuk Abu Thalib mengucap shahadah semasa nazaknya.



Alhamdulillah...terbukti yang penting ada ucapan yang disepakati telah diucapkan oleh Abu Thalib sebelum ia meninggal dunia dan dalam keadaan Islam. Nampaknya catatan ucapan Rasulullah diakhir tu pendek saja kan dan tentunya anehlah pulak...anyway ia tak mendatangkan kesan pada content yang lebih utama sebab sememangnya Rasulullah saaw tidak berada dekat disitu dan sememangnya pasti ia tidak dapat mendengar. Sepatutnya ucapan itu kena ada tambahan lagi untuk membuktikan kekafiran Abu Thalib seperti....."Aku tidak mendengarnya dan aku sedih bapa saudara ku ini mati dalam keadaan kafir..."
Kau nak tuduh Al-Abbas tu berbohong ka???

Oleh sebab Rasulullah sedarlah bahawa bapa saudaranya itu Islam maka ia telah memujuk beliau agar menzahirkan ucapan kalimat tersebut agar ia meninggal dalam keadaan husnul khatimah. Bukankah itu jugakah yang di ajar oleh rasulullah agar kita mengajar orang yang hampir mati terutama orang Islam supaya dapat mengucap dengan baik?? Pastinya orang yang hidup dalam kehidupan Islam akan dapat mengakhirinya dalam keadaan Islam juga. Kalau Rasulullah tahu bahawa bapa saudaranya itu kafir tentulah beliau tidak akan mengajarnya lebih2 lagi di saat2 akhir kehidupan beliau.

Hanya pencinta Muawiyyah la saja lebih suka mencipta dongengan agar membuktikan bahawa Abu Thalib itu mati dalam keadaan kafir supaya secara tak langsung dapat menghina Imam Ali yang dilahirkan dari keluarga kafir tapi usaha mereka sejak zaman dahulu tidak mampu memadamkan sejarah kebenaran yang ada. Mereka hanya mampu untuk memperbodohkan manusia yang berfikiran sempit dan taksub membuta tuli saja tanpa mahu menggunakan akal fikiran untuk membuat penilaian yang adil.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 01:14 PM | Show all posts

Balas #44 Gravedigger\ catat

ooo...  ambik setakat yang sikit tu ajer yer?  

tak po lah...  kitab tu tak ada kat aku sekarang...  kot ada masa kita bukak lagi.  inshaAllah.  

sementara tu, boleh la kau google untuk mencari penambahan-penambahan yang sesuai dgn pandangan kau.

[ Last edited by  ibnur at 3-2-2009 01:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 10:21 AM | Show all posts
salam

adakah mati dlm melafazkan kalimah syahadah secara zahir itu baik???
sebagaimana ramai yg solat secara zahirnya sahaja........
tetapi hati beku, lalai dan mati??????

WAHAI BANI ADAM SESUNGGUHNYA AKU TIDAK MELIHAT KEPADA
DIRI KAMU DAN PERHIASANMU
TETAPI AKU MELIHAT PADA HATIMU   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2009 04:57 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 3-2-2009 01:14 PM
ooo...  ambik setakat yang sikit tu ajer yer?  

tak po lah...  kitab tu tak ada kat aku sekarang...  kot ada masa kita bukak lagi.  inshaAllah.  

sementara tu, boleh la kau google u ...


Bahagian aku dah solosai. Kalau nak tambah lagi bukti Abu Thalib itu sebagai seorang mukmin maka ado banyak lagi cerita2 yang boleh dimasukkan tapi aku malas dah.
Mungkin kau yang patut google mencari-cari maklumat dan manalah tahu ada pulak bukti2 menunjukkan bahawa Abu Thalib tu sembah berhala ker, main judi ker, minum arak ker atau lain2 kes yang membuktikan beliau seorang kafir. Mana tahu mungkin jumpa juga bapa atau ibu nabi sendiri pun pernah berbuat demikian sepertimana yang ada orang wahabi cakap bahawa mereka juga kafir dan masuk neraka. Ini ada hadis juga tau yang mengatakan bahawa nabi sendiri pun takleh menolong emak-bapanya yang masuk neraka itu.
Good luck mencari lagi!
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 05:10 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 4-2-2009 10:21 AM
salam

adakah mati dlm melafazkan kalimah syahadah secara zahir itu baik???
sebagaimana ramai yg solat secara zahirnya sahaja........
tetapi hati beku, lalai dan mati??????

WAHAI BANI ADAM ...


Tentu saja kalau seseorang manusia itu mati dalam keadaan melafazkan kalimah syahadah membuktikan bahawa ia mengakhiri hidupnya dalam keadaan husnul khatimah. Seseorang itu tentunya tidak mudah mengucap kalimah tersebut andai kehidupannya diselubungi oleh noda dan dosa dan sekiranya ia tidak bertaubat maka pengakhiran kehidupannya akan berada dalam keadaan su'ul khatimah. Ini janji2 Allah dan Allah sama sekali tidak memungkiri janji. Takkan orang jahat mudah2 masuk syurga kalau Allah kehendaki dan orang yang baik2 pula boleh dicampakkan neraka semata-mata nak menunjukkan kekuasaan Allah. Mana dia keadilan Allah camni??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2009 09:31 AM | Show all posts

Reply #47 Gravedigger's post

kenapa grave?  google punya google asyik dapat yang salah ajer ker?  mungkin dia orang tu typo kot?

oleh sebab kau menyebut sirah ibnu hisham, (malangnya copy paste kau tu bukan dari ibnu hisham ) maka aku bawa sirah ibnu hisham.  sikit sahaja sebelum disambung dengan apa yang aku taip dalam post di atas.

.....(Abu Talib berkata kepada Rasulullah).... Aku tidak akan mengucapkannya melainkan untuk menggembirakanmu".

Lepas tu kau sambung dengan apa yang aku post di atas.

Yang sebelum tu dailognya kita nanti dulu.  Dan macam yg kau kata Abu Talib mati dalam husnul khatimah amat jauh sekali dari sirah berkenaan.  Pertamanya, dailog awal dalam sirah ibnu hisham (sebahagiannya seperti yang disebut dalam hadith sahih bukhari muslim), puak kafir Quraish menghalan Abu Talib mengucap, sementara Rasulullah berusaha supaya Abu Talib mengucapkannya.  Akhir sekali Abu Talib kata dia cuma akan mengucap hanya utk mengembirakan Rasulullah.  Dan kenapa Rasulullah kata "Aku tidak mendengarnya", tu kena pikir la sendiri.

sebab riwayat sirah ni yang dibawa, maka, riwayat-riwayat yang kata Abu Talib Islam sebelum itu dah jadi tak valid melainkan keseluruhan bahagian sirah cerita masa Abu Talib mati ni kena buang dari sirah ibnu Ishaq dan buang dari sirah ibnu Hisham.

Dan...  ada ke riwayat cerita Abu Talib Islam dalam kehisupannya?

[ Last edited by  ibnur at 8-2-2009 09:33 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 30-1-2009 04:13 PM

Abu Thalib meninggal dunia pada tahun ke 10kenabian Muhammad saww yaitu 3 tahun sebelum Hijrah. Juga dikatakan iameninggal pada tahun ke 9 atau ke 8 Hijrah. So....ia meninggal 10 tahunsebelum Abu Hurairah datang ke Hijaz. The point is........gimanamungkin si Abu Hurairah ini bertemu dengan nabi serta unclenya sewaktumereka sedang berbicara tentang apa yang ia riwayatkan seolah-olah iatelah melihat dengan matanya dan mendengar dengan telinganya????



Lu pikir la sendiri.  


Sedikit komen dalam isu ini.

Berdasarkan pemerhatian saya,  Asbaabun Nuzul ini tidak semestinya memerlukan perawatnya berada di tempat dan ketika turunnya ayat. Mungkin ada kes Nabi menceritakan tentang Asbaabun Nuzul ayat2 tertentu kepada sahabat2nya yang ada disekelilingnya beberapa lama selepas peristiwa itu berlaku, untuk memastikan sebab2 itu dirakamkan kerana ianya mungkin "missed out" ketika peristiwa tersebut berlaku. Seperti contoh, kematian Abi Talib, tentulah tidak ramai yang dibenarkan masuk menyaksikan saat2 terakhir kematiannya di dalam bilik atau khemah melainkan seorang dua yang rapat sahaja, jadi laporan secara "live" mungkin tak mampu dibuat.

Satu contoh adalah riwayat Asbabun Nuzul bagi surah Al Lahab dari riwayat dari Ibn Abbas, yang lahirnya 2 atau tiga tahun sebelum hijrah, tentulah mustahil dia nak ada di tempat Nabi bagi penerangan pertama secara umum kepada kafir Qurasy yang berlaku sebelum Hijrah - kalau dia ada pun,  Ibn Abbas masa tu umur setahun atau dua tahun sahaja, pasti tak dapat memahami event itu sehingga boleh melaporkannya.

My thinking is that periwayat2 ini diBERITAHU nabi tentang asbabun nuzul ayat2 tersebut dan mereka merakamkannya dalam bentuk cerita. Kerana faktor ini, adalah tidak mustahil ASBABUN NUZUL itu disampaikan oleh periwayat2 yang tidak ada di tempat atau masa kejadian.

Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 10:19 AM | Show all posts

Balas #47 Gravedigger\ catat

salam

kafir???   atau ISLAM????
adakah kita yg menentukan..........
atau apa yg kita lihat dan kita dengar ajeeee
sedangkan hatinya..................adakah kita tahu

sekiranya seseorang itu buat baik, adakah dia dapat pahalanya???
atau dia buat jahat, adakah dia dapat balanya???

cuba saudara renungkan nanti..........
ada yg masuki syurga tanpa HISAB
dan ada yg teruk dihisab
kenapa ya.......................   renung-renungkanlah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 09:21 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 8-2-2009 09:31 AM
kenapa grave?  google punya google asyik dapat yang salah ajer ker?  mungkin dia orang tu typo kot?

oleh sebab kau menyebut sirah ibnu hisham, (malangnya copy paste kau tu bukan dari ibnu hish ...


Kau kopipes tu pun mungkin dari wahabi punya kot? Kona bagaimana pun, the main point is Abu Talib RA telah terbukti mengucap syahadah dan bukan hanya terdapat dari satu penulisan sirah saja malah telah aku sebutkan sebelum ini terdapat banyak dari penulisan sirah yang lain juga. Bukti2 yang terdapat ini walaupun ada terdapat sedikir perbezaan namun ia saling lengkap melengkapi. Sobab tu lah aku cakap pendekatan sejarah ini bukan secara literal bendul saja tapi dalam kaedah melihat sejarah terdapat banyak pendekatan lain dari aras rendah yang kau lakukan itu sehinggalah peringkat tinggi sikit seperti analisis,sintesis,kritis dsbnya. Err...kau ada belajar sejarah tak??

Dan...  ada ke riwayat cerita Abu Talib Islam dalam kehisupannya?

Nak tahu Abu Talib ni Islam atau tidak dalam kehidupannya maka kenalah banyak membaca dan menggali kitab2 beb. Sebelum tu common sense saja dah membuktikan bahawa bapa saudara nabi ini memang telah Islam. Bukankah sepanjang kehidupan Rasulullah saaw beliau telah di lindungi dan dikasihi oleh beliau?? Nah sedangkan manusia yang kononnya jumpa nabi beberapa hari saja dianggap sebagai sahabat beriman inikan pula beliau yang sepanjang hayatnya bersama dengan nabi. Begitu juga ada sahabat2nya yang konon masih beriman walaupun tidak mematuhi perintah2 nabi malah menyakiti hati nabi, inikan pula Abu Talib yang sentiasa menggembirakan hati nabi dan selalu mendampingi beliau.
Tak cukup lagi?? Eh...buang masa lah pulak asyik nak kena suap saja ni.
Kalau kau nak tahu Abu Talib ni juga adalah seorang Penyair dan dari syair2nya saja pun dah cukup membuktikan keislamannya walaupun dia tak declare terang2 seperti bapa saudara nabi yang lain spt. Abbas dan Hamzah.

Ini syair yang terdapat dalam kitab2 sunni tentang bukti keislaman beliau....
Agar ia tahu, insan terbaik, adalah Muhammad,
Wakil Musa dan Isa, pembawa amanat,
Seperti mereka, ialah pandu yang cermat,
Tuntunan dan lindungan ia lakukan dengan tepat,
Atas perintah dan kuasa Allah Mahakuat.
kamu temukan dia dalam kitab SuciMu, jelas amat,
Riwayatnya tertulis dengan lengkap.
(AL-MUSTADRAK AL-HAKIM)

Dan syairnya yang lain memuji Muhammad saaw...
Allah telah memuliakan An-Nabi Muhammad,
Dan makhluk paling mul;ia ialah Ahmad,
Dia membahagi namaNya untuk memuliakan,
Pemilik Arasy Maha Terpuji,
Dan yang ini adalah yang terpuji. (BUKHARI DALAM TARIKH ASH-SHAGHIR, IBNU ASAKIR DALAM TARIKHNYA, IBNU HAJAR..ISHABAH......DLL.)

Yang memandikan,mengkafankan dan menyembahyangkan Abu Talib tu siapa yer?? Tak boleh pikiaq lagi kah??

[ Last edited by  Gravedigger at 16-2-2009 09:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 09:45 PM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 8-2-2009 10:06 AM


Sedikit komen dalam isu ini.

Berdasarkan pemerhatian saya,  Asbaabun Nuzul ini tidak semestinya memerlukan perawatnya berada di tempat dan ketika turunnya ayat. Mungkin ada kes Nabi mencer ...


Betul...tapi ini adalah kes Abu Hurairah yang banyak dipertikaikan tentang kedudukan hadisnya. Banyak kes dimana beliau tidak berada di tempat tersebut tetapi dalam riwayat2 dongengnya menyatakan bahawa beliau turut ada bersama. Selain kes beliau menjadi saksi ketika kewafatan abu talib ada banyak kes lain lagi seperti contoh ini, kata beliau...Aku masuk (ke rumah) Ruqayah anak Nabi allah, isteri usman yang sedang memegang sisir: Rasul allah keluar lebih dahulu dari aku. Rambutnya terhurai. Rasul bertanya kepada Ruqayah: 'Bagaimana keadaan Abu Abdullah (Usman)? Ruqayah menjawab: Baik!' Rasulullah berkata 'Hormatilah dia kerana dia adalah sahabat yang diciptakan paling menyerupai aku !"

Waduh...ini tentu diciptanya untuk memuji Usman supaya mendapat imbuhan daripada Muawiyah la yang seketurunan dengannya.
Al-Hakim berkata...matan hadis ini lemah kerana Abu Hurairah memeluk Islam sesudah perang Khaibar tahun tujuh hijrah setelah Ruqayah meninggal dunia....lalu bila masa beliau bertemu Ruqayah tu.
Kalau nak criticise hadis Abu Hurairah ni berlambak lagi yang boleh di cungkil tapi memadailah dulu nooo.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 09:53 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 10-2-2009 10:19 AM
sekiranya seseorang itu buat baik, adakah dia dapat pahalanya???
atau dia buat jahat, adakah dia dapat balanya???

cuba saudara renungkan nanti..........
ada yg masuki syurga tanpa HISAB
dan ada yg teruk dihisab
kenapa ya.......................   renung-renungkanlah


Adil kah Tuhan kalau memperlakukan sedemikian?
Jika orang berbuat baik tidak diberikan ganjaran pahala dan orang yang berbuat jahat pula tidak mendapat dosa maka nampaknya Tuhan sudah memungkiri janji2Nya.
Orang yang masuk syurga tanpa dihisab pastinya orang2 yang telah mendapat syafaat kerana kecintaan mereka pada Nabi dan Ahlul-Baitnya. Nabi sendiri pun kan dah pernah cakap.....Aku tidak meminta upah daripada kalian selain daripada mencintai ahli keluarga ku...lebihkurang camtu ler.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 10:42 PM | Show all posts

Balas #52 Gravedigger\ catat

kau kopi pes sirah google mana tu?

dah bukak ke sirah ibnu hisham?  tak pun cuba attabari.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 10:44 PM | Show all posts

Balas #53 Gravedigger\ catat

Ni hadith google ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2009 05:22 PM | Show all posts
Originally posted by gunblade712 at 20-1-2009 01:58 PM
Ada ke hadith @ sirah yang macam nih?

Assalamu'alaikum...

ada seorang forumer yang membuat posting di RSF.. begini isi postingnya :

http://mforum2.cari.com.my/viewt ... page%3D1&page=5

post #108

QUOTE:
nak saya tlg jawab semuanya
tapi ada yg lebih dulu jawab, tak ape lah
cuma soalan no8 tu:
dlm riwayat pada suatu ketika NABI dlm keadaan marah, lalu minta
sesiapa saja bertanya, lalau ada seorang bertanya kepada NABI:
DIMANAKAH AYAHKU. lalu jawab NABI: DALAM NERAKA
lalu orang itu hendak berlalu, lalu dipanggil kembali oleh NABI lalu BERKATA:
AYAHMU DAN AYAHKU DALAM NERAKA
(itu yg saya baca dan dapat)

adakah benar kata2 dia?

Takkan bapa Nabi Muhammad s.a.w, yang tidak tahu tentang Islam, masuk neraka?

ada sapa2 yang dapat clarifykan dan bagi penerangn tentang perkara ini? thanks.

...

salam

ini adalah kepercayaan Ahlus Sunnah Wal Jamaah; ibu bapa Nabi saaw dan Abu Talib bapa saudara Nabi saaw adalah kafir dan berada di neraka. Kitab2 Sunni yang muktabar telah meriwayatkannya: Sahih Muslim, as Sunan al Kubra, Sunan Abu Dawud, Sahih Ibnu Hibban, Musnad Imam
Ahmad, Musnad Abu 慉wanah dll.


Hadis ASWJ tentang kekafiran Abdullah bin Abdul Muthalib (a.s)


Yang berikut dari Sahih Muslim, Kitab Al-Iman, bab: "Barang siapa mati dalam keadaan kafir maka ia di neraka, syafa抋t tidak akan mengenainya dan juga kekerabatan kaum yang didekatkan (kepada Allah) tidak berguna baginya"




[td=1,1,99%]: ‏ ‏عن ‏ ‏أنس ‏
‏أن رجلا قال يا رسول الله" أين أبي"  قال "في النار". فلما ‏ ‏قفى ‏ ‏دعاه فقال ‏" ‏إن أبي وأباك في النار" ‏


http://hadith.al-islam.com/Display/Display.asp?hnum=302&doc=1&IMAGE=???+C??I?E

[/td][td=1,1,1%][/td]

揝esungguhnya ada seorang bertanya,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.164596 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list