|
Isnin Januari 19, 2009
Oleh WAHIDA ASRANI
Faizal 'balas dendam' AJL tahun lalu
Tiga kemenangan yang diraih oleh Faizal pada AJL23 ini ternyatadiibaratkan seperti "balas dendam" setelah penyanyi itu gagal beraksipada AJL tahun lalu.
Faizal gamatkan suasana stadium dengan kemantapan vokal dan persembahan menarik
Meskipun kejayaan tidak berpihak kepada sebuah lagi lagudendangannya yang layak ke peringkat akhir, Cuba, tetapi Faizal masihboleh menarik nafas lega apabila lagu ciptaan Audi Mok dan Ahmad IzhamOmar serta lirik oleh dirinya sendiri, Sampai Syurga berjaya membawakemenangan besar buatnya.
Selain vokal yang mantap, Faizal mempamerkan persembahan yang cukupkreatif menerusi lagu Sampai Syurga dan berjaya menggamatkan suasanayang dipenuhi kira-kira 15,000 penonton di Stadium Bukit Jalil, semalam.
"Bagi saya, ini bukan balas dendam atau sebagainya. Saya sudahtunggu peluang ini sejak tahun lepas. Andai kata saya berjaya beraksidi AJL tahun lalu dan menang, tidak bermaksud tahun ini saya akan buatsambil lewa saja.
"Bagi saya, persembahan yang saya buat itu tidak pernah saya tampilkan di mana-mana persembahan saya sebelum ini," kata Faizal.
Menurutnya, idea persembahan 'unik' Sampai Syurga itu memang dicetuskan olehnya sendiri.
"Memang itu semua idea saya sambil dibantu oleh Audi danrakan-rakan. Saya memang jenis yang suka berfikir 'out of the box'.Pada awalnya, saya ingat mungkin persembahan saya tidak 'menjadi'.
"Tetapi, saya hanya buat yang terbaik dan saya ambil pendirian 'apanak jadi, jadilah'," kata Faizal bercerita tentang idea persembahannyaitu.
Tambah Faizal lagi, memang sengaja dia membuat persembahan yangberlainan pada lagu Sampai Syurga berbanding Cuba memandangkan laguCuba yang juga ciptaan Audi itu mempunyai kekuatan yang berbeza.
"Cuba lebih kuat dari segi susunan muzik, sebab itu saya fokuskan kepada vokal saja untuk lagu tersebut," tuturnya.
Ditanya tentang kekalahannya kepada MUH, kata Faizal, dia memangdari awal sudah meramalkan band tersebut akan mengungguli AJL kali ini.
Walaupun diumumkan memenangi tiga kategori, Faizal tetap yakin MUH akan membawa pulang gelaran utama tersebut.
"Memang dari awal lagi saya cukup yakin MUH akan menang. Bagi saya,band ini telah menunjukkan ke mana halatuju industri muzik kita.Lagipun, saya sendiri memang meminati lagu-lagu mereka," kata Faizal.
Perkara tersebut turut dipersetujui oleh Audi Mok yang merasakan MUHmemang layak dinobatkan sebagai pemenang pada AJL kali ini menerusilagu yang mereka pertaruhkan itu.
"Sudah tentu saya akan gembira kalau Sampai Syurga yang menang.Tetapi, tidak ada kelainanlah pada industri muzik kita. Apa yangdikecapi oleh MUH sekaligus membuktikan bukan hanya lagu balada sajayang mampu menang AJL, tetapi kategori lain juga," kata Audi.
Faizal turut berhasrat untuk menyumbangkan sedikit daripada wang kemenangan tersebut untuk tabung bantuan mangsa Gaza. |
|
|
|
|
|
|
|
FaizalTahir mengalunkan lagu Cuba dengan persembahan yang ringkas danbersahaja memandangkan lagu tersebut merupakan lagu pertamanya. Namun,kehebatan vokal Faizal memang tidak perlu disangkal lagi.
Faizalmemang hebat! Itulah yang berjaya diluahkan selepas menontonpersembahan keduanya menerusi lagu Sampai Syurga. Tidak hairanlahpersembahan ini berjaya meraih Persembahan Terbaik dengan keranamenonton persembahan Faizal ibarat melihat klip video.
.
MStar 19/1/2009 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #63 washere2's post
aku kagum betul.. ida yang kreatif .. nak2 bila ada kipas tu.. very dramatik |
|
|
|
|
|
|
|
congrats la faizal menang..aku ske, mak aku paling ske.. faizal mmg best r, layak diangkat sbg penyanyi no 1 negara wei |
|
|
|
|
|
|
|
Corat-coret AJL 23
Faizal Tahir dan Meet Uncle Hussein merupakan artis yang mendapat 'standing ovation' daripada penonton di Stadium Putra sebaik tamat menyanyikan lagu masing-masing
petikan Utusan 21 Jan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by washere2 at 21-1-2009 09:43 PM
Corat-coret AJL 23
Faizal Tahir dan Meet Uncle Hussein merupakan artis yang mendapat 'standing ovation' daripada penonton di Stadium Putra sebaik tamat menyanyikan lagu masing-masing
peti ...
yelah.. mmg audien sorak kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|