CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: aisyah_putri

Sifu & Tongga - 29 Jan 2009

[Copy link]
Post time 6-2-2009 10:39 AM | Show all posts
tak best ke citer ni? ..aku tak sempat nak tgk pun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2009 11:11 AM | Show all posts
mungkin filem2 ringan n lawak2 camni ade peminat2 dia..takleh salahkan org yg enjoy bile tgk citer ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 05:45 PM | Show all posts

Sifu dan Tongga ~ BUKAN filem sampah?

updated: 10 Feb 09 ~ Aku kena betulkan balik tajuk asal posting iaitu 'Sifu dan Tongga ~ filem sampah lagi?' kerana sebenarnya ia BUKAN filem sampah tapi baru kusedar bahawa ia adalah jeng jeng jeng! filem jamban! kenapa?.. kerana jamban ialah ruang kecil yang paling indah dan best giler untuk semua orang apabila nak berak atau kencing sahaja! maknanya ia cuma persinggahan sementara untuk membuang tahi, cirit-birit, muntah dan air kencing (dan pembaziran air mani, dan darah kotor wanita, dan blablabla..) eh! siapa kata aku memperlekehkan filem ini? betul lah tu, jamban adalah asas keperluan harian setiap manusia yang dianggap tak begitu perlu diwar-warkan sangat tetapi wajib dikunjungi setiap hari. kamu ambil contoh semasa rumah terbuka di hari raya.. kalau jiran tetangga serta sahabat-handai berkunjung ke rumah kita, maka sudah tentu yang di-hilite-kan ialah dekorasi ruang tamu terkini ala-ala Eric Leong atau gubahan bunga-bunga plastik pembelian sale dari Jln Masjid India.. mungkin juga set pinggan-mangkuk import yang menghidangkan juadah nasi impit dan kuah kacang di atas meja.. kalau ke ruang dapur pastinya microwave terkini yang boleh memasak itik panggang barbeque dalam masa 5 minit!.. di halaman pula barangkali ada binaan kolam air pancut ala Inggeris yang dipenuhi ikan berwarna-warni.. nampak tak?.. jamban adalah bilik yang tidak diperkenalkan sebagai priority!.. ia cuma diberitahu kedudukannya bila ada tetamu yang hendak melawaskan diri secara tiba-tiba.. "oh! toilet kat belakang sana bung!" jawab seorang pembantu rumah Indonesia.

amboi! panjang-lebar benar analogi yang terpaksa aku huraikan! sebenarnya itulah kelebihan filem ini iaitu untuk menontonnya adalah last priority bagi aku tetapi sangat penting untuk keperluan singgahan sekejap sahaja.. aku mudahkan, sesebuah jamban itu asasnya cuma ada 2 iaitu lubang tahi dan air bersih.. selainnya iaitu dekorasi dinding seramik, toilet-bowl bercorak, lantai marmar, pintu kayu jati, automatic splasher, pewangi berbau floral, mentol jimat letrik, tissue roll jenama Ikea serta sinki buatan Itali mahupun dihiburkan dengan muzik jazz (dalam hotel) semuanya adalah sekadar keselesaan yang tak begitu penting.. you just sit (or shit) and done!.. jadi pernahkah kamu terserempak dengan orang yang keluar jamban dan berkata "eh! engkau patut masuk dan guna jamban yang ini! wa cakap lu! best yaa amats!" hahaha..

ermm.. adakah analogi aku ni makin mengkonpiuskan anda? sori beb/bro! gua tak bleh tahan asyik terbabas ajer ulasan ni! sori! sori!.. "tapi kan!.. tapi filem itu laku juta-juta bro!" mencelah seorang kawan aku yang tak pernah tengok filem melayu kat panggung sebab dia beli dvd cetak rompak lalu mengejutkan lamunanku sejurus keluar dari jamban di KLCC.. well, itu sekadar nombor dude! ia tidak menandakan apa-apa indikasi bahawa filem itu lemak berkrim dan sangat disukai ramai! maksud aku katalah kutipan sesebuah jamban yang berbayar macam di KLCC ini laku sejumlah RM100 sehari yang datangnya dari (50 orang x RM2) sekali masuk.. apakah itu bermakna kesemua 50 orang itu gembira-ria dengan kualiti dalam jamban itu berbanding jamban di Puduraya yang hanya berharga 50sen sekali masuk?.. ini macam kebarangkalian rawak matematik iaitu mungkin kesemuanya suka, kesemuanya tidak suka atau sebahagiannya suka/tidak suka.. sejujurnya si taukeh jamban KLCC tidak boleh mendabik dada mengatakan bahawa jambannya paling ter-best seantero Kuala Lumpur!.. "habis? kenapa orang sanggup juga masuk jamban KLCC yang berbayar?" tanyanya lagi.. lalu dengan pantas dan lancang mulut aku menjawab tanpa berfikir panjang "mungkin sebab ada poster nabil ditampal kat dinding pintu jamban itu?" kawan aku lantas blur dan berlalu pergi..

catatan asal: 15 Jan 09 ~ Filem ialah salah satu medium hiburan (dan ilmu) untuk orang yang mahu dan mampu membeli tiket berharga RM10/kepala. Pembikin filem ialah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi setiap bikinan yang ditayangkan kepada orang-orang itu. Siapakah mereka? Bermula dari seorang penulis skrip kepada panel penilai skrip produksi kepada taukeh produksi kepada pengarah filem seterusnya syarikat pengedar yang setuju. LPF hanya menapis. FINAS hanya pemberi pinjaman melalui SME Bank. Pelakon dan krew hanya nak cari makan. Panggung wayang hanya pemamer dan berniaga. Media dan pengulas/pengkritik/blogger hanyalah respon dan promosi (juga sebaliknya) yang diperlukan oleh syarikat. Jadi siapakah yang patut disalahkan dalam rantaian kerja itu sekiranya hasil yang ditayangkan kepada masyarakat ialah SAMPAH?

Sekian ulasan santai lagi tanpa prejudis dari aku.

ajamihashim
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 10:12 AM | Show all posts
Originally posted by LimaWira at 15-1-2009 03:44 PM

Filem ialah salah satu medium hiburan(dan ilmu) untuk orang yang mahu dan mampu membeli tiket berhargaRM10/kepala. Pembikin filem ialah orang yang bertanggungjawab sepenuhnyabagi setiap bikinan ...



Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2009 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by aizverus at 30-1-2009 01:24 AM
kesian kat nabil...first filem dah terus kena..

bukans alah dia..tapi salah  tuttt..(anda tau siapa orgnya)



Aku tau,aku tau
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 01:18 AM | Show all posts

Balas #49 azwandyazizan\ catat

betul betul betullll
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2009 03:37 AM | Show all posts
nyesal ak tgk citer ni...........
sanggup ak datang ke kl nk tgk citer ni..........
last ape ak dapat hanya lawak yg membodohkan diri sendiri..................

an.ana.an.ananana.anna.:@ :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 09:41 AM | Show all posts
suweii nyer cerita...:@ :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2009 02:39 AM | Show all posts
sesape yg dah penah enngok movi prof ni.. dan kutuk movi dia sebelum ni,...

korunk plssssss laaaa jgn tengok lagi... movi dia akan wat korunk bertambah tensen k
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 09:10 AM | Show all posts
TAyah la tgk. Raya ni adakat tv.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 08:33 PM | Show all posts
Originally posted by aisyah_putri at 13-1-2009 03:25 PM
http://www.sinemamalaysia.com.my/main/filemgambar.php?id=829

Pengarah : Prof Madya A. Razak Mohaideen
Penulis : Shukor Mohaideen (Scriptwriter), Prof Madya A. Razak Mohaideen (Lakon Layar)
P ...


pimai2 pun crite lawak bodoh tak abis2... filem2 Thai dan indon dah hampir boleh sama taraf dgn hollywood dah. aku bkan nak kutuk tp aku pun nak tgk malaysia maju gak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 08:08 PM | Show all posts
Hai..

Kebetulan ASTERUK bru bekesempatan tgk SIFU n TONGA.  Memang xnak tgk kat wayang. Dan xnak gak beli DVD. Tau akan menyesal kalau beli DVD ciplak pun..hehe..Then terpikir apaek..komen kwn2 dlm forum.. Penat selak satu2 bod ni nak tgk review korang sumer..Heheh.. KESIAN KESIAN spa yg bayar 10 henget kat wayang. Orked tgk 10 mnit kat astro pun dah mcm nak muntah..pening kpala.. Mcm ne lah ada orang leh ad apkir idea budus tahap dewa nak wat ceter mcm ni. Teringat ada sket2 iras cerita BUJANG LAPOK KEMBALI DAA>. Azia zatar jadi Jepun  yg duk dlm utan kat Malaysia..mcm tu la lbey kurang sma bodohnya..ceter.. Kesian gak kat pelakon2 filem tu,,wat malu je kat anak cucu dorang nanti.. Mcm Maya Karin belakon bawah Z Lokman ( stu lagi pengarah sengal ka Malaysia ni) mcm hapa..tapi bila belakon bawah shumi baba ...bru la nmpak bakat sebenar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.055611 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list