CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: mummychiaz

Bila anak anda start bercakap?

[Copy link]
Post time 14-11-2011 12:30 PM | Show all posts
anak aku dah 18 bulan.tp belum pandai ckp sgt.aku tgk anak jiran pandai ckp..risau plak aku.anak aku cuma pandai ckp papa,kakak,bu,hot,cat,dog dan adalah  beberapa perkataan.normal ke erk??tp kalo aku cakap n bagi arahan mmg dia faham,dia ikut.risau plak aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2012 09:22 PM | Show all posts
anak saya agak ringan mulut. saya tak sedar pon bila dia boleh bercakap tapi tiba2 haritu masuk 1 tahun 9 bulan dia merajuk dgn saya dan kata "tak nak tawan mama" (tak nak kawan dgn mama) hehe tapi bebudak ni lain2 kan. anak kakak saya yang sebaya tu pulak langsung tak mau bercakap. sampai panggil mak dan abah dia pon tak nak. bebel pon tak nak. siap buat isyarat je kalau nak apa2. cuak juga la mak dia.. ingat dah tak boleh cakap kan.. tapi tiba2 bila masuk 1 tahun 10 bulan terus bebel2.. pelik betul budak2 sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 12:01 AM | Show all posts
perkembangan bahasa bayi bermula sejak lahir lagi, iaitu menangis. menangis juga boleh dikategorikan sebagai salah satu cara bayi berkomunikasi. seterusnya bayi akan mula 'cooing', bubbling dan bertutur. pada awalnya, mereka akan bertutur dengan menggunakan perkataan harian sahaja. contohnya 'ayah'. akan tetapi mereka tidak akan menyebut 'ayah' sebaliknya hanya menyebut 'yah'. perbendaharaan kata mereka akan terus bertambah seiring dengan perkembangan usia mereka.

sebagai ibu bapa, walaupun tidak memahami apa yang dituturkan oleh anak-anak, mereka sepatutnya terus melayan 'percakapan' anak kita. hal ini kerana dengan cara ini, dapat menggalakkan lagi anak kita untuk terus bercakap. namun begitu, sekiranya anak tersebut mengalami masalah pelat, ibu bapa tidak seharusnya mengikut pelat anak kita. sebalinya kita harus memperbetulkan kembali perkataan yang pelat itu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 06:01 PM | Show all posts
anak sy sulung (lelaki) mula cakap lengkap waktu umur 6 tahun.yg kedua perempuan cakap lengkap waktu umur 2 thn.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 07:04 PM | Show all posts
Anak lelaki yg sulung masa lahir dia lemas ni cerita 12 thn yg lepas, doc ckp 50-50 hanya Allah yg tau apa perasaan akak masa tu
Menjelang usia dia 2 thn masih tak berckp perkembangan yg lain ok, so masa 3 thn bwk dia jumpa ENT n ENT ckp ear wax dia telah menutup salur pendengaran dia so kena korek la, dan dia dipengsankan bahaya takut terkena eardrum, slps tu br la ok dia blh berckp, Alhamdullilah lega

Anak yg ke 3 skrg umur 1 thn 1 bulan girl, suka berckp bahasa dia, perkataan pertama dia Daddy, mommy yg jaga 24/7 tak diherannya nk panggil, selain tu "cat" pandai la dia pnggil
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 11:22 AM | Show all posts
anak saya perempuan umur 4 tahun masih cakap pelat2 dan kadang2 x faham apa yg dia cakap.risaula..kadang2 bila dia start bercakap je ayatnye macam betol pastu bila dia meleret2 cakap terus jadi bahasa dia sendiri..normal ke x normal ya macam tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2012 04:56 PM | Show all posts
Reply 46# semutLaju


   Salam, anak saya pun umur 4 tahun..sama macam anak awak, cakap mula2 ok..pastu lama2 dia membebel guna ayat dia balik..saya pun risau gak sebenar yer..hehehe..xbawak jumpe paed lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 08:51 AM | Show all posts
Reply 47# norlizawati


    norlizawati, saya pun x bawa jumpa paed lagi.tahun ni saya baru masukkan tadika so far dia dah pandai abc sampai z, 123..10 wihout failed..tp masalahnye tu je la cakap dia masih x clear, lagi2 kalau dia terlebih2 bercakap..mula la dia guna ayat sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2012 12:41 PM | Show all posts
Reply 48# semutLaju


    ler..sama la ngan anak saya..123  sampai 20 dah pandai..nyanyi lagu semua dah pandai..tapi cakap je xlancar..mula2 je ayat dia betul..pastu jadi bahasa jerman dia membebel..tapi cakap kita semua dia dah paham..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 12:52 PM | Show all posts

Bila anak anda start bercakap?

Anak i start brcakap lancar masa 3 thn walhal bkn ada adik bradik lain pun.rasanya ikut papa dia yg talkative..now dia dah 10 thn,mmg suka sgt brcakap..mama x larat layan.lol..


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 05:34 PM | Show all posts
Anak sulung saya, girl start bercakap perkataan yg saya faham masa dah masuk sekolah umur 4 thn. Sebelum tu dia bercakap bahasa dia, dgn intonasi mcm kita bercakap. Dia menyanyi pon dlm bahasa dia. Tapi kita boleh tau lagu apa sbb melodi lagu tu kita familiar. Saya salahkan puting, sbb dia memang hisap puting x boleh lepas dari mulut. So camane nak bercakap. Bila dah masuk sekolah dia x hisap puting + ada kawan2 sama umur utk bercakap.

Anak kedua saya, boy boleh bercakap perkataan yg saya faham masa umur 2 tahun. Dia dah boleh buat ayat yg ada 3 perkataan. Maybe sbb dia ada cikgu kot iaitu kakak dia. Yang bestnya kadang2 ada jugak time dia bercakap dlm bahasa yg kita x faham, tapi kakak dia mcm faham. Siap boleh berborak lagi..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:34 PM | Show all posts
my kids start boleh cakap umur 2 tahun. sekarang si kakak dah 4 tahun, petah betul, soalan pun mencabar minda si mama ngan si ayah
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 03:55 PM | Show all posts
anak saya, umur 2 tahun dah petah bercakap...mungkin sebab dia byk bercakap dgn kakak dia yg 4 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 04:10 PM | Show all posts
anak sy 1tahun 6 bulan.. suda pandai cakap dlm bahsa pelat dia tu.. words yg dia cakap kitorg tekejut is.. "nak ikit".. ini la paling heran.. yg lain2 tu mama, papa, akokk (atuk), "nak jajan" adi, ayam, dan macam2 lagi lah.. tak tau la kalau dh fluent sebutannye cammane nnt dia akan cakap.. skg ni tunggu dia ckp itu hantu.. hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 12:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by cassriena at 12-7-2012 13:23

saya risau ni , sebab anak saya yang no. 2 ni nak masuk 3 thn tapi still bercakap separuh-paruh. Macam ni " Ma, ngok cing tu " . Dia nak cakap sebenarnya  " Mama, tengok kucing tu " . Tp bahasa inggeris mcm senang pulak dia ikut : sun, hot, car,

dik = adik
num= minum
pegi mana = gi ner
yah = ayah
bang = abang
nak do = nak tido
kai par = pakai selipar
tapi dia boleh buat ayat. Cakap pon laju , lebih dari 3 patah perkataan tapi tu la...semua nya half words , dia  amik hujung2 aje. MIL kata dia ni ckp style shortcut2
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 02:53 PM | Show all posts
anak baru 1 thn 4 bulan..pandai sbut ma..ma..nk...ALLAH...hot...yg len xdpt diphami lg..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.051425 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list