View: 7781|Reply: 5
|
Citroen Grand C4 Picasso MPV
[Copy link]
|
|
MPV futuristik
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
Dengan rekaan luar yang lebih dinamik, tunggu hingga anda menjengah masuk ke dalam kabinnya. Pasti anda terpesona.
RAMAI beranggapan, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat pelaburan melibatkan jumlah wang yang banyak. Apatah lagi jika pembelian itu melibatkan tempoh pinjaman bertahun-tahun lamanya.
Dalam kesuraman ekonomi dunia yang kian menular, industri automotif nampaknya mula menerima kesannya. Kunjungan saya ke sebuah pusat pameran kereta baru-baru ini sempat mendengar keluhan seorang jurujual yang menyatakan jualan mulai lembab sejak bulan Oktober lagi.
Untuk meningkatkan semula keterujaan orang ramai memiliki kereta baru, banyak pengeluar menawarkan pelbagai promosi yang jarang dilihat sebelum ini.
Namun, bukan semua orang berada dalam keadaan sukar. Malah, mungkin ada segelintir yang tetap memerlukan sebuah kenderaan baru untuk menampung jumlah anggota keluarga yang kian bertambah.
| LAMPU belakang yang diletakkan dalam perumah berwarna jernih.
|
Jika anda orangnya, kenderaan ini wajar diberi pertimbangan untuk dimiliki. Model yang diimport sepenuhnya dari Perancis ini sudah mula berada di pasaran sejak Ogos lalu dan menerima sambutan yang memberangsangkan.
Citroen Grand C4 Picasso ini menjanjikan sesuatu yang mungkin tidak boleh anda peroleh daripada sebuah jentera MPV bersaiz penuh keluaran Jepun atau Korea dalam banyak segi.
Di pasaran Eropah, Citroen memasarkan tiga varian yang memegang nama Picasso iaitu Xsara Picasso lima tempat duduk, Grand C4 Picasso dengan kapasiti tujuh tempat duduk dan C4 Picasso, lima tempat duduk.
Berbanding model MPV yang ditawarkan sebelum ini, Citroen Grand C4 Picasso dilihat lebih bersedia untuk memenuhi ekspektasi dan keperluan bakal pembelinya.
| INILAH tempat duduk baris ketiga yang ada dalam Grand C4 Picasso.
|
Fizikal jentera ini nampak lebih matang, bersegi dan tidak terlalu bulat seperti model Xsara Picasso. Bahagian hadapannya mengekalkan signatur kenderaan buatan Citroen dengan emblemnya memanjang pada hujung hudnya.
Panel sisi di bahagian depan ini diperbuat daripada plastik mudah lentur tetapi tahan lasak. Jadi, tidak perlu bimbang jika terlanggar sesuatu kerana ia akan kembali ke bentuk asal tanpa sebarang kesan lekukan.
Bahagian belakang model ini dihias dengan sepasang lampu yang lebar, cukup jelas untuk dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain. Sepasang roof rail di atas bumbungnya menambah gayanya yang rugged.
Dipasang dengan cermin utama paling besar yang pernah ada pada sebuah kenderaan produksi, anda akan bersetuju bahawa ruang kokpit Grand C4 Picasso ini terasa begitu luas.
| LAMPU ini boleh dicabut untuk berfungsi sebagai lampu suluh.
|
Bukan setakat cermin hadapan, malah cermin pada tiang A juga luar biasa besarnya. Ini bagi membolehkan titik buta lokasi itu dihilangkan semaksimum mungkin.
Tidak cukup? Bumbung panoramanya boleh dibuka hampir ke seluruh bahagian belakangnya.
Mungkin boleh jadi kurang sesuai untuk cuaca Malaysia yang panas, tetapi ia cukup untuk membolehkan cahaya masuk ke dalam kabin dan memberi peluang kepada anda melihat 'bulan dan bintang' pada waktu malam.
Kabin ini juga menawarkan rekaan dalaman yang futuristik. Konsol tengah yang latarnya boleh ditukar dengan lima warna memaparkan segala maklumat penting pemanduan.
Antaranya ialah kadar dan purata penggunaan minyak, tarikh, saluran radio yang sedang didengar, jarum rpm serta kelajuan, semuanya dipaparkan dalam angka digital dan dapat dilihat dengan jelas.
Unit yang dipandu uji ini turut memiliki ciri Bluetooh pada sistem audionya yang boleh disambungkan terus dengan telefon bimbit anda. Pada waktu malam, lampu ambien pula membuatkan ruang ini terasa lebih mewah.
Anda pasti teruja apabila memegang stereng yang bahagian tengahnya tidak bergerak ketika dipusing. Ia mungkin memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri kerana kadangkala tangan tersentuh pada butang kawalan saluran radio dan menukar saluran yang sedang didengar secara tidak sengaja.
Tidak seperti MPV yang lain, tuil gearnya diletakkan di bahagian atas stereng. Dengan hanya menolak sebatang plastik yang nipis, anda boleh menukar gear dengan menggunakan hujung jari.
Anda juga tidak akan berjumpa dengan tuil brek tangan, kerana ia sudah digantikan dengan brek tangan elektrik yang berfungsi sebaik sahaja gear dimasukkan ke dalam mode 'P' dan enjin dimatikan.
PAPARAN papan pemutar yang ringkas dan mudah mesra pengguna.
Tidak mahu bersusah payah untuk memasang lampu ketika hari sudah gelap dan mahu pengelap cermin terus berfungsi apabila hujan? Setkan sahaja mode automatik pada kedua-dua ciri ini pada suis kawalannya yang ada pada tuil di sebelah kiri dan kanan stereng.
Selain pemandu, tiap penumpang kini boleh mengubah suhu dan kelajuan kipas pendingin mengikut keselesaan masing-masing.
Dikuasakan oleh unit enjin petrol bersesan dua liter, ia boleh dikatakan sebagai memadai untuk mengheret tubuh Citroen Grand C4 Picasso tanpa sebarang masalah.
Satu lagi ciri menarik yang ada pada model ini ialah lampu di barisan tempat duduk ketiga ini boleh dicabut dan digunakan seperti lampu suluh. Apabila diletakkan kembali, baterinya akan dicas secara automatik.
Pada tanda harga RM169,028 seunit, Citroen Grand C4 Picasso sememangnya memiliki banyak kelebihan yang tidak ada banyak kebanyakan MPV lain di pasaran.
jgn ingat picasso tu ko nak beli painting ajer.... tapi satu ajer aku nak cakap pasai citroen ni.... sekarang ni dah bertambah baguih keta dia... kalu ko nak compare jaman 80an 90an dulu.... nampak standard dan grand sikit.... lagi pulak C4 grand ni MPV..mmg besar enjin dia pun!! rega dalam RM170K tu berbaloi aku rasa.... cuma aku bukan fan jenama perancis nih... aku lebey pada volvo dan honda!! |
|
|
|
|
|
|
|
cuba ko check picasso model lama brapa arga sekenhen dia... |
|
|
|
|
|
|
|
aku kalau ada family 4-5 orang, baik aku beli LandRover Discovery...
just my 2 cents.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 zzcbr's post
direct translation ler tu... LMFAO.. |
|
|
|
|
|
|
|
Citroen Grand C4 Picasso MPV nyata luas
Oleh JOHARDY IBRAHIM
DARI segi rupa, pasti ramai akan beranggapan Citroen Grand C4 Picasso ini bersaiz sederhana. Namun, setelah memasuki dan memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) buatan Perancis ini, yang nyata ialah perasaan luas yang terhasil daripada jarak bumbung yang tinggi, tingkap cermin yang panjang dan ruang kaki yang mencukupi untuk orang dewasa.
Secara azalinya Grand C4 Picasso ini adalah MPV tujuh kerusi tetapi dua kerusi tambahan di barisan akhir boleh dilipat rata di atas lantai kenderaan.
Saiz dua kerusi tersebut bagaimanapun, lebih sesuai untuk menempatkan kanak-kanak atau orang dewasa di bawah ketinggian 5 kaki. Di belakang kerusi pemandu terdapat meja lipat sama seperti kerusi dalam pesawat.
Keluasan yang dinikmati bermula dari tingkap hadapan. Penghadang cahaya mempunyai ruang untuk ditolak lagi ke dalam bumbung, memberikan ruang pandangan sehingga ke langit bukan sahaja kepada pemandu tetapi juga penumpang di belakang.
Sebenarnya sepanjang pemanduan, penulis dapat merasai kesan tingkap yang begitu nyata pada kenderaan ini. Memang luas pandangan! Selain itu, tingkap bumbungnya juga meliputi dari bahagian tengah hingga hampir ke sudut belakang kenderaan (sesuai untuk menonton permainan bunga api!).
Jangan risau soal panas dalam cuaca tropika Malaysia kerana cerminnya dilengkapi penapis filem anti-UV dan anti- infra merah. Setiap baris tempat duduk juga dipasang dengan serombong pendingin hawa.
Citroen memberi perhatian khusus pada bahagian panel pemuka. Reka bentuknya yang moden dengan penekanan pada aspek digital, membawa perasaan seronok memandu (jarang dirasai semasa memandu kenderaan bukan kereta sports).
Meter kelajuan yang digunakan bukan meter tradisional. Ia terletak di konsol tengah yang latarnya boleh ditukar kepada lima warna dan nombor kelajuan menonjol mengikut tekanan pedal (ciri ini terdapat pada Honda Civic dan beberapa lagi kenderaan). Selain meter kelajuan, ia memaparkan kadar dan purata penggunaan minyak, tarikh, saluran radio yang sedang didengar dan jarum rpm.
Butang kawalan audio pula mempunyai penutup. Apabila tidak digunakan, panel pemukanya seolah-olah tidak mengandungi radio. Ia juga memiliki ciri Bluetooh pada sistem audionya yang boleh disambungkan terus dengan telefon bimbit anda.
Satu lagi ciri menarik pada Grand C4 Picasso ini ialah sterengnya yang hanya berputar pada bulatan genggaman tetapi bahagian tengah (lazimnya tempat hon dan beg udara) kaku semasa mengambil selekoh. Bila direnung rasional rekaan sebegitu, ia banyak memberi kesenangan kepada tangan pemandu kerana tidak terganggu oleh bahagian tengah roda stereng. Reka bentuk ini adalah inovasi asli dan pertama kali diperkenalkan oleh Citroen.
Untuk mengoptimumkan ruang dalam kabin pemandu, batang gear tidak diletakkan di lokasi biasa MPV lain iaitu di panel pemuka sebelah kiri tangan pemandu. Sebaliknya ia terletak pada ‘tengkuk’ stereng manakala brek tangan dikawal komputer sepenuhnya iaitu apabila gear dimasukkan ke ‘P’ dan enjin dimatikan. Brek tangan tersebut ‘dilepaskan’ sebaik sahaja gear ditukar ke ‘D’ dan pedal minyak ditekan.
Sembilan beg udara
Sepanjang lima hari pandu uji, penulis perasan sejenis haruman yang wujud dalam kabin. Ingatkan bau kerusi atau pewangi semburan tapi lazimnya pewangi sedemikian selepas tiga hari akan hilang. Tapi haruman ini kekal – sekali gus mendorong penulis menyiasat dan ‘menyelongkar’ panel pemuka.
Penulis menemui satu kotak bertulis PARFUMEUR D’ambiance berlogo Citroen. Menurut Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi Brooklands Motors, Loo Yat Min, botol pewangi itu mempunyai ruang khusus dalam serombong pendingin hawa dan stoknya hanya dibekalkan oleh Citroen. Ini lagi keistimewaan Citroen! Tidak perlu lagi bersusah-payah mencari botol pewangi dan melekatkannya di atas panel pemuka yang hanya mencacatkan rupa pandangan!
MPV ini dijana oleh enjin 2.0 liter yang menghasilkan 143 kuasa kuda dan tork sebanyak 200 Nm pada 4,000 rpm. Enjin yang mematuhi piawaian pengeluaran asap Euro 4 diperkasa oleh transmisi automatik empat kelajuan.
Ciri keselamatan merangkumi penarafan 5 bintang Euro NCAP dan sembilan beg udara dan sesuai dengan kempen memakai tali pinggang belakang, terdapat sistem peringatan tali pinggang untuk semua tujuh penumpang.
Harga atas jalan ialah RM169,607 tanpa insurans dan Brooklands Motors selaku pengimport dan pengedar eksklusif kenderaan Citroen menawarkan waranti dua tahun atau 100,000 km (yang mana dulu). Pelanggan juga boleh memilih beberapa aksesori tambahan seperti Bluetooth, kerusi sarung kulit, rim aloi 18 inci dan sebagainya yang bernilai RM7,700.
sembilan 'bag udara' lagi!!! sebut ajer ler airbag.. mcm tak koman worang mesia ni.. rega dalam bedebak bedebuk campur insuran mahu hampir rm180K-rm190K gak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|