Originally posted by eddysheddy at 29-1-2009 06:33 PM
tak ku tahu pulak kewujudan carta Di Silk ni.. carta aper tu?
Eh, silap..
Bukan D'silk but carta c30 @ ERA..
C30 @ ERA
Menampilkan 30 lagu terkini yang di undi oleh para pendengar, carta ini berlangsung setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 mlm hingga 12 tgh mlm bersama Cham dan Burn.
Anda boleh menentukan kedudukan lagu-lagu di dalam senarai kedudukan C30 dengan mengundi di laman web ini. Mudah sahaja, tersenarai di bawah adalah lagu-lagu yang dipertandingkan. Anda hanya perlu memilih 10 lagu pilihan anda dan hantar.
Pastikan anda mendengar C30 setiap malam untuk mengetahui siapakah yang tersenarai di kedudukan 30 teratas!
Sumber : ERA
Semalam pasang Era time nak tidur & DTT tempat ke2 dalam carta c30..
Siti cakap die buat BEBERAPA video klip. makna nya selain Cinta Ini, ade video lain utk lagu lain kan? harap2 bintang malam atau di kayangan kita atau senyum minang manis atau jelmakanlah ayumu
Written by Siti Nurhaliza
Friday, 30 January 2009 15:59
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Rasanya belum terlewat untuk Siti mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada peminat-peminat Siti yang menyambutnya.Semoga gembira bersama keluarga hendaknya.
Selepas album dilancarkan memang Siti bercuti dua minggu, ada urusan yang perlu dilakukan tetapi jangan bimbang kerana bermula 31 Januari ini, Siti akan bergerak aktif kembali. Bagaimana agaknya sambutan Lentera Timur, ramai yang bertanyakan kepada Siti. Setakat ini Siti bersyukur kerana sudah ramai peminat yang mendapatkannya namun Siti akan kuatkan lagi promosi agar album ini akan mendapat perhatian menyeluruh.
Apa yang termampu dan terdaya Siti akan usahakan dan SNP juga mempunyai perancangan tersendiri, Siti harap para peminat dapat bersabar. Bila album ini diterbitkan dan dipasarkan memang Siti akui perlu bekerja keras untuk memperkenalkannya kepada masyarakat. Walaupun Siti ada sasaran sendiri, namun Siti akur dalam keadaan industri muzik sekarang barangkali ramai mengatakan ia adalah angan-angan. Namun Siti serahkan kepada rezeki di samping sokongan anda semua. InsyaAllah...
Siti akan tampil dalam majlis amal Palestine-Atas Nama Kemanusiaan di Istana Budaya pada 31 Januari ini. Beberapa hari lalu Siti sempat merakamkan lagu baru yang dicipta khas untuk acara ini berjudul Suara Sepi (Di Bumi Anbia). Lagu ini akan dipromosikan di radio dan tv tidak lama lagi. Sebagai artis, inilah sumbangan yang dapat Siti lakukan. pada acara malam tersebut Siti akan menyanyikan lagu itu dengan diiringi orkestra. Siti harap ramai yang akan datang untuk membantu saudara kita di Palestine. Pada sebelah siangnya pula, sekitar jam 11.30 pagi, Siti akan berada di Amcorp Mall menjayakan acara amal Tabung NSTP Gaza. Siti bersama-sma artis SNP akan berada di sana.
Selain itu Siti juga akan membantu di beberapa acara lagi, InsyaAllah Siti akan khabarkan di laman ini nanti. Walaupun mungkin penglibatan Siti dalam bidang seni tidak seaktif waktu belum erkahwin tapi apa yang perlu dilaksanakan akan Siti selesaikan. Sekarang ini Siti juga mengatur jadual Siti sebaiknya. Promosi Lentera Timur juga akan diteruskan dan Siti juga akan jayakan persembahan di berapa acara tv selepas ini. Jangan lupa dapatkan perkembangan Siti ya.:pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom:
Sekian dahulu catatan kali ini. Salam hormat dan Bantulah Palestine walaupun hanya dengan secebis doa. Terima Kasih.