|
Balas #20 raudah\ catat
janji orang bercinta
senang dicipta
merubah diri menjadi angsa
janji terabai yang dipinta dia
tapi ku leka dengan mainan cinta
tanpa sedar hatinya semakin pudar
memujuk menangis sudah tak daya
walaupun jodoh di tangan tiada
aku tetap kepunyaan dia
walaupun hati dimusnah olehnya
kalaulah dia masih menerima
tetap aku kepunyaan dia..
[ Last edited by Shamanz at 17-11-2008 06:49 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Segala-galanya telah berhenti
Tiada apa hendak dinanti
Keputusan dibuat dengan tekad
Puas merayu tak dapat-dapat
Perlukah diri menanggung sengsara?
Tamakkah saya yang mencintai dia?
Sedarlah saya ini balasan dosa
Dengan kata yang tidak dikota
Walaupun saya menjadi gila
Bulan tak mungkin jatuh ke riba
Biarpun sekalipun berdarah air mata
Tiada lah yang sama seperti dirinya
Tiadalah pernah saya berjumpa sebaiknya
Berendam duka saya mengenangnya
Namun tiadalah buluh bertukar rebung
Walau di bakar sehingga rentung
Jika inilah nama nya cinta
Akur lah saya dengan kehendak-Nya
Tiada lah dapatlah menyimpan dia
Jikalau jodoh diri tak kemana
Jika inilah namanya sayang
Rela dia saya lepaskan
Kerana kasih tak mengenal orang
Biarlah saya merana seorang
Beginilah nasib seorang saya
Terlalu banyak silap dan dosa
Menanti sakti memutar masa
Hanyalah saya mengharap yang Esa
Namun tak pernah ku putus asa
Cuma kecewa separuh gila
Janganlah dia berputus asa
Kerana janji setia dikota
Janji bukan hanya pada nya
Janji saya untuk semua
Keluarga sahabat dan juga dia
Supaya masa depan dapatlah saya merasanya
Jika takdir Tuhan menentukan
tiadalah dapat saya melawan
Walau saya menjadi angsa
Saya tetap kepunyaan dia
Tiadalah saya berniat takbur
Masa hadapan tiada ditahu
Tetapi banyak sudah kasih ditabur
Cuma hanya dia yang saya mahu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tiada pilihan untuk gembira
Dia dilepas dengan rela
Walau hati seksa dipaksa
Namun sayang mengatasi segala
Saya sedar watak dah selesai
Tiada lagi di pentas hidup nya
Cuma jadi ingatan yang menyertai
Menjadi kenangan dalam ceritanya
Kerana merasakan cuma sekejap
Kalau jadi begini saya tidaklah kisah
Tapi bila sudah berpegang erat
Terasa gila dipaksa berpisah
Teringat dahulu pernah berkata
Tinggalkan saya jika jumpa penggantinya
Kata-kata itulah yang memakan diri
Menyesal tak sudah berkata begini
Segala kenangan hasil usaha saya
Mudah terpadam dari kerana mata
Senang sekali hati menjadi suka
Kerana dirinya sempurna tiadalah tara
Tidaklah seperti si tuan seloka ini
Adapun dia hidup malam sembunyi siang
Yang wajib ditinggal yang sia-sia didahului
Tiada hasil yang tinggal jadi kutukan orang
Memang patut ditinggal sayang
Kerana asal sememangnya seorang
Sayang dirasa hanya menumpang
sehingga hati si dia berjumpa sarang
Hati saya ini kemanalah hendak pergi
Walau tak dihalau tak pula boleh bersarang
Muka saya ni tak malu tak sedar diri
Masih ingat dirinya dihendak orang
Sungguh bodoh perbuatan saya
Menyesal tak sudah memikirkannya
Jikalau lah tahu begini akhirnya
Sumpah tak mahu menyapa dia
Bodoh lah saya masih setia
Pada orang yang dah tak hendak
Bodoh lah jiwa masih berduka
Walau sedar takdir bertukar tidak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alamak takde komen ke? nak baiki lagi pengarangan nih,hohohoho |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #25 raudah\ catat
woh,tenkiuk2,haha..perlu berhati halus lagi nih, |
|
|
|
|
|
|
|
Hai... irma menumpang
Aku ingin kau tau
Tak pernah ada rasa dendam untukmu
Tak pernah ada rasa benci untukmu
Walau sekelumit
Dari hatiku yang jauh
Andai kau tahu
Betapa besar rasa yang ku miliki untukmu
Betapa luas rasa yang ku berikan untukmu
Namun aku tahu
Adalah waktu yang nanti akan bicara
Aku menantimu
Sampai pada masanya nanti
Ketika kau memintaku untuk pergi
Dan aku akan pergi
Namun ..
Biarkan aku merindukanmu sekarang
Biarkan aku menanti saat ini
Biarkan ...
*** PUISI adalah rangkai kata bebas... bicara simbolik dari halus bahasa yang menawan.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by raudah at 27-3-2009 11:02
bahasa itu adalah indah...amat tersentuh apabila ia menjadi suatu yang tersirat
Puisi juga adalah bicara jiwa yang tersirat, yang tidak terucap. |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki itu diam
Lelaki itu berduka
Terpekur di tengah hujan
Seakan menghitung rinai yang jatuh
Lalu terseret menanti waktu yang menjauh
Kesendirian menyelimuti
Mungkinkah abadi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lelaki berduka...
mengapa aku insan kedua menjadi mangsa...
dia sememangnya gila...
tidak kenal kaca dan permata...
atau sememangnya dia buta...
dalam kemilau cahaya...
hingga dia tidak tahu beza...
bahawa jernih dan putih itu dua warna....
lelaki itu berduka...
aku yang terluka....
p/s : tuan rumah jgn marah, mlm ni tak leh tdr....jadi x betul jap...
[ Last edited by ai_fah at 28-4-2009 02:52 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #30 irmazirah's post
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki jika berduka,
ada tetesan airmatakah?
ada sedu sedankah?
ada sebakkah?
Atau sekadar membatu
dalam nestapa. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|