CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2798|Reply: 11

kisah semalam

 Close [Copy link]
Post time 13-11-2008 11:31 PM | Show all posts |Read mode
Salam....Harap maaf baru menulis.

Allah jahat! Allah tidak adil. Kenapa aku di jadikan begini."Jeritku sendirian. Hatiku benar-benar tertekan menghadapi semua ini. Rasa tiada berguna aku mengerjakan segala SuruhanNya. Tidak ini balasan yang aku dapat. Siapa yang tidak sakit hati. Aku nekad. Aku tidak ingin lagi mengerjakan suruhanNya. Apaguna semua ini jika ini layanan yang ku terima akhirnya begini. Selimut di kaki ku ku rentap kasar. Aku bangkit menuju ke hadapan cermin solek. Mata yang bengkak ku belek. Hampir dua minggu aku begini. Meratapi kehilangan kekasih. Berhimpun aku berdoa kembalikan cinta Azman Shah kepadaku. Namun Alllah langsung tidak pedulikan permintaanku. Aku di biarkan di selubungi kesedihan. Sedangkan lelaki yang menghancurkan hati ini KAu beri seribu kebahagiaan kenikmatan. Apakah erti semua ini!

"Kenapa Seri macam ini? Jangan jadi bodoh. Jangan jadi orang gila. Shah bukan orang baik. Dia curang. Allah pasti akan beri yang lebih baik dari Shah. Semuanya ada hikmah Sampai bila nak terperap dekat bilik ini?" Bahuku di goncang Anizah kakak ku yang sulung. Tanpa ku pinta airmata ini kembali mengalir.

"Biarkan akak nak cakap apa.Seri tak pedulik. Hati Seri  hancur. Hati Seri benar-benar terluka. Kenapa ini yang Allah berikan. Mengapa?Seri tak minum arak, Seri tak main kayu tiga. Seri cukup setia. Kenapa ini hukuman yang Seri terima.. 5 Tahun kak saya menunggu. Sekelip mata dia berubah. Ini bukan Shah. Shah bukan macam ini. Semua salah Allah. Allah sengaja nak permainkan hidup Seri. Kalau Seri tiada jodoh mengapa dari dulu hubungan ini tidak di tarik. Mengapa sekarang? Mengapa?" Sesak dadaku menahan gelora kesedihan yang menggunung. Tidak lagi dapat ku menahan air mata. Deras mengalir tanpa henti.

"Mengucap Seri. Ingat Allah banyak-banyak. Allah itu maha Adil. Dia tidak menjadikan semuanya dengan sia-sia. Ada hikmah di sebaliknya. Lupakanlah segalanya. Orang berkahwin pun boleh bercerai. Inikan pula kau yang baru bertunang."Perlahan-lahan belakangku di usap.Tersedu sedan aku menahan esak. Orang tidak paham penderitaanku.

"Allah tak adil. Allah tipu. Apa hikmahnya? Ateh tersungkur. Sedangkan Shah Allah limpahkan rezeki sedangkan dia curang pada Seri. Itu yang dikatakan hikmah"Marah aku pada Allah.

"Tak tahulah akak nak cakap apa lagi. Hanya Allah yang tahu kehendakNYA. Setipa orang akan menerima pembalasannya. Akak keluar dulu. Berehatlah." Mungkin sudah hilang kata-kata Kak Anizah untuk menasihatkan aku yang terlalu degil. Aku cuba mengawal hati. Ku kunci pintu. Aku tidak ingin makan. Aku tidak mahu minum. Biar aku mati! Kalau ini dapat buktikan pada Shah kasih aku. Ku tahu dia tidak percaya. Biar dia tahu.

Kring...Kring..
Bungi telefon bimbit tiba-tiba buat aku tidak sabar menerpa.
"Abang..."Tersekat kata-kataku dengan esakan.

"Sudahlah Seri. Semua ini takdir. Terima dugaannya. Jangan jadi bodoh."Pilunya hatiku mendengar. Mudahnya dia berkata.

"Seri tak boleh terima.Seri nak abang. Seri minta maaf. Abang kembalilah pada Seri."Rayuku dengan iringan airmata. Namun ku tahu semua itu tidak akan dapat memancing simpati dia lagi.

"Maaf? Nak abang? Aik dulu Seri tak hairan pun abang. Seri caci abang. Seri cakap abang miskin. Seri suruh cari orang lain yang boleh abang pinangkan. So sekarang abang dah dapat kenapa Seri nak halang?Kenapa Seri nangis?Tolong berhenti menangis. Abang benci dengar Seri menangis tahu tak!" Herdikan dia buat esakanku menjadi-jadi-. Bencinya dia padaku YA Allah.

"Maaf..Seri tahu Seri salah. Seri..Seri tak sedar sebenarnya hati Seri terlalu menyintai abang. Seri ingat Seri boleh hidup tanpa abang. Rupanya Seri silap. Seri perlukan kasih abang...MaafkanSeri abang."

"Huh maaf. Apa yang Seri nak dekat abang lagi. Abang dah tiada apa-apa. Abang tiada duit,abang tak tahu pasal agama ni sangat..

"Seri tak perlukan semua itu. Seri dah sedar. Seri silap. Wang itu tak boleh beli kasih sayang abang. Seri tak perlukan duit. Seri hanya perlukan abang kembali di sisi Seri..bagilah Seri peluang lagi..

"Sudahlah..dulu kau tak macam ini pun. Kau maki aku. Kau caci aku. Kau tak hormati aku. Macam mana aku nak jadikan kau isteri aku. Aku tak nak di katakan dayus." Tidak terkata aku mendengar amarah yang di lontarkan Shah. Hanya esakan ku yang dapat menggambarkan perasaanku ketika itu.

"Itu dulu..Seri dah sedar..Seri dah sedar...."

"Ah! Dah terlewat. Dah Terlambat..Aku dah tawar dengan kau. Aku nak kau terima semua ini dengan redha. Manalah tahu kau akan dapat yang lebih baik. Yang lebih kaya. Aku ini tiada apa." Seakan mengejek pada pendengaranku. Pedih!

"Maafkan Seri.."

"Sudah lepas ini jangan kau kacau aku lagi! Paham tak?"tersentak aku mendengar herdikan kasar dari Shah. Pilunya hati aku di perlakukan begitu. Puas hatikah dia melihat aku menderita begini. Sampainya hatimu Shah. Besarkah pengorbananmu hingga menutup segala kebaikan yang pernahku taburkan padamu.



Seminggu berlalu. Termangu aku melihat drama di Tv9.

"Allah tidak adil. Allah jahat."Tertarik aku mendengarnya. Kanak-kanak itu nampak berang.

"Kenapa anak berkata begitu?" soal ustaz itu kembali.

"Kerana Allah tidak dengar doa Nabila. Allah rampas ayah dan mak nabila. Allah beri ibu arini yang jahat. Allah tak adil. Allah tak makbulkan permintaan Nabila. Allah Jahat"Aku mengangguk mengiyakan kata Nabila. Memang Allah Jahat. Setiap kali aku berdoa tetapi Allah tidak beri pun apa yang aku minta. Allah tidak kembalikan cinta si dia Aku di biarkan sensara. Menderita!

"Cuba anak pejamkan mata." Aku turut memejam mata.

"Sekarang anak buka kembali mata. Cuba anak ingat selama ini pernah tak Allah tidak makbulkan satu pun permintaan anak."perlahan-lahan memori Nabila ku lihat tersingkap. Ketika ayahnya sakit dia berdoa di minta Ayahnya kembali sembuh. Dan doa itu di makbulkan. Aku jua turut sama menyingkap kenangan silamku. Ketika aku hampir kandas dalam peperiksaan aku berdoa dapat menunaikan harapan ibu dan ayah yang ingin melihat salah seorang anaknya berjaya hingga ke menara gading. Dan Allah makbulkan permintaan ku itu. Aku berjaya!perlahan-lahan sekali lagi airmata mengalir. MenginsAFI KESILAPAN diri.

"Pernah tak wahai anak? Pernah kan..Semua yang datang dari Allah itu adalah ujian dariNya baik senang atau susah semuanya adalah kehendakNya. Banyak orang senang dia lupa Allah. Banyak yang miskin juga lupa ALLAh. Pabila kesusahan dia salahkan ALLAh. Adilkah manusia?"Sayu hatiku melihat anak kecil itu teresak-esak mengalirkan airmata. Mungkin dia juga turut marah dan menderita. Apalah anak kecil itu mengerti.

"Ujian itu apa ustaz?

"Ujian itu satu dugaan Allah kepada Hambanya untuk menguji sejauh mana hambanya akan bersabar dan tabah menerima segala dugaannya. Allah tetap bersama kita walaupun kita seringkali melupakanNya."

"Jadi Nabila kita mahu puasa ke tak?" Soal kawan Nabila. Airmata aku masih mengalir.

"Aku mahu puasa. Aku mahu mengerjakan segala suruhanNYa. Allah tak jahat. Allah pasti bersama kita." Sekali lagi aku mengangguk mengiyakan katanya. Ya aku perlu berusaha berdoa dan tidak melupakan segala SuruhanNYa. YA Allah aku berdosa kerana memarahiMu YA ALLAH. Ampunilah segala dosaku. Selama ini aku lalai. Waktu aku senang, aku bergembira sikit pun aku tidak mengingatimu. BesarNya kebesaranMu YA Allah. Aku percaya andai ada jodoh pasti kami bersama. Azmaishah aku tidak aku menyalahkanmu. Semuanya ujian Allah. Cinta yang hadir dalam hatimu juga dugaanNYa pasti ada Hikmah segalanya. Aku perlu bersabar dan brusaha. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya dikau tempat ku memohon pertolongan. Berilah aku kekuatan dan petunjuk untuk meneruskan kehidupan di alam maya ini. Hanya kepadaMu ku serahkan segalaNya. Amin....

  "Alamak!Dah pukul 7....matilah aku"Tidak semena2 aku berlari menuju ke bilik air. Semuanya kelam kabut. Tanpa tuala tanpa pakaian aku terus saja menjirus iar ke badan. Berpinar-pinar mataku terkena sabun. Selesai sahaja aku mandi kelam kabut aku keluar. Nasib baik aku seorang dalam bilik. Itupun dgn pakaian yang basah. Oh tidak senonoh sungguh.

  "Seri Ezora? Peliknya sungguh."Aku menikus di hadapan



BERSAMBUNG...INSYAALALH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2008 11:39 PM | Show all posts
wah.. ade cita baru...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 11:39 PM | Show all posts
menarikkkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2008 12:28 AM | Show all posts

n2

Bukan aku menikus kerna takut tetapi menahan diri. Tidak tertahan rasanya aku menahan. Kalau aku mendongak mesti wajah aku yang berkerut seribu buat pengurus di hadapanku ini tertanya.
  "Awak ini bukan staf semalam yang jatuh dalam longkang tu ke?

" Ya Allah masih dia ingat lagi rupanya. Dahler aku nak terkucil ni."Hendak tak hendak aku terpaksa menyuarakan hasrat yang terpendam.

"Encik Firkan..boleh tak berkenalan nanti-nanti. Saya dah lambat ini. Nanti basah lantai ini siapa nak lap."Berkerut aku menahannya. Tiba-tiba telefon bimbit di atas meja berbunyi. Kesempatan ini aku melarikan diri. Menyumpah-nyumpah aku dalam hati. Semuanya kebetulan. Sudahlah aku lambat satu lift pula dengan pengurus baru ini. Tak pasal-pasal aku di panggil menghadap. Alah aku bukan budak kecik pun. Datang lambat tahulah aku nak cover masa yang aku dah curi tadi. Itupun nak kecoh.

"Psstt ...Ju apasal tuh?" Syaripah rakan sepejabatku datang berbisik. Aku sekadar mencebik.

"Alah Jejaka idaman ko tuh kecoh. BAru lambat 5 minit dah nak blacklist aku. Puan Nurul dulu tak kisah pun. Banyak songeh betul."Aku mengemas meja yang berselerak ku tinggal semalam.

"Anak buah director tuh...demand ler wei.Nanti rehat tunggu aku tau."Sempat Syaripah berpesan sebelum kembali tempat duduknya.

Cik seri"Tersentakku pabila terasa bahu di cuit. Membulat mataku melihat Encik Firkan di sisiku. Wah beraninya dia main cuit-cuit. Dia ingat aku apa?!

  "Maaf cik Firkan... Ya ada apa encik Firkan. Boleh saya bantu"Aduh lain plak yang aku jawab. Ini tanggungjawab namanya

"Buatkan air kopi untuk saya."Arahnya sebelum berlalu. Ternganga aku mendengarnya. Aku?

    Ketawa Syaripah mendengar cerita aku sewaktu kami sama-sama menuruni lift. Semua perasaan geram ku hamburkan pada syaripah.

  "Kau nampak muka aku ini macam cleaner ke."Kepala sharipah mengangguk buat cepat-cepat aku menepuk bahunya.

"Kau nampak tak aku tengah marah ini. Ini baru hari ke dua dia kerja. Esok lusa entah apa pula. Aku nak cari kerja lainlah."Ujarku ketika sama-sama kaki meangkah ke food court.

"eh kau ni entah apa-apa entah. Takkanlah benda macam itu pun kau nak berhenti kerja. Aku tengok encik Firkan ok je. Engkau tu yang prejudis tak tentu pasal."

[ Last edited by  seri_urmila at 14-11-2008 10:07 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 08:27 AM | Show all posts
mcm best jek cite nie.... ade nilai2 keinsafan niehh.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 08:38 AM | Show all posts
Teruskan menarik cerita ni.... utk cik seri tu klu dah sedar banyak buat solat taubat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2008 03:39 PM | Show all posts
citer baru...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 03:44 PM | Show all posts
wahhh citer baru...pmulaan yg mnarik......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 01:25 PM | Show all posts

Balas #8 juliet80\ catat

betul la..tak sabar nak tgu next n3...hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 01:55 PM | Show all posts

Balas #6 qimi08\ catat

Seri baru tadika... Solat taubat tak reti ler kak kimi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 02:08 PM | Show all posts

Balas #6 qimi08\ catat

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Chorus:
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

ha a a...

Satu yang ku mahu
Ku wanita...
Yang hanya perlu kau fahami

Wanita... ooo...
Ku wanita... uuu...
Wanita...

[ Last edited by  seri_urmila at 16-11-2008 03:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 03:39 PM | Show all posts
ingtkn ada n3 tadi...
memang best lagu ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.159793 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list