CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: anakencana

Di Sebalik Perang Dunia

[Copy link]
 Author| Post time 20-11-2008 12:43 PM | Show all posts

Reply #41 alphawolf's post

Yup modd.. (sowwi lagik kalo uols konfuse lagik... seperti yg dinyatakan..tulisan artikel tu ditulis dalam 2-3 tahun kebelakang...harap maklum)

Radovan Karadzic arrested in Belgrade on 18 July 2008 (Serbians are proud because of Radovan Karadzic. Katanyer.. he is their hero)..:@

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2008 03:48 PM | Show all posts

Reply #42 anakencana's post

Errr kalau pun artikel tu dah 2-3 tahun pun...nampaknya penulis tak peka atau main hentam keromo sahaja sebab dua tiga tahun lepas ialah 2005/2006 sedangkan perang Kosovo pada 1999...dah la tu sebenarnya orang Islam Kosovo yang diserang Serb.

Jadi kalau dia kata "Amerika sepatutnya menyerang Kosovo" maka seolah2 dia sokong tindakan pengganas Serb le...

Sorry la ye....kengkadang kita perlu periksa sebleum cut and paste!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2008 04:06 PM | Show all posts

Reply #43 alphawolf's post

marah nampak mod...

ekceli kutipan nota nie..diambik berdasarkan penulisan sebenar penulis tersebut..tanpa dipinda fakta2 asli..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2008 05:09 PM | Show all posts

Reply #33 smma's post

saya suka jugak sejarah ni.


..makasih.. :handshake: sharing is caring... mana2 fakta yg perlu ditambah..di interframe..dicantas..diperbetulkan.. sangat dialu2kan.. gitu lar dunia informasi tanpa sempadan..:victory:

Artikel Harun Yahya dan penulis2 bebas kali ini sangat memerangsang sesiapa pun untuk berkongsi dan menyumbang sedikit pandangan serta komen walaupun sebelum ini mungkin kita hanya mengambil sikap diam diri mengenai hal2 tersebut....

..memyelongkar fakta2 sejarah bukan sekadar illusi.. cam magic.. kejap ader..kejap takde.. untuk menyatukan pemikiran kita sesama jikalau kita nak mencari kebenaran kaedahnyer.. apabila manusia sudah nampak stage 3, tersingkaplah tabir ilusi disebalik semua permasalahan dunia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2008 05:40 PM | Show all posts

Reply #31 din_atos's post

fakta perang & propaganda nie banyak dirahsiakan..disembunyikan.. dan disulitkan dari pengetahuan umum.. ambik masa nak compile fakta walaupun cuma copy cut and paste sajor..

[quote]Nota seorang penulis bebas:
Bayangkan perubahan zaman di Malaysia. Zaman kanak2 saya pada awal 1970an
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2008 06:43 PM | Show all posts

Fahaman dan Diktator Fasis di Dunia Ketiga



Pengikut Fasisme telah disekat pada Perang Dunia II. Persekutuan antara Nazi Jerman, fasis Italia dan Jepun telah dikalahkan dan rezim-rezim fasis diruntuhkan. Hitler bunuh diri, Mussolini digantung oleh rakyatnya sendiri, dan pemerintah Jepun membubarkan diri sendiri.

Tapi keruntuhan fasisme tidak bererti masalah ini terhapus sepenuhnya dari muka bumi. Setelah Perang Dunia II, fasisme sebenarnya terus berkembang di Dunia Ketiga. Para diktator dan junta yang berkuasa di Amerika Latin dan Afrika, pada dasarnya juga menjalankan sistem fasis.




Kekejaman Fasisme di Amerika Latin

Pengikut Fasis Dunia Ketiga tidak pernah putus asa melakukan kekejian yang mengingatkan pada pembunuhan oleh tentera Nazi.

Diktator Chile Jeneral Pinochet, yang naik ke kekuasaan melalui sebuah pemberontakan tentera terhadap Presiden Allende pada tahun 1973, mengubah negaranya menjadi sungai darah. Pinochet membunuh Allende dengan serangan tank dan pesawat jet terhadap Istana Presiden. Namun, rakyat Chili diberitahu bahwa Allende telah mebunuh diri kerana menolak misi damai untuk menyerah. Kemudian secara terbuka, Pinochet dengan kejam melenyapkan para penyokong Allende dan rakyat  yg mementang. Dibawah kuasa kepimpinannya telah  membunuh ribuan orang pada tahun pertama kekuasaannya dan hampir 90,000 dari 9 juta rakyat Chilie ditangkap. Kekejaman  terhadap penduduk iaitu mayat2 yang ditembak di rumah telah dibuang ke Sungai Mapocho, termasuk penahanan para suspek di Stadium Santiago. Lembaga-lembaga pendidikan 揹ibersihkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-11-2008 01:42 PM | Show all posts

Reply #21 WonBin's post

Saya harap orang2 HINDRAF akan faham dan nampak gambaran sebenar apa itu PENGHAPUSAN ETNIK.

Ini main tibai sahaja kata mereka jadi mangsa penghapusan etnik India di Malaysia.

Takda pun orang India mati kena holocus


....sowii lambat nak respond....kena putar2 otak cari idea katanyer...

...totally disagree with HINDRAF抯 demands...kekwat ya amatt:@ nasib baik dah kena banned kannn..

Persoalan memula kecoh ngan motif HINDRAD dedulu:

1) Antara wadah perjuangan HINDRAF dan DAP adalah mempertikaikan hak orang Melayu. Jadi, jika PKR menang dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan, adakah PKR akan melucutkan status istimewa kaum MELAYU dan bumiputra?

2) Mengapa PAS khasnya menyokong HINDRAF dan DAP? Sedangkan dengan terang-terangan mereka MENOLAK Negara ISLAM dan mahukan Negara SEKULAR..?

Kita Negara ISLAM dan dah tentu Tuannya adalah MELAYU ISLAM.. tu cerr:victory: :victory:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2008 01:34 PM | Show all posts

GENOCIDE: DI KALA AS MENDENDANGKAN KEDAMAIAN

Dua pekan lepas The Washington Post melaporkan bahawa majoriti daripada sidang Foreign Affairs Committee (Kongres Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Amerika Syarikat), telah menyatakan sokongan mereka terhadap resolusi berkenaan 'Armenian Genocide', yang mendakwa telah berlakunya pembantaian massa secara kejam terhadap orang-orang Armenia oleh pemerintahan Khilafah Turki Othmaniyah dalam tahun 1915. Resolusi yang tidak mengikat itu mendapat undi 27 lawan 21  dari Senat, Keputusan ini telah memanaskan hubungan politik di antara negara Turki dengan Rejim AS yang diterajui oleh Bush. Adam Schiff, selaku jurucakap sidang itu memberitahu bahawa walaupun genosid itu telah lama berlalu sekian lama dahulu, namun ia masih lagi membayangi rakyat Armenia ketika ini, kerana ia melibatkan kehilangan sanak saudara dan juga kaum kerabat.

Tapi.. (Washington Post, 11.11.2007) presiden Bush kelihatan cuba menutup dakwaan pihak kongres terhadap pemerintahan Turki itu.

Marilah kita melihat sejauh mana propaganda yang dilakukan oleh negara Barat menggunakan isu genocide untuk mengelabui mata masyarakat dunia di atas kekejaman mereka lakukan sendiri. Perlu ditegaskan di sini bahawa Islam sebagai sebuah cara hidup yang lengkap telah mengharamkan dengan pembunuhan tawanan perang, mengebom kawasan kediaman awam, jauh sekali dari menyokong tindakan ganas Adolf Hitler di mana-mana kem tahanan. Apa yang ingin dibongkar ialah bagaimana negara-negara kapitalis menggunakan isu "genosid" untuk mengabsahkan tindakan kezaliman mereka ke atas penduduk dunia, khususnya kepada umat Islam.



Umat islam.... Ingatlah dalam rangka untuk mencapai tujuan politik mereka, pihak kuffar terutamanya AS dan Yahudi sering memberikan gambaran bahawa mereka adalah mangsa penindasan dan kekejaman. Rejim AS telah berjaya menggunakan isu 911 sebagai senjata untuk membuktikan kepada dunia bahawa mereka adalah mangsa kekejaman pengganas. Dengan teknik Othering mereka cuba mendefinisikan bahawa 'kami' adalah kumpulan orang yang meyokong tindakan Rejim AS dalam Polisi Luara Negaranya dan 'Other' adalah pengganas. Sungguh memilukan hati kita bila pemimpin negara umat Islam, sanggup bersama-sama sekongkol untuk memerangi pengganas dan berebut-rebut untuk menjadi 'kami' dalam bahasa politik AS.

Al-Quran telah memberitahu kita bahawa ini pernah dahulu kaum kafir Quraisy telah menggunakan teknik yang sama. Apaibla kabilah mereka telah diserang hendap oleh tentera kaum Muslimin yang diketuai oleh Abdullah bin Jahsy di Nakhlah, dalam bulan Haram, mereka dengan hipokritnya mempropagandakan isu kekejaman ini, walhal meraka lupa bahawa mereka yang selama ini memerangi, menyiksa, menghalau umat Islam dari solat di masjidil haram. Allah Subhana Wa Ta'ala telah menurunkan ayat sebagai tempelak tentang teknik meraka ini, sebagaimana dalam Firman Allah

"Mereka bertanya kepada mu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah; Berperang pada bulan itu adalah dosa besar, tetapi menghalang (manusia) dari Jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalang masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, adalah lebih besar (dosanya) di sisi  Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari  agama mu (kepada kekafiran) seandainya mereka sanggup. " [TMQ Surah Al-Baqarah (2):217]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2008 02:28 PM | Show all posts

Definisi, Genocide dan Holocaust



Sebelum kita melangkah jauh, terlebih dahulu melihat makna genosid itu sendiri. Genocide merupakan gabungan dari perkataan Greek iaitu 'Genos' yang bermaka kaum, bangsa dan 'cide' bermakna pembunuh. Genosid atau dalam bahasa Inggerisnya disebut 'genocide' adalah sebuah istilah yang pertama kali diguna pakai oleh Raphael Lemkin, seorang sarjana Poland berketurunan Yahudi (Father of Genocide) di dalam bukunya Axis Rule in Occupied Europe pada tahun 1944. Kemudian pada tahun-tahun berikutnya, perkataan ini mula menjadi popular. Dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-IV, genocide ini telah dimelayukan kepada genosid; (g閚osid) pembunuhan (penghapusan) secara sengaja sesuatu bangsa atau kaum. Genosid membawa maksud perbantaian atau pembunuhan beramai-ramai secara besar-besaran dalam kerangka sistematik terhadap sesebuah suku kaum atau kelompok bangsa dengan tujuan untuk menghapuskan bangsa tersebut terus dari muka bumi ini. Holocaust pula adalah gabungan dari dua perkataan Greek iaitu Holokaust (berkorban kepada Tuhan dengan pembakaran), namun dari segi istilahnya holocaust ini adalah genosid, yang berbezanya adalah tekniknya. Beberapa ahli akademik Yahudi cuba menjadikan isu Holocaust ini spesifik untuk kaum Yahudi sahaja.



Setelah kekalahan tentera Jerman ditangan tentera bersekutu, isu Holocaust Yahudi oleh pihak Jerman menjadi popular, yang mana kononnya Yahudi telah dilakukan pembantaian massa oleh Hitler lebih 6 juta orang. Walaupun beberapa dokumen rasmi yang dicatat dari Pertubuhan Palang Merah menunjukkan bahawa korban jumlah angka yang dilaporkan oleh media massa jauh dari catatan mereka, terutamanya kem induk iaitu Kem Tahanan Auschwitz 朆irkenau.

Selepas itu beberapa fakta dan bukti menjadi medan kontroversi pihak yang mengiyakan dan pihak yang menafikannya, setiap hujah, foto, peta dan data statistik dikemukakan oleh gerakan yang menyokong holocaust ini telah dianalisis secara terperinci oleh gerakan holocaust revisionism banyak terdapat keraguan dalamnya. Sebagai contoh sekeping gambar dari The Simon Wiesenthal Center sebuah organisasi antarabangsa menjaga hak asasi Yahudi pernah menerbitkan sekeping gambar palsu 1999, dilaman web mereka tentang holocaust, yanag mana gambar tersebut berlatar belakangkan asap yang keluar dari serombong gas (gas chamber), yang digunakan untuk membunuh tahanan Yahudi. Namun bila gambar sebenar dari tentera Bersekutu didedahkan, tidak ada serombong asap itu, sebenarnya yang didakwa tempat membakar mayat Yahudi itu adalah pondok pengawal, dan temberang dari web-site terbongkar akhir web-master laman web tersebut telah menggantikan gambar tersebut dengan gambar sebenar yang tidak ada asap, dan ianya ada semburan tambahan (airbrushed in) ke atas gambar tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2008 03:25 PM | Show all posts
Setiap kali, mereka membantai umat Islam di Palestin, mereka akan mempropagandakan isu mereka dulu dibunuh lebih dari 6 juta.

Maka tidak hairanlah jika tragedi seperti 'The Holocaust' dan 'Armenian Genocide' selalu mendapat perhatian antarabangsa, kerena ia banyak sekali melibatkan kepentingan politik dan ideologi kapitalisme terhadap kepada suka 'mencari pasal', terutamanya dari kelompok negara kuasa besar. 'Armenian Genocide' yang diresolusikan di Washington baru-baru ini juga pada dasarnya dapat dilihat sebagai melibatkan kepentingan politik dan ideologi. Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya yang lain termasuk Kesatuan Eropah, Argentina, Uruguay dan Russia turut menyalahkan Kerajaan Turki Othmaniyah.



Menurut dakwaan mereka dalam Perang Dunia Pertama, Kerajaan Turki Othmaniyah dikatakan telah memimpin antara 600,000 hingga 1.5 juta rakyat Armenia ke kawasan Mesopotamia dan padang pasir Deir ez-Zor di Syria. Kerajaan Turki Othmaniyah didakwa dengan sengaja membawa mereka ke kawasan tersebut sehelai sepinggang  tanpa apa-apa bekalan makanan dan ubat-ubatan sehingga menyebabkan rakyat bangsa Armenia mati akibat kebuluran dan sakit. Kononnya kerajaan membenarkan tentera mereka dan orang-orang awam untuk merompak, membunuh dan mencabul wanita-wanita Armenia yang berada dalam pelarian itu, dengan harapan untuk memusnahkan bangsa tersebut.

Walaupun hampir 21 buah negara setakat ini menyokong kewujudan berlakunya genosid ini, namun kerajaaan Turki termasuk sebahagian besar ahli-ahli sejarah telah menafikan sekeras-sekeras tuduhan ini. Mereka mendakwa bahawa kebanyakan bangsa Armenia yang mati itu disebabkan oleh peperangan yang meletus, bukan penganiayaan dari kerajaan Islam Turki, kedua-dua belah pihak juga kehilangan nyawa anggota masing-masing. Beberapa orang sarjana seperti Ara Safarian telah mengkaji dokumen tentang genosid Armenia dan dia menerangkan bahawa banyak sumber adalah dikeluarkan dengan bias dan ada matlamat politik . Sementara Ismet Binark, seorang pustakawan dan penyimpan koleksi bahan bersejarah, dan para intelektual Turki, telah membentangkan laporan dan kertas kerja berdasarkan fakta visual sejarah mengenai dakwaan palsu negara sekutu Amerika terhadap kerajaan Turki.

Sesudah Perang Dunia Pertama, Uthmaniyah tumbang dengan banyak kawasannya di utara Afrika dan Dunia Arab dikuasai Barat. Mustafa Kemal telah memimpin satu rampasan kuasa tentera dan mewujudkan republik Turki yang sekular pada 1923. Yang peliknya, selama bertahun-tahun sebelum ini, kebanyakan pemimpin dunia dan negara-negara Barat telah cuba menghindari untuk memperbesarkan isu ini di peringkat antarabangsa, kerana dikatakan sebagai tanda menghormati kepimpinan sekular yang dibawa Mustafa Kemal Atartuk suatu ketika dahulu. Isu ini telah dilupakan dan cuba dihidupkan balik apabila pemimpin Turki sekarang menunjukkan sedikit kecenderungan kepada Islam. Kesatuan Eropah dilihat telah mula meletakkan syarat untuk kerajaan Turki memasuki kesatuannya, supaya mengakui tragedi genosid rakyat Armenia ini sebagai salah satu syarat untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU).

Isu genosid yang dibangkitkan ini telah memarahkan lagi hubungan rejim sekular Turki- rejim AS bagaikan telur di hujung tanduk, tambahan pula AS pada masa ini menghadapi masalah dengan sikap Turki untuk menyeberang sepadan dan menyerang kedudukan strategik Parti Buruh Kurdis (PKK), sedangkan AS ingin mengeksploitasi kekayaan minyak di kawasan utara Iraq ini.


[ Last edited by  anakencana at 1-12-2008 03:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 05:12 PM | Show all posts

Reply #44 anakencana's post

Bukan marah...mengingatkan. Sebab satu kesalahan itu akan berterusan jika dihebahkan tanpa mengira asas kebenarannya.

BTW, peristiwa Holocaust ni patut juga menjadi pengajaran kepada umat Islam...bagaimana jika tanpa negara sendiri dan dengan masyarakat sekeliling rendah, sesuatu kaum itu mudah diperkotak-katikkan...walaupun mereka sebenarnya kuat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.061323 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list