CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3023|Reply: 15

Lautan Kasih Lyana

 Close [Copy link]
Post time 11-11-2008 09:22 AM | Show all posts |Read mode
Sinopsis: Lautan Kasih Lyana

Syarifah Lyana namanya dikenali sebagai seorang yang pendiam, jujur, berbudi bahasa, lembut, pemalu dan bijak. Namum begitu, kehidupan keluarganya sentiasa bergolak. Dari sejak bila dia sendiri pun tidak tahu. Jauh dari pergaulan yang agak sosiol, Lyana disegani rakan-rakan dan disukai guru-guru. Tumpuannya hanya pada pelajaran, ilmulah tunggak utama kehidupan, penentu masa depan. Pengalaman hidup telah menentukan prinsip hidupnya, dia tidak akan mudah menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya hanya sekadar suka-suka, apabila berpacaran dia akan tetap setia sehingga ke hujungnya.

Ahmad Hazrin hadir mengetuk pintu hati Lyana. Seorang pelajar pintar yang diminati ramai dikalangan rakan sekelasnya. Seorang yang berpenampilan teguh, peramah, dan pandai menghormati rakan-rakannya. Hazrin, lelaki pertama yang cuba mendekatinya. Dalam diam hati Lyana dicuri. Bibit-bibit cinta yang tersemai menjadi rahsia hatinya sendiri. Namun begitu kegembiraan tidak kekal lama. Takdir yang Maha Esa menentukan mereka harus berpisah. Salah faham kecil berlaku membuatkan mereka hilang perhubungan. Demi masa depan Hazrin, Lyana pasrah. Akhirnya hubungan itu sepi sendiri.

Cinta pertama sememangnya indah. Di pegang teguh, disemadi dihati. Memori indah yang tidak akan luntur dari lubuk hati Lyana. Menjadi semangat baginya mengharungi kehidupan. Penampilan ceria dan berbudi Lyana menjadikan dirinya disenangi di kampus. Ramai siswa yang hadir menghulurkan salam. Tetapi ditolak lembut oleh Lyana.  Namum pelawaan kakak angkat Lyana agar bertemu rakan sekelasnya diterima Lyana. Personaliti pemalu Hafni membuatkan Lyana membuka hatinya kembali untuk mencuba. Kehadiran Hafni mewarnai hidup Lyana. Hidupnya semakin ceria. Malah Lyana redha dan sabar menerima sikap panas baran Hafni yang sering menyakiti diri dan hatinya, dia tetap akan setia walo apa dugaan menimpa. Itu prinsip dirinya. Dipegang kukuh sehingga hubungan mereka membawa ke jinjang pelamin.

Perkahwinan yang dibina sering bergolak. Entah mengapa ada saja salah dan silap Lyana dimata Hafni. Kata-kata kesat umpama garam kehidupannya sejak bersama Hafni. Segala pengornanan Lyana tidak pernah melembutkan kelancangan lidah Hafni. Akhirnya Lyana akur, prinsip hidupnya harus dibuang jauh-jauh. Tiada gunanya setia pada insan yang tidak pandai menghargai nilai dirinya. Keberanian dikumpul, Lyana memberanikan dirinya melangkah pergi.

Apakah masih ada pelangi menanti? Mungkinkah kebahgian akan menjadi miliknya jua? Lyana sering bersabar dan berdoa agar dipinjamkan kekuatan untuk mengharungi kehidupan barunya.



Nama pena:
Kasih Ibu (mummy’s love)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2008 09:22 AM | Show all posts

Bab 1

Suasana tenang di kantin Sekolah Menengah Jalan Bukit agak lengang. Pelajar sesi pagi sudah dua jam berakhir. Pelajar sesi petang sudah tidak lagi berkeliaran. Kelibat guru disiplin sekolah amat digeruni pelajar-pelajar nakal. Jangan cuba nak tunjuk pandai, hukuman yang menanti pasti setimpal dengan kenakalan pelajar. Sesekali kedengaran gurau senda para pelajar dari kelas berdekatan. Kelihatan dua rakan karib berbaju kurung biru-putih sedang berjalan menuju kantin sekolah dari surau berdekatan. Perut yang berkeroncong perlu diisi. Tenaga untuk terus belajar hingga ke petang. Meja batu bulat dibawah pohon rendang menjadi pilihan untuk berlabuh melepaskan penat.

        “Farah mana?” sapa rakannya memecah sepi. “Kita makan dululah ya. Nanti datanglah dia tu.” Lyana sudah biasa dengan kerenah dan perihal dua rakan karibnya itu. Mereka sering kelihatan bertiga kemana jua. Tetapi hubungan Lyana dan Hasni lebih rapat kerana mereka pulang ke taman perumahan yang sama. Farah tinggal dikawasan perumahan yang lain.

Farah terkenal di sekolah. Diminati ramai pelajar. Dia seorang yang peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Suka mengusik dan beraut wajah menarik. Kulitnya yang putih bersih menjadikan dirinya sentiasa menjadi tarikan. Kejelitaan Farah menjadikan Farah seorang yang berkeyakinan. Hasni pula seorang gadis yang pemalu dan berbudi bahasa, kadang-kadang kalut tetapi berhati lembut. Hasni juga seorang yang ceria bila bersama rakan-rakannya. Dia juga suka mengusik seperti Farah. Lyana pula seorang pelajar cerdik yang pendiam dan mudah tersenyum. Lebih suka mendengar dari berbicara. Pemalu dan bersopan. Disenangi ustazah kerana penampilannya yang besederhana. Mereka mendapat jolokan Tiga Dara Pingitan kerana sering kelihatan bertiga walo dimana mereka berada. Kekadang juga dipanggil minah baik, dan kadang-kadang minah skima.

        “Eh laparlah...” Tiba-tiba kelihatan Farah berjalan laju mendekati mereka berdua. “Kau dari mana nie Farah?” Tegur Hasni ceria melihat kehadiran rakannya itu. Hasni dan Lyana berhenti menjamu selera seketika. Lyana tersenyum sambil berkata “Pergila beli, kitorang tunggu nie.” Keropok lekor dan mi kari yang terhidang kelihatan menyelerakan. “Aku tolong Cikgu tadi, kat bilik kaunseling. Pastu jumpa Wati pasal dikir barat,” jelas Farah. Matanya tertumpu pada mi kari milik Lyana. Dia sudah mencongak apa yang ingin di jamahnya. Dia terus melangkah menuju kantin. Hasni meneruskan suapan keropok lekornya. Sesekali dipelawa kepada Lyana.

        “Ish ko. Mangkuk besar tu… Aku jealous lah tengok ko. Makan banyak tapi badan macam tu jugak.” Mata Hasni sedikit tercegil terperanjat dengan selera Farah. Apa taknya pukul 10 tadi dah rehat makan pagi. Sekarang baru pukul 2 ptg. Mi mangkuk besar dan pisang goreng di letakkan di hadapan Lyana. Lyana Cuma tersenyum.

        “Entah la, aku nie metabolisme tinggi kot,” jawab Farah selamba. “Eh, makan la. Kita ada ujian komputer kan hari nie?” Lyana memberikan peringatan kepada rakan-rakannya.
“A’a ye la. Kau tolong aku nanti ye Yana. Kau tu pandai sikit dari kitorang. Ko bagi tiru tau.”
“A’a… Yelah-yelah nanti kita tiru. Ish makan lah cepat Yana pun tak study lagi ni”
“Yana tak payah study… Gerenti A punya. Tak payah risau”

Lyana, Farah dan Hasni selalu bergurau begitu bila menjelang ujian dan peperiksaan. Tapi mereka tidak pernah meniru. Sikap jujur dalam diri mereka tetap utuh. Biarlah sedikit pun markah diterima janji puas hati kerana itu semua atas usaha mereka sendiri. Tetapi setiap hujung ujian kertas Lyana sering jadi rujukan. Mereka pasti Lyana tentunya dapat markah tertinggi antara mereka. Lepas tu Farah pulak dengan beraninya akan berjumpa guru untuk mendapat penyelesaian atau jawapan penuh kepada soalan ujian.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 09:55 AM | Show all posts
sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 09:57 AM | Show all posts
pmulaan yg mnarik.....siap ade sinopsis lagi tu.....lagi la buat juliet  truja nak ikuti kisah sterusnye ni....


nanti smbung lagi ehh, kasih ibu ?? hehe..trasa dekat lak dgn pangilan tu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 09:59 AM | Show all posts

Reply #2 mummyslove's post

sukanye....nama yana macam nama kita dan farah tu nama anak yana.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 11:40 AM | Show all posts
permulaan yg membuatku teruja...
next...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2008 01:28 PM | Show all posts
baca sinopsis jer dah best....tak sabar nak tunggu n3 yg seterusnya....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 08:18 PM | Show all posts
Sinopsis dah buat jantung kita dup-dap kencang bergolakan rmh tangga ni ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2008 08:20 AM | Show all posts
sinopsis cite nie jek dah mmg menarik.. tu blom full cerita lg.... hurmmm... syokkkknyee...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 08:46 AM | Show all posts
hari ni ade new n3 tak..???  
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 10:26 AM | Show all posts
macam menarik jer cerita nie...

sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 10:38 AM | Show all posts
nak baca n3 lagi.... dan lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 02:23 AM | Show all posts
cita baru .. tak sabar nk baca lg... heheheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 09:00 AM | Show all posts
bila nak smbung balik..?? ramai yg dah truja nak tau ksah sterusnye ni....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 02:07 PM | Show all posts
:time:  masa bertambah tapi n3 masih tak ada huk huk
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 02:36 PM | Show all posts
ari x n3 ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.043433 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list