|
Assalamualaikum saudaraku!
Semoga kita semua mendapat hidayah Allah menuju jalan yang diredhai Allah.
Just nak berkongsi sesuatu:
http://www.quranexplorer.com/quran/
link bacaan Al-Quran.
Semasa kita buat kerja, boleh lah dengar bacaan Al-Quran tu.
Bukankah mendengar bacaan Al-Quran juga trmasuk perkara ibadah?
Marilah sama-sama naikkan syiar Islam.
Allahuakhbar!!! |
|
|
|
|
|
|
|
salam
baik sekali
cuma fikiran dan hati manusia tak mampu
menjalankan 2 tugas dalam satu masa
berlainan dgn perbuatan mulut dan bicara hati
boleh seiring dan TIDAK
terpulang kepada yg empunya diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
selalu buka, memang bagus link ni..dulu2 terjemahan text dlm bahasa melayu masih tidak ada lagi .
Ada audio terjemahan dlm inggeris. buat keje sambil dengar bacaan suci al-quran sambil tu dapat menghayati makna Al-quran tersebut.. 3 in 1 |
|
|
|
|
|
|
|
TerimA KASIH TUK LINK NI..BAIK SEKALI... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 15-10-2008 03:28 PM
salam
baik sekali
cuma fikiran dan hati manusia tak mampu
menjalankan 2 tugas dalam satu masa
berlainan dgn perbuatan mulut dan bicara hati
boleh seiring dan TIDAK
terpulang kepada yg e ...
here...it goes on and on....xde guna berbicara ttp maksud x sampai.ajaran kristian sukakan maksud yg samar-samar?
talk about wisdom |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih banyak banyak... |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap huruf adalah pahala
SUSUNAN MOHD. SHAH CHE AHMAD | 24 Ogos 2016 6:00 PM
IBARAT isi dan kuku. Begitulah hubungan yang perlu disemai dalam jiwa setiap umat Islam dengan al-Quran.
Dengan kewujudan pelbagai teknologi canggih masa kini, tiada lagi alasan bagi umat Islam tidak tahu membaca al-Quran. Kini terdapat pelbagai medium seperti perisian komputer, aplikasi telefon pintar, al-Quran digital berserta pen bacaan dan cakera padat.
Allah SWT turut menjanjikan pelbagai kelebihan kepada hamba-Nya. Ia sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya diberi 10 pahala dan ditambah 10 lagi kebajikan seumpamanya, tidak aku katakan (alif, lam, mim) itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf. ” - Riwayat Tirmizi
Bukan sahaja memperoleh ganjaran di akhirat, malah mukjizat terbesar bagi umat Islam itu turut memberi kelebihan dunia dengan menyediakan panduan dalam segala aspek kehidupan harian manusia.
Perkara itu merangkumi tiga aspek utama iaitu akidah, ibadah dan muamalat (pergaulan).
AKIDAH
Al-Quran jelas menyebut umat Islam wajib menolak kepercayaan selain daripada Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya,” (al-Ikhlas: 1-4)
IBADAH
Ibadah dalam Islam mempunyai ciri-ciri tersendiri dan berbeza daripada konsep ibadah agama lain.
Ia merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah dan jasmaniah.
Justeru, sebagai seorang Islam kombinasi kehidupan dunia dan akhirat merupakan unsur ibadah yang menjadikan seorang hamba itu hidup dalam keimanan.
MUAMALAT
Bukan sahaja berfungsi sebagai saluran untuk berinteraksi dengan Allah, al-Quran juga menyediakan garis panduan pergaulan sesama manusia.
Dalam hal ini, al-Quran meletakkan panduan prinsip al-adl wal ihsan yang berteraskan kepada akhlak Islam, iaitu menghayati semangat keadilan dan muafakat serta menghapuskan penindasan.
USAHA MEROSAK 
AL-QURAN
Realiti yang berlaku kini, pelbagai cara dilakukan oleh golongan tidak bertanggungjawab untuk melemahkan pegangan umat Islam daripada menjadikan al-Quran sebagai acuan kehidupan.
Antaranya, pencemaran budaya, membangkitkan isu keagamaan, penyebaran fitnah sama ada melalui media massa dan alam siber serta melanggari undang-undang negara.
Justeru, sebagai masyarakat yang 
cintakan agama dan mukjizat al-Quran, 
umat Islam perlu bersatupadu, mengeratkan perpaduan supaya segala usaha menggugat kedudukan agama Islam dan institusinya di 
negara ini dapat digagalkan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/setiap-huruf-adalah-pahala-1.374219#sthash.9tkh2kse.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
ada kan kempen membaca al quran ke pada 11th september 2016 .....
|
|
|
|
|
|
|
|
Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca je.. Tapi utk difahami... Kalau stakat baca je, jadi lah mcm yg Nabi SAW maksudkan bahawa mereka membaca Al-Quran tetapi tak lepas dari kerongkong je... Ye la kan... Stakat baca kat tekak je bebunyi alunan Al-Quran kemain cantik lagi taranum dan tajwidnya.. Tapi perbuatan dan tingkahlaku sesudah habis membaca, ternyata jauh sangat dari Quran.. Pasai apa? Pasai sekadar baca tapi tak paham satu apa pon yang dalam Quran tu kata apa... |
|
|
|
|
|
|
|
ni pun ada gak kempen
bukan kempen pilihanraya tauuuuu
kempen
agar AL QURAN DIAMALKAN DIHAYATI DALAM KEHIDUPAN
misalannya
KENA BUAT BAIKKKKKKK
TUTUR YG BAIK-BAIK
JANGAN NGUMPAT/FITNAH/GOSSIP
TAWADHUK/MERENDAH DIRI, JANGAN SOMBONG SOMBONG TAUUUUUUU
ada banyak lagi ni
nak ke di BACAKAN semuanya??? |
|
|
|
|
|
|
|
salam
mula2 baca dulu ..
kemudian d'amalkan ..
sehingga dapat kehendak nya ..
it is a process ..
Kitab Al Quran Al Karim
d'turunkan kpd Nabi Mohammad SAW
yang terakhir dan semulia2 Kitab Allah
berisi kesimpulan dari ..
1. Tauhid ..
Urusan kepercayaan terhadap tuhan Allah
2. Wa'ad dan Wa'id ..
Urusan perjanjian baik buruk
3. Jalan Kebahagian ..
Kejayaan hidup d'dunia dan akhirat
4. Ibadat ..
Urusan penghambaan dan penyembahan hamba terhadap tuhan yang menjadikan
5. Warta Berita ..
Umat purbakala untuk menjadi cermin perbandingan bagi umat Mohammad
sehinggalah dapat siapa imam kamu ..?
wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
al quran bukan saja setakat dibaca dan kemudian difahami saja...
AL quran perlu / wajib dilaksanakan..
bagaimana nak laksanakan al quran tu?
haa...yang ni ramai yang keliru/ bingung/ dholl... |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Quran, Teladan Kepada Semua
Ditulis oleh Mohamad A'sim bin Ismail. Posted in Berita Harian
Kitab al-Quran merupakan mukjizat nabi Muhammad SAW yang menjadi sumber rujukan manusia mencari keredaan Allah SWT di dunia sehingga mereka berjaya di akhirat kelak. Al-Quran ialah wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW. Kita menerima al-Quran secara mutawatir dan membacanya dikira sebagai ibadah.
Teladan membawa erti melakukan sesuatu perbuatan dan lain-lain peristiwa yang elok. Untuk menjadikan al-Quran sebagai teladan yang baik, kita perlu mengetahui matlamat al-Quran diturunkan. Garis panduan ini diceritakan oleh sumber perundangan Islam iaitu al-Quran sendiri dan al-Sunnah.
Selain itu, kita boleh melihat muamalah sahabat RA dengan al-Quran dalam kehidupan mereka. Sahabat ialah orang yang pernah berjumpa dengan nabi SAW dan beriman dengannya. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Generasi paling baik adalah generasi ketika aku diutus (sahabat), kemudian generasi selanjutnya (tabiin), kemudian generasi selanjutnya (Tabiut tabiin) (Hadis riwayat Muttafaqun alaih). Sahabat merupakan cermin kepada akhlak baginda SAW yang menjadikan al-Quran sebagai manhaj kehidupan.
Sebagai umat Islam, kita tidak boleh membiarkan naskah suci al-Quran tersimpan begitu sahaja tanpa dimanfaatkan sebaiknya. Sebaliknya ia perlu didampingi bukan sahaja pada bulan Ramadhan bahkan sepanjang masa. Maka kefahaman yang baik kedudukan sebenar al-Quran dan mengambil manfaat daripadanya sudah tentu ditagih.
Perkara asas manusia terhadap al-Quran ialah mereka beriman dengannya. Umat Islam perlu yakin bahawa al-Quran itu merupakan wahyu daripada Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW. Mereka wajib percaya segala berita, suruhan dan larangan yang terkandung di dalamnya. Ini merupakan salah satu rukun iman yang enam iaitu mempercayai kepada kitab Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Surah al-Nisaa’:136).
Umat Islam dituntut untuk mengkaji isi kandungan al-Quran, melihat ayat-ayatnya, ilmu dan rahsianya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “(Al-Quran ini) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar (Surah Shad, ayat 29).
Selain itu, umat Islam diminta untuk membaca al-Quran. Membaca al-Quran perlu dilakukan sepanjang masa dan bukan hanya ketika bulan Ramadhan sahaja. Ketika datang bulan Ramadhan, mereka dituntut untuk menggandakan lagi bacaan demi merebut keberkatan dan anugerah malam Lailatur Qadar. Membaca al-Quran tidak dilakukan dengan tergesa-gesa tetapi sebaliknya dengan tertil atau perlahan-lahan. Ini bertepatan dengan saranan dalam surah al-Muzammil ayat 4 yang bermaksud “Bacalah al-Quran dengan perlahan-lahan”.
Dengan tilawah yang teratur, pembaca bukan sahaja dapat membaca dengan betul hukum tajwid bahkan mereka yang mempunyai kemahiran bahasa Arab terus dapat menghayati makna ayat-ayat yang dibaca. Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada pembaca al-Quran. Dalam satu hadis baginda bersabda yang maksudnya: Sesiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka dia mendapatkan satu kebaikan dengannya. Dan satu kebaikan itu (dibalas) sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan alif lam mim satu huruf. Tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf (Hadis riwayat Tirmizi).
Umat Islam sudah tentu juga dituntut untuk mengamal hukum-hakam yang terkandung dalam al-Quran. Para sahabat apabila mempelajari al-Quran daripada Rasulullah SAW, mereka terus mengamalkan bahagian yang mereka pelajari dan fahami tentang ayat-ayat al-Quran. Abu Abdul Rahman RA berkata: “Jika para sahabat mengajarkan al-Quran kepada kami, mereka berkata: “Kami belajar al-Quran daripada Rasulullah SAW sebanyak 10 ayat, dan kami tidak akan meminta nabi SAW untuk mengajarkan ayat berikutnya sebelum 10 ayat tadi disesuaikan antara ilmu dan amalnya” ( Muntakhab Kanzul Ummal ).
Individu Muslim turut diingatkan agar mencari kebajikan dengan menghafal al-Quran. Ini kerana mereka yang tidak mempunyai sedikit pun hafalan al-Quran maka mereka diumpamakan seperti sebuah rumah yang rosak. Ini dinyatakan dalam sebuah hadis baginda SAW seperti yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi. Orang yang hafal al-Quran turut mendapat keutamaan di sisi nabi SAW. Dalam sebuah hadis, nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian baginda bersabda, "Siapakah di antara kedua-duanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka baginda mendahulukan pemakamannya di liang lahat" (Hadis riwayat Bukhari).
Umat Islam wajib mengikut saranan dan arahan di dalam al-Quran. Dewasa ini kita melihat pelbagai isu seperti sosial, muamalat berleluasa dalam masyarakat. Ini timbul kerana umat Islam sendiri meminggirkan saranan dalam al-Quran. Ilmu logik dan akademik
Barat diambil menjadi acuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Al-Quran sendiri telah menegaskan bahawa umat manusia tidak akan menjadi porak-poranda jika mereka mengambilnya sebagai ikutan. Dalam surah Taha ayat 123, Allah berfirman yang bermaksud: "Jika datang kepada kamu petunjuk daripada Aku, maka sesiapa mengikut petunjuk Aku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Petunjuk Allah SWT yang nyata dan mudah kita dapat ialah al-Quran itu sendiri.
Sempena dengan bulan Ramadhan dan Nuzul al-Quran, elok sama-sama kita bermuhasabah diri. Al-Quran dapat menjadi teladan yang baik kepada kita apabila kita menghayati fungsi dan peranan al-Quran yang sebenar-benarnya. Ini akhirnya akan memberi kebaikan bukan sahaja kepada individu bahkan kepada umat sejagat.
http://www.ikim.gov.my/index.php ... eladan-kepada-semua
|
|
|
|
|
|
|
|
al quran sebagai teladan? tiba tiba lak keluar ayat ayat hadis...mcm mana tu nak ambil teladan tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|