CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3538|Reply: 17

FAM dan rakyat Malaysia Perlukan REVOLUSI Bolasepak!!!

[Copy link]
Post time 6-10-2008 09:00 PM | Show all posts |Read mode
Secara rasminya, musim depan liga Malaysia tidak lagi dihiasi awang-awang import. Tidak ada lagi wajah-wajah negro atau mat salleh di pentas liga. Keputusan FAM telah muktamad, pemain import dihapuskan dan peluang pemain tempatan diberi sepenuhnya untuk menjayakan liga Malaysia. Banyak alasan yang diberi FAM untuk mewajarkan tidakkan ini, antaranya, untuk memberi peluang anak-anak Malaysia bermain dalam kancah pertarungan profosional sekaligus boleh memantapkan skuad kebangsaan. Antara alasan lagi ialah membeli pemain import yang menelan kos yang tinggi, tetapi tiada hasil yang memberangsangkan diperolehi setakat ini. Buktinya, Malaysia terus ketingalan di arena bola dunia, merudum ke dasar carta FIFA.. Walau apapun alasan FAM, masih ada suara-suara yang menentang tindakan ini.

Disini, mari kita melihat apakah wajar tidakan FAM itu? Adakah dengan menghapuskan pemain import, pemain-pemain kita akan bermain lebih baik dan Liga Malaysia lebih berkualiti? Saya rasa, budak kecik pun boleh tahu jawapannya. Dengan mempunyai dua tiga kerat pemain import kita masih gagal, apatah lagi jika tidak ada langsung. Harus diingat, dari zaman liga semi pro sampai ke liga pro, FAM telah banyak pengalamam, mengapa tidak mahu belajar dari pengalaman? Pernah satu ketika pemain import diharamkan dan kemudian diadakan semula. Mengapakah pendirian seperti tidak stabil ini ada pada minda FAM? Tidakkah FAM tahu apakah akibatnya jika pemain-pemain import diharamkan. Apakan akan jadi pada populariti Liga Malaysia dan juga yang lebih penting, apa akan jadipada mutu bolasepak Malaysia?

Persoalan yang perlu kita dan FAM teliti iaitu mengapakah kita perlukan pemain import?

Bolehkan FAM menjawab soalan ini. Tentulah boleh, tetapi mungkin jawapannya salah, sebab itu semua pemain import mereka cantas!!!

Mari kita jawab soalan ini dari sudut yang lebih kritis, berani dan bersemangat untuk berubah. FAM bukan saja perlukan wang, tetapi juga perlukan keberanian untuk berubah. Jika kita lihat liga-liga di dunia ini, tiada liga utama yang tidak mempunyai pemain import. Tidak payah kita pergi jauh-jauh, kita negara dikeliling kita, dipenuhi dengan awang-awang import. Adakah mereka bodoh kerana mengambil pemain import? Kelab England, Celsea misalnya pemain-pemain utama dibarisi hampir 100%permain import,  mengapakah FA England membenarkan mereka buat begitu?

Jawapannya ialah untuk kualiti Liga, untuk duit dan untuk pembangunanteknologi bolasepak untuk negara England sendiri.

Sememangnya, kebanyakan negara-negara Eropah, meraka sentiasa berusaha kearah KUALITI Liga, kekayaan Liga dan pembangunan teknologi bolasepak negara masing-masing.

Mengapa FAM tidak berani untuk berusaha seperti mereka? Jika kita dilihat, rata-rata negara yang membuka pintu untuk pemain-pemain import mempunyai mutu permainan bolasepak yang tinggi dari segi taktikal dan minda pemain-pemainnya. Bahkan England, antara pasukan paling kuat diEropah, walaupun gagal ke Euro 2008, mempunyai mutu permainan bolasepak yang jauh lebih tinggi berbanding negara-negara Asia  yang lain seperti kita. Mereka memiliki ramai bintang bertaraf dunia seperi Ashely Cole, Stevan Gerrad, Wayne Rooney dan berpuluh-puluh orang lagi. Cuba kita ambil pasukan utama England lawan pasukan kebangsaan, saya rasa tak ada kaki judi yang sanggup bertaruh untuk kemenangan Malaysia.

Jadi disini, timbul persoalan, bagaimana mana pemain-pemain import boleh membantu meningkatkan mutu bolasepak sesebuah negara itu? benarkah dengan adanya pemain import, maka pemain-pemain tempatan akan bertaraf dunia?

Jawapannya ialah 'YA'

Hujahnya ialah kerana kita mahukan seorang pemain bola bertahap dunia, bukan pemain bola bertahap kampung. Tetapi dengan tiadanya permain-pemain import, maka akan lahirlah lebih ramai pemain-pemain tempatan bertahap kampung. Bagi saya, sepatutnya FAM perlu lebih berani, dengan membenarkan lebih ramai  pemain import bertaraf dunia beraksi apabila melihat kurangnya pemain-pemain tempatan yang menyinar di dalam LigaSuper, kerana kualiti Liga Super amat penting dan perlu dijaga. Jika kualiti Liga Super dipandang remeh oleh FAM maka, Liga Super akan terus bertaraf kampung dan pemain-pemain kita bagai bermain di padang-padang sekolah. Mereka tidak akan ada corak atau skill permainan yang baru apatah lagi berminda profesional.

Untuk memudahkan FAM memahaminya ialah sebagai contoh, cuba kita ambil sebuah pasukan Liga Super, maka di dalam sesuatu skuad utama liga super tersebut mempunyai  3 pemain import dan 9 orang pemain tempatan yang hanya bertaraf kampung, bagi saya adalah lebih baik jika pasukan tersebut mempunyai 9 pemain import tetapi 3 orang pemain tempatan tetapi bertaraf dunia. Kerana tiga pemain tempatan tersebut mempunyai kualiti dunia dan telah berusaha keras untuk bermain di dalam LigaSuper. Maka tiga pemain tempatan inilah yang yang bakal mewarnai skuad kebangsaan negara. Jika setiap pasukan ada satu atau dua pemaintempatan sahaja dan jika dikumpul-kumpulkan maka kita akan mempuanyai satu skuad kebangsaaan yang gah dan bertaraf dunia.

Tetapi jika kita masih mengenakan quota untuk pemain import bahkan lebih buruk lagi menghapuskan terus pemain import, maka akan lahirlah pemain-pemain bola yang tidak boleh bermain bola tetapi dibenarkan bermain bola. Sebabnya ialah "itu sajalah yang terbaik yang kita ada". Maka semakin loya dan sakitlah mata dan hati peminat-peminat bola, melihat Liga Malaysia khususnya Liga Super, kerana didominasi oleh pemain-pemain 'kaki bangku'. Maka akan wujudlah pula ramai 'star kampung' dalam Liga Super. Apa itu 'star kampung'? 'star kampung', ialah mereka bagitu gah dan hebat bemain bola di negara sendiri, tetapi bila masuk kegelanggang antarabangsa hancur dan tenggelam. Adakah 'star kampung' ini benar-benar hebat? hakikatnya mereka ini tidak hebat, cuma mereka nampak hebat kerana pemain-pemain disekelilingnya semuanya bertahap 'kaki bangku'. Bukti telah jelas, iaitu, setakat ini tidak ada pengurus pasukan terkenal dunia yang telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Malaysia, yang memuji kehebatan 'star-star kampung' ini.

Apa perlu FAM buat? Pendapat saya, FAM kena berani membuat REVOLUSI dalam LIGA SUPER. Sudah sampai masanya FAM mesti melihat bola sebagai satu bisnes yang mampu menarik berjuta-juta penonton ke stadium. FAM tidak perlu lagi bersikap 'sentimental' dan bersemangat nasionalis sempit khasnya dalam mencorak perjalanan Liga Super. Harus diingat, bolasepak moden bukan semata-mata untuk bertujuan nasionalis tetapi lebih pada komersiol dan bersifat industri. Bahkan dalam bidang-bidang lain juga, sebagai contoh bidang kedoktoran, kita kekurangan doktor pakar dan kita import doktor. Adakah dengan mengimport doktor kita kurang semangat nasionalnya?

Satu lagi, janganlah sesekali menjadikan Liga Super sebagai tempat atau medan untuk melatih pemain-pemain tempatan. Tidak ada liga bertaraf profesional di dunia ini menjadikan pentas-pentas liga utama mereka sebagai gelanggang latihan. Pendapat saya, jika perlukan juga medan latihan, jadikan Liga Perdana atau Pila Presiden atau liga Negeri-negeri sebagai medan untuk rakyat Malaysia berlatih. Dari sana nanti, mereka kan berusaha keras  mencapai taraf dunia untuk menempatkan diri dalam Liga Super atau dibeli oleh pasukan-pasukan dari Liga Super. Maka akan wujudnya sikap berusah keras untuk menjadi pemain berkualiti dunia. Kita misti terima hakikat jika sesebuah skuad utama Liga Super itu dibarisi oleh semua pemain-pemain import, tetapi saya rasa perkara ini tidak akan terjadi kerana sudah tentu pemain-pemain Malaysia akan rasa tercabar dan mahu menempatkan diri dalam Liga Super untuk meraih pendapatan yang lebih lumayan.


bersambung..






[ Last edited by  capiloton at 6-10-2008 09:10 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2008 09:01 PM | Show all posts
sambungan..

Satul agi yang perlu FAM perlu fikirkan dan buat pilihan ialah antara membiarkan kualiti Liga Super jatuh atau menghalalkan pemain import. Bagi saya, hanya orang yang 'benggap' saja sanggup membiarkan kualiti Liga Super jatuh. Jadi, bukalah pintu liga super seluas-luas untuk pemain-pemain bertaraf dunia dan profosional sahaja. Maka akan lahirlah pemain-pemain tempatan yang berusaha keras untuk menjadi pemain bertaraf dunia kerana ingin bermain di dalam Liga Super. Jika Liga Super ini diprofosionalkan disetiap sudut termasuk pengurusan, maka kita akan boleh melahirkan lebih ramai pemain tempatan bertaraf dunia.

Maka, cara paling praktikal dan berani untuk FAM ialah membuat satu REVOLUSI BOLASEPAK iaitu SWASTAKAN LIGA SUPER 'SEPENUHNYA', kerana kita mahu melihat Liga Super bertaraf dunia seperti liga-liga dunia yang lain. Kita tidak mahu melihat Liga Super tercalar dengan sentimen nasionalis sempit, atau ayat mudahnya ialah, "tak pandai main bola tak apa, asalkan mereka anak-anak tempatan".

Walaupun pandangan saya ini kasar, melampau dan extreme bahkan kelihatan tidak bersifat nasional, tetapi sebagai peminat dan sayangkan bola Malaysia, saya berhak memberi pendapat. Kita juga sebagai rakyat Malaysia perlu berani berubah. Sanggup menerima revolusi bolasepak dari kacamata yang lebih global. Kita juga janganlah terlalu sesikap nasionalis sempit dalam usaha untuk menaikkan kualiti Liga Super. Jika kita hanya meliha tbola dari sudut stadium Bukit Jalil sahaja, maka pemain kita juga akan hanya pandai bermain di Bukit Jalil tetapi dipentas antarabangsa terus diaibkan.

Bagi saya, bukan saja Malaysia perlukan Revolusi bolasepak seperti ini, bahkan negara-negara Asia yang lain juga perlu berani membuka pintu untuk pemain-pemain import, jika mahukan liga-liga Asia sama gah dengan Liga-liga Eropah yang lain.

Ayuh rakyat Malaysia,  mari kita buat Revolusi bolasepak, ayuh FAM, SWASTAKAN Liga Super, kita buka seluas-luasnya ruang untuk pemain-pemain bertaraf dunia sama ada dari dalam atau luar negara. Kita jadikan Liga Super setanding EPL. Jangan terperanjat, jika Christiano Ronaldo, sain kontrak bermain untuk pasukan Kedah!!! dan jangan terperanjat juga ada pemain-pemain Malaysia di beli oleh kelab-kelab ternama Eropah. Maka, stadium-stadium kita akan sentiasa penuh. Pasukan-pasukan negeri semakin kaya dan glamour, penaja melambak-lambak, pemain-pemain kita yang bertaraf dunia dan gigih bersaing semakin ramai. Pendapatan pemain-pemain kita semakin lumayan. Bolasepak kita makin gemilang dan terkenal dan kita akan mampu melahirkan ramai pemain-pemain tempatan bertaraf dunia. Kita pasti boleh beraksi di final Piala Dunia suatu hari nanti...

MARI KITA JAYAKAN REVOLUSI BOLA SEPAK DAN MENDESAK FAM MENSWASTAKAN LIGA SUPER SEPENUHNYA

KAMI BERANI BERUBAH!!!

Malaysia Bolehhhhhh...

Tulisan:
mankip

Copy from:
www.terjah.com
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16956

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

pendapat aku, bolasepak m'sia ni banyak penyakit..
penyakit paling utama pengurusan tak professional..
dari pengurusan negeri sampai la ke FAM..
banyak pengurusan negeri yg gaji pemain pun tak di bayar berbulan2 !!
nak hidup macam mana pemain tu.. dah la  sumber income dari main bola jer..
macam mana nak fokus main bola kalau asik fikir macam mana nak bayar hutang & makan..
badan induk FAM pun berhutang jugak, ada tunggakan RM1 juta dgn company yg print tiket bola..
so camno pemain nak jadi betul2 professional kalau kualiti pengurusan negeri/negara tahap dunia ke 8 jer?

aku cadangkan, player2 yg rasa diri dia betul2 berbakat, pegi cari makan kat kelab luar negara..
tiru style pemain2 afrika yang banyak bermain di eropah, dapat main liga kelas bawahan pun dah ok..
income lagi masyuk dari main kat m'sia ni..
kualiti as a professional player pun akan meningkat kalau keadaan sekeliling betul2 professional..
so aku setuju, kembar zakuan & zafuan cuba bermain di slovakia, harap mereka kekal di sana..
jangan jadi macam akmal rizal, fazli & beberapa player lagi.. main kejap jer kat luar..
pastu balik sebab homesick.. rindu kat nasik lemak, roti canai, teh tarik n lelain lagi..
bila dah main dalam Liga Super, terus kualiti mereka merudum tahap kaki bangku..

so pendapat aku, bolasepak m'sia tak kemana kalo playernya bermain dalam liga super jer..
nama jer liga super.. tapi ni la liga professional yg ranking FIFA nya paling rendah di dunia !! :@
kualiti pengurusan (negeri & FAM) yg lemah, akan melahirkan pemain2 berkualiti buruk.. dat's the fact..

lagi satu, macam mana kita mampu menang AFC Cup or Asian Champions League tanpa pemain import?
di kala team2 dari negara lain berebut2 mendapatkan pemain import terbaik untuk kuatkan pasukan..
team2 dari M'sia langsung tak guna pemain import dan bakal jadi team budak belasahan di peringkat Asia..
pelik aku, macam mana beruang2 dalam FAM ni berfikir? sesedap rasa jer buat polisi sesuka hati..
kalo tak pandai buat keje, berhenti la, n kasik peluang pada orang lain..
orang memula yg aku harap sgt utk dia keluar, adalah presidan FAM, sultan pahang sendiri..
selagi ada sultan ni sebagai presiden, selagi tu la ada YES-Man di sekeliling dia..

patutnya sebagai badan induk kena ada target..
kalo tak tercapai, org2 yg sepatutnya berundur la cara terhormat..
tapi malangnya, banyak muka tak tahu malu ada dalam FAM tu termasukla persidennya, sultan pahang tu..
beri la peluang pada org lain yg mungkin ada idea yg lagi baik..
kalau kepalanya (ketuanya) tak di tukar, w'pun pengurusan peringkat bawahan orgnya bersilih ganti..
sistem/ideologi/mentality nya akan tetap maintain statik n kekal di takuk lama..
dat's the fact..


[ Last edited by  capiloton at 6-10-2008 09:49 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 09:17 PM | Show all posts
betul2...malu aku bila org citer pasal bola malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 01:50 PM | Show all posts
FAM syiok sendiri....player rasa cam depa baguihh sangat..thats the fact!
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 03:26 PM | Show all posts
Klu kite tgk2 kt gmbr2 nostalgia pasukan bola sepak negar era2 sebelum ni...rasa bangga dgn kagum sgt.

Tp bila kte tgk ade satu gmbr tahun 80-an yg sultan "tu" bersalam2an dgn players...aku dah rasa lain. Lain sbb mula dari tampuk pimpinan sultan "tu" la bola sepak kita kena sepak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 10:18 PM | Show all posts
So camne nak tingkatkan mutu skuad bola malaysia nie...malu ler..jika banding nagn Spore dan thailand nie....
Nak amik jose Mourinho??Nak Bagi PR pada ..warga asing?..atau bawak skuad bawah 19 atau 18 tahun gi Europe ker, amerika selatan ker..dok sana 5/6 tahun, makan bola, tido bola, berak bola, main bola den balik mesia..boleh???..
So far ..FAM asyik main libas jer...takder pendekatan konkrit..mmm..cakap cakapcakap cakp dan cakap sampai sekarang....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2008 09:52 AM | Show all posts
org org FAM nie sebenarnya bukan nye minat nak memajukan mutu bola sepak kita nie. aku  jamin la kalo kasi kebayakkan moderator kat sini kita nie sure hebat pasukan kita nie. ni kasi kat opg tua nak mampus gi tadbir sukan org muda camne ler mereka semua nie nak turun padang tiap tiap ptg tgk budak budak nie berlatih?? kebanyakkan org org FAm nie semua nye bercita cita nak majukan perut, kereta dan bini masin masing. Sesape dok area FAm sure sakit ati nye. termasuk la aku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:32 AM | Show all posts
FAM satu hal.......player satu hal...politik satu hal.....import satu hal.....penonton satu hal.....stadium....kesimpulannya kena rombak secara menyeluruh....cari org yg betul2 arif pasal bola
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2008 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by capiloton at 6-10-2008 02:00 PM
BahkanEngland, antara pasukan paling kuat diEropah, walaupun gagal ke Euro2008, mempunyai mutu permainan bolasepak yang jauh lebih tinggiberbanding negara-negara Asia  yang lain seperti kita. Mereka memilikiramai bintang bertaraf dunia seperi Ashely Cole, Stevan Gerrad, WayneRooney dan berpuluh-puluh orang lagi. Cuba kita ambil pasukan utamaEngland lawan pasukan kebangsaan, saya rasa tak ada kaki judi yangsanggup bertaruh untuk kemenangan Malaysia.

penulis artikel ni pun kena servis minda sendiri dulu sblm nk basuh FAM

selagi M'sia & peminat2 bola sepak negara ni berkiblatkan England, sampai kiamat pun x maju bola kat M'sia gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 02:38 PM | Show all posts
bola sepak malaysia xkan maju selamanya slagi minda pengurusan fam, jurulatih kebangsaan, xberubah....fam sengal+tolol
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 10:07 PM | Show all posts
Originally posted by capiloton at 6-10-2008 09:00 PM
Secara rasminya, musim depan liga Malaysia tidak lagi dihiasi awang-awang import. Tidak ada lagi wajah-wajah negro atau mat salleh di pentas liga. Keputusan FAM telah muktamad, pemain import diha ...

gonna miss 'em
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 11:59 PM | Show all posts
Revolusi bola sepak di M'sia akan mula bergerak ke arah kecermelangan apabila tampuk tertinggi FAM & badan2 sukan lain dipimpin oleh wakil2 yg arif dgn sukan masing2 tanpa apa2 kepentingan politik!
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 09:30 PM | Show all posts
La ni perosak bolasepak malaysia nk pi rosakkan hoki malaysia plak.........
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 11:56 AM | Show all posts
bola sepak malaysia byk pakai krroni..main tak best pun bole masuk, last2 ntah ape2 pasukan bola sepak negara ni.. time selection konon2 buat semua daerah..padahal duk habiskan duit, team kroni dah tersedia ada..bodoh betul..patut la bola sepak hambar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 07:15 PM | Show all posts
Originally posted by miss_comel at 5-11-2008 11:56 AM
bola sepak malaysia byk pakai krroni..main tak best pun bole masuk, last2 ntah ape2 pasukan bola sepak negara ni.. time selection konon2 buat semua daerah..padahal duk habiskan duit, team kroni d ...


da lama aku x dengar cite pasal selection kat daerah2 nih..

tp negeri aku punya team la..negeri lain x tau lak
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 05:30 PM | Show all posts
problem malaysia nih, kalo ada pemain import, ntah pemain kampung mana kat afrika sana yg depa ambik...yg depa pikir asalkan ada pemain import..tu yg depa tak berikan impak besa pada bola sepak malaysia.

patutnya, kalo nak amik pemain import, ambik christiano ronaldo,david villa, kaka, messi, ronaldinho, lampard, torress, (sekadar menyebut beberapa nama), barulah ada impak maksima
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2008 07:09 PM | Show all posts
cadangan sy org yg kaitan politik sume tukar. ape kene mengene politik dgn bolasepak? tukar pengerusi fam dgn shebby. baru la nmpk ckit usaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 02:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.044773 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list