CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9238|Reply: 5

art of making 'LOMANG' !!!

[Copy link]
Post time 30-9-2008 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Rahsia lemang menjadi

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

Lemang yang sinonim dengan musim perayaan cukup enak dimakan bersama rendang, tetapi berapa ramai yang tahu proses mencari buluh dan memasak lemang tidak semudah yang disangka?





TUGAS mencari, menebang dan memotong ruas buluh lemang serta membawanya pulang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Selain risiko miang buluh yang ditebang terlekat di badan, 'nyanyian' nyamuk yang berlagu rancak membingitkan telinga dan mendatangkan ketidakselesaan.
Di Kampung Pulau Besar, Rembau, Negeri Sembilan, kami ditemani Mohd. Sani Shariff dan dua remaja, Muhd. Rijal Mohd. Nor serta Mohd. Saiful Sahar. Misi kami ialah untuk mencari dan menebang buluh tidak jauh dari kampung tersebut.



PENJAGAAN api amat penting dalam proses pembakaran lemang.

Menurut Mohd. Sani, terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi ketika mencari dan menebang buluh untuk dibuat lemang. Jika tidak, lemang yang dibuat mungkin tidak menjadi.

"Kata orang tua-tua, buluh yang sudah ditebang atau siap dipotong mengikut ruasnya tidak boleh dilangkah kerana ia boleh menyebabkan lemang membuak keluar atau muntah sewaktu dibakar.

"Oleh itu, sewaktu proses mencari buluh berkenaan, setiap orang perlu berhati-hati agar tidak melakukan perkara tersebut. Jika telah dibawa pulang ke rumah pun, pantang tersebut harus dipatuhi," jelas Mohd. Sani, 45, yang berpengalaman luas mencari buluh lemang.


IKUT putaran jam. Beras pulut dimasukkan ke dalam
kelongsong daun pisang. Diikuti dengan dimasukkan
santan. Beras pulut sedia dibakar.



Antara petua lain ialah buluh yang ingin ditebang harus mempunyai ruas yang panjang dan tidak boleh terlalu pendek. Ini memudahkan proses memasukkan daun pisang.

Tambah Mohd. Sani, setiap buluh yang diambil harus mempunyai ketebalan yang sederhana atau tidak terlalu tebal di permukaan hingga ke rongga dalam.




"aling elok diameter ketebalan sesuatu buluh ialah 0.5 sentimeter. Ia bertujuan untuk memudahkan proses pembakaran lemang. Jika buluh terlalu tebal, lemang akan lambat masak dan rasanya tidak begitu enak," ujar Mohd. Saiful sambil menambah, miang buluh boleh dihilangkan dengan menggosok rambut pada bahagian badan yang terkena.

Lazimnya, rutin mencari buluh akan dilakukan sehari atau dua hari sebelum lemang dibuat sekitar pukul 8 atau 9 pagi. Proses tersebut akan mengambil masa lebih satu atau 2 jam bergantung kepada kepakaran seseorang menebang buluh. Buluh yang siap dipotong itu perlu diterbalikkan bagi mengelak bahagian dalamnya kering sebelum diproses untuk dibuat lemang.



BULUH yang baik dipilih sebelum ditebang.

Sementara itu, seorang lagi individu yang sudah lali dengan tugas mencari buluh lemang, Abdul Rahman Ahmad, 73, berkata, buluh yang ditebang tidak boleh terlalu muda atau terlalu tua.

"Sebaik-baiknya buluh tersebut sederhana usianya. Kalau buluh terlalu tua atau disebut sebagai buluh bayan, ia kurang air ketika dibakar sekali gus menjadikan lemang tidak begitu sedap.

"Kalau nak tahu buluh yang elok, biasanya buluh tersebut baru saja ditumbuhi daun. Tetapi jika terlalu muda, ia akan menyebabkan buluh menjadi kecut apabila dibakar," jelas Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan gelaran Haji Rahman.




Haji Rahman menegaskan, golongan muda masa kini perlu mengetahui cara dan petua untuk mencari buluh dan membuat lemang. Jika tidak ujarnya, generasi akan datang mungkin akan melupakan tradisi membuat lemang sewaktu musim perayaan.

Pandangan Haji Rahman disambut baik oleh tunang kepada cucunya, Mohd. Amir Rashid, 25, yang menganggap tugas mencari buluh ini tidak harus dilupakan oleh generasi muda.

"Kalau bukan kita yang mewarisinya, siapa lagi. Oleh itu, penting untuk golongan muda khususnya remaja mempelajari teknik atau petua-petua bagi mencari dan menebang buluh untuk dibuat lemang," kata Amir yang bertugas sebagai penguatkuasa di Majlis Perbandaran Nilai (MPN).

Perkara ini turut dipersetujui oleh Muhd. Rijal dan Mohd. Saiful yang masing-masing berusia 20 tahun. Menurut mereka, tugas ini sebenarnya menjanjikan pengalaman yang menarik.

"Walaupun tubuh anda terasa gatal-gatal akibat miang rebung dan dihujani 'nyanyian' nyamuk ketika di hutan, tetapi percayalah anda akan berasa puas setelah melihat lemang yang dibuat hasil daripada buluh yang anda cari, masak dan siap dihidang untuk dimakan bersama keluarga," ujar Muhd. Rijal penuh makna.

Kesimpulannya, jika kerjaya ini semakin dilupakan apakah kita masih dapat merasai keenakan lemang yang dimasak secara tradisi?





pada azza, sos, micha sumer... kalu nak ghasa lomang.. yg abg amazed buat meh ler datang ghumah....  cepat cepat datang wokey... sbb si beskot tu kalu dia sampai dulu... abih sumer lomang abg dibelasahnya.... dia ni 'kaki lomang'.... butt then  better kaki lomang  jangan kaki kambeng...     taon lepaih ajer... 5 buluh lomang abang dibalunnya... siap bawak pastik bising  utk bawak balik ghumah.... untuk bekalan semenggu kekdahnya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2008 12:40 PM | Show all posts
aku tau makan aje. kena plak rendang ayam pencen.. perghhh~!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 02:27 AM | Show all posts
Sukatan Pulut ngan santannye macamane bang ....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 07:35 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

br baca...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2008 08:12 PM | Show all posts
Originally posted by azz_azza at 25-10-2008 07:35 PM
br baca...





azza nihhhhh... tu ler pasai.. kan dah sakit2 tu.. sbb tak pekena lomang aku.. dan dan dah balik indon lak..... ekkk  azza dah kat indon kan?



...  jangan...................tinggal daku...
oh adik.. ohh juitan...
kanda  sedang rendu...
padamu yang jauh di indonesia..   
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 01:26 AM | Show all posts
raya haritu kita buat lemang kat rumah makcik..buat 2 jenis, satu pulut biasa n satu lagi campo sket pulut hitam
buluh lemang beli jek yg dah siap..hehehehe
santan perah sendiri [perah santan guna air masak tauuu]..ade alat khas utk kupas kelapa. camni ghupernya :
my son tgh demo camne nak guna alat nih


  
pulut siap utk dibubuh dlm buluh..my makcik dah siap masukkan daun pisang dlm buluh so tak sempatla nak snap step by step
tuang santan n ready utk dibakar..santan ni kitorang bubuh 2 kali
firstly tuang santan biasa tp jgn penuh sgt..just enuf utk dia mula kembang jek... then the second time baru tambahkan pati santan

  
ni proses paling menuntut kesabaran bila bakar lemang..api tak leh kuat sgt,takleh slow sgt.. buluh kene selalu turn n sekali sekala kene hentak sket lemang tu bagi santan turun evenly

jauh beza lah rasa lemang buat sendiri dgn beli [melainkan org yg jual tu mmg betul2 terer n tak kedekut bahan]
tp kalau setakat nak buat 3-4 batang jek..hehehehe lupakan je lahhh. tak berbaloi penat  mengadap bahang bara lemang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.059662 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list