CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3220|Reply: 8

YEMEN; news -update: 75 thn yemeni jalan kaki sampai mekah buat haji!!

[Copy link]
Post time 18-9-2008 09:28 AM | Show all posts |Read mode
Kedutaan Amerika kena serang


TELEVISYEN Yaman menyiarkan keadaan sekitar kenderaan yang digunakan penyerang Kedutaan Amerika di Sanaa, semalam.


Bangunan diplomatik AS di Yaman hadapi serangan roket, letupan kereta

SANAA: Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara Yaman diserang dengan letupan kereta dan tembakan roket semalam, yang membunuh 16 orang dan menggegarkan pekarangan kedutaan yang dikawal ketat itu.

Kereta itu diletupkan di depan pintu masuk kedutaan dan sekumpulan enam penyerang bersenjata kemudian menembak pengawal keselamatan serta melancarkan roket, kata saksi.

Pergerakan Jihad Islam Yaman mendakwa bertanggungjawab dan mengancam menyerang kepentingan Britain, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu. Tiada kakitangan kedutaan itu.

Antara terbunuh termasuk enam penyerang dan empat orang awam manakala lainnya adalah anggota keselamatan Yaman serta seorang rakyat India yang secara kebetulan lalu di tempat kejadian.

Seorang lagi saksi menyatakan nampak sekurang-kurangnya dua ambulans di tempat kejadian.

April lalu, Jabatan Negara Amerika mengarahkan kakitangan bukan diplomatik supaya meninggalkan kedutaan itu berikutan serangan yang didakwa dilakukan oleh al-Qaeda sebulan sebelumnya dan tembakan roket ke atas pekarangan perumahan Sanaa yang diduduki kakitangan Amerika yang bekerja dengan syarikat minyak.

Seorang budak sekolah perempuan dan anggota polis terbunuh dan 19 cedera dalam serangan pada Mac lalu.

"Kakitangan kedutaan tidak dibenarkan keluar Sanaa dan dinasihatkan supaya mengelakkan berada di hotel, restoran dan kawasan pelancongan dan mengehadkan kehadiran mereka di tempat awam sehingga diberitahu kelak," kata kenyataan kedutaan April lalu.

Pihak kedutaan juga meminta rakyat Amerika di Yaman berjaga-jaga dan mengambil langkah keselamatan lebih rapi, termasuk mengelakkan diri daripada berada di khalayak ramai, tidak menonjolkan diri dan mengaturkan waktu dan destinasi perjalanan berbeza.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pihak militan melancarkan beberapa siri serangan di Yaman, tempat asal pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden.

Pada Oktober 2000, al-Qaeda menyerang kapal perang Amerika, USS Cole di pelabuhan selatan Aden, dengan menggunakan bot kecil yang dipenuhi dengan bahan letupan bagi meletupkan bahagian tepi kapal berkenaan, mengakibatkan kematian 17 anak kapal Amerika. � AFP




dah dua kali dah kat yemen kena serang nih!!... ... kalu aku american mampos aku tanak kijer kat embassy dia...  memang tak selamat kijer kat sana.. denjer beb.. denjer..

[ Last edited by  amazed at 12-12-2008 08:25 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2008 12:15 PM | Show all posts
skang ni dh banyak kumpulan militan islam yg anti amerika dan eropah.lepas ni mesti lebih banyak kematian yg dilaporkan di seluruh dunia.amazed ko rasa peluang untuk berlakunya perang dunia ketiga besar x...dengan perangnya,rusuhannya,krisis ekonomi la,perebutan kuasa,nk guling kerajaan la.....macam2 ada....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 08:45 AM | Show all posts
Pengantin maut di kedutaan AS


Susan Elbaneh.


16 korban serangan nekad pengganas guna kereta, tembakan roket di Yaman

SAN'A: Korban serangan nekad ke atas kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara Yaman kelmarin mencecah 16 orang, turut membabitkan sepasang pengantin baru yang berkahwin hampir sebulan lalu.

Dalam kejadian itu, bangunan kedutaan berkenaan diserang dengan letupan menggunakan kereta dan tembakan roket yang turut menggegarkan pekarangan kedutaan yang dikawal ketat. Kereta itu diletupkan di depan pintu masuk kedutaan berkenaan, manakala sekumpulan enam penyerang bersenjata kemudian menembak pengawal keselamatan dan melancarkan roket.

Pengantin wanita itu, Susan Elbaneh (gambar), 18, yang juga warga Amerika dari New York, berada di Yaman untuk dikahwinkan dengan suaminya, rakyat tempatan, atas pilihan keluarga.

Beliau maut bersama suaminya ketika mereka berdiri di luar kedutaan, kata anggota keluarga mangsa berkenaan.

"Mereka berada di sana untuk mengisi dokumen bagi pemindahan suaminya ke Amerika apabila serangan itu berlaku," kata adik Elbaneh, Ahmed.

Anggota terdekat keluarga itu berkumpul di kediaman bapa pengantin wanita itu, Ali, semalam.

Dua ejen Biro Siasatan Persekutuan Amerika yang tiba di rumah keluarga berkenaan, enggan mengulas lanjut atas alasan mereka hadir untuk menemui keluarga mangsa itu.

Saudara Elbaneh bagaimanapun mengakui yang wanita itu ada kaitan dengan Jaber Elbaneh yang kini berada dalam penjara Yaman atas tuduhan membekalkan bahan kepada sebuah pertubuhan pengganas.

Namun mereka menegaskan ia tiada kaitan dengan Elbaneh yang disifatkan menjadi mangsa dalam serangan kelmarin. – AP




morel of the stori..... kalu bley ko jgn la drive dekat2 dgn kedutaan amerika..  mmg tak selamat kat sana.... apa lagi kalu kerja kat dalam tu..!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2008 01:03 AM | Show all posts
September 20, 2008

  
Yemen Steps Up Tough Security Measures At Foreign Embassies



SANA'A, Sept 20 (Bernama) -- Yemen has stepped up tough security measures at the Sana'a-located foreign embassies and arrested more than 20 people suspected of involving the terrorist attack on the U.S.Embassy in Sana'a.

Interior Ministry announced the arrest of 25 people suspected of plotting the terrorist attack which targeted the U.S. embassy in Sana'a last Wednesday, the Yemen News agency (SABA) reports.

The Ministry and its various security services have fully alert and worked to step up tough security measures at foreign embassies and diplomatic offices in Yemen in preparation to face and thwart any terrorist threats.

The security services are currently investigating the circumstances of the terrorist attack on the U.S. Embassy in Sana'a and continuing to pursue several suspects.

-- BERNAMA




embassies lain tu... wokey ajer... yg usa punya ajer  yg selalu kena bom nih!!  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2008 07:51 AM | Show all posts
58 orang maut banjir di Yemen

SANAA – Sekurang-kurangnya 58 orang terbunuh dalam kejadian banjir manakala enam lagi meninggal dunia kerana disambar petir di Yemen, kata beberapa pegawai semalam.

Maklumat awal yang diperoleh daripada perkhidmatan kecemasan dan pihak berkuasa tempatan menyatakan mereka yang terbunuh akibat banjir itu berlaku di Hadramaut termasuk di Mahara pada Khamis lalu serta kelmarin.

Empat orang yang meninggal dunia akibat disambar kilat itu berlaku di Tayez dan Lahj dalam wilayah Al-Mahwit, utara bandar raya Sanaa.

Sebelum ini maklumat awal berhubung angka kematian adalah 24 orang.

Menurut seorang pegawai, Hadramaut dan Mahra diisytiharkan sebagai zon bencana kelmarin. – Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2008 06:23 PM | Show all posts
Banjir di Yemen, 47 maut




SANAA 25 Okt. - Sekurang-kurangnya 47 terkorban, termasuk enam daripadanya disambar petir, dalam banjir besar yang melanda selatan dan tenggara Yemen sejak tiga hari lalu.


Menurut pihak berkuasa perkhidmatan kecemasan, 41 penduduk terbunuh apabila banjir melanda Hadramut dan Mahara, dua wilayah di tenggara Yemen sejak Khamis lalu.

Sementara itu, empat maut disambar petir di wilayah Tayez dan Lahj, selatan Yemen sementara seorang ibu dan anak lelakinya maut disambar petir di wilayah Al-Mahwit, utara Sanaa.

Wilayah Hadramaut dan Mahra diisytiharkan sebagai zon bencana selepas mencatatkan 24 kematian, semalam.

Jurucakap penyelaras pasukan penyelamat memberitahu, antara yang terkorban ialah tujuh penduduk Al-Mukalla iaitu ibu negeri Hadramaut apabila mereka dihanyutkan arus.

Antara kawasan yang terjejas oleh banjir tersebut ialah Shibam, kawasan yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Menurut pihak berkuasa, kawasan Shibam kini hampir ditenggelami air dan bangunan-bangunan bersejarah di situ dikhuatiri runtuh sekiranya banjir berlarutan.

Shibam yang dihuni oleh sekitar 20,000 penduduk, terkenal kerana bangunan-bangunan tinggi yang dibina daripada bata lumpur dan ia diberi jolokan "Manhattan Padang Pasir".
- AFP
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-10-2008 09:33 PM | Show all posts
26 Oktober, 2008

  
OIC Seru Negara Islam Bantu Mangsa Banjir Di Yemen

Oleh Muin Abdul Majid

DUBAI, 26 Okt (Bernama) -- Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menggesa negara anggota pertubuhan itu, penderma serta institusi kemanusiaan dan kewangan dari seluruh dunia Islam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Yemen.

Beliau juga meminta Jabatan Hal Ehwal Kemanusiaan OIC supaya segera melancarkan kempen bantuan bagi meringankan beban yang menimpa mangsa bencana alam di negara itu.

"Setiausaha agung ingin menyampaikan ucapan simpati yang tulus ikhlas kepada kerajaan dan rakyat Yemen berikutan bencana alam ini, yang telah menimbulkan pelbagai masalah besar di Hadramaut dan Mahra," kata pertubuhan itu dalam kenyataannya.

Sambil menyifatkan apa yang berlaku di Yemen sebagai bencana negara, Ihsanoglu berkata bencana alam tersebut meragut banyak nyawa dan memusnahkan kemudahan asas seperti jalan raya serta rangkaian bekalan air dan tenaga elektrik.

Beliau juga menyeru masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negara itu.

Berpuluh orang dilaporkan mati akibat banjir yang melanda Yemen.

Sementara itu, media kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) melaporkan bahawa Yayasan Mohammed bin Rashid Al Maktoum akan menghantar bekalan bantuan kepada mangsa banjir di Hadramaut melalui udara dan darat.

Ia memetik timbalan pengerusi yayasan itu Ibrahim Bu-melha sebagai berkata penerbangan pertama yang membawa barangan bantuan akan berlepas dari lapangan terbang Dubai ke Al-Mukalla di Yemen Isnin ini bagi menghantar barangan seperti jentera penjana tenaga elektrik dan pam air.

"Jentera penjana tenaga elektrik boleh digunakan oleh klinik untuk memberi penjagaan kesihatan kepada mangsa banjir, manakala pam air pula akan digunakan bagi mengalirkan air yang bertakung di kawasan kediaman," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 11:33 AM | Show all posts
About 100 dead or missing after floods in Yemen

SANAA (Reuters) - About 100 people are dead or missing in Yemen after severe flooding caused by torrential rain affected large areas of the country in the past few days, a government official said on Sunday.

Television pictures showed survivors signalling to rescue helicopters in the provinces of Hadramout and Mahra which suffered 30 hours of heavy rain.
Survivors leave a military helicopter at Sayoun Airport in southeastern Yemen October 26, 2008. About 100 people are dead or missing in Yemen after severe flooding caused by torrential rain affected large areas of the country in the past few days, a government official said on Sunday.(REUTERS/Khaled Abdullah)

"About 7,000 people have been made homeless and there are about 100 dead or missing. We are still trying to gather more exact figures but communications with some of the affected areas have been cut off," theYemeni official told Reuters.

President Ali Abdullah Saleh called on Sunday for parliament to approve 20 billion rials ($100million) in emergency funding for rescue operations and to help rebuild areas affected by the most serious flooding in decades.

Yemeni authorities have declared the provinces a disaster area and Saleh has toured some of the worst affected regions.

Yemenis one of the poorest countries in the world and its government is grappling with a rebellion in the north, unrest in the south and are surgence of al Qaeda, while a growing number of Somali refugees stretch its resources to the limit.

Situated at the southern tip of the Arabian Peninsula, Yemen is prone to flooding during the monsoon season.

[ Last edited by  derose83 at 27-10-2008 11:36 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2008 08:27 PM | Show all posts
December 12, 2008

  
75-year-Old Yemeni Pilgrim Walked For Four Weeks To Reach Mecca



SANA'A, Dec 12 (Bernama)-- A 75- year-old Yemeni pilgrim walked for 1,500 km from Yemeni border to reach holy places in Saudi Arabia in 28 days to perform pilgrimage ceremonies, said Yemen news agency, SABA, quoting a report in Al-Haya newspaper.

The newspaper quoted the Yemeni pilgrim as saying that his trip was very hard as he walked through mountains and valleys for four weeks until he reached Mecca.

After I have entered Saudi borders, I came out from the car and walked until I reached holy places, he told the London-based newspaper.

The newspaper said that the pilgrim preferred to walk to get further rewards from Allah.

-- BERNAMA





wowzieeeeeeeee   ada worang nak jalan dari muzdalifah ke mekah pun tak sanggup  berapa km ajer.... dia jalan kaki 1500km...    tabik spring aku pada pokcik nih!  saspek... betul2 aku saspek!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.070060 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list