CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7241|Reply: 15

Taktik Kotor Penjual Rumah..Jgn Tertipu.

[Copy link]
Post time 16-7-2008 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Petikan www.drazwan.blogspot.com

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu isu kepenggunaan yang sangat penting iaitu isu pembelian rumah yang saya dengar daripada ruangan "konsumer" kelolaan saudara Mazlan di Radio 24.

Saudara Mazlan telah menemurah En **han dari Bahagian Aduan Jabatan Perumahan (Maafkan saya kalau silap). Ada beberapa perkara yang saya kira semua pembaca patut tahu ketika membeli rumah agar tidak diperdaya dan ditipu oleh ejen penjual.

Isu ini penting kerana sebagai pengguna yang bijak kita mesti mengetahui beberapa undang-undang ketika membeli rumah. Kejahilan undang-undang boleh menyebabkan kita menjadi mangsa mudah tipu helah si penjual untuk mengaut keuntungan.

Seperti yang saya sebutkan dulu, membeli rumah adalah satu pelaburan yang mungkin menyebabkan kita terhutang seumur hidup. Oleh itu apa salahnya kita menambahkan sedikit ilmu sebelum kita membuat pelaburan ini.


BAYARAN TEMPAHAN

Booking fees atau pembayaran untuk tempahan adalah trend baru pemaju perumahan untuk memastikan bahawa si pembeli meletakkan jaminan bahawa dia akan membeli unit tersebut.

Ada pemaju yang meletakkan 1% daripada harga rumah, ada yang meletakkan RM 1000 dan pada satu ketika saya sendiri pernah diminta meletakkan RM 5000 sebagai bayaran tempahan.


Ejen-ejen yang bijak ini menggunakan kepakaran mereka untuk si pembeli membuat keputusan pada waktu yang singkat. Sekiranya sedang berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli belah, anda mungkin terpaksa membuat keputusan membeli kondo atau rumah tersebut pada jangka waktu itu juga.

Segala teknik licik mereka menggunakan pujuk rayu itu juga menggunakan promosi khas seperti percuma "tempat meletak kereta", rebat RM 10,000 atau percuma maintenance fee selama 1 tahun dan sebagainya.

Oleh itu, ramai lah berhempas pulas untuk mencari wang untuk membayar wang tempahan, malah ada yang menggunakan kad kredit mereka sehingga 2-3 keping untuk memastikan bahawa rumah itu dapat ditempah.

Setelah itu, bila anda pulang semula ke rumah dan mendapati bahawa keputusan anda itu telah silap atau anda kurang berkemampuan, anda pasti mahukan wang anda kembali. Anda cuba menghubungi mereka untuk meminta wang anda semula.

Ejen penjual atau pemaju perumahan akan berkata bahawa sekiranya di pembeli TIDAK jadi membeli unit tersebut, maka duit tersebut akan hangus atau hanya 50% sahaja akan dikembalikan. Anda perlu faham bahawa si penjual ini mendapat komisen dengan pembelian ini, oleh itu mereka akan menggunakan segala tipu helah mereka untuk memastikan bahawa jualan itu berjaya.


Kebanyakan pelanggan yang meletakkan RM 200-300 sebagai contoh akan merelakan sahaja kehilangan wang tersebut. Bagaimana pula mereka yang meletakkan wang sehingga RM 5000? Bukankah ini mendatangkan masalah kepada si pembeli.

Mari kita lihat undang-undang berkenaan dengan hal ini. Terdapat satu akta di dalam bahagian perumahan (11.2) yang menyatakan bahawa:-

1. Pemaju atau penjual hanya boleh mengambil wang pendahuluan daripada pembeli setelah mereka menandatangani perjanjian jual beli (S&P).

2. Sekiranya penjual mengambil wang SEBELUM menandatangani apa-apa perjanjian jual beli (dalam kes ini), maka sekiranya pembeli TIDAK MAHU meneruskan pembelian, si penjual perlu memulangkan KESEMUA jumlah wang (100%) TANPA SOALAN.

3. Sekiranya si pembeli mahu meneruskan hasrat untuk membeli, wang yang dibayar tempoh hari boleh digunakan sebagai sebahagian daripada deposit.

Oleh itu, kepada anda yang sudah membayar wang tempahan, sekiranya anda dapati bahawa anda tidak mahu meneruskan, anda boleh meminta kesemua wang anda sekali (100%) tanpa perlu menyatakan sebab kenapa anda tidak mahu meneruskan.

Sekiranya pemaju tidak mahu berbuat demikian anda boleh menyatakan hak anda kepada mereka dan membuat aduan kepada Tribunal Bahagian Perumahan untuk diambil tindakan.


BAYARAN PENDAHULUAN

Bayaran deposit pada kebiasaannya adalah berjumlah 10% daripada harga rumah yang dipersetujui dan dibayar selepas menandatangani perjanjian jual beli. Bayaran pendahuluan atau deposit ini berbeza-beza mengikut harga rumah. Oleh itu nilainya boleh jadi sekadar RM 4000 sehingga beratus ribu.

Mengikut akta yang ada, sekiranya pembeli telah membayar wang deposit sebanyak 10% tetapi mendapati bahawa beliau tidak layak atau tidak berjaya mendapat pinjaman daripada bank-bank berkaitan..

..maka, si pembeli berhak mendapatkan wang pendahuluannya semula. Ini termasuk kepada mereka yang mendapati bahawa mereka disenarai hitam di dalam CCRIS atau CTOS.

Walaupun begitu, si pembeli hanya akan mendapat semula 9% daripada jumlah 10% wang pendahuluan asalnya. Contohnya wang yang dibayar ialah RM 10,000. Si pembeli berhak mendapat semula RM 9000. RM 1000 lagi boleh diambil oleh si penjual sebagai yuran pengurusannya.

Dengan adanya undang-undang sedemikian, maka hak pembeli rumah dilindungi. Terdapat syarikat perumahan yang mementingkan keuntungan akan membuat helah untuk membuat seolah-olah undang-undang berada di pihak mereka, dan mereka yang jahil pula akan menjadi mangsa.

Salam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2008 09:46 AM | Show all posts

Reply #1 itamrazali's post

You're exactly right...

cm pemaju ni bijak..mcm yg pnh Merak mentioned dlm rmh sblm ni..ms pemaju amik booking fee,diaorg suruh sign statutory declaration menyatakn wang tu lupus klu tidak jd beli...ms tg excited pembeli biasanya sign je..tulah perangkapnya.

dr pihak pemaju pula,alasan mereka forfeit booking fee adalah krn faktor masa, iaitu sekiranya pembeli tetiba xjd beli maka pemaju akan rugi krn kemungkinan ada pembeli lain yg btl2 nk beli dan ada duit (samada cash/loan).

moralnya: xder sapa nk rugi jd kita sbg pengguna kena lbh berhati2 agar tidak menjerat diri sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 10:25 AM | Show all posts
good info. so, maknanyer bila pemaju tak nak pulangkan duit kita boleh mention kat dia Akta 11.2 nie ek?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 11:56 PM | Show all posts
fruitful info, tak penah tau pun before this...
actually mana kita nak baca semua akta akta nih?
nasib baik rumah yg beli sebelum ni tak banyak problem..
cuma kene late fees je
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2008 05:43 AM | Show all posts
good info.........
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 12:23 PM | Show all posts
good info, tapi yelah

kat mesia ni, menda menda mcm ni payah nak jumpa..

website kementerian tak update dsb....

tq
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2008 12:11 PM | Show all posts
terima kasih byk2 kpd tuan rumah kerana sudi  berkongsi info yg sgt berguna.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 04:52 PM | Show all posts

Balas #1 itamrazali\ catat

kat mana kita boleh dpt akta perumahan ni..  saya nak buat reference utk kes saya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2008 07:12 PM | Show all posts
Originally posted by hanibee at 10-10-2008 04:52 PM
kat mana kita boleh dpt akta perumahan ni..  saya nak buat reference utk kes saya..


akta pemaju perumahan boleh didapati di mana2 book store....cari yg terbaru-pindaan 2007. Kalau umah flat/apatmen, bleh dapatkan akta hakmik strata sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 12:24 PM | Show all posts
Thnx TT nice info,
Baru tau ... abt perkara 1 tu mmg aq curious ms nk beli umah dgn transloyal ritu
Booking fees 5k n then part plg best 10% duit muka kena byr 2 weeks after tnpa tunggu kelulusan bank ....
Adoiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu perkara lagi utk.tambahan...

Skarg byk iklan byaran guaman percuma... aihh.. kencing pun kene bayar la...

So taktik diorg akan buat camnie... (byk kes dah brlaku)

Ininutk kes org yg dah stuju beli ok... masa buat byaran secara berdikit2 dlm tempoh pebinaan tu... biasanya pembeli akan byr  secara cek yg dikluarkan olh bank panel atau gomen...

Maka pemaju akan melambat2kan uyk preoses clear chek tsebut hingga tarikh cek tu dah abih... maka diorg akan mintak check baru... kita yg tak tau.menahu hal nie pun.. blagak pandai la dgn membuat check baru...

Utk.makluman korang.. korang dah tertangguh buat byran tersebut dan dikenakan caj lewat byr... korang x takkan tahu hal ini sehingga la masaserahan kunci nt... diorg akan bitau kunci takkn diberikan sehingga lah pembeli selesai kan dulu cal lewat terbabit...

Caj lewat tu blh mencapai 4 5 ribu.. bergantung pada brapa hari korang lewat  didarab dgn amaun yg korang kompom takkan paham punya...

Penyelesaian kpd maslah ini adalah..
Segala urusan musti dlm bentuk hitam putih.. berdokumen... bkn main ckp dlm tepon saja.. mtk diorg buat surat mengatakan diorg tlambat tunaikan check tsebut...

Jgn fikir bila buat tuntutan kat tribunal.. mslah korang akan slesai... relitinya tribunal pun byk kes nak slesaikan... ntah2 file korang pun diorg tak bukak.. cam kes aku jgk...

Apa2 hal.korang musti btegas.. jgn kasi.muka.. dendam btul aku ngan diorg nieee..

Satu lagi.. kalu ada rebat or apa2 hadiah etc.. mntak direkodkan dlm resit... tuntut semua tu smpai dpt... maki2 skit baru jalan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Semasa dh dpt rumah plak.. korang ada masa 18bulan (bgntung pada pjanjian) masa kecederaan (liability defect)..

Dlm tempo ini.. korang bleh kompain kat pemaju tentang apa2 sja yg korang x pueh hati pasal rumahbtesebut.. cthnya... dinding crack.. atap.bocong.. lantai toilet takung air..  etc... pastikannkorang simpan borangbtu sehingga korang btul2 pueh hati ngan proses baik pulih itu.. borang itu laku sehingga korang sign menyatakan kerja dah dibuat walaupun tempoh 18bln dah tamat. .

Kes kawan aku... pasal air hujan yg jatuh dari atap x masuk longkang pun dia komplain.. rumput tak naik kat laman pun komplain... cat kat dinding x sekata pun komplain...

Pasti kan ada cerewet yg amat lepas anda stuju utk berhutang slama 25thn... bkn sikit amaun tu okeyy..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 09:20 AM | Show all posts
good info...
boleh pakai time nak beli rumah nanti..
tq TT..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 09:55 AM | Show all posts
Undang2 atas kertas meme ada...

Wat report kat Polis....  jgn harap ada amik tindakan...

Yg penting gunakan kuasa pengguna...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 08:25 PM | Show all posts
maksud, kalo dh byr booking 3 %, n then market value terlalu rendah bg property yg kita nk beli, boleh dpt refund la eh? kalo x de duit nk top up selebihnya?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 08:58 AM | Show all posts

Pesanan Khidmat:

Berhati-hatilah dalam memilih kontraktor kerana sekarang banyak syarikat yang memerlukan projek dan mereka sering menjanjikan BULAN dan Bintang.Namun, Akhirnya banyak yang terkandas dan tak siap serta banyak Hidden COST.
(Tips : Harga kancil masakan dapat speed laju atau kualiti setaraf BMW).TQ
Last edited by ryo_takahashi1 on 24-12-2013 09:46 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.069036 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list