View: 4489|Reply: 10
|
Tanda Menyerupai Kalimah Allah di perut Katak Puru -
[Copy link]
|
|
ALOR STAR: Seekor katak puru yang mempunyai tanda menyerupai kalimah "Allah" di bahagian perutnya ditemui oleh seorang pekebun di kawasan rumahnya di Kampung Batu 8 Jalan Alor Star-Sungai Petani.
KALIMAH ALLAH ... Mohd Hafizan Mohd Hisham, 7,
dari Kampung Batu 8, Jalan Alor Star-Sungai Petani
menunjukkan katak puru yang mempunyai corak badan
seolah-olah kalimah "Allah" di bawah perutnya di rumahnya
di sini, hari ini. -foto BERNAMA
Mohd Hisham Md Isa, 34, berkata beliau menyedari keanehan pada katak itu selepas isterinya, Nurul Atikah Abdullah, 35, menunjukkan haiwan itu yang selalu bersembunyi di sebalik beg poli di kebun mereka.
Katanya katak itu sering memasuki kebun dan beliau selalu membuangnya ke sebatang sungai berhampiran tetapi ia akan datang semula ke tempat yang sama di tepi beg poli itu.
Beliau berkata bentuk tulisan pada katak itu hanya disedari setelah anaknya, Mohd Hafizan, 7, mengacukan katak itu beberapa kali ke muka isterinya.
Mohd Hisham berkata beliau tidak berhasrat memberikan katak itu kepada sesiapapun dan tidak lagi mahu membuangnya.
"Sebelum ini kami sering melihat di akhbar tentang penemuan haiwan dan tumbuhan pelik tetapi yang ini berlaku depan mata kami sendiri," katanya. BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Allah tunjukkan kebesaranNya ..tak kira di mana saje -
saya geli pulak nak pegang katak.. memang saya takut katak -
tapi bila tengok gambar tu... rasa awed pulak --
subhanallah -
|
|
|
|
|
|
|
|
subhanallah....
tp tgk dak tu..
selamba je pegang katak..
aish.... |
|
|
|
|
|
|
|
ms kite kecik2 dulu pun kite berani je tgkap n pegang katak mcm bdk tu
then g sakat bdk2 ppuan hehehe
tp ms tu kite lupa plak nk check katak yg kite tgkap tu
tp skang kite dh takut dh nk pegang katak
geli |
|
|
|
|
|
|
|
eh berani nyer pegang katak tu....eeeee tu la menatang yg paling mek geli |
|
|
|
|
|
|
|
dulu selalu teman abah mlm2 g tngkap katak
ader ke..abah suluh katak..sos yg kene g cekup katak tuh...
cr buat umpan nak memancing..... |
|
|
|
|
|
|
|
MAHA SUCI ALLAH..
ISh.. tak geli ke dak tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
MAHA SUCI ALLAH..
ISh.. tak geli ke dak tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
MAHA SUCI ALLAH..
ISh.. tak geli ke dak tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
dia belek perut katak tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|