|
Salam Benua, Kekasih, Ke Makam Bonda, Uda dan Dara, Bunga Popi, Guru O Guru serta Pak Utih, antara mutiara tak ternilai yang kita pusakai daripada penyair besar, Sasterawan Negara (SN) Datuk (Dr) Usman Awang.
Dalam Salam Benua,kita disuguh dengan persaudaraan seIslam yang melangkaui sempadanwilayah hingga pasport dan visa tidak mungkin menghalang salam daripadaberterbangan menghubungkan umat Islam.
Alangkah benarnya Usman dalam Bunga Popiapabila penyair kelahiran Kuala Sedili, Kota Tinggi, pada 12 Julai 1929itu, meluahkan kebencian terhadap peperangan yang dianggap medan untungpada kuasa besar, meski senjata mereka membunuh anak dalam buaian danmelebur nilai kebudayaan.
Bukankahpuisi pada 1955 itu kemudian dibuktikan lewat penjajahan AmerikaSyarikat di Iraq; anak kecil yang menjadi mangsa peperangan dansiapakah yang boleh lupa tentang sisa peradaban serta ketamadunan Iraqdiangkut keluar dari muzium selepas negara Pak Cik Sam itu menginjakmasuk Baghdad?
Kekasih dan Uda dan Daraadalah sisi wajah romantik Usman. Masih ramai teman bekas PengarangUtusan Melayu yang menyimpan percal nostalgia romansa Usman.
Dalam Pak Utih,kita diingatkan dengan perjuangan kemanusiaan Usman dan kebenciannyaterhadap politikus-kapitalis sehingga tidak hairanlah namanya seringakrab dengan sejarah golongan kiri di tanah air.
Esok,12 Julai, adalah ulang tahun ke-79 kelahirannya. Pengarangnya sudahmeninggalkan kita tetapi karyanya masih berlegar di sekitar kita untukkita capai dan petik.
Siangnya, adaseminar tentang Tongkat Warant di Universiti Putra Malaysia (UPM),Serdang, manakala malamnya ada baca puisi memperingatinya di InstitutTerjemahan Negara Malaysia (ITNM), Wangsa Maju.
Nyata sekali, puisi Usman belum pernah mati.
Daripada blog sastera, Kawat
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|