CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1984|Reply: 9

GPS bas diperkenal hujung tahun ini

[Copy link]
Post time 1-7-2008 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Source: Utusan Online

Oleh  Maznah Mohd. Arsad
JOHOR BAHRU 30 Jun - Kerajaan akan memperkenalkan penggunaan sistem penentuan kedudukan Global (GPS) pada kenderaan awam khususnya bas ekspres pada hujung tahun ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, penggunaan alat tersebut adalah bagi memudahkan pemantauan pergerakan bas.
"Dengan adanya alat itu kita boleh mengetahui kedudukan bas, kelajuan, jarak ke destinasi dan yang paling penting ialah mengetahui secara terperinci punca sesuatu kemalangan.
"Untuk itu saya akan membentangkan kertas kerja mengenai keperluan memasang GPS itu pada Julai ini dan dijangka dapat dikuatkuasakan hujung tahun ini,"' katanya.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas mengadakan dialog dengan para pemandu teksi dan penyampaian surat tawaran kelulusan lesen kenderaan di sini hari ini.
Tambah Noh, pemasangan GPS juga sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pihak penguat kuasa berkaitan bagi memantau perilaku dan pergerakan kenderaan awam khususnya bas.
Selain pemasangan dan penguatkuasaan terhadap pengangkutan awam,tegasnya, perubahan pemikiran pengguna jalan raya juga perlu ditingkatkan bagi memastikan keselamatan jalan raya sentiasa terjamin.
"Isu dan masalah-masalah yang berkaitan sistem pengangkutan awam termasuk bas, teksi dan kereta sewa sedikit sebanyak boleh diselesaikan, tetapi apa yang penting masyarakat mengubah mentaliti mereka dengan mematuhi undang-undang jalan raya sebagai satu pegangan hidup bagi menjamin keselamatan nyawa mereka," jelasnya.
Beliau berkata, selagi tidak ada sebarang perubahan pemikiran dikalangan mereka, apa pun yang dilakukan oleh kerajaan sukar memberikesan besar.
Sementara itu, Noh memberitahu, Jumaat lalu Kabinet telah meluluskan cadangan untuk membuka semula permohonan lesen teksi kepada individu secara berperingkat-peringkat.
"Pengeluaran kepada pemandu individu akan memberi peluang kepada pemandu-pemandu tulen memiliki lesen sendiri dan dapat mengurangkan persepsi negatif mereka terhadap kerajaan," katanya.
Ini bermakna, jelasnya, lesen itu akan diberi kepada pemandu-pemandu teksi yang bekerja dengan syarikat-syarikat teksi dengan memastikan lesen yang diperolehi tidak dipajakkan kepada orang lain.


Hmmm............
GPS bknnya AIS (Automatic Identification System) yang blh monitor pergerakan at real time...
Jadi bahan bukti selepas berlaku kemalangan boleh la... mcm kotak hitam tuh....

[ Last edited by  musang_pulut at 1-7-2008 12:47 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2008 12:45 PM | Show all posts
leh detect speed x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2008 12:48 PM | Show all posts

Reply #2 nik2121's post

speed mmg blh detect
tapi blh ke pihak berkuasa pantau pada masa sebenar
klu dah berlaku kejadian, baru nak cari berapa kelajuan semasa berlaku kemalangan nak buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 12:53 PM | Show all posts
abih kalu bas tuh laju dia nka wat aper.... saman ker.... atau tunggu ekseden jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2008 12:57 PM | Show all posts

Reply #4 rambutan's post

tu la pasal....
klu dia install system mcm AIS... blh la diorang pantau

AIS: http://en.wikipedia.org/wiki/Automatic_Identification_System
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 01:24 PM | Show all posts

Reply #3 musang_pulut's post

betul..dah terlambat dah tu..

dulu bukan ada ura2 ker nak install speed limiter kat bas..so macam mana driver tekan sekalipon, kelajuan max hanya pada limiter tu..example 90km/j ker
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-7-2008 01:27 PM | Show all posts

Reply #6 sixfullbar's post

mencanak la tambang bas lepas ni
nak cover kos...

tapi aku doubt, gps device ni ada ke yg kalis shock
bkn ke.. klu eksiden, sure hancur berkecai

politician oh politician................
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 01:35 PM | Show all posts

Reply #7 musang_pulut's post

pastu dapat dah agak sapa bakal dapat tender GPS ni

haiya, suma langkah pun mesti mau untung

bagi aku pasang speed limiter lagi baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2008 05:12 PM | Show all posts
Ini semua ada orang nampak jalan nak makan kenyang....driver bas pun gelak guling2 nanti sebab tak de GPS pun depa tau cari jalan

Yg merana pengguna bas yg berpendapatan rendah bila harga tiket melambung nak cover cost
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 05:16 PM | Show all posts

Reply #9 baba838's post

depa nak detect dreba bas melencong ke tempat lain kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.066737 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list