View: 10793|Reply: 8
|
aura seni sebuah galeri!!
[Copy link]
|
|
Aura seni sebuah galeri
Moden, kontemporari, elegan dan praktikal adalah intipati rekaan dalaman Galeri Chandan.
HASIL permainan ruang dan bentuk Mohammad Nazli.
TERLETAK di Jalan Gelenggang, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, lot bernombor 15 ini tampak mewah biarpun direka ringkas. Menjemput tetamu dengan perasaan mesra melalui ruang depannya yang dipagari dinding kaca, pandangan pertama menembusi penghadang lut sinar itu mampu saja memujuk anda untuk masuk menjengah.
Usaha mengubah banglo dua tingkat ini menjadi bangunan komersiol nyata tidak sia-sia.
Cuba menerapkan kekayaan dimensi seni yang disimpan di Bukit Chandan, Perak, terutamanya daripada Istana Kenangan yang berkonsepkan hulu keris, pemilik bersama, Mohammad Nazli Abdul Aziz, 41, menjelaskan galeri ini ialah hasil permainan ruang dan bentuk.
"Kami mahu menjadikan galeri ini fleksibel dan lebih menarik. Ia bukan sekadar sebuah galeri, tetapi juga satu persembahan seni dengan sendirinya," kata anak kelahiran Perak ini.
HAM Rabeah mempertaruhkan Alam Series untuk pameran sulung Galeri Chandan.
Melepasi pintu masuk utamanya, siapa dapat menjangka bukaan itu sebenarnya membawa pengunjung ke aras teratas bangunan ini. Menurut Nazli, galeri ini mengekalkan hampir 20 peratus daripada bahan, rupa dan bentuknya yang asal.
"Kami gunakan semula kepingan simen bercorak bunga timbul yang sebelum ini merupakan dinding pagar dan menukarkannya menjadi lantai. Tangganya juga tangga asal," ujar Nazli.
Pengunjung juga tidak mudah dapat mengalihkan perhatian daripada dinding dan silingnya yang diberi pembaharuan.
Alur siling yang dibentuk daripada simen dan disulam susunan kayu di ruang legar pejabat, mencerminkan keaslian idea segar pereka dalaman yang juga pemilik galeri ini.
Diiringi potongan dinding yang tidak simetri, jauh sekali mengulang bentuk, dan kehadiran tiang yang diselit lampu di antaranya, menolak jauh rasa bosan yang sekali-sekala menjamah pandangan saat melawat mana-mana galeri pameran.
Keaslian galeri ini menyusur sehingga kepada perabot yang mengisi ruang-ruang di dalamnya. Direka sendiri syarikat yang memayungi Galeri Chandan, Threehundredsixty, anda tidak akan menemukan perabot yang sama di mana-mana.
Tidak menolak bentuk kerangka perabot-perabot itu mungkin sudah lazim dilihat, Nazli bagaimanapun menyarankan orang ramai supaya duduk dan merasakan materi yang membaluti setiap rekaan.
"Mungkin ada yang akan mengatakan mereka sudah biasa melihat kerusi seperti ini, tetapi jika disentuh, ramai yang akan mengatakan ia sesuatu yang baru," ujar Nazli.
Masih memainkan peranan sebuah ruang pameran, galeri ini dicat warna daripada skema kelabu yang lembut dan hampir sepi tonanya. Tujuannya tiada lain iaitu untuk menonjolkan setiap karya yang ingin dipersembahkan.
Biarpun unik, tiada rahsia yang perlu diselongkar di sini. Penerokaan akan membawa pengunjung ke ruang pameran seluas 3,716 meter persegi aras bawah tanah.
Namun, jangan pandang ke bawah tatkala menuruni anak tangga. Sebaliknya, luangkan sedikit masa untuk mengamati dindingnya yang tidak dibiarkan kosong atau kaku.
Merias dindingnya dengan elemen kayu bercat hitam, bahagian ini adalah kesinambungan kepada sudut siling yang sebentar tadi mencuri pandangan kami.
Aras bawahnya luas dan lahar. Membuka silingnya sehingga mencecah ketinggian 6.1 meter, perbezaan ketinggian siling di beberapa bahagian membuka peluang kepada konfigurasi pameran yang berbeza setiap kali bahan pameran diolah susunan.
Ringkas dan bersahaja, itulah kesimpulan kepada keanggunan galeri sulung yang dibina berasaskan kecintaan kepada seni negeri Perak ini. Ia akan membuka pintunya kepada awam melalui pameran Semangat Chandan yang menghimpunkan koleksi seni anak-anak Perak sebagai pembuka tirai agendanya tahun ini.
Membariskan karya 21 nama hebat seperti Raja Azhar Idris, Hasnul Jamal Saidon, Yeoh Jin Leng,
ANTARA perabot Threehundredsixty yang melengkapkan
ruang pameran. Pada dinding kelihatan karya Allahyarham
Ahmad Azhari.
Raja Shariman Raja Azzidin, dan ramai lagi, hari pertama minggu ketiga bulan ini akan menyaksikan permulaan yang menarik kepada perjalanan usaha penuh berseni ini terutamanya dengan kesudian Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, mencemar duli merasmikan pembukaannya pada 16 Jun ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hanya orang yang dapat menghayati seni saja yang boleh memenafaatkan keindahan ruang di sekeliling mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
yg lukisan peta dunia tu lukisan seni kolaj kan??? |
|
|
|
|
|
|
|
Assemblaj ialah satu teknik tampalan juga tapi menggunakan bahan-bahan 3-D yang digabungkan untuk menjadi satu komposisi yang menarik mengikut prinsip seni. Ia akan menghasilkan sebuah arca dan boleh dihasilkan dalam bentuk relief ataupun 3-Dimensi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 Gravedigger's post
ooo.. unik yer... i tak ambil seni.. tp mmg minat sgt tgk lukisan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 amazed's post
wa.. dier wat kolaj tu guna aper yer... and yg kat gambar tu mcm guna perca kain je... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|