CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: dexa

Noktah Monarki Nepal -

[Copy link]
 Author| Post time 19-7-2008 01:41 AM | Show all posts
Jumpa suami di Singapura

KATHMANDU
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2008 01:14 AM | Show all posts
Kezaliman musnah sistem monarki Nepal
Oleh Rohaniza Idris


PEMABUK: Putera Mahkota Paras dikatakan
dibenci rakyat kerana sikap zalimnya dan
sering membuat kacau.


Kemarahan rakyat terhadap Raja Gyanendra dan Paras buat parti Maois dapat sokongan hapus dinasti beraja sejak 240 tahun


SISTEM pemerintahan beraja di Nepal yang berusia 240 tahun berakhir 1 Jun lalu apabila negara itu diisytihar sebagai republik selepas pemberontakan rakyat berikutan era pemerintahan autokrasi yang diperkenalkan Raja Gyanendra pada awal 2005.

Kebencian rakyat semakin menebal terhadap Raja Gyanendra apabila beliau menyingkirkan kerajaan ketika itu sebaik saja menaiki takhta selepas kematian Raja Birendra dan keluarganya yang dibunuh dalam insiden 2001.

Namun, media dan pemerhati politik tempatan menyatakan kejatuhan kerajaan itu bukan hanya kerana era pemerintahan autokrasi dan sikap Raja Gyanendra yang bengis serta autokratik, tetapi kerana perlakuan zalim Putera Mahkota Nepal, Putera Paras.

Putera Mahkota Paras dikatakan terbabit dalam beberapa siri jenayah seperti memukul dan menyerang anggota polis, membunuh dan melanggar orang tidak berdosa apabila memandu dalam keadaan mabuk.

Malah, lebih mencalar hati rakyat apabila beliau menyuruh orang lain mengakui kesalahan berkenaan.


WARIS: Puteri Prearana satu-satunya
adik Putera Mahkota Paras.



Akhbar The Nepali Press sebelum ini melaporkan, kebencian terhadap Paras bermula sebelum beliau ditabalkan sebagai Putera Mahkota lagi.

Pada 1996, Paras menyerang pegawai polis yang menegur lampu kenderaannya. Seminggu selepas itu, Paras yang melanggar kereta seorang pengguna jalan raya memukul orang awam yang berkerumun menyaksikan kemalangan berkenaan.

Pada tahun yang sama, Paras mengeluarkan pistolnya dan membuat kecoh di Hotel Soaltee dan kemudian beliau memandu ke Casino Everest serta menembak ke udara beberapa kali.

Pada 1997, Paras yang menerima elaun keluarga diraja RS300,000 (RM14,201), manakala isterinya Himani menerima RS75,000 (RM3,550) setahun, dikatakan melanggar seorang pemandu teksi Sanukaji di Putafi Sada. Setahun sebelum itu, beliau melanggar orang awam di Bharatpur, Chitwan.



GEMBIRA: Paras bersama isteri, Puteri Himani
Rajyalakshmi Dev dan Purnika.



Setahun kemudian, Paras menyerang ibu pejabat polis dan memukul pengawal bertugas di pintu masuk. Pada 1999, beliau memukul pegawai polis dengan belakang senapangnya dan kemudian memandu sambil mengugut mereka dengan mesingan.

Sebulan kemudian, Paras pergi ke balai polis Durbar Marg menghentak polis yang bertugas sebagai pengawal di pintu masuk.

Pada 2000, Paras menyebabkan kematian ahli muzik dan penyanyi terkenal Nepal, Praveen Gurung. Kematian ahli muzik itu, kali ketiga dilakukan anak raja itu terhadap rakyat biasa akibat memandu dalam keadaan mabuk.

Difahamkan beliau membayar pampasan RS1 juta (RM47,336.72 ) kepada keluarga Praveen Gurung supaya kes itu tidak dibawa ke mahkamah.

Tindakan ganas dan bengis Paras tidak berhenti begitu saja walaupun beliau ditabalkan sebagai Putera Mahkota. Sehari sebelum pilihan raya Mei tahun lalu, Paras memandu sambil mengugut semua polis sedang bertugas.

Sebenarnya banyak lagi jenayah dilakukannya termasuk pembunuhan empat tahun lalu. Namun, Paras sering terlepas daripada hukuman kerana statusnya sebagai pewaris takhta.

Jika bukan kerana statusnya, sudah pasti Paras dipenjarakan kerana kesalahan dilakukannya bukan kecil tetapi jenayah serius.

Mengikut undang-undang Nepal, orang yang didapati bersalah melanggar dan menyebabkan kematian boleh dihukum penjara sehingga 33 tahun.

Keengganan kerajaan mengambil tindakan terhadap Paras menaikkan kebencian rakyat yang meluap-luap terhadap pemerintahan Raja Gyanendra.

Pemberontakan menerusi demonstrasi jalanan berlaku bagi membantah tindakan 'senyap' dan 'tutup sebelah mata' kerajaan selama ini terhadap kelakuan Paras.

Selepas itu, sikap 'senyap' kerajaan mendapat kecaman di Parlimen. Rakyat kemudian menunggu tindakan Raja Gyanendra terhadap anakandanya dan berharap gelaran Putera Mahkota ditarik balik daripada Paras.

Namun, ramai berpendapat hukuman perlu dikenakan kepada Paras bukan hanya menghukumnya atas kesalahan dilakukan tetapi bagi memperbaiki imej monarki diraja yang tercalar akibat tindakan liarnya.

Kemuncak kejatuhan Raja Gyanendra apabila Kumpulan Maois memenangi pilihan raya Mei lalu. Kumpulan itu berjuang sejak 10 tahun lalu bagi menghapuskan sistem pemerintahan beraja di Nepal.

Selepas perjanjian dipersetujui antara kumpulan berfahaman Maois dan parti utama Nepal, Ahli Parlimen mengundi untuk menghapuskan sistem monarki Hindu yang bertapak di negara itu sejak 240 tahun lalu.

Selepas pengundian dijalankan, hanya empat daripada 601 Ahli Parlimen menentang pemansuhan sistem beraja di Nepal. Mereka turut memutuskan, istana yang diwarisi keluarga diraja pula bakal menjadi muzium.

Tentera Nepal yang selama ini dianggap sebagai pendukung utama sistem beraja mengumumkan untuk menghormati kehendak Parlimen.

Bagaimana dengan nasib Paras selepas pemerintahan beraja dimusnahkan? Paras terlepas dari hukuman dan dilihat tiba di Singapura sebulan selepas takhta raja dijatuhkan untuk memulakan hidup baru.

Adiknya, Puteri Prerana dan adik iparnya, Raj Bahadur Singh juga dikatakan turut menyertai Paras kerana mereka berasakan Nepal tidak menjanjikan masa depan yang baik.

Kejatuhan sistem monarki yang terbina sejak berabad lampau di Nepal dirosakkan oleh sikap bengis, liar dan zalim Raja Gyanendra dan puteranya, Paras Shah.

INFO
Putera Mahkota Paras


# Nama sebenarnya Paras Bir Bikram Shah Dev

# Dilahirkan 30 Disember 1971 dan satu-satunya anak lelaki Raja Gyanendra dan Permaisuri Komal dan mempunyai seorang adik perempuan Puteri Prerana.

# Mendapat pendidikan awal di St Joseph's College Darjeeling, India dan Budhanilkantha School, Kathmandu dan melanjutkan pelajaran di Schiller International University United Kingdom dalam bidang Pengurusan Perniagaan

# Ditabal sebagai Putera Mahkota pada 26 Oktober 2001, selepas sepupunya Putera Mahkota Dipendra mangkat selepas menembak diri dan beberapa ahli keluarganya. Paras turut cedera dan menyelamatkan tiga saudara dari keluarga diraja daripada insiden itu.

# Pada 6 September 2007, Paras dikejarkan ke Hospital Tentera selepas mengalami sakit dada dan dipindahkan ke Hospital Norvic di Kathmandu untuk menjalani pembedahan 50 minit akibat serangan jantung ringan.

# Paras didakwa menyelewengkan wang yang diamanahkan untuk kebajikan bagi tujuan peribadi termasuk membiayai lawatan ke luar negara, parti mewah serta bayaran rawatan kesihatan untuk Permaisuri Komal di United Kingdom.

# Paras dikatakan seorang pemabuk dan sering melakukan keganasan.

# Paras mengahwini Himani Rajya Laxmi Devi Shah ahli keluarga diraja Sikar pada 25 Januari 2000. Mereka dikurniakan tiga anak, Puteri Purnika Rajya Laxmi Devi Shah Putera Hridayendra Bir Bikram Shah Dev dan Puteri Kritika Rajya Laxmi Devi Shah.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 17 Replies : 1
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189244 Replies : 4308
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 590 Replies : 2
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6238 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29525 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9304 Replies : 181
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3813 Replies : 25
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.046364 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list