|
Mazda3, Mazda5 dipanggil balik kerana masalah stereng
2010/08/18
WASHINGTON: Mazda Motor Corporation memanggil semula lebih 300,000 kereta jenis Mazda3 dan Mazda5 di Amerika Utara untuk dibaiki kerana mempunyai masalah pada sistem kuasa stereng yang boleh mengakibatkan nahas.
Pembuat kenderaan Jepun itu memberitahu kerajaan, langkah memanggil semula itu akan membabitkan model Mazda3 bagi keluaran 2007 hingga 2009, manakala Mazda5 buatan April 2007 hingga November 2008. Ia membabitkan 215,000 kenderaan itu di seluruh Amerika Syarikat dan 100,000 lagi di Kanada and Mexico. Mazda berkata, kereta akan kehilangan kawalan kuasa stereng secara tiba-tiba sehingga pemandu berdepan risiko kemalangan.
Bagaimanapun, Mazda setakat ini belum menerima sekarang laporan mengenai kemalangan atau kecederaan berkaitan masalah berkenaan.
Pihak Berkuasa Kebangsaan Mengenai Keselamatan Trafik Lebuh Raya membuka siasatan pada 28 Jun lalu mengenai masalah stereng membabitkan Mazda3 keluaran
2007-2009, dengan memperoleh 33 aduan mengenai masalah itu, termasuk tiga kemalangan. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
kalu servis kete buatan malaysia nih..servis biasa pegi ar rm100..kalu major dalam rm300..tapi kalu ...
dora_sue Post at 13-1-2009 03:51
betul ke servis mahal berganda2 camni..br je bercad. nak beli mpv samada wish @ mazda 5 ni..emm nampak gaya cancel la dlm list mazda 5 ni |
|
|
|
|
|
|
|
mana ada mahalnya servis keter mazda nie. interval 10k berbanding 5k keter mesia. dulu diorg pakai minyak fully sintetik skrg minyak semi so lagi murah.service mahal sebab diorg mark up harga spare part kaw kaw
memana SC mesti charge mahal punya..nak murah pergi kedai workshop biasa. |
|
|
|
|
|
|
|
mana ada mahalnya servis keter mazda nie. interval 10k berbanding 5k keter mesia. dulu diorg pakai m ...
mikasa Post at 14-6-2011 23:30
mikasa pakai mpv ni ke. ok x keta ni...kire awal nak usha mpv ni..tp masih lg mencari mpv yg berpatutan, samada maintenance, harga dll. blh x sesiapa suggest atau review pro n cont. WISH ngan MAZDA 5 ni.tq |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 46# goldfish77
sorry , aku tak pakai mpv tapi mazda 3.
dari segi wish ( latest model ker ) dan mazda 5 .
kalau wish yang dari grey importer nie warranty berapa lama? setahun? pintu macam keter biasa.
baik ambik M5 ada 3 tahun warranty .sliding power door. |
|
|
|
|
|
|
|
mazda 5..best ajer bawak..tapi kalu servis mahal nak mampos..
dora_sue Post at 13-1-2009 03:45
kalau servis biasa berapa?
kalau major servis berapa pulak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|