View: 2664|Reply: 2
|
Career: Bidang Aeroangkasa -
[Copy link]
|
|
09 Mei, 2008
Lebih Banyak Peluang Pekerjaan Di Dalam Bidang Aeroangkasa
DENGKIL, 9 Mei (Bernama) -- Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia akan bekerjasama dengan Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (MIAT) Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi menggalakkan lebih ramai belia menceburi bidang aeroangkasa.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Noraini Ahmad berkata bidang aeroangkasa memerlukan tenaga mahir khususnya dalam bidang Penyelengaraan, Pembaikan dan Overhaul (MRO).
"Bidang ini memerlukan kakitangan yang lebih berkemahiran dan berkelayakan kerana kapal terbang perlu sentiasa diselanggara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Penerbangan dan Aeroangkasa UniKL-MIAT 2008 di sini, hari Jumaat.
Beliau berkata permintaan terhadap tenaga mahir ini dijangka meningkat apabila pelabur asing melabur di dalam bidang MRO yang akan beroperasi di Subang.
Kini terdapat 56,000 pekerja terlibat di dalam bidang MRO secara langsung dan menjelang 2015 sebanyak 10,000 jawatan lagi akan diwujudkan di dalam bidang ini, katanya.
"Tapak lama lapangan terbang di Subang akan dibangunkan sebagai pusat MRO kebangsaan yang dikenali sebagai Malaysia International Aerospace Centre yang akan meliputi kemudahan pembuatan pesawat," kata Noraini.
Sebuah syarikat dari Amerika Syarikat dijangka membuat pelaburan dalam bidang aeroangkasa dan pelaburan ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan di dalam bidang ini, katanya.
Lebih 34 syarikat penerbangan dan agensi berkaitan menyertai karnival tiga hari anjuran UniKL-Miat bagi memberikan pendedahan mengenai peluang pekerjaan di dalam bidang penerbangan dan aeroangkasa.
-- BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------------------
pada yang berminat dengan bidang aero angkasa ni - boleh la find out
how to get into it.. and what kind of courses it needs etc -
banyak peluang pekerjaan pada yang berminat dengan bidang ni - |
|
|
|
|
|
|
|
kat UPM kan ade pengajian aeroangkasa peringkat degree kalau tak silap... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 pink_lavender's post
UPM dan USM..dua jer..kalo UTM aeronautik...macam best bunyinya tp skop keja nie mmg jelas..ramai lepasan aerospace pun lompat keja ke bidang mech, process n manufacturing...engineering mmg flexible |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|