CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: cruz_gurl

Kongsi Bersama :' Cerpen,Sajak ..atau apa yang menarik'

[Copy link]
Post time 12-6-2008 08:43 PM | Show all posts
dimanakah kau sekarang ?
apakah kita tetap membisu?
menyimpan beribu pertanyaan
yang tak pernah terjawab
ada apa sebenarnya diantara kita ?
tentu ada sesuatu yang salah..
pasti ada kata-kata menguris hati
sehingga kau membisu..
hati gudah..
hati gulana
mencari dikau entah dimana
pujangga mengapa membisu?
tanpa khabar berita
tak seperti selalu
adakah kau dilanda gempita masalah?
sehingga terlupakan bicara mu di sini?
tidakkah kau tahu
teman mu ini menunggu dalam debar
ibarat menunggu dalam sekam
membara dalam rindu
gerangan di mana pujangga.??
sampaikan berita pada teman bicara ini
jangan sanggup melupakan
teman mu ini tetap setia
menanti hari-hari kau kembali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2008 12:51 PM | Show all posts


~~~Cuma Kenangan~~~

mahukah kita merasa menyesal di suatu hari nanti kerana x pernah ingin mempergunakan peluang yg terbentang di depan mata??

hanya kerana kita merasakan yg masanya belum tiba..

mahukah kita merasa tua sebelum waktunya?

mahukah kita sakit sebelum masanya?

mahukah kita kecewa bila bahagia tu ada depan mata?

mampukah kita menyalahkan takdir yg menyuratkan segalanya sedangkan kita sebenarnya yg bodoh tidak tahu menilai peluang yg dtg mungkin hanya sekali cuma?

dan di pengakhiran perjalanan itu, kita cuma mampu melagukan...

Kenangan Terindah

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku


Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu


Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu

Kan kujadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku


Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah.........





(somehow, i missed my past)
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2008 03:43 PM | Show all posts

Aku (I)

aku merasa hati seperti disiat-siat perlahan, pedih.
tangan tak henti menggeletar.
aku cuba bertenang.
jangan ikutkan emosi sangat, aku berbisik lembut.
mungkin kerana perasaan ini dah lama terpendam, ia tak mampu dikekang akhirnya apabila ia sudah terluah.
penipuan, khianat, bosan, hipokrit, sarkastik.
kenapa tak kamu tusuk saja jantung ini daripada buat aku seperti dibakar hidup-hidup??
sudah hilangkah segala misteri yang kamu sangka indah untuk kamu jejak dari aku?
ini bukan soal semalam.
ini bukan kisah tipu itu.
ini adalah cerita asal yang kamu titip di hati aku sejak mula.
dalam sedu kamu kisahkan pincang hidup hingga aku merintih bersama.
buat aku percaya segalanya.
hari ini kamu heret aku dalam kotak kelam.
dan jadilah aku seorang yang diam.
indah tapi palsu.
aku takkan memilih untuk bersuara demi memaut dahan.
bukan sejak semalam.
bukan kerana tipu itu.
tapi kerana kamu telah memberi aku teladan dari kisahmu.
mungkin itu ironinya kita tetap bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2008 03:53 PM | Show all posts

Reply #43 captain_scubby's post

perghhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2008 03:54 PM | Show all posts

Aku (II)

semalam aku bersuara semula.
dan kamu mula membuka cerita tentang itu.
sesuatu yang aku mahu dan rayu untuk kamu faham.
anehnya aku hanya rasa kosong.
tak mampu nak membalas harapan yang kamu janjikan lagi.
tak mampu nak mengukir senyum.
sudah penatkah aku?
hari ini aku mengaku kalah.
tiada gunanya mrungut kerana aku yang memilih begini.
kerana secubit amal, hari ini aku menjunjung sesalan sebesar dunia.
aku yang mempertaruhkan percaya demi menggapai impian ketika terluka dulu.
dan sekarang.....
aku rupanya menoreh takdir sendiri.
sendiri luka, sendiri pedih, sendiri paham, sendiri tanggung...
jangan menangis aku...
kan aku tahu akhirnya pasti begini....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2008 03:55 PM | Show all posts
Originally posted by Traza at 5-7-2008 03:53 PM
perghhhhhh

adehhh..............lu ni memang ler..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2008 03:58 PM | Show all posts


Kehidupan adalah sebuah perjalanan pendek bagi seorang manusia,
sependek mana pun jalan itu, tentu akan ada cerita yang tercipta dalam langkahnya,
tawa, canda, duka , air mata, ataupun hambar tanpa rasa,
tak semua cerita dapat dirungkai dengan kata-kata,
malah mungkin cerita dalam rasa yang lebih memendam makna.
Seiring dengan melajunya masa dan usia......
semoga cerita hidup kita menjadi inspirasi dalam menuju Sang Maha Pencipta.....Aminn..........

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.047325 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list