|
Borak Lokasi: Rosli satu-satunya jurumekap berlakon
Oleh Norhadiani Baharom
BOLEH dikatakan pertama kali dalam sejarah perfileman negara jurumekap tidak hanya berkhidmat di belakang tabir tetapi diberi kepercayaan beraksi di hadapan kamera. Itulah kelebihan Rosli Hashim, 54, atau nama glamornya Roskong di kalangan artis dan kru. Siapa sangka dia pernah membintangi 23 filem dan antara yang popular, OK, Awang Spanar, Mr Os, Hero, Keluarga 99 dan Kembar Siam. Walaupun semua watak yang dijayakan adalah 'mak nyah' ia cukup memberi kepuasan kepada Rosli dalam kerjayanya.
Untuk Gadis Cuci, Rosli menjadi jurumekap. Khidmatnya diperlukan untuk membangkitkan pelbagai 'mood' wajah.
Kerjayanya sebagai jurusolek bermula pada 1972 dan hingga kini sudah 36 tahun dia mencari rezeki dengan menyolek.
揝elain drama, saya juga banyak buat untuk filem. Terbaru, filem Misteri Balan-Balan yang memerlukan saya menggunakan teknik solekan kesan khas, |
|