CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1985|Reply: 19

Dayang & ABPBH

[Copy link]
Post time 18-3-2008 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Baguslah Dayang tak tercalon tahun ni. Walaupun Dayang sendiri sering berkata sudah tercalon sebagai finalis pun sudah cukup bagus, ada baiknya Dayang tak terlibat langsung dengan anugerah 'popular' ni. Biarlah orang-orang popular (walau tak boleh menyanyi) tercalon. Dalam banyak-banyak anugerah seni di Malaysia ni, saya rasa inilah anugerah yang paling tak ada kaitan dengan kemampuan bakat seni seseorang artis. Tergelak besar juga tengok sesetengah calon tu- macam Mila untuk Penyanyi Wanita Popular. Aduh, begini sekali citarasa muzik orang Malaysia. Bila lah nak matang????? Saya rasa Si Siti tu tetap akan bolot semua, so yang lain tu, dapat tempias 'popular' pun dah cukup lah. Next year, bolehlah tambah kategori "Artis Wanita Paling Cantik", "Artis Wanita Paling Over-Rated", " Artis Lelaki Berambut Panjang Paling Seksi", "Artis Lelaki Paling Hebat Meluncur" bla bla bla. Sori, bukan nak memperkecilkan kredibiliti pihak penganjur. Tapi cubalah buat kriteria yang ketat sikit bila terima pencalonan. Macam pilihanraya umum juga. Tak kan budak sekolah pun nak ambik jadi wakil rakyat?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2008 12:07 PM | Show all posts
kalau cerdik serba serbi tak pa... cam Adi Putra.... ni SPM pun.....heheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 12:23 PM | Show all posts
AdiPutra ape kelulusan eh? byk lagi artis yg berilmu ni .. yg bodo piang pn ramai gak ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 07:02 PM | Show all posts
Originally posted by hyie at 18-3-2008 12:23 PM
AdiPutra ape kelulusan eh? byk lagi artis yg berilmu ni .. yg bodo piang pn ramai gak ...


rasanye, adi putra yg dia maksudkan tu, budak yg genius matematik tu. bukan adi putra pelakon.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 08:42 PM | Show all posts
ralat gak dayang tak tercalon... tak menang tak apa... setuju yang anugerah popular ni tidak ada kaitan dengan kemampuan bakat seseorang tapi hakikatnya anugerah ini boleh dijadikan pengukur tahap seseorg artis tu diterima oleh masyarakat semasa, dikenali dan diminati...

bakat dayang memang tak boleh disangkal, dayang pun memang sudah dikenali ramai cuma mungkin ada beberapa perkara yang tidak begitu disenangi oleh segolongan orang... atau orang dah jemu, orang dah tak peduli... sebab sesiapa yg mengundi tu selalunya akan mengundi selebriti yang diorang minat supaya dia menang... kalau selebriti tu dia tak suka atau tak minat memang takkan undi punya... sebab tu bila nama dayang tak tersenarai dalam calon akhir, terfikir gak benda2 gini... tak menang tak apa, at least tahu dayang masih dapat sokongan para pendengar...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2008 10:41 PM | Show all posts
adoi la...teruk betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2008 11:31 PM | Show all posts
Next album dayang kena cari lagu yg betul2 power.Mesti nama Dayang naik balik.Imej pun kena jaga.Kalau dua benda ni seimbang,memang Dayang leh buat comeback.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 08:23 AM | Show all posts
tak pe lar.. bukan rezeki dayang.. yang penting dayang ada followers tersendiri dari kemunculan dia..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2008 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by male30plus at 18-3-2008 08:42 PM
ralat gak dayang tak tercalon... tak menang tak apa... setuju yang anugerah popular ni tidak ada kaitan dengan kemampuan bakat seseorang tapi hakikatnya anugerah ini boleh dijadikan pengukur taha ...



aku tak setuju ngan ABP ni sebab dia ada hadiah untuk pengundi dengan 'pilihan yang tepat'....
hadiah pun bukan calang2....
kalau aku ni bukan minat dayang gila2, masuk just for the sake nak menang barang2 kemas, mesti aku akan undi 'hot stars' macam mawi, dato' ct, saiful apek.... yang aku tau other voters pun akan pilih...
takkan aku nak vote for adam ngan misha omar kot... =)
langkah ni secara tak langsung akan naikkan rating undian muka2 tu...
walaupun aku bukan minat sangat kat diaorg...tapi aku nak gak pakai barang habib jewels ke bali... am i understood..?

akhirnya, muka2 sama gak la yang menang....
yang popular terus popular...
yang bermutu dan kurang popular, jadik macam dayang la...
(tapi aku sedikit konpius...takkan la misha omar laie fofular dari dayang...?? )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2008 12:10 PM | Show all posts
Eis_82, aku setuju benar-benar dengan pendapat kau tu.Kesudahannya, semua pembeli BH akan mengundi sebab nak dapatkan hadiah tu, bukannya nak mengiktiraf populariti artis.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 12:59 AM | Show all posts
aku benci ABP.suka syok sendiri.asyek2 puji anugerah sendiri di paper sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 10:50 AM | Show all posts

Reply #9 eis_82's post

Ha'ah...betul juga ckp ko ni eis.Memang hampeh la award ni gamaknya.Apsal la kat US tu xder lak aku tgk dia org buat pertandingan utk org ramai bila ada award.:@
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 12:26 PM | Show all posts

Reply #12 syafali's post

ader gak.. people's choice award..

tp diorg ada berpuluh2 award shows yg mostly judged by professionals..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 04:51 PM | Show all posts
ralat jugak bila Dayang tak sangkut dalam top 5 tahun nie....

Tapi kita patut berasa bangga pasal Dayang adalah antara segelintir penyanyi kat M'si nie yang ada fan base yg kuat...maksudnya yang sentiasa menyokong kerjaya dayang dari dulu hingga sekarang dan minat dan sayang yang tidak berubah terhadap Dayang.....

Hanya artis2x established sahaja yg mempunyai fan base yg kuat spt Dato' CT/ Sheila Majid/ZZ/ Jaclyn Victor/Ning Baizura...

Jadi jgn putus harapan kawan2x ku....

Artis2x mee segera macam Milah n Farah breep2x tue takkan mampu btahan lama...
peminat mereka hanya bsatu bila musim2x AF sahaja...pastu diorang nie macam lalang...sampailah Akademi Fantasia tue masuk musim ke 100.....

[ Last edited by  esprito193 at 23-3-2008 01:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2008 11:28 PM | Show all posts
Originally posted by esprito193 at 20-3-2008 04:51 PM
ralat jugakbila Dayang tak sangkut dalam top 5 tahun nie....

Tapi kita patut berasa bangga pasal Dayang adalah antara segelintir penyanyi kat M'si nie yang ada fan base yg kuat...maksudnya  ...

aku memang tak pernah putus harapan.setia sokong dayang.yang penting,dayang terus maju and berikan kita hasil yang berkuliti and memuaskan!
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 07:30 AM | Show all posts
hmmm.....

saper ler yg wat pencalonan tu ek....
bengang tul nama dayang x tercalon...
si mila budak lom ckup umo tu lak yg dpt....

ABP lak haku ingatkn si fafau yg bolot sbb menang 2 kategori...
sekali tu si wawiwo yg dpt....:@ :@
c'mon rakyat m'sia....
bukak ler minda tu luas2 sket....
dato ct pn bleh kalah dgn dia...
ABPBH yg sengal.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2008 08:37 AM | Show all posts

Dayang bukan tak popular, tapi orang lebih suka pangkah nama artis lain berbanding Dayang

Sedangkan dulu-dulu Dayang boleh gugat undian Siti
sampaikan sampaikan Siti tak menang Artis Paling Popular

Sekarang ni nak masuk Top 5 pun susah
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 12:55 PM | Show all posts
satu faktor yang aku perasan mengurangkan undi dayang adalah imej dayang yg terlalu urban,,,orang kg x suka padahal diorang lah penyumbang utama undi2x dalam ABPBH nie....

Lagi satu dayang nie nampak cam sonyap n x happy go lucky cam Jac ker or ZZ...susah peminat2x baru nak jatuh cinta ...

#just my 2 cents
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 12:55 PM | Show all posts
satu faktor yang aku perasan mengurangkan undi dayang adalah imej dayang yg terlalu urban,,,orang kg x suka padahal diorang lah penyumbang utama undi2x dalam ABPBH nie....

Lagi satu dayang nie nampak cam sonyap n x happy go lucky cam Jac ker or ZZ...susah peminat2x baru nak jatuh cinta ...

#just my 2 cents
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 01:00 PM | Show all posts
sebab tu aku malas nak amik port lansung pasal ABP..
anugerah paling murahan kat malaysia ni....bosan occay!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.139422 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list