CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: mafilax

tumpang lalu kaki pancing.....2

[Copy link]
Post time 9-6-2008 11:04 AM | Show all posts

Balas #20 tak_tahu\ catat

mak long tu polong kan?kalau kakak pengantin tu mende lak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2008 11:26 AM | Show all posts
Kalau jumpa mayat masa tengah memancing tue mcm manelah gamaknya....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 11:17 AM | Show all posts
aku stakat ni mancing mlm x de la lg kna kacau.
ye la, sbb aku mancing kt kolam berbayar..

nak masuk utan ni stakat 2org, cuak pun ada. ramai
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 12:10 PM | Show all posts

Reply #23 selipar_hijau's post

heheheh,, ni kisah benar jiran kite, baru berlaku 2 hari lepas,, pergi mancing balik maghrib(mancing kat tmpt berbayar-hehehehe) ,, balik2 terus siang ikan, bila nak masuk tidur dlm kul 11,, anak kecik tetiba kejang badan sejuk mata menghala kat satu tempat sambil tunjuk.. bila mama dia tanye kenapa dia kata ada org pompuan kat pintu, pakai baju putih, mata bulat, rambut mengerbang, pastu ayah dia pi kibas2 kat tmpt tadi,, tetiba anak dia bersuara,, tu tu  ada atas bumbung(bilik) heheheh,, benda tu ikut ayah dia balik rupe nyee...

[ Last edited by  atuninaawin at 12-6-2008 12:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 12:26 PM | Show all posts
heeee... seram gak ek...
nak join cerita la...

ada satu tempat tu.... atas jambatan sungai,.. ramai org suka suki mancing tgh mlm sampai la ke pagi...
tp kan aktiviti tu dh kurang dh... ceritanya... jalan dan jambatan tu baru jer buat dlm 2 taun lepas... dengar
citer kawasan tu juga menjadi tempat mat2 moto menunjukkan ketereran diorang... satu ari tu masa mat2
tengah layan konar baring semua tetiba ada satu moto yamaha tu buat willy (betoi ke eja nie) potong depa.
tp moto yamaha tu penunggang nyer tampa kepala.. sejak tu aktiviti mat2 moto nie tergendala... samalah juga ngan kaki pancing... tp kat situ udang banyak giler.... tp ada gak org memancing lagi.. depa tak tau kot...

satu lagi kes.. di tpt yg sama gak...
kaki pancing nampak satu lembaga tanpa kepala timbul dipermukaan sungai ... hanya paras pinggang jer...
citer nie polis yg bgitau kat member sy.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 01:46 PM | Show all posts

Reply #25 cikcumil's post

mcm kat jambatan kuale kangsar yg baru tu je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2008 01:54 PM | Show all posts
kite pnh dgr cte kwn2 ms sekolah dulu
entah betul ke x kite x pasti plak
kisah nyer bdk2 remaja g mancing ikan kt satu lubuk ni
tmpt tu mmg byk ikan
tgh2 mancing salah sorg dr depa ni umpan terkena ikan
then dia trus sentak naik ke darat
bila dh naik tu bukan ikan yg dia dpt tp mcm daging bulat mcm bebola
dia pun buang la daging tu

then depa balik
mlm tu bdk yg mata kail dia terkena daging tu mula meracau2
bdn panas...then dia meracau2 mcm mintak maaf
siap sujud..menangis2 mintak maaf entah kt sape
then x semena2 dia berlari ke dapur n trus cucuk mata dia sblh dh garpu
ms tu smua berlaku terlalu pantas
famili bdk tu xsempat buat apa2

rupa2nyer penunggu lubuk tu marah kt dia
sbb mata pancing dia tersangkut kt mata makhluk tu
sbb tu penunggu tu bls dendam
bila dh dpt buta kan mata bdk tu sblh br dia puas ati
wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 02:32 PM | Show all posts
Originally posted by sepaileman at 12-6-2008 01:46 PM
mcm kat jambatan kuale kangsar yg baru tu je


heeeeee salah....
boleh cuba meneka lagi....:pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2008 02:41 PM | Show all posts
ni ciiter dari pakcik aku..
somewhere in ketereh..
pukul 1am lebih laa
gi mancing..dapat ikan besar.. xpe ahh
letak dalam baldi.. tengah syok2 mancing nampak samar2 macam kucing
dok jengah baldi dia tapi besar..cam anak rimau.. telinga besar mate merah
so pakcik aku  buat bodo je
halau dia datang balik
halau dia datang balik
kali ketiga halau melompat binatang tu
nampak macam arnab...
tapi lompat macam kijang..
dekat 10 meter jauh nyer
3x lompat hilang..
ngan ikan2 skali..
len macam da ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 10:57 AM | Show all posts
Misteri: Makhluk halus usik kaki pancing
Oleh Hazirah Che Sab
[email protected]




SELAIN manusia, Allah turut menciptakan makhluk lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi kehadirannya dapat dirasai walaupun ia tidak pernah menyenangkan. Di layar perak atau kaca televisyen, kehadiran makhluk halus selalunya disertakan dengan muzik menyeramkan, membuatkan bulu roma penonton turut sama berdiri.

Bagaimanapun, di alam nyata, kehadirannya langsung tidak memberi petanda kerana tiba-tiba saja ekor mata dapat menangkap kelibat sesuatu tetapi akhirnya hilang begitu saja. Ada ketikanya, ia menjelma betul-betul di depan mata tetapi bagi yang penuh ilmu di dada, ia tidak sedikit pun mencuit rasa. Sebaliknya, bagi yang longgar iman, kemunculan makhluk yang dijanjikan kekal dalam neraka itu sedikit sebanyak mencabar kewarasan.

Sebaiknya kehadiran makhluk berkenaan sama ada di depan mata atau sekadar berasakan kelibatnya tidak dihiraukan kerana takut bererti manusia yang disertakan akal bersama kejadiannya memberikan kemenangan kepada iblis yang diizinkan Allah mengusik dan menyesatkan anak cucu Adam sehingga hari kiamat.

Mungkin kisah yang diceritakan pemuda berusia awal 20-an yang cuma dikenali sebagai Faiz boleh dijadikan panduan betapa makhluk itu juga bosan jika usikan dan gangguannya tidak diendahkan.

“Kisah ini diceritakan oleh rakan sekerja yang jauh lebih senior. Dulu, di tempat kerja saya ada dua sahabat baik yang gila memancing. Persahabatan mereka sejak di bangku sekolah rendah terbawa-bawa sehingga ke alam pekerjaan.

“Memandangkan persekitaran kerja yang dekat dengan laut, kedua-dua mereka tidak melepaskan peluang memancing sebaik tamat tugas. Keakraban mereka dapat dilihat jika seorang bekerja syif pagi dan seorang lagi syif petang hingga malam, kedua-duanya akan balik ke rumah esok pagi selepas memancing semalaman,” kata Faiz.

Pada malam kejadian, kedua-dua sahabat baik itu duduk selesa di atas tembok bersebelahan antara satu sama lain sambil menunggu joran masing-masing diragut ikan. Malam semakin hening tetapi kedua-dua lelaki berkenaan terus sabar menanti.

Tiba-tiba mereka ternampak sebiji labu sayong yang hanyut entah dari mana. Salah seorang lelaki berkenaan terus memungut labu itu dan diletakkan di tepi kemudian kembali menumpukan perhatian kepada joran.

“Dalam keadaan sunyi sepi dan hening itu, tiba-tiba mereka ternampak ada sesuatu menjelma di tengah laut dan di atas permukaan laut, makhluk itu berjalan menghampiri mereka. Kedua-dua sahabat itu cuma melihat makhluk itu semakin menghampiri dan duduk di tengah-tengah antara mereka berdua.

“Lucunya, mereka tidak pula lari lintang pukang, sebaliknya cuma mengalih kedudukan seolah-olah memberi ruang kepada makhluk itu. Agaknya bosan gangguannya tidak dihiraukan, makhluk itu lesap begitu saja meninggalkan kedua-dua sahabat tadi yang asyik memancing itu. Rupa makhluk itu tidak pula diceritakan oleh rakan sekerja,” katanya.

Mungkin juga kerana nasib tidak menyebelahi, joran mereka tidak dimakan ikan menyebabkan kedua-dua sahabat itu berkemas untuk balik. Ketika itulah baru disedari labu yang sebelumnya berada berhampiran mereka sudah hilang.

Kedua-dua sahabat itu terperanjat besar apabila membuka but kereta kerana mereka mendapati labu berkenaan berada di dalamnya. Siapa yang meletakkan labu sayong itu di dalam bonet menjadi misteri kepada kedua-duanya.

Faiz berkata, seorang rakannya yang digelar abang Din, juga kaki pancing kerap diganggu makhluk halus tetapi bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.

“Dia menceritakan pernah satu hari dia balik ke rumah pada waktu dinihari selepas memancing. Selepas membersihkan badan, abang Din mengejutkan isterinya untuk memberitahu ikan sudah dibawa masuk ke dalam sebelum tidur.

“Tidak lama kemudian, isterinya mengejutkan abang Din untuk bertanya apa yang dibawa balik. Apabila abang Din menjawab ikan, isterinya dengan selamba berkata: ‘Ikan apa dengan bentuk badan besar macam beruk, hitam legam dan berbulu lebat?’ Rupa-rupanya abang Din turut membawa balik makhluk lain,” katanya.

Sudah tiba masa kita kembali membetulkan anggapan salah yang kerap disajikan di layar perak mengenai makhluk halus mencari korban. Memang betul kata seorang ustaz - makhluk itu cuma berjanji untuk mengusik dan menyesatkan, bukan membunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 01:57 PM | Show all posts
Misteri: Makhluk halus usik kaki pancing
Oleh Hazirah Che Sab
[email protected]




SELAIN manusia, Allah turut menciptakan makhluk lain y ...
Syd Post at 10-8-2009 10:57



tu sebab aku kalau mancing jauh2 atau mlm2....kalau balik aku tak terus balik rumah....
slalu nyer aku singgah dulu kedai mamak.....borak2....agak2 dah sejam dua lepak.....
baru balik umah.....sampai umah lak....trus mandi....baju2 yg pakai tadi trus basuh.....

petua org2 tua tu................
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 02:07 PM | Show all posts
pengalaman aku masa mancing mlm2...cuma dgr bunyi jer....tak nampak pon jelmaan

time tu dlm kul 2:00 lebih ler....time tu aku mancing kat sungai rawang....
aku ngan 3 member aku dah bosan time tu....ikan baru dapat 3 ekor....
sekor ikan keli afrika yg saiznya boleh dibangga kan....tapi yg dua ekor tu lak ikan lampam....ada ler sebesar dua jari....
rokok dah berbatang2....nyamuk ngan agas....perghhhhhh jgn citer ler.....
tgh duduk termenung...tiba2 member aku cuit bahu aku......sambil bisik 'ko dgr tak'...
aku cuma jwp "shhhh"...celupar tul mulut member aku tu....
sebenarnyer bunyi tu memang aku dah lama dgr.....tapi purak2 tak dgr....
bunyinyer mcm org tgh kocak kan air.....suspen siot....
last member aku yg arif bab2 ni ajak cau.....
dalam keta baru ler masing2 bukak mulut....so member aku yg arif sikit nih pon bagitau
tu hantu air....kalau kita tunggu lagi kat situ jgn harap ler nak dpt ikan.....
sebab hantu air tu pon tgh tgkp ikan......

itu memang pengalaman paling best aku...cuak ler jugak.....sib baik hantu tu tak menjelma
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 06:09 PM | Show all posts
pergh!!!
besh ar cite korg ni
spe2 yg d pnalaman 2..share la
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 12:06 PM | Show all posts
ni citer aku..
satu hari tu aku pegi mancing ikan baung pakai umpan perut ayam. Dapatlah belas2 ekor ikan. So, sebelum balik tu aku campak laa beg plastik yang berisi perut ayam tu kedalam semak deka ...
dr_stein Post at 8-6-2008 17:04


Apsal eh aku rasa citer ko ni macam citer kawan aku dulu.. aku penah post citer tu kat thread lain.. kawan pada kawan aku tu yang terkena..

ke ko ngan kawan pada kawan aku tu orang yang sama? hahahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2009 03:10 PM | Show all posts
pengalaman aku lak... kitorang gi mancing kat lombong buaya puchong... angkut sekali ngan anak2.... tengah syok layan.. tengok pemancing lain sumer berkemas balik.. last2 tinggal kitorang jerk kat area situ.. yang lain sumer dok jauh2...... tapi kitorang cam biasa jerk.. sekali ank aku yang bungsu cakap.. ibu.. adik cam nampak hantu ler... aku cakap jangan merepek lah... kedua2 anak aku dok rapat2 jer ngan aku.. aku buat bodo jerk.. seklai pelepup... cam orang baling batu kat dalam air... aku tengok hubby.. hubby tengok aku.. tapi masa tuh berkeras lagi... duduk lagi kat situ.... pastuh pelepup.. lagi sekali.. belah kanan lak... lepas tuh cam kerap jerk.. kalo tengok belakang kiri kanan cam tak logik orang yang baling.. belakang ada parit.... kalo orang sure leh nampak punyer.. anak2 aku dok merengek ajak balik.... so hubby aku pun beralah.. kitorang balik jer lah.... bila borak2 ngan member aku esoknyer tuh.. dia cakap.. sib baik "mende" tuh main baling2 jerk... kalo dia keluar lagilah haru.. sebab ramai yang jumpa kak lang ngan ibu dan anak kat tempat aku lepak tu... huhuhu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2009 05:05 PM | Show all posts
uish seramnya citer korang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2009 09:56 PM | Show all posts
heeeeee salah....
boleh cuba meneka lagi....:pompom:
cikcumil Post at 12-6-2008 14:32



aku rase...jambatan kt area trosor...shotcut nk ke bekut n karai..
tol x????
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 07:04 AM | Show all posts
Aku dulu sorang2 dok memancing kat padang kota lama..bangunan belakang hotel tue..pukul 3-4 pagi kot...saja boring mengail gelama dan bedukang...tiba2 aku dengar mcm suara orang gelak ketawa...punyala ...
azwandyazizan Post at 8-6-2008 15:04


muahahaaa... ni betul2 cite lawak seram! ekekek... aku boleh bayang camne perasaan kecut perut ko tuh pehtu sekali tengok menda lain yg agak-agak x menyeramkan hahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 10:54 AM | Show all posts
buat dek je n terus isap rokok biasa arr x ngangu dah ler... korang lak camne...???


cmner dia tak datang kacau...
dah ko bg dia makan free......
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 1.217055 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list