CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2392|Reply: 19

Saya Bukan Abg Long, Saya Hanya Nak Tolong

[Copy link]
Post time 11-2-2008 11:15 PM | Show all posts |Read mode
A'kum forummers,

3 tahun yang lalu, saya baru sahaja tamat pengajian tinggi. Saya juga banyak berangan-angan untuk membuka perniagaan sendiri.   Tetapi pada masa itu, saya tiada ilmu untuk berniaga, apa yang mampu saya buat ialah membaca buku-buku bisnes berbahasa Melayu yang banyak dipasaran sambil bekerja makan gaji di bank dan syarikat IT.
Antara bisnes yang pernah saya cuba secara part-time ialah
1) bisnes menjual PS2 dan modchip
2) bisnes memborong minyak masak
3) bisnes menjual produk (sales)

Kesemua bisnes ini hangus. Namun, di sebalik kegagalan itu,banyak juga yang telah saya pelajari. Sekarang saya dan partners menjalankan perniagaan educational services (motivational/educational programs) secara sepenuh masa. Alhamdulillah, ia berhasil.

Mengenai tajuk thread ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2008 11:30 PM | Show all posts
Abang Long... teringat lak kat video clip ni..

http://www.youtube.com/watch?v=Ct_x0m-AEXo

tak reti camne nak embed video, asyik gagal jer..

Jangan marah terkeluar topic jap..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 12:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 05:22 AM | Show all posts
bagus2...teruskan kongsi pengalaman...abg ngah xnak masuk ke...abg chik ke..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 05:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 09:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2008 09:55 AM | Show all posts
dari dulu aku masih ragu2 dengan kompeni yg pakai slogan nih...

"kami bukan along, kami hanya nak tolong"

sampai gomen yg pakai pun aku still talak pecaya woo...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 11:13 AM | Show all posts
saya bukan along... saya polong...!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2008 11:36 AM | Show all posts

Reply #1 thedude's post

tuan umah mulakan lah dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 11:48 AM | Show all posts
Satu thread yang bagus.Tapi tolong lah  jgn reply dgn hanya meletakkan '' saja atau hehehehehe...atau hmmmm...tolonglah sebab ianya sesuatu balasan yg tanpa FAEDAH langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 12:07 PM | Show all posts
saya bukan nak tolong.. saya nak minta tolonggggggggg............... tolongggggggggg
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 01:42 PM | Show all posts
Good topic..mudah2an boleh dijadikan bantuan pada yg masih tercari2...silakan tuan rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 02:32 PM | Show all posts
setuju tuu.... . Tuan umah mulakanlah dulu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2008 03:48 PM | Show all posts

Menjana Idea Bisnes

Terima kaseh kerana membaca thread ini.
Semasa saya makan gaji dahulu .. di kalangan rakan-rakan ramai yang bercakap begini
"I pon minat nak bisnes tapi tatau nak bisnes ape"
"Macam best jer bisnes, tapi nak buat ape ek ? "  

Jika anda pernah berfikir begini .. anda mungkin tidak tahu cara menjana idea bisnes. Mungkin juga kita tidak faham apa itu bisnes. Sebelum kita bisnes, perkara yang mesti ade ialah .. "idea bisnes" (idea yang solid ye .. cable ke .. contact politik dsbnya tu belakang kira ).  Apa yang saya kongsi di sini bukanlah gempak sangat .. tapi inilah caranya saya mencari idea bisnes.

Apa itu bisnes ?
Secara amnya ... bisnes ialah proses mencipta nilai  (value-creation) atau menambah nilai (value-add) ke atas produk, dan menjual produk beserta nilai-nilai ini kepada sesiapa yang memerlukannya untuk membuat untung.
Itu sahaja.

Jadi dalam mencari idea bisnes .. kita perlu memahami value-creation dengan melihat value-chain (rantaian nilai).
Value-chain ialah ... langkah-langkah yang mana
    -  nilai ditambahkan ke atas sesuatu produk.
    -  proses yang menjustifikasikan harga sesuatu barang itu ( 1 kg nasi lemak lebih mahal dari 1 kg beras ?  Kenapa ? )

Pemahaman mengenai value-chain inilah sumber idea bisnes anda yang terulung ...

Mari kita praktis sikit ... ini memang bagus untuk org yg makan gaji ... mereka boleh nampak value-chain nih ..

Ali bekerja di syarikat yang menjual beras secara retail (Beras Jatin) sebagai akauntan. Apakah value-chain dalam produk beras ?
(Buat yang simple2 aja) ... saya tak jamin contoh dibawah 100% betul .. saya tak jual beras ...

Padi ----> dituai dengan mesin ---> diangkut ke kilang dengan lori --> diproses di kilang  dan dipek dalam beg  ----->  di hantar ke gudang dengan lori --->  disimpan di gudang pemborong ---> di hantar ke kedai runcit berdekatan kws perumahan  --> dijual kepada pelanggan

Berapa jenis bisnes boleh dilihat dalam rantaian ini ?

Padi (bisnes menanam padi - agro) ----> dituai dengan mesin (bisnes sewa alat-alat tuaian) ---> diangkut ke kilang denganlori (bisnes transport barang-barang pukal)  --> diproses di kilang  dan dipek dalam beg (bisnes memproses beras dan packaging) ----->  dihantar ke gudang dengan lori (bisnes transportation) --->  disimpan di gudang pemborong(bisnes menyewakan gudang untuk tujuan simpanan) ---> di hantar ke kedai runcit berdekatan kws perumahan (bisnes runcit dan borong) -->dijual kepada pelanggan

Di situ sahaja sudah ade 7 jenis perniagaan yang boleh Ali fikirkan ...

Nanti saya sambung lagi .. sila bagi komen kalau silap ...

[ Last edited by  thedude at 12-2-2008 03:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 04:49 PM | Show all posts
ni macam konsultan la ni yee....

jgn mula2 konsultan pastu tetiba konar baring ke MLM sudah la ye...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2008 05:35 PM | Show all posts

Reply #15 kapalterbang's post

Ni bukan konsultan ... konsultan kene bayar .. ini percuma ...

MLM penat ooo ... kena kerja malam-malam ...

[ Last edited by  thedude at 12-2-2008 05:37 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2008 05:36 PM | Show all posts
Originally posted by sinar_inspirasi at 12-2-2008 12:07 PM
saya bukan nak tolong.. saya nak minta tolonggggggggg............... tolongggggggggg


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2008 06:50 PM | Show all posts

Mencari low-risk business ...

Bila kita memperkatakan tentang bisnes ... kita tidak boleh lari dari risiko .. (kalau takde risiko, sudah tentu semua orang berhenti kerja .. bukak bisnes .. pejabat2 semua kosong aja)     .

Bagi yang baru memulakan perniagaan ..perkara penting ialah memilih bisnes yang rendah risikonya .. Saya ingin kongsikan
pengalaman saya memilih bisnes ....

Dalam bisnes, selain risiko, kita juga tahu return. Pulangan perniagaan tersebut ... sebaik-baiknya .. pilih bisnes dimana untung kasarnya sekurang-kurangnya 100% ... Yaa 100% peratus ... (kalau boleh) ..

Contoh :-
Ali menjual cermin mata gelap ... Kos ialah RM7 seunit ... Ali menjual pada harga RM15 seunit ...
Untung kasar ...  (15-7) / 7 = 114%.

Ape perlunya untung kasar setinggi ini ?

1) Untung kasar 100% -  Jika cermin mata hilang/rosak ... Ali hanya perlu menjual 1 unit untuk cover kos 1 unit yang hilang ...
    Untung kasar 10%   -    Jika cermin mata hilang/rosak ... Ali  perlu menjual 9 unit untuk cover kos 1 unit yang hilang ... (belum untung lagi)

2) Sebagai orang baru ... Ali akan melakukan kesilapan dalam bisnes ini .. jika untung hanya 10% .. untung itu akan lesap untuk menampung kesilapan sahaja ... jika untung 100% .. mungkin untung akan susut kepada 20-30% ....

3) Jika tiba2 ada ramai pesaing dalam bisnes cermin mata hitam .. Ali boleh memberi diskaun untuk bersaing dengan peniaga lain .. jika untung hanya 10% .. nak diskaun macamana ?

Masih ingat cerita bagaimana pihak-pihak tertentu menekan peniaga-peniaga Melayu dengan cara menurunkan harga sehingga peniaga Melayu tak dapat bersaing?  Pihak tertentu itu tidak bersalah .. yang bersalah ialah peniaga Melayu yang tidak bersedia menghadapi risiko yang sedemikian. Ramai yang berbisnes .. tapi mereka terlalu cepat puas hati .. untung kasar 10-20% sudah puas hati ..

Dalam bidang pembinaan... dikatakan kontraktor kelas A,B dan C hanya untung 10-15% sahaja.
Bila orang yg kurang berpengalaman membina projek .. mereka akan membuat kesilapan dan untung 10-15% itu lesap begitu sahaja (walaupun projek mereka itu projek berjuta-juta) . Itulah sebabnya banyak projek terbengkalai .. cthnyer .. bila harga bahan mentah naik mendadak .. lesaplah 10-15% untung itu ...

Moralnya .. lebih rendah untung kasar .. lebih tinggilah kemahiran dan pengalaman diperlukan untuk membuat untung. Jika tiada pengalaman .. carilah bisnes yang  tinggi untung kasarnya ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 01:43 AM | Show all posts
Kebanyakkan barang memang untung kasar minimum 100% tapi kena cari pembekal yang betul2 dapat memberi harga yang rendah. Kebanyakkan barangan yang untung 100% bukan barang makanan. Oleh sebab tak selaris makanan, sebab tuu kena ambil untung lebih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2008 03:35 PM | Show all posts
Originally posted by Chiko at 15-2-2008 01:43 AM
Kebanyakkan barang memang untung kasar minimum 100% tapi kena cari pembekal yang betul2 dapat memberi harga yang rendah. Kebanyakkan barangan yang untung 100% bukan barang makanan. Oleh sebab tak ...

Betul .... kalau tak dapat cari pembekal yang bagus ... mungkin lebih baik cari bisnes lain aja ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.187520 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list