|
ni game favourite aku ni... aku kalau main scrabble mesti ada oxford dictionary... dah main dari aku kecik kecik lagi... dan sekarang masih lagi main every weekend dengan gf aku or my brothers or sisters .... dengan nephews and nieces pun aku belasah main dgn mereka.. syiokkkkkkk scrabble ni... board scrabble aku pun beli kat states dulu - besar dan lawa aje..!!
Wise words
Here are ways to get your children started on Scrabble.
By CHUA S.S. and CHRISTINE ANN
WHAT is the best age to introduce youngsters to Scrabble? The answer is, any age is a good one. The most important thing is that they should show an affinity for the game. Scrabble players who pick up the game very young have a better chance of becoming future champions than those who latch on as adults.
Many young players have benefited tremendously
from playing Scrabble.
However, before parents start shepherding their charges to the nearest Scrabble club, consider this. Your child should already know how to play the game and love to play it before they are sent for training. If forced to play, they will start to hate the game.
The best place to learn Scrabble is at home. Parents should play it with their children first and get them to like the game.
Ong Suanne, who is currently zooming up the rankings, learned the game from her mother and siblings. She started competing with adults while still in primary school and now she is a pro at the tender age of 15 and is ranked No. 2 in Malaysia.
Aaaron Chong did not start until late into his teens. Then he found he loved the game so much and has such a gift for words that he became Malaysia抯 No. 3 player in just four years. Ganesh Asirvatham the juggernaut picked up the game from school. By 16 he was competing professionally. Before he hit 20, he was unbeatable.
Many young players have benefited tremendously from playing Scrabble professionally. The present batch of young players who have achieved good rankings have their parents to thank. Among them are Shaun Chung, Ramaraj Sundaraj, Kher Jen Ho and William Kang, just to name a few.
Other than a very wide vocabulary and improved maths skills, these young players have acquired discipline and tactical skills. They have developed good concentration, too, from playing up to eight games at a stretch.
Thus, Scrabble is a great game to introduce to children.
Start off by playing the game yourself and let your child watch. Stay composed; do not yell or scold each time a mistake is made. Should your child show interest, slowly ease him or her into the game. Remember, your child may have short attention span. If he wants to run off halfway and go fly a kite, let him.
Introduce other word games like Boggles and Grabble as well. These are fun and will boost your child抯 vocabulary. Should your precocious youngster suddenly become obsessed with the game and exhibit a great desire to be a champion player, well, your headache is just beginning. Be prepared to sacrifice your time and money |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dates for the 9th Inter-school Scrabble Championship 2008
# State level (Team events |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah main scrabble nih, syiok ke? sekarang nih kalo permainan educated jew mesti chess.. boring.. nanti nak try scrabble lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
Aku pun ada satu set kt rumah...
Best wooo main dengan kawan, sedara & kuarga....
menguji minda dan tatabahasa kita... |
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg addict dulu scrabble ni...start maen dari umur 6 tahun gi..time tuh scrabble ko bleh cucuk atas board..skrng ade lg x? getah putih tuh siap bleh buat lastik gi plg best biler wakil sekolah.. bertahun dh x maen |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 ijad_adiputera's post
bila ada family day ke or keluarga berkumpul ke... mesti kitorang lawan scrabble.. main dgn team; fun sebab try nak score sebanyak mana yang boleh masa tu ntah apa2 perkataan sumer ada......tu yang oxford dictionary kena ada tu... siap main bet lagi; kalu perkataan tu tak ada dalam oxford dictionary - opponent dapat 30 points.. kalau perkataan tu ada - apa2 point yang dapat add another 30 pts...
takut gak nak bet......oxford dictionary ni - macam2 perkataan ada... banyak kita leh belajar!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 payrol's post
syok men game nih...
aku suka men game nih...
tapi la dah tadak geng nak men..
aku men fowl words...menarik jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Teens win scrabble fest
By Veena
KUALA LUMPUR: Putting their best tiles forward, 48 students from schools and higher learning institutions across the nation participated in a scrabble workshop and competition at Universiti Malaya yesterday.
Competing in 24 teams of two persons each, the 18 to 25-year-olds hardly broke sweat during the five-hour tournament organised by Asrama Tuanku Abdul Rahman and the New Straits Times Press (M) Bhd at the Perdanasiswa Complex yesterday.
Players who came in buses from as far as Penang and Johor for the workshop on Saturday and the competition yesterday regretted the weekend had to end so fast.
After two workshops conducted by Nik Zuraik Abd Majid, a facilitator from the Malaysian Scrabble Association, the students are returning to their home states with a thirst for more "word wars".
Six students even went home with cash, trophies and certificates.
Eighteen-year-olds Nigel Loh and Chow Xin Wei from Sunway College, Johor, snagged the first prize of RM1,000 and a trophy, while Aaron Chong, 23, and Martin Teo, 21, from Universiti Sains Malaysia, bagged the runners-up prize of RM700 and a trophy.
The third prize of RM500 and a trophy went to 19-year-old Leroy Ong and his 18-year-old teammate Gan Yi En, from Universiti Malaya.
"I would love to have played more rounds. Five games wouldn't be a fair gauge of a player's ability," said Gan.
"If the losing player has a bad streak with his tiles it short-changes the winner of a good fight. Eight games a day or 16 games spread out over two days will be more challenging.
"But I still enjoyed the two-day camp with the workshop and I hope to do it again next year," added Gan. |
|
|
|
|
|
|
|
besh game nih....
nak masok kelab dier kat skola tapi penuh.......
siut jerk........... |
|
|
|
|
|
|
|
Kumpul lebih 100 piala
Oleh AQMAR ALLADAD
Pada mulanya, dia hanya bermain bersama ayah. Lama kelamaan latihan scrabble yang sebelum ini hanya sejam telah dipanjangkan kepada tiga hingga empat jam. Dari situlah, jejaka yang masih menuntut di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Sarjana Muda Bahasa Inggeris bergelar pemain scrabble disegani.
DILAHIRKAN dalam sebuah keluarga yang hanya mempunyai dua beradik sahaja, Ganesh Asirvatham, 30, menjalani kehidupan kanak-kanaknya seperti kanak-kanak lain. Aktiviti hariannya masih seperti biasa iaitu bermain dengan anak-anak jiran dan rakan-rakan sekolah.
Bapanya yang merupakan seorang bekas pensyarah bahasa Inggeris di Universiti Industri Selangor (Unisel), tidak pernah menghalang Ganesh untuk melakukan apa sahaja keinginan dan minatnya. Asalkan ia mendatangkan faedah.
"Saya seperti kanak-kanak lain yang lebih suka bermain daripada mentelaah pelajaran. Sungguhpun begitu, saya tetap menghadkan aktiviti bermain dan mengaturnya dengan jadual mengulang kaji pelajaran," kata anak bongsu itu.
PERMAINAN scrabble memerlukan pemikiran yang tajam dan boleh dilayari melalui Internet.
Pemain scrabble profesional
Di sebalik sikapnya yang cukup peramah dan fasih berbahasa Melayu, jejaka bertumbuh gempal itu sebenarnya merupakan salah seorang pemain scrabble profesional. Dia langsung tidak menyangka dirinya telah diiktiraf oleh Persatuan Scrabble Sedunia (English) sebagai Juara Scrabble Dunia pada tahun 2007, 2008 dan 2009.
Pengiktirafan itu diterima apabila Ganesh berjaya memungut mata paling tinggi berbanding pemain-pemain profesional lain.
KAMUS Scrabble antara bahan yang boleh menambahkan lagi pemahaman perkataan.
Pungutan mata tersebut dikira berdasarkan jumlah keseluruhan semua pertandingan scrabble yang pernah disertainya di peringkat nasional dan antarabangsa.
Sehingga hari ini, banyak kemenangan telah digapai tetapi Ganesh masih bersikap sederhana dan jauh sekali untuk meninggi diri.
Peribadi itu dibentuk daripada kasih sayang ibu bapa yang begitu memanjakannya.
Menceritakan detik awal bagaimana dia melayakkan diri di dalam pertandingan scrabble antarabangsa dan sering membawa pulang piala kemenangan, Ganesh sambil mengukir senyuman memberitahu, tiada sebarang petua atau rahsia.
PENCAPAIAN yang membanggakan setelah menerima pengiktirafan
daripada Guinness World Record pada tahun 2007.
"Semuanya bermula sebagai hobi sahaja. Ketika berumur lapan tahun, saya memilih melakukan aktiviti yang lebih seronok berbanding bermain scrabble.
"Ini kerana permainan scrabble memerlukan seseorang sentiasa berfikir. Jadi, sudah tentu ketika zaman kanak-kanak, saya lebih suka memilih permainan yang senang sahaja," ceritanya.
Namun, disebabkan sering kali melihat bapanya bermain permainan yang memerlukan pemahaman berhubung perkataan, Ganesh lama-kelamaan terikut-ikut untuk mendalaminya dengan serius.
Bermula dari situlah, bapanya, Asirvatham Arokiam, 57, melihat Ganesh mempunyai daya ingatan yang kuat. Kemahirannya itu dapat digilap sekiranya dilakukan dengan cara yang betul.
MESKIPUN sudah bergelar pemain profesional, Ganesh tetap meluangkan
masa bermain scrabble bersama bapanya, A.Arokiam.
Setelah empat tahun bergelumang dalam dunia scrabble, Ganesh mula diberi pendedahan yang lebih mendalam ketika usianya menjangkau 12 tahun. Ketika itu, bapanya telah membawanya ke bangunan YMCA (Young Men's Christian Association) di Brickfields Kuala Lumpur, lokasi berlangsungnya pertandingan scrabble.
Itulah pertandingan scrabble pertama yang disertainya. Dia sama sekali tidak menyangka berjaya menewaskan peserta lain yang lebih berpengalaman.
Kebijaksanaan Ganesh menyusun huruf telah melayakkan dirinya untuk dinobatkan sebagai naib johan dalam pertandingan pertama itu.
"Ayah saya tidak memaksa saya untuk serius dalam permainan scrabble. Tetapi mungkin disebabkan dia melihat saya ada potensi dalam permainan ini, membuatkan ayah ingin menunjukkan kepada saya teknik berkesan permainan scrabble.
"Kemenangan ini pula menjadi salah satu faktor yang menyebabkan saya berasa diri saya mampu untuk menguasainya sehingga ke peringkat tertinggi," beritahunya yang kini menjadi pensyarah sambilan subjek bahasa Inggeris di Financial Trading And Management Services (FTMS).
Lapan kali juara
Seperti yang kita ketahui, individu yang ingin melibatkan diri di dalam arena permainan scrabble memerlukan daya ingatan yang kuat dan mengetahui banyak perkataan serta maksudnya.
Jadi, apa yang membuatkan Ganesh mempunyai ciri-ciri yang perlu ada pada diri setiap pemain scrabble?
ANTARA piala yang pernah dimenangi oleh Ganesh dalam permainan scrabble.
Ganesh yakin minat membaca yang membuatkan dirinya semakin tajam mempelajari perkataan baru setiap hari.
"Sejak kecil, saya suka membaca apa sahaja jenis novel. Bermula dari situ, lama-kelamaan saya dapat mengetahui perkataan baru sekali gus dapat digunakan ketika bermain scrabble," ujarnya.
Dengan himpunan sebanyak 500 buah novel, kesannya terbukti apabila bermula dari tahun 2000 sehingga 2008, Ganesh tidak pernah tewas di tangan peserta lain.
Bayangkan setiap kali menyertai pertandingan scrabble, nama Ganesh akan diumumkan sebagai juara di Malaysia. Dia sendiri tidak percaya dengan pencapaian yang diraihnya itu.
Tetapi kejayaan itu juga membuatkan Ganesh ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajarnya sejak dia berusia 16 tahun lagi.
Sifu scrabble yang sentiasa dia sanjungi itu merupakan bekas juara scrabble, Raja Fuadin Abdullah yang sebenarnya telah banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.
"Saya memang bertuah kerana Raja Fuadin merupakan jiran saya. Jadi, setiap minggu saya menghabiskan masa bermain scrabble di rumahnya. Waktu itu, rumahnya memang menjadi tumpuan peminat scrabble.
"Rata-rata yang datang semuanya lebih tua daripada saya. Apabila saya mula bergaul dalam suasana yang dikelilingi pemain scrabble, saya mula mengutip sedikit demi sedikit pengetahuan daripada mereka," ceritanya yang mula dapat mengikut rentak scrabble dengan lebih bijak ketika berusia 22 tahun.
Selain itu, Ganesh yang berasal dari Klang, Selangor, bangga dengan dirinya sendiri apabila dia menerima pengiktirafan daripada Guinness World Record dua tahun lalu setelah berjaya mengalahkan 25 peserta lain.
Pertandingan yang diadakan di Mumbai, India itu menyaksikan persaingan sengit. Ganesh perlu bersaing dengan 25 orang peserta dalam satu masa.
Mungkin anda dapat membayangkan bagaimana reaksi Ganesh yang perlu bertungkus-lumus melawan saingannya yang semuanya hebat-hebat belaka.
Dalam tempoh tiga jam, pertandingan itu selesai dan Ganesh berjaya membuktikan kehebatannya sehingga berjaya mengharumkan nama negara.
Mulakan ketika usia kecil
Sesi temubual bersama Kosmo! turut ditemani oleh ibunya, Thevarani Selvarajah, 55, yang kelihatan sungguh ceria apabila mengenang kembali kejayaan anaknya itu.
Senyuman tidak pernah lekang di bibir suri rumah itu. Malah dia juga sempat memberi pesanan kepada ibu bapa lain agar memulakan pendedahan yang berunsurkan kecergasan fikiran ketika anak-anak masih kecil.
"Anak-anak memang tidak suka permainan seperti ini. Tetapi sebagai ibu bapa, kita perlu ajar mereka dengan cara lembut dan persekitaran rumah yang tenang juga penting.
"Dari situ, anak kita akan mula terikut-ikut dengan apa yang keluarga mereka lakukan setiap hari," ceritanya.
Beritahu Thevarani lagi, pendedahan permainan scrabble sebenarnya bukan untuk seronok semata-mata, sebaliknya ia dapat meningkatkan perbendaharaan kata terutama bahasa Inggeris.
Keupayaan seseorang untuk berfikir setiap ayat yang ingin disusun membuatkan otak mereka sentiasa bergerak.
Jadi, itu secara tidak langsung akan menjadikan kanak-kanak tersebut cekap dan aktif untuk memajukan diri dalam mengetahui perkataan baru.
"Caranya tidak susah, kita perlu pupuk minat membaca anak-anak dan membeli kamus scrabble yang mempunyai sebanyak 500,000 perkataan untuk dibaca," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
..baru ingat nak ajar anak men scrabler..seronok dengar tentang org2 yang berjaya dalam bidang nie..dulu pun,penah gak men..waktu bebudak dulu...tupun klu tido umah kwn...iyala dulu tak mampu nak li...hu hu hu...ciannya aku! |
|
|
|
|
|
|
|
Arkitek Thailand menang Kejohanan Scrabble Dunia
JOHOR BAHRU: Seorang arkitek dari Thailand, Pakorn Nemitrmansuk, 34, muncul juara Kejohanan Scrabble Dunia ke-10 menewaskan 107 peserta dari 40 negara, sekali gus membawa pulang wang tunai RM50,880 (USD15,000).
Malah, kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 29 November lalu di Hotel The Zon Regency di sini, turut menyaksikan Thailand membawa pulang Piala Kumpulan Terbaik apabila tiga peserta negara itu menduduki 10 tempat terbaik.
Nemitrmansuk ketika ditemui menyatakan rasa gembira dan tidak menjangkakan kemenangan berpihak kepadanya pada kejohanan itu kali ini.
"Saya sememangnya amat berbangga dapat menyertai kejohanan ini, lebih-lebih lagi apabila bertanding dengan bekas juara dunia kejohanan sebelum ini, yang saya kagumi, Nigel Richards," katanya yang sudah berjinak dengan permainan itu sejak berusia 12 tahun.
Nemitrmansuk menewaskan Richards dari New Zealand selepas mendapat idea menggunakan perkataan ‘Botanica’, membolehkan beliau mendapat 94 mata pada permainan keempat peringkat akhir kejohanan itu.
Richards meraih tempat kedua dan membawa pulang wang tunai bernilai RM20,352 (AS$6,000), manakala tempat ketiga RM10,176 (AS$3,000) dimenangi Dave Wiegand dari Amerika Syarikat.
Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Sementara itu, Abdul Ghani berkata, kerajaan negeri juga ingin membangunkan Johor sebagai satu lokasi perhentian bagi pemain Scrabble, membolehkan mereka membawa rakan mahupun ahli keluarga mengikuti aktiviti riadah itu di negeri ini.
"Peluang menjadi tuan rumah dan menganjur pertandingan ini, memberi gambaran kepada Johor bagaimana permainan itu dimainkan di peringkat antarabangsa.
"Ada pelbagai elemen positif dalam permainan ini antaranya cabaran minda, semangat persaingan dan penguasaan perkataan Bahasa Inggeris yang boleh digunakan sebagai ilmu untuk mempertingkatkan kualiti diri," katanya.
Selain itu, kunjungan pemain kejohanan terbabit ke Johor turut memberi peluang kepada mereka mengenali keunikan dan budaya masyarakat Johor.
Kejohanan itu anjuran kerajaan negeri menerusi Majlis Tindakan Pelancongan negeri Johor dengan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) serta Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), manakala penaja utamanya, Mattel Incorporation.
Penganjur kejohanan Mattel Incorporation dari United Kingdom, Philip Nelkon berkata kejohanan dunia itu berkembang pesat sejak 1991 apabila ketika itu hanya 48 peserta saja yang terbabit dari 19 negara, berbanding sekali ganda peserta kini.
"Kemenangan tiga peserta Thailand ini, satu contoh baik yang perlu kita teladani bagi menjadikan setiap kita, pemain Scrabble yang mewakili negara masing-masing menjadi lebih baik pada kejohanan-kejohanan akan datang," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
scrabble bagus utk perbendaharaan kata... |
|
|
|
|
|
|
|
aku suke sgt main scrabble. aku selalu menang. paling syiok main mase bulan bahasa Inggeris. mcm2 perkataan yg tak pernah dengar keluar mse tu. haha |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|