View: 2417|Reply: 3
|
PEMAKANAN SIHAT UNTUK KELUARGA
[Copy link]
|
|
APAKAH ITU ANTIOKSIDAN?
Antioksidan adalah bahan-bahan yang mempunyai keupayaan untuk melindungi
tubuh kita daripada kesan merosakkan akibat radikal bebas. Tubuh kita bersentuhan dengan radikal bebas akibat proses biologi kita sendiri, juga melalui pencemaran,tabiat merokok, pendedahan terhadap cahaya matahari, bahan kimia, memakan makanan digoreng minyak penuh, jenis ubatan tertentu
dan sebagainya.
Antioksidan berfungsi dengan bertindak
balas terhadap kesan yang merosakkan akibat radikal bebas ini. Contohnya, penyelidikan telah menunjukkan bahawa antioksidan seperti vitamin E boleh mengurangkan risiko masalah kardiovaskular dan mengekalkan penampilan kulit yang awet muda manakala beta korotena boleh membantu dalam pencegahan katarak. |
|
|
|
|
|
|
|
SIAPA MEMERLUKAN SUPLEMEN?
1. Individu yang mengalami kekurangan nutrien
2. Wanita (termasuk gadis remaja) di peringkat umur yang boleh melahirkan anak yang memerlukan
lebih banyak asid folik berbanding yang dibekalkan daripada makanan sahaja
3. Wanita hamil atau yang menyusui anak mungkin perlukan zat best dan asid folik
4. Individu yang tidak minum susu memerlukan kalsium tambahan untuk mengurangkan risiko osteoporosis
5. Mereka yang biasa mengamalkan tabiat berdiet yang membuat pilihan makanan yang tidak seimbang
6. Warga tua yang kurang efisien dalam menyerap dan memetabolisme nutrien atau mereka yang sukar
mengunyah
7. Penghidap AIDS yang mengalami kehilangan nutrien lebih cepat daripada yang dibekalkan daripada
makanan
8. Penagih dadah atau peminum arak yang menyerap begitu sedikit nutrien
9. Individu yang sembuh daripada pembedahan, melecur, kecederaan atau kesakitan yang memerlukan
nutrien tambahan untuk membantu menjana semula tisu-tisu
10. Vegetarian yang memerlukan vitamin B12, vitamin D, zat besi dan zink
11. Individu yang mengambil ubat-ubatan yang mengganggu penggunaan nutrien oleh tubuh
12. Perokok dan mereka yang terdedah kepada asap rokok yang memerlukan vitamin B dan C yang lebih
tinggi untuk menentang radikal bebas daripada asap rokok.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|