|
Penuhi keperluan bakeri Muslim
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
| NAZALYN Aryanti Mubin(depan) dan adiknya, Fatin Izzati, dua usahawan muda yang berjayamenjadi peneraju bakeri Muslim di Taman Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.
|
WANITA lulusan Diploma Hiasan Dalaman dari Universiti Teknologi Mara(UiTM) ini, hanya menghadiri kursus membuat biskut dan kek selamasebulan dengan Majlis Amanah Mara (Mara), namun kerana keberanian dankeyakinan yang tinggi beliau berjaya membuka sebuah kedai kek sendiriyang merupakan satu-satunya kepunyaan orang Islam di Taman BukitSentosa, Rawang, Selangor.
Menurut Nazalyn Aryanti Mubin, 29, penglibatannya dalam bidang pembuatan biskut dan kek adalah secara kebetulan.
揝aya pergi ke pejabat Mara untuk mencari kursus-kursus yangbersesuaian, kebetulan hari itu ada temuduga untuk kursus inkubatormembuat biskut dan kek, justeru pegawainya menawarkan saya untukmenjalani temuduga tersebut.
Peletakan jawatan
揝aya berjaya mengikuti kursus tersebut di bawah kelolaan pemilik Academy Sweet Azza Culinary, Chef Liza Zainol.
揝etelah tamat selama sebulan mempelajari segala aspek mengenaipembuatan kek, biskut dan roti, saya menghantar surat peletakan jawatanyang disandang pada waktu itu di sebuah firma hiasan dalaman dan mulamenjalankan perniagaan kek dari rumah,拻 katanya ketika ditemui dikedainya di Taman Bukit Sentosa baru-baru ini.
Menurut Nazalyn, minat untuk berniaga memang telah ada dalamdirinya, namun tiada kesempatan dan tidak tahu bidang yang ingindiceburi.
揟etapi, dengan adanya ilmu dalam bidang tersebut, telah membukaminda untuk menceburi bidang bakeri dan sementelah pula kawasan TamanBukit Sentosa tidak mempunyai kedai kek Muslim sedangkan majoritipenduduk di sini ialah orang Islam.
揝ehubungan itu, melihat peluang yang ada, dengan bermodalkan wangpemberian bapa dan pinjaman daripada Mara, maka Kedai Kek Sweet AzzaConfectionery dibuka setahun yang lalu dan telah dirasmikan pada bulanSeptember tahun lalu,拻 kata bekas pelajar Sekolah Menengah SelayangBaru.
Ujar Nazalyn, keyakinannya bertambah kuat apabila enam bulankemudian, adiknya, Fatin Izzati Mubin, 20, turut menunjukkan minatdalam bidang ini dan membantunya.
Fatin yang pernah mengambil kursus Pengajian Perniagaan dariUniversiti Koperasi Polis (Unikop), Batu Caves, sanggup berhenti untukmenceburi bidang pembuatan biskut dan kek.
Beliau turut mengambil kursus secara bersendirian dengan Chef LizaZainol selama seminggu di samping mendapat tunjuk ajar daripadakakaknya.
揝aya mahu menjadi usahawan yang berjaya. Sebab itulah saya sanggupberhenti belajar dan memasuki bidang ini,拻 kata anak kepada MubinMisman, 59 dan Inche Rahmah Ahmad, 56.
Sementara itu, menurut Nazalyn, bakerinya menjual pelbagai jeniskek, dari kek sponge, fondant, chocolate mud cake, 15 jenis rotiseperti sun flower sausage bun, mexican bun, stolen red bean bun dansesame sausage bun, biskut (wonderful amos cookies dan nignog Swedish)serta pastri.
Sweet Azza Confectionery dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 9.30 malam kecuali hari Selasa dibuka 3.30 petang.
Nazalyn, anak ketiga dan Fatin (bongsu) daripada lima adik beradiksememangnya beruntung kerana sentiasa mendapat dorongan daripada bapadan ibu mereka.
Ditanya mengenai impian mereka berdua, Nazalyn berkata, inginmewujudkan francais dan mempunyai premis sendiri kerana sekarang merekamasih menyewa. Manakala bagi Fatin ingin mempunyai kilang roti yangmengeluarkan pelbagai jenis roti yang halal kepada masyarakat Islam.
Nazalyn memberitahu, setiap hari mereka menyediakan 10 hingga 20biji kek dan 60 biji roti, itu pun bergantung kepada permintaan.
揝elalunya dalam satu hari, hampir 50 orang pelanggan akanmengunjungi kedai untuk membeli pelbagai jenis kek dan roti. Namun yangpaling popular ialah chocolate mud cake dan sun flower sausage bun,拻katanya.
Nazalyn yang juga pemegang Sijil Perancang Bandar ini memberitahu,yang membezakan kedainya dengan bakeri yang lain ialah dari segi hiasankek kerana kebanyakannya ialah daripada idea sendiri.
揝aya suka melukis, jadi apa yang menarik, saya akan terapkan keatas kek saya. Selain itu ialah kualiti, kebersihan dan harga yangberpatutan.
揝aya tidak kisah jika wujudnya bakeri-bakeri yang lain di kawasanini kerana itu merupakan satu persaingan yang sihat malah bolehmelonjakkan kualiti produk yang dihasilkan oleh setiap bakeri. Manabakeri yang terbaik, pasti menawan hati pelanggan,拻 katanya.
Ujarnya, walaupun baru setahun mempunyai kedai, namun cita-citanya untuk membuka satu lagi cawangan begitu membuak-buak.
揝aya bercadang untuk membuka satu lagi bakeri di Tanjung Malimkerana tiada kedai kek Bumiputra di sana serta mendalami lagikursus-kursus pembuatan biskut dan kek serta menjadi tenaga pengajarkepada mereka yang berminat,拻 kata anak muda yang sentiasa bersemangatini.
Sweet Azza Confectionery yang terletak di No. 35, Jalan Bunga Kertas1E, Taman Bukit Sentosa, Seksyen BS1, Rawang ini bersedia menerimatempahan pelbagai jenis kek, biskut, roti dan pastri untuk pelbagaiacara dan boleh dihubungi di talian 013-2444465. |
|