CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3243|Reply: 19

Tengok bola...

[Copy link]
Post time 9-1-2008 12:46 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ni aku lepak kat McD kota Damansara layan FA England. Seronoktu memang seronok tapi takde la excited sangat sebab yang lawan bukanpasukan yang aku minat (aku penyokong MU).

Anyway yang aku nakcerita kat sini bukan pasal tengok bola atau pasal bola di Europe tapisebenarnya aku nak cerita pasal bola di Malaysia. Terus terang akukatakan aku dah berhenti ambil tahu pasal bola di Malaysia sejak usiaaku 13 tahun. Dulu-dulu aku rajin juga ke stadium tonton bola. Masa tuaku sokong pasukan KL. Asalkan ada game tak kiralah di Stadium Merdekaatau Stadium KL di Cheras aku memang pergi.

Waktu tu memang meriah gila. Penyokong masihramai dan masih setia dengan pasukan pilihan mereka. Tapi sekarang dahlain sangat-sangat. Dalam satu game nak dapat 1000 orang pun rasanyasusah. Tengok dalam TV kalau ada siaran tertunda kita boleh dengarjurulatih menjerit satu padang. Punyalah senyap sunyinya stadium sampaisuara sorang jurulatih menjerit boleh dengar satu padang. Apasebenarnya yang dah jadi?

Ada orang kata sebab utama kerana rakyat Malaysia ni tak patriotik. Betul ke?

Akutak rasa macam tu sebab aku tahu aku ni patriotik dan aku juga takmenonton bola sepak Malaysia. Ada sesuatu yang tak kena dengan bolasepak Malaysia yang aku rasa semua orang dah tahu tapi FAM (badan yangmengawal selia bola sepak Malaysia) seperti buat-buat tak tahu.

Salahsatu yang tak kena adalah berkenaan sistem liga kita. Aku tak fahamformat pertandingan liga Malaysia. Liga mana yangsebenarnya menjadikeutamaan FAM. Liga Super atau liga Perdana?

Sebabnya aku tengokantara kedua-dua liga itu tak ada langsung perbezaannya. Kedua-duanyaserupa saja secara statusnya kalau dilihat secara zahir. Memang la FAMada menegaskan yang Liga Super mempunyai ranking yang lebih tinggi dariLiga Perdana tapi sejauh mana kenyataan itu ada asasnya?

Kalaudi Europe mereka juga mempunyai banyak Liga yang bersaing dalam negaramasing-masing. Kita ambil contoh England sebab rata-rata kita lebihbanyak terdedah dengan situasi liga di sana. Di Englang liga merekadipecahkan kepada beberapa strata liga. Yang tertinggi adalah LigaPerdana English atau EPL. Di bawahnya terdapat lagi liga-liga lainseperti Liga Division 1 dan 2 selain liga peringkat rendah yang lain.

DiMalaysia juga ada tapi penekanan kepada status liga mengikut strata diMalaysia sangat-sangat pelik dan tidak jelas seperti di England. Jikadi England misalnya highlight utama hanya pada EPL sebagai liga utamadalam negara itu. Pemain-pemain berebut-rebut untuk melayakkan diri danmenyiapkan diri dengan segala kemahiran peringkat tinggi untuk bermaindalam liga tersebut. Bayaran juga lebih tinggi dan prospek kerjayalebih cerah jika mereka bermain dalam liga EPL.

Berbanding diMalaysia rata-rata pemain Malaysia tidak kisah mereka bermain di ligamana. Samada mereka bermain di Liga Super atau Liga Perdana pada merekatetap sama. Sebabnya mereka masih dibayar mengikut gaji yang sama takkira di mana pasukan mereka berada dan mereka masih berpeluang utnukmenyertai pasukan kebangsaan walaupun mereka bermain untuk pasukan didalam Liga Perdana 2 (pemain dalam liga FAM aku tak sure samada adabermain untuk pasukan kebangsaan atau pun tidak).


Mungkindisebabkan kepelikan itu yang menyebabkan masyarakat Malaysiamenyisihkan Liga Malaysia. Pelik yang membawa kepada kebaikan takmengapa tetapi peliknya Liga Malaysia semakin membunuh minat rakyatMalaysia untuk menonton. Jangankan kata nak pergi stadium nak tengoksiaran langsung kat TV secara percuma pun rakyat Malaysia tak mahu.Kalau dah percuma pun masih ada masalah untuk menarik minat penontonsepatutnya FAM dah mula sedar yang bola sepak Malaysia memang-memangdah cukup parah.

Liga Malaysia ada harapan lagi nak pulih. Adabanyak cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti LigaMalaysia. Antara cara yang boleh aku fikir:

  • Memperjelaskanstatus liga dan keutamaan liga. Priority mesti ditetapkan. Mesti adagaris pemisah dan keutaam antara liga-liga di Malaysia. Dalam soal inikeutamaan mesti diberikan kepada Liga Super supaya liga tersebutmempunyai keistimewaan dan menjadi liga yang direbut-rebut oleh pasukanyang bertanding.
  • Pemilihan pemain kebangsaan hanya esklusifkepada pemain dari pasukan yang bertanding dalam liga Super sahaja.Pemain-pemain dari pasukan dalam liga dibawah tidak berpeluang untukmenyertai pasukan kebangsaan. Ini boleh memberikan motivasi kepadapemain tempatan untuk maju dan melengkapkan diri dengan skill yangdiperlukan supaya dapat menarik minat pasukan dari liga Supermenggunakan khidmat mereka sekaligus meningkatkan kualiti bola sepaknegara.
  • Membuka pintu pemain liga Malaysia kepada pemain-pemaindari kalangan negara-negara Asian. Kuota pemain import dihapuskan danpemilihan pemain berdasarkan merit dan kemampuan. Cara ini mungkinkelihatan seakan-akan membunuh pemain tempatan tetapi sebenarnya dasarlangit terbuka boleh membawa diversity, variety dan saingan secarasihat bukan saja kepada pemain tempatan tetapi juga kepada bola sepakasian secara amnya.
  • Amalan pemilihan permain pada pembentukanpasukan setiap pasukan menerusi pencarian bakat oleh ejen yangbertauliah. Ejen ini samada yang dilantik atau oleh pasukan sendiri.Hentikan mencari pemain berdasarkan jemputan menghadiri sesi pemilihanmenerusi ujian. Cara ini tidak berkesan untuk mencari bakat atau pemainyang mempunyai skill yang benar-benar boleh diketengahkan.
Itu sajalah idea-idea yang mungkin boleh diguna-pakai untuk menjadikan liga bola sepak kita menjadi meriah semula. Korang rasa camner pulak?

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2008 12:53 PM | Show all posts
bola+kroni+judi=DISASTER...saper nak tgk kalo tau permainan tu dah dirancang sbnrnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 01:19 PM | Show all posts
hantar kat FAM ko punya post tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 01:34 PM | Show all posts

Reply #3 pulau_ilmu's post

nak buat pe?...leh ke org pekak n buta terima?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 01:39 PM | Show all posts

Reply #1 cipOt_cedOt's post

aku setuju dengan pendapat ko cipOt_cedOt,

tapi FAM ni pedulik apa bolasepak negara ni, terutama national team ni makin merosot kualiti n sambutan penyokong, etc... kalau penyokong semua tak datang stadium or tak bagi support, at last penyokong juga akan dipersalahkan. Ramai si bodoh bebal dalam FAM ni bukan nak cari kesilapan sendiri dalam sistem menguruskan bolasepak dalam negara ni, tapi suka cari org lain untuk di persalahkan.

aku ada terbaca lam paper, si naib presiden yg baru ganti tengku Abdullah tu, menyirap pulak aku baca masa dia komen pasal kekalahan team m'sia kat sukan sea tu. si bahlol ni cakap kesimpulannya lebih kurang macam ni, liga M adalah antara liga yg paling sistematik dalam SEA (asia tenggara). Liga thailand pun tak sesistematik macam liga M. Jadi kita patut bangga kerana negara kita mempunyai sistem pengurusan liga yg baik. WTF !! mana yg penting, pengurusan liga yg mempunyai kualiti buruk dan dipulaukan penyokong, atau pencapaian national team dalam international competition. Lagi2, liga M yg takde kualiti ni jugak yg FAM nak banggakan... dah la sukan sea pun tak boleh nak menang. korang masuk youtube, search la video, selangor time mokhtar dahari, senang2 belasah s'pore 5-2 kat stadium kallang, s'pore! skarang, main tempat sendiri pun m'sia boleh kalah

pada supporter diluar sana, aku rasa tak payah lah harapkan sesuatu dari management yg mentaliti macam ni. kalo korang semua maseh ingat, macam mana national coach b.sathianathan dilantik ganti norizan bakar, aku rasa nak tergelak pun ada.. kalo korang maseh ingat, lam bulletin tv3, lepas m'sia U23 menang pestabola merdeka, betul2 lepas game, presiden FAM yg amat happy n bangga time tu, secara 'rasmi' melantik b.sathianathan, time tu jugak dalam bilik persalinan player !! mana professionalism dalam management ? apa president cakap, semua main angguk n setuju. patutnya bawa dalam board meeting, n semua pihak harus berbincang kenapa harus pilih sathiya..

Aku tak suka presiden masuk campur hal2 dalam padang or team. Dah nama pun presiden, kalo bersuara, terpaksa si bahlol2 FAM ni setuju. Pada presiden FAM, ramai rakyat setuju tuanku jadi presiden, tapi jangan la masuk campur team affairs. Cari sponsor sudah la, pastu bagi teguran apa yg patut kalo ada yg tak kena. Bagi org2 teknikal yg uruskan team affairs ni..

aku, sebagai supporter, hanya akan turun menyokong liga n national team, kalau aku tengok suasana ni (management mentality) semakin baik. aku takkan keluarkan my hardcash semata2 untuk menyokong bolasepak m'sia pada zaman gelapnya sekarang. Tiada istilah susah senang bersama bolasepak negara, buta2 menyokong liga n national team yg kualiti, semangat n maruahnyer yg tak seperti zaman dulu time zaman mokhtar dahari n managementnya yg ikhlas dan bersungguh2 w'pun hidup sebagai player dulu, materialnya tak seberapa..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 01:44 PM | Show all posts

Reply #4 myohmy's post

tu la masalahnye. tp bg aku style liga M/Super skrg dah ok.. yg perlu cuma keghairahan media utk liga M je kurang..

cuba korang belek2 ingat2 balik... camne paper2 pd zaman awal 90-an.. dkat bhgian SUKAN..

time tu, dkat bhgian sukan, tiap2 ari ada cite psl liga mesia. kalo cth ada game ari sabtu..
ari sabtu punye bhgian sukan, pnuh dn crite psl pasukan2 y akan main malam tu. ada jadual perlwanan. kdudukan liga, ada snarai penjaring.

pastu paper keesokkannye... dkat muka dpan paper bhgian atas, ada kputusan perlwanan.
psatu bhgian sukan. 2-3 page cite psl bola mesia jek.. pnuh dgn gmbar kaler2... ada senarai detail kputusan prlwnn siap dgn nama pnjaring gol n minit2 gol. ada update snarai liga, ada updtae senarai pnjaring...

kalo paper skrg, mane de brita cmtu lagi... smua brita game di summary dlm satu brita..
kalo nk tgk dtail cam paper dlu2 tu kene beli majalah Bolasepak kot..

aku rs, kalo media2 paper ke tv ke. leh mewarnai dan ghairah tnjuk bola mesia neh.. smgt org nk g stadium msti ada...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-1-2008 02:23 PM | Show all posts
Originally posted by kazaraf at 9-1-2008 01:44 PM
tu la masalahnye. tp bg aku style liga M/Super skrg dah ok.. yg perlu cuma keghairahan media utk liga M je kurang..

cuba korang belek2 ingat2 balik... camne paper2 pd zaman awal 90-an.. dkat b ...


nak ghairah macam mana... bukan takat media... kita sendiri pun tak bernafsu nak tengok liga tempatan... aku sendiri pun tak tahu siapa pemain untuk pasukan mana... even kalau korang sebOt nama-nama pemain pasukan tempatan kat sini langsong aku tak kenal sapa mereka... sorang dua mungkin la aku kenal... itu pun tak sure dia orang main team mana...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 02:59 PM | Show all posts

Reply #7 cipOt_cedOt's post

sbb tula media kene mngairahkan smua pminat bola..
media la kene mainkn pranan utama..
info2 bola, media kene panaskan.. sbgaimana media memanaskn isu2 politik, gosip artis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2008 03:15 PM | Show all posts
kalo main cam katun susah ler....baik bagi aku main ajer
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 05:19 PM | Show all posts
Haku tetap sokong bola Mesia walaupun hampeh..

Bro..kalo kita xsokong sape lagik nak sokong..?? Jgn nk sokong liga luar jek..haku pon ikut liga luar gak, tapi liga Mesia tetap ikut..

Pulun Kedah Pulun
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 05:32 PM | Show all posts

Reply #10 cak!'s post

aku sokong malaysia ni...tapi yelah...kalau nak ikutkan kat dalam tibi...EPL lagi banyak liputan daripada liga kita sendiri...walaupun aku sokong malaysia (walaupun setiap kali aku tgk bola malaysia lawan msti kalah dan aku lebih suka team arsenal ) aku tetap sokong Malaysia punya team...


P/S: teringat aku masa Sukan Sea ke sukan apa ntah yang malaysia lawan Thailand, kalah kat stadium Shah Alam pasal masa lagi sikit nak abis...keper nak tahan bola pakai kaki konon2 nya macam David Seaman masa tu la...sekali gol...abih stadium punya kerusi kena baling kat atas padang....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 07:38 PM | Show all posts
aku tgk mentaliti pemain kat malaysia ni jenis kalah takpe janji melawan....pastu paper plak akan puji...sbb kalah tapi melawan.pastu kalu peminat kutuk plak tak boleh nak terima...aku rasa kena buat mcm apa yg ronaldinho alami sekarang ni..kutuk dan hina habis-habisan biar diaorang rasa..jumpa je maki..kalu dapat tumbuk..tumbuk jeerr...padan muka..kalu kalah je...kita tunggu kat airport ramai2...pastu tulis banner SELAMAT PULANG PETUALANG-PETUALANG NEGARA..biar diaorang fobia dgn kekalahan...

aku ada baca zaman mokhtar....kalu kalah je,masing2 malu nak kuar rumah...malu nak jumpa member sbb kena kutuk....pendek kata kalu kalah,mesti malu dan dalam kepala masing2 mesti menang...

yang paling sakit ati...style rambut mcm star..mcm beckham....tapi main standard kampung...

p/s:aku pon sokong malaysia...aku sayang tgk jersey jalur kuning hitam tu...jersey paling lawa bagi aku..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 10:23 PM | Show all posts
aku sokong tim perak jek..:victory:  tim msia nak kalah ke..nak tertonggeng ke..lantak situ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 11:43 AM | Show all posts
salam semua..

nak tumbuk ker dia org ngah? uish,tak berani aku..tapi takat kasi jelingan menghina tu aku bole...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 01:22 PM | Show all posts
Originally posted by cipOt_cedOt at 8-1-2008 06:46 PM
Baru-baru ni aku lepak kat McD kota Damansara layan FA England. Seronoktu memang seronok tapi takde la excited sangat sebab yang lawan bukanpasukan yang aku minat (aku penyokong MU).

Anyway ya ...



uik panjangnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 01:23 PM | Show all posts
pemain-pemain malaysia manja sangat...tu lah pasal...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2008 05:24 PM | Show all posts
KJ jadik striker la bagus...baru Team Malaysia boleh ganyang Thailand...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 05:28 PM | Show all posts
Yg dah menjangkit penyakit "prestasi semakin lama semakin hambar bolasepak Malaysia" ni ialah sukan badminton dan hoki...

Sama mcm bola, dulu kita la jagoan Asia..la ni jago SEA pun tak tercapai..
Hoki zaman Minarwan Nawawi dulu OK ape...
Badminton 10 tahun dulu OK apa....

Sukan di Malaysia ni yg aku beri perhatian serius bila keluar berita ialah SQUASY. Sebab aku tahu,majorti berita yg keluar ialah berita yg menggembirakan...

Nak harap bola Malaysia? Dah la berita main asyik kalah...nak pulak keluar cerita politik dalaman dlm FAM mcm skuad Malaysia ni power aje nak berkonflik politik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 05:44 PM | Show all posts
ada beberapa perkara yang aku tak tahu samada orang-orang dalam persatuan sukan kita ni nampak atau pun tidak.

Di Amerika misalnya institusi pendidikan mereka menawarkan biasiswa sukan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam sukan. Dalam masa sama mereka menitik-beratkan soal akedemik. Kalau pelajaran merosot seseorang pelajar itu akan digantung dari menyertai sebarang aktiviti sukan sehingga rekod akedemiknya kembali pulih. Dan jika pelajar itu tidak cemerlang dalam sukan kemungkinan biasiswa sukan yang diberikan boleh ditarik balik.Biasiswa boleh diberikan oleh pihak ketiga atau oleh pihak institusi pendidikan itu sendiri. Sama seperti fungsi MARA atau PTPTN menaja pelajar di IPT dan memerlukan pelajar memberikan rekod pelajaran mereka sebelum peruntukan pelajaran baru boleh diluluskan.

Kat sini kita boleh didik pelajar-pelajar kita supaya ada rasa tanggungjawab dan dalam masa yang sama ibu-bapa tidak perlu bimbang jika alasan sukan boleh menyebabkan anak-anak mereka gagal dalam akedemik kerana kaedah ini melindungi 2 kepentingan tadi.

Berbalik semula dalam keadaan di Malaysia, aku tak tahu atau mungkin intensif seperti ini ada tapi tak disebarkan kepada orang ramai. Dan kewujudan sekolah sukan diseluruh negara seperti tidak langsung mengeluarkan sebarnag hasil yang betul-betul mampu untuk memberikan impak kepada sukan negara.

Berapa ramai atlit berprestasi tinggi yang dihasilkan oleh sekolah sukan di seluruh negara sepanjang penubuhannya?

Perangkaan dan statistik tak pernah dikeluarkan oleh pihak yang terbabit dan ini memberikan gambaran seolah-olah sekolah sukan ditubuhkan hanya seperti sekolah-sekolah yang lain dan yang membezakan ialah sekolah ini mempunyai prasarana sukan yang lebih lengkap berbanding sekolah yang lain. Tetapi fungsi sekolah sukan ini hanya pada takat itu saja dan tidak lebih. Sekadar menyediakan sebuah sekolah bagi pelajar yang suka bersukan dan bukan untuk menjadi lubuk atau tempat mengasah bakat pelajar itu menjadi atlit berprestasi tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 10:44 AM | Show all posts
pemain-pemain malaysia manja sangat...tu lah pasal...........
ducati7 Post at 14-1-2008 13:23

Team Malaysia belum tentu dpt masuk Piala Dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.079686 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list