Tak berapa seram la - dah tengok sampai siri 7 tak larat nak abiskan.
Orang putih ni dia tak caya adanya jin, dia sangka tu semua roh orang mati... Saya percaya roh orang mati tak boleh kembali kedunia lagi... wallahualam...
5 orang pempuan tu dia nak uji sejauh mana paranormal ni betul ke tidak, berani betul dia orang. Rumah yang mula2 diaorang pegi tu satu mansion lama dah lebih 400 tahun, kat dalam rumah tu dulu dulu ada orang perempuan mati kena cekik kat tingkat bawah, tingkat 2 ada perempuan mengandung kena bunuh. Diaorang masuk bilik tu terus becakap pada hantu tu, kalau ada tunjukan diri atau bagi signal. Tu 2 orang tu tejerit kena usik. Lepas tu pegi satu bangunan hospital lama pulak, masuk bilik mayat, tempat orang bedah mayat, tak berapa seram. Tempat bilik beku simpan mayat tu dia orang tak berani masuk.