View: 3534|Reply: 18
|
Berkenalan dengan Steganografi
[Copy link]
|
|
Steganography adalah cabang utama di dalam penyembunyian maklumat. Di mana Penyembunyian Maklumat ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:
1. Saluran covert (sulit)
2. Stenagografi
3. Watermarking
4. Anonymity
Steganography berasal dari perkataan greek lama iaitu Steganos (tertutup) dan graphos (tulisan).
Steganography ni ada 2 kategori utama:
1. Steganografi Bahasa
2. Steganografi Teknikal
1. Steganografi Bahasa
Ni ada gak pecahan2 dia. Ada yg guna sinonim, ada yg guna kedudukan teks, ada gak yang guna kedudukan spaces dalam ayat dan macam2 lagi.
Cth Sinonim:
Kalau guna perkataan mati = Ya, kalau guna perkataan meninggal = Tidak. So kata lah kawan kita tgh tunggu signal dari kita, ya atau tidak, kita hantar kat dia ayat ni "seramai 8 orang telah mati di tol Jelapang", jadi jawapan kita 'ya'. Orang yg intercept takkan tau apa sbnrnya yg kita nak hantar.
Cth kedudukan teks, huruf:
Katakan kita hantar sajak,
Aku adalah penyair sepi
Sudah jauh aku mengembara
Bosan aku melihat dunia plastik ini
Sebenarnya kita nak hantar Aku sudah bosan iaitu setiap perkataan pertama tu.
Kalau korang nak try steganography bahasa gi kat http://www.spammimic.com. Ni cth aplikasi yg disguise mesej korang sbg spam. So kalau korang hantar msg ni kat semua dlm mailing list...cuma kawan korang je yg tau sbnrnya spam tu ada msj tersembunyi. Penggunaak key pun penting gak supaya kalau ada orang tu dpt compromise teknik korang, dia tak dpt dgn mudah retrieve balik msj tu.
2. Steganografi Teknikal
Haa...ni lbh luas sikit skop dia. Kalau dari dunia biasa, termasuklah sembunyikan maklumat dlm kasut ke, celah hidung ke dan mana2 lah tempat2 yg korang leh sembunyikan. Kalau zaman grik silam, ada juga yg buat tulis info kat atas kepala botak lps tu bg rambut tumbuh atas tu...bila sampai kat org, dia cukur balik.
Kalau zaman skrg ni leboh tertumpu pada byk teknik2 komputer. Cth yang biasa adalah sembunyi maklumat dalam least significant bit gambar, dlm transform space gamba dan seumpamanya. Kalau nak study bab ni secara basic, korang kena belajar dulu extract bit dari gamba then manipulate bit dlm gambar tu supaya dpt menyimpan maklumat tersebut.
Penat la taip...aku stop dulu...kalau minat, tanya |
|
|
|
|
|
|
|
tak paham.... |
|
|
|
|
|
|
|
leh bagi algorithm untk basic steganografi?
atau
boleh tak bagi basic info utk bit abstraction dalam image. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by True-X at 13-12-2007 09:17 PM
tak paham....
tak faham, basically steganografi menyembunyi maklumat dlm media yg kelihatan innocent. Cth, aku hantar gambar siti kat semua org dlm cari tapi aku embed maklumat rahsia di sebalik gamba tu. Org lain nmpk biasa je, tp contact aku akan tau utk extract info tu dari gamba Siti.
Steganografi ni bidang baru...konferens pertama dia pada tahun 1996. Dia bercambah dari ilmu watermarking. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by i212 at 13-12-2007 11:11 PM
leh bagi algorithm untk basic steganografi?
atau
boleh tak bagi basic info utk bit abstraction dalam image.
Algorithm utk basic steganography?
Kalau utk teks, kita kena assign a value dulu embed sbg penggantinya. Cthnya,
Untuk Perkataan satu do {
if char = a
{ charout = saya }
else if char = b
{ charout = awak }
}
Untuk Perkataan kedua do {
if char = a
{ charout = pergi }
else if char = b
{ charout = balik }
}
Untuk Perkataan ketiga do {
if char = a
{ charout = ke pasar }
else if char = b
{ charout = ke KL }
}
lebih kurang macam tu la. Actually kena fikirkan dulu secara menyeluruh text apa yg kita nak construct sebagai cover tu. Kalau kita nak guna sajak, kita kena layoutkan dulu sajak tu nanti macam mana strukturnya so kita leh adjust kat mana kita nak hide maklumat kita.
Kalau utk image, basically kena tau ilmu image processing, image compression dan seumpamanya. Camne nak extract bit antara ilmu basic yang kena belajar. So syarat utama nak belajar steganography ini first sekali, identify media mana kita nak exploit dan lps tu kena belajar ilmu yg ada kaitan dgn media tersebut. Kalau imej, imej, kalau audio, ilmu audio processing...dan seterusnya. |
|
|
|
|
|
|
|
IC...
so... utk bit manipulation.. aku kena tau la structure image file sebelum aku leh manipulate bit dia...
cth utk offset FD01 akan menyimpan satu bit utk msg aku... gitu ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Ye
utk bit manipulation cthnya dlm satu 24 bit pixel kita ada 8 bit utk Red, Green dan Blue each (R - 8 bit, G - 8 bit, B - 8 bit)...so contohnya kita ada bit berikut dlm satu pixel
10001011 100111001 11110001 ni utk satu pixel
then katakan kita nak sembunyikan contohnya A diwakili oleh 101 so bila kita nak hide kita cuma tukar the Least Significant bit dlm 24 bit sequence tadi...cth:-
10001011 100111001 11110001 - ni yg asal
kita nak embed 101 yg mewakili A, so bit yg kita perlu tukar cuma pada sequence kedua sebab yg pertama dah sedia ada 1 dan ketiga tu dah mmg 1 gak...yg tak sama cuma pada yg kedua iaitu dia bernilai 1.
So kita flip value 1 tu jadi 0, maka pada imej yg baru, 24 bit sequence tu dah jadi:-
10001011 100111000 11110001 - bit yg telah diubah
LSB ni biasa kita gunakan sebab changes kat that part tak brp jelas kelihatan oleh mata kasar. Tapi kelemahan dia lak, kalau kita tukar format (cth: dari jpeg ke gif), maka maklumat yg kita sembunyikan akan hilang. |
|
|
|
|
|
|
|
hmm... ok ..
tentang image pulak...
kita ada type jpeg,tiff,gif dll..
setiap image ada compression yang berlainan..
so.. macam mana kita nak determine dia punya pixel dan bit-bit dia..
kita amik contoh bitonal tiff lah.. simple sket...
oku ada satu fail 100dpi.. pixel dia aku tak sure..
macam mana nak tahu kedudukan bit2 data image tuh..
kalau kita tukar bit2 tuh. . ada effect kepada saiz fail tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Actually format apa pun image tu, kita still boleh extract the pixel. Dpi tu kalau kita nak scan, kita determine by dpi sebab kita nak convert dari analog (gambar hardcopy) ke digital (softcopy). Bila dah jadi digital, saiz dan resolusi diukur menggunakan pixel resolution iaitu katakan utk avatar i212, kelebaran dia 100 pixel lebar dan 74 pixel tinggi. Darabkan lebar dan tinggi tu, dan kita akan dpt jumlah berapa byk pixel yang kita boleh manipulate.
Pixel count will always be the same unless kita ubah. Tapi cara satu2 compression tu menyimpan maklumat pixel tu yg berbeza. Sebab tu kalau kita dah save maklumat tu dalam bmp, bila kita ubah ke jpeg atau gif...akan berlaku kehilangan maklumat.
Jpeg ni lossy compression, mmg dia akan buang certain info yang mata kita tak perlukan untuk mentafsir gambar. Gif lak guna color pallette. Biasanya kalau kita nak study tentang bit manipulation utk pixel, kita start dengan raw image seperti bmp yang tak dicompress lagi.
Tentang penukaran bit tu menukar saiz fail atau tidak, jawapannya tidak. Sebab kita gunakan bit yg dah sedia ada dlm gambar tu, cuma bezanya kita flipkan je bit macam entry saya sebelumnya. Cuma kalau byk sgt flip yg kita buat, dan melebihi hadnya, maka akan nampak perbezaan ketara dari segi perception ke atas gambar tersebut. Mungkin ada degradation atau seumpamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
ic... complex dan menarik... heheheh...
ko dah start buat programming utk bit abstraction tak?
kalo dah start.. apaaa kataa share2 skit kat sini.. hehehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah start dah...dulu projek utk master. Skrg utk phd lak aku proceed. Nak share berat la sikit sbb aku lom publish lagi. ^_^ Tapi kalau software2 free yg orang dah buat tu aku leh la sharekan.
Phd aku, aku wat image generator yg generate lukisan based on mesej tersembunyi. Kalau dah abis bole la aku share ^_^ Research ni biasa la..kena closed door. Kalau tak naya je org curik. |
|
|
|
|
|
|
|
aku wat local je...malas nak tunggu giliran gi oversea..asyik abis kuota jek. |
|
|
|
|
|
|
|
kat mykad kita ada satu patah perkataan tersumbunyi..
kalau potoshat dia nampoak jelas..heh |
|
|
|
|
|
|
| |
|