CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Jejaka#Macho

[MERGED]Misteri Anak Hilang Dalam Kandungan~latest by Alifnara

[Copy link]
Post time 19-5-2009 12:44 PM | Show all posts

Balas #181 dune1989\ catat

terjadi di area banda yg pesat mebangun....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2009 01:49 AM | Show all posts
salam,
pendapat saya ikut Ustaz Ismail Kamus,
bunian bukan manusia yang dighaibkan dari pandangan,
mereka tergolong dalam jin dan bunian ni nama yang org Melayu bg,
s0 ikut pendapat ulama' la kan, melainkan ada ulama' lain kuarkan lain pendapat,
dan yg p0st maknyah atau p0ndan tu terjadi sebab bersetubuh tak baca d0a tu ada dengar dr Ustaz Ismail gak,
tp bukan p0ndan la, dia sebut khunsa, maknanya ada dua kemaluan,
bila x baca d0a, syaitan akan mendahului suami tadi,
dia tak cakap p0n k0nfem jd khunsa, dia cakap ade kemungkinan,
dan maksud "Sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia" tu x b0leh tafsir ngan otak kalau xcukup ilmu,
bahasa halus tu,
mmg bet0l xkan jin Islam jahat?
menurut Ustaz Ismail Kamus lg, maksud ayat tu adalah, sebaik2 jin, mereka kurang kesabaran (cpt marah), tapi mereka mudah ditegur dan membetulkan kesilapan,
berbanding manusia yg jahat, ditegur xmudah berubah,
kira maksudnya kesabaran sebaik2 jin sama dgn manusia yg plg jahat,

kalau salah, slh la pemahaman sy pada ceramah beliau, mintak maaf, sila la hentam
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 11:04 PM | Show all posts
Bayi hilang dalam kandungan

oleh HAMZAH ABDUL HAMID

Betapa terkejut, tidak percaya dan juga luruh emosi seorang bakal ibu apabila mengetahui kandungannya yang berusia lebih lapan bulan tiba-tiba hilang. Dari sudut apakah fenomena ini hendak dihuraikan?




DISEMBER tahun lalu, impian sepasang suami isteri di Kedah untuk menimang cahaya mata sulung selepas dua tahun berkongsi hidup tidak menjadi kenyataan apabila mendapati bayi yang dikandung si isteri tiba-tiba hilang dan tidak dapat dikesan melalui teknik imbasan.

Segalanya umpama sebuah misteri bagi si wanita yang berbunga harapan selama hampir sembilan bulan itu. Dalam kes tersebut, wanita itu telah disahkan mengandung pada Mac 2008 melalui pemeriksaan di sebuah hospital kerajaan di Kuala Lumpur.

Dia dijangka bersalin pada tarikh yang telah dicongak iaitu 29 November. Namun, kelahiran yang ditunggu-tunggu itu tidak menjadi kenyataan.

"Doktor mendakwa rahim saya normal seperti wanita yang tidak mengandung. Bentuknya juga sudah kempis," ujarnya yang mendakwa terasa lenguh-lenguh badan, perut memulas dan kemudian mengalami demam panas pada hari-hari terakhir sebelum kandungannya hilang.

Sudah banyak kes yang dilaporkan media mengenai kejadian seperti ini. Bukan sahaja di Malaysia, kegemparan cerita kandungan yang lesap ini berlaku di seluruh dunia tanpa mengira latar bangsa, status sosial dan kepercayaan agama.

"Kes kehamilan palsu yang menyebabkan kandungan menghilang secara tiba-tiba memang wujud dalam dunia perubatan.

"Ia dikenali sebagai pseudosiesis atau dalam istilah Inggeris - phantom pregnancy," kata Timbalan Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan.

Pseudosiesis adalah suatu keadaan yang lazimnya bersifat psikosomatik. Ia membabitkan gangguan faktor mental dan fizikal yang menyebabkan perubahan pada badan hinggakan sosok tubuh wanita yang tidak mengandung menyamai ciri-ciri wanita hamil.

Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi (Feto-Maternal) itu menjelaskan, apabila seseorang wanita terlalu percaya atau mengharapkan kehamilan, tubuhnya akan menghasilkan hormon yang menyebabkan perubahan-perubahan tertentu.

Paling jelas adalah pertambahan berat badan (khususnya di bahagian perut) selain simptom-simptom klasik lain seperti rasa mual serta tegang perut.

Hujah medikal dan psikologi

"Apabila minda 'menipu' tubuh, paras estrogen mereka melonjak naik. Apabila dalam keadaan sakit, stres atau tertekan, mana-mana wanita pun boleh mengalami gangguan dalam sistem badannya. Ini termasuklah ketiadaan haid, rasa loya dan muntah," jelas beliau.

Tidak hairan juga kalau ketidakseimbangan hormon itu turut membuatkan payu dara membesar dan mengeluarkan susu.

"Perut yang semakin membesar sebenarnya disebabkan lemak yang terkumpul di bahagian tersebut. Ada juga yang merasakan seperti ada pergerakan bayi dalam kandungan walhal tiada janin di dalamnya," terang Jamiyah.

Beliau merumus, belum ada kajian menyeluruh tentang punca pseudosiesis. Ia tidak boleh sepenuhnya ditangani dari perspektif medikal atau ginekologi tanpa mengambil kira keseriusan permasalahan emosi.


ADAKAH imej daripada imbasan ultra bunyi boleh berlaku ralat hingga memberi harapan palsu kepada ibu hamil?

Hakikatynya, sutradara yang mengarahkan sistem tubuh untuk melakukan sesuatu dalam menjalani rutin kehidupan adalah otak.

Apabila otak mencetus isyarat untuk bekerja matlamat tertentu, maka faktor biologi akan menurut dan di situlah bermulanya konsep kepercayaan.

"Sama seperti wanita yang mahu dirinya hamil untuk melepaskan diri daripada desakan sosial, fizikalnya akan terdorong ke arah keinginan tersebut.

"Lebih-lebih lagi jika pasangannya (suami) mengizinkan perkara itu berlaku dengan turut memberi harapan," jelas Pegawai Psikologi Pejabat Kebajikan Masyarakat Johor Bahru, Maizatul Akmam Abu Bakar.

Menurutnya, secara tidak langsung sokongan itu akan meningkatkan keberkesanan emosi isterinya sedangkan akhirnya mereka yang akan kecewa.

Lebih malang, tekanan yang dihadapi lebih menyeksakan apabila cerita 'kehilangan' kandungan itu dilabel sebagai karut oleh doktor dan masyarakat yang melemparkan tuduhan seperti wanita itu sengaja mengada-adakan cerita kehamilannya.

"Selain sokongan keluarga, wanita itu perlu dibimbing secara psikologi melalui sesi pertemuan dengan kaunselor atau pakar psikiatri. Mereka diajar untuk memahami dan menerima kelebihan dan kekurangan diri.

"Ini bermakna minda mereka perlu dilaras semula agar memikirkan perkara-perkara yang lebih positif," terang Maizatul.

"Hanya apabila seseorang ibu itu boleh menunjukkan bukti sahih bahawa pemeriksaan ultra bunyi sebelum itu sudah menunjukkan sifat fizikal bayi atau denyut jantung, tetapi akhirnya bayi itu hilang, maka kita perlukan penjelasan lain," ujar Jamiyah apabila diajukan tentang sisi mistikal bayi yang ghaib dalam kandungan.

Serba-sedikit pertembungan konsep itu dihurai oleh pakar khidmat runding dan nasihat spiritual dari Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien, Engku Ansaruddin Agus. Beliau mengakui pernah merawat tidak kurang daripada 10 wanita yang terganggu emosi akibat kehilangan bayi dalam rahim.

Muslihat dari alam lain

"Wanita-wanita itu mendakwa mereka bermimpi didatangi entiti yang mengingatkan bahawa kandungan tersebut bukan milik mereka dan akan diambil semula," ujar Engku yang tidak menolak kemungkinan kehamilan yang disebabkan 'dampingan' atau 'tumpangan' makhluk halus.

Walau bagaimanapun Engku menegaskan, perhubungan antara manusia dan jin sebenarnya tidak akan menghasilkan anak manusia.

"Sebaliknya, anak-anak daripada kaum jin itu yang bertambah bilangannya jika berjaya memperdaya manusia melalui apa cara sekalipun," katanya.

Apabila diperdaya, seseorang mudah taksub kepada sesuatu. Ini termasuklah meyakini paparan imej bayi dalam rahim melalui teknik imbasan di hospital, sedangkan mereka perlu sedar bahawa ralat teknikal dan muslihat jin juga suatu faktor penyebab.

"Oleh itu, kaum ibu perlu kembali kepada apa yang diajar melalui al-Quran dan Sunah.

Adab, petua dan doa perlu sentiasa mengiringi langkah dan setiap perbuatan agar dilindungi Allah daripada fitnah, penipuan dan helah jin serta syaitan. Golongan itu sentiasa mahu menggoyah akidah umat Nabi Muhammad s.a.w.," pesannya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 11:59 PM | Show all posts
185# Syd

rajin ko tepek ya Syd..

pepehal.. benda tu x mustahil berlaku..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 12:09 AM | Show all posts
186# halimi78

info takpe cikgu
buat bahan bacaan

Kosmo hari ni tak silap artikel nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 12:23 AM | Show all posts
x baca sotkaba pong ari ni.. malas..

bagus gak ada org tlg tepek.. leh gak baca..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2009 12:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by halimi78 at 22-6-2009 00:34

187# Syd

adess.. terdabel post la pulok bila tenet mengong nih..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 12:45 PM | Show all posts
mak pernah citer....ada sedara yg mengalami kes nie..dh lama kes nie...dia mengandung 9bulan....tp tiba 1 malam..dia terasa sakit...dalam dok sakit2 tu dia ngantuk...terlena....dalam mimpi tu...dia bersalin...dengan sorang bidan..pastu dia nampak bidan tu bawak anak dia kuar ikut tingkap bawak anak dia.....bila terjaga...baby takdak..perut pun kempis...pastu..tiap2 malam dia akan mimpikan anak dia...lelaki...suami dia je faham...sebab dia mcm cakap sensorang..org kata mereyan la...smpai tempoh setahun gak la dia dok mimpi anak dia...every malam jumaat akan mimpi....lepas setahun tu dia takde mimpi dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2009 03:06 PM | Show all posts
sian kan org yang penat mengandung tapi tak pasal2 anak dia hilang...

yenil yg penah gugur jan ari tu pun melalak walaupun baby meninggal baru 9 minggu..ni dah bawak berbulan2 tapi hilang..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 08:54 AM | Show all posts
nnt ku mintak member opis ku tepek cerita kandungan dia hilang ... kisah bener nih ... kalu baby tu ada lagi, dah nk setahun dah kot rasanya ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.335719 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list