|
Mimpi Sesama Manusia
Adakala kita sering bermimpi yang adakalanya kita berada dalamkeadaan bahaya di mana ada orang yang memburu kita dan cuba membunuh kita sertasering berada dalam pelarian dan ketakutan. Baiklah, mimpi sebegini bolehdihuraikan kepada mimpi berjumpa dan melihat orang yang mana terdiri kepadaempat golongan iaitu orang tua, kanak, orang yang dikenali dan juga orang yangtidak dikenali. Diharap penerangan di bawah ini boleh dijadikan panduan,wallahuallam.
1. Mimpi melihat lelaki yang dikenali Al-Ustaz Abu Sa'id berkata; "Bermimpi melihat lelaki yangdikenal menunjukkan akan mendapatkan sesuatu daripadanya, dari orang yang miripdengannya atau yang satu nama dengannya."Maksud bemimpi menerima barang-barang berharga daripadanyabererti mendapatkan sesuatu yang dicita-citakan daripadanya. Kalau yangbermimpi itu orang yang layak menjadi pemimpin dan dia melihat menerima kemejabaru daripadanya, maka dia akan memimpin orang itu. Bermimpi menerima talidari seseorang bererti ada berjanji denganya.
2. Melihat orang tua Melihat orang tua yang tidak dikenal atau yang berumur 35 tahunke atas menunjukkan terbatasnya umur orang yang bermimpi itu. Sesiapa yangmelihat seolah-olah dia mengikuti orang tua, bererti dia mengikut kebaikan. Sesiapa yang melihat orang tua Rasytaq, bererti dia mendapat kawan yang luasatau ganas dan melihat orang tua Turki bererti dia mendapat kawan yang baik. |
|
|
|
|
|
|
|
3. Melihat pemuda / tidak dikenali Mimpi pemuda adalah musuh. Bermimpi melihat pemuda putihmerupakan musuh yang tersembunyi, pemuda hitam adalah musuh yang kaya, pemudaberkulit kemerah-merahan merupakan musuh yang tua.Jika orang yang bermimpi itu melihat diikuti oleh pemudabererti dia akan berjumpa dengan musuh. Jika dia melihat bertembungmelihat orang tua berubah menjadi anak muda, maka bermacam-macam mimpinya. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kesenangan. Ada yang mengatakan diaakan mendapat kemerosotan, sama ada masalah dunia atau agamanya, ada yangmengatakan dia akan mati.
Jika dia melihat pemuda yang tidak dikenal dan sangat marahmelihatnya, maka dia akan berjumpa dengan musuh yang sangat dibenci orang. Jika dia senang melihatnya, maka dia akan bertemu musuh yang disukainya.
Perempuan yang melihat perempuan muda dalam tidurnya berertiitu adalah musuh baginya dalam keadaan apa pun. Tetapi bermimpi melihatperempuan tua, bererti itu dunianya. Jika dia melihat wanita itu berhiasmendedahkan auratnya, maka dia akan mendapatkan kesenangan dunianya. Jikadia melihat wanita tua itu berpaling muka, maka hilanglah kemegahannya.
Jika dia melihat orang tua masuk ke dalam rumahnya bererti diaakan mendapat kesenangan dunia dan jika dia melihatnya keluar dari rumahnyabererti hilang kesenangan dunianya. Kalau dia melihat wanita tua itu bukanIslam bererti kesenangan yang itu kesenangan yang haram, tetapi kalau Islambererti kesenangannya itu kesenangan yang halal.
Jika dia melihat seolah-olah wanita muda bertukar menjadiwanita tua menunjukkan baiknya dunianya. Jika ada lelaki melihat wanitatua yang tidak suka kepadanya sedangkan dia suka melihatnya bererti dia susahmendapat kesenangan dunia. Jika wanita itu nampaknya suka kepadanya, makadia mendapat kesenangan dunia sekadar kesukaan wanita tua itu.
4. Melihat kanak-kanak Mimpi kanak-kanak ialah musuh yang lemah. Jika ada lelakiyang bermimpi seolah-olah dia berubah menjadi kanak-kanak bererti hilangmaruahnya. Namun demikian mimpinya itu menunjukkan akan hilangnya kesusahannya.Jika dia melihat seolah-olah mendukung kanak-kanak, bererti dia akan mentadbirkerajaan.Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belajar Quran atau adabbererti dia lepas dari dosa. Sesiapa yang melihat seolah-olah diamempunyai anak yang ramai bererti akan menghadapi kesusahan kerana menguruskanak-kanak pun banyak kesusahannya.
Menurut hikayat, ada seorang lelaki mendatangi Ibnu Sirin danberkata: "Saya bermimpi seolah-olah di bilik saya ada kanak-kanak menjerit"Maka Ibnu Sirin berkata: "Takutlah kepada Allah dan janganlah memukul orangdengan kayu."
Melihat kanak-kanak perempuan dalam tidur bererti mendapatkeringanan dan kemudahan setelah, menghadapi kesusahan. Sesiapa yangbermimpi membeli hamba abdi bererti dia mendapat kesusahan dan sesiapa yangbermimpi membeli hamba sahaya akan mendapat kebaikan.
Jika ada hamba abdi, yang belum akil baligh, bemimpiseolah-olah dia sudah baligh bererti dia akan merdeka. Jika dia melihatseolah-olah sudah baligh, lalu diberikan kepadanya kain putih, maka dia akanmengahwini perempuan merdeka. Jika dia melihat diberikan kepadanya pakaianhitam bererti dia menikahi perempuan bekas hamba sahaya. Jika dia melihatdiberikan pakaian merah bererti dia akan mengahwini perempuan mulia. Tetapi jika orang yang sudah tua bermimpi seperti ini maka dia akan mati. Jika orang yang mengerjakan maksiat tersembunyi melihatnya, maka akan ketahuanperbuatannya.
Sesiapa yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah akilbaligh, bererti itu merupakan kemegahan dan kekuatan baginya. Tetapikemegahan dan kekuatan itu lebih besar kemungkinan berlaku pada ibu anak itu. Perempuan yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa, bererti satukebaikan yang akan datang kepadanya. Nainun demikian kata satu pendapatorang yang mempunyai anak kecil, kemudian dia melihat seolah-olah sudah dewasa,bererti menunjukkan akan matinya. Kata yang lain lagi melihat kanak-kanakseolah-olah sudah menjadi dewasa menunjukkan kepada kekuatan dan pertolongan.
Ada orang yang isterinya sedang hamil bermimpi seakan-akanlahirnya anak lelaki tetapi rupanya isterinya melahirkan anak perempuan. Ada juga yang bemimpi mendapat anak perempuan tetapi dia mendapat anak lelaki. Bahkan ada juga yang tepat seperti yang dilihatnya dalam mimpinya itu.
Ada seorang wanita di Makkah bermimpi seakan-akan disekeliling Ka'bah ada bidadari-bidadari yang sedang memegang wangi-wangian. Tiba-tiba ada orang berkata kepada wanita itu: "Tahukah engkau bahawa AbdulAziz bin Abu Daud berkahwin malam ini?" Setelah terbangun rupanya AbdulAziz sudah mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulan
Seperti yang telah katakan pada email saya yang lalu, semuakejadian dan takdir serta ajal maut adalah rahsia Allah swt. Kita bolehberdoa sebagai satu alat perhubungan atau permintaan kita kepada-Nya. Berdoalah dan mintalahdari-Nya. Minta yang baik, maka baiklahdatangnya tetapi meminta yang buruk, buruklah jadinya, wallahuallam.
Kita juga boleh mengamalkan adab-adab ketika lepas bermimpiseperti mimpi tersebut amat menghantui kita, disunatkan melakukanperkara-perkara berikut :
1. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim) 2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.
3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.
4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu) dan berdoalah agar kita dijauhkan dari musibah dan bencana serta mintalah yang baik-baik serta perlindungan dari-Nya.
Kalau diamalkan perkara di atas Insya-Allah mimpi yang buruk itu tidak adaapa-apa kesan ke atas kita, wallahualam.
Sekian dahulu.
Wassalam
Shamsul Kamal bin MainTerima kasih drpd webmaster.
Dipetik dan disusun semula dari kitab-kitab karangan IbnuSirin, Imam Ad-dahlawi, Imam An-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar.
http://www.geocities.com/skjb20/tip-tafsiran-mimpi.html
|
|
|
|
|
|
|
| |
|