View: 2149|Reply: 0
|
SEBUAH MONOLOG BUAT METAL SEJATI -part 2
[Copy link]
|
|
Episod Kedua ( Mencari petualang si pemburu TIKUS )
- Metal, disaat dan ketika ini aku bagaikan tidak percaya yang dikau telah menjadi begitu kaya dan ampuh sekali bagaikan aku yang hanya menjadi seperti seekor MONYET dibiarkan terkapai-kapai bagai seorang lawak badut yang hanya menghiasi dinding-dinding di sebuah dewan serbaguna yang berdekatan. Aku menjadi sedikit kaku bilamana besi telah menjadikan aku miskin dan terjelepuk didasar lautan atlantik yang begitu besar saiz benuanya.
TIKUS, aku sangat cinta padanya. Aku pon tidak tahu kenapa aku begitu benar-benar mencintai TIKUS. Apakah kaitan TIKUS dengan besi. Begitu benar jauhnya TIKUS dengan besi, langsung tidak ada kaitan dengan apa-apa warisnya. Besi adalah sebuah sebatian dan TIKUS adalah sebuah kehidupan. Namun begitu, TIKUS ku sudah mati tatkala menjadi bahan pemuas nafsu manusia-manusia yang bertopengkan SHAITAN didalam longkang-longkang kecil berhampiran pembentung najis yang berdekatan.
Aku bagaikan sudah "kehilangan" dan besi jugaklah yang menyelamatkan aku dari terus meratapi akan kehilangan TIKUS ku yang sudah hanyut dibawa arus deras oleh ombak-ombak longkang yang begitu besar, sebesar tsunami bagai lagak datangnya. Namun hidup perlu diteruskan dan besi jugalah yang menjadi makanan harian ku daripada pagi hinggalah ke petang dan seterusnya sampai ke malam. Sehingga perutku buncit menjadi sebuah besi bulat yang tiada tolok bandingnya berbanding dengan besi-besi yang lain. Siapakah petualang si pemburu TIKUS? aku masih lagi mencari jawapannya sehingga ke hari ini. TIKUS...TIKUS...TIKUS..Arghh....!!!!!!!!!!!!
[ Last edited by anime at 19-11-2007 12:19 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|