CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3936|Reply: 17

Berakhirnya Rindu

 Close [Copy link]
Post time 14-11-2007 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Elin, lepas ni temankan aku ke CC kejap, boleh?"

Jemari Elina yang sedang ligat menulis termati. Dia berpaling sambil tersenyum simpul. Aku sudah dapat mengagak makna di sebalik senyumannya itu. Tetapi sengaja aku pura-pura tidak mengerti. Halaman buku nota kuselak sehelai demi sehelai. Walaupun tidak ada fakta yang melekat di kepalaku, tetapi sekurang-kurangnya aku dapat menyembunyikan perasaanku yang tidak menentu ketika itu.

"Hai.. sejak bila pula kau pandai ke CC ni Lisa... selalunya aku yang ajak kau. Ni.. kau pula yang ajak aku..."

"Alah.. bukan apa... nak check e-mail aje..."

"Ye ke ni... atau kau dah janji nak chat dengan Dzy Y2k tu?"

Aku terdiam sambil meneguk air liur. Wajah Elina kurenung berjurus-jurus. Serba salah. Memang betul tekaan Elina. Tetapi sebenarnya aku terpaksa. Bukannya aku ingin sangat bersembang dengan lelaki itu di MIRC. Aku memang jenis manusia yang tidak suka memungkiri janji. Silap aku juga. Kalau aku tidak berjanji dengan Dzy Y2k itu, tidak perlu aku bersusah payah ke Cyber Cafe. Membazir masa sahaja.

Petang semalam segalanya bermula. Aku menemani Elina ke Cyber Cafe yang beria-ia benar ingin berbual dengan buah hatinya yang belajar di Mesir melalui MIRC. Sementara menunggu Elin berbual mesra, aku membuka laman web dan menghantar e-mail buat teman baikku Hana yang belajar di USM. Setelah jemu membuka laman web, aku cuba-cuba masuk ke MIRC untuk bersembang. Sebaik sahaja aku memilih saluran kampung, senarai nama rakan sembang tersenarai di situ. Nama pertama yang menarik perhatianku ialah Dzy Y2k kerana ia agak unik berbanding nama lain. Lalu aku klik dua kali pada nama itu.

Dewi: Assalammulaikum

Dzy Y2k: Waalaikumsalam.

Dewi: Peliklah nama awak.. kenapa mesti Dzy Y2k?

Dzy Y2k: Biasalah... remaja alaf baru. Asal mana? Belajar lagi ke? Ambil jurusan apa?

Aku berfikir sejenak. Aku tak boleh beri maklumat betul... kalau dia ni budak UM juga macam mana? Mati aku.....

Dewi: asal Pahang. Belajar kat UIA. Ambil Accounting. Awak?

Dzy Y2k: Asal Selangor. Belajar kat UKM. Ambil Medic.

'Selamat.. nasib baik dia kat universiti lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2007 01:43 PM | Show all posts
Angin malam berpuput lembut. Dingin dan menyegarkan. Sekali-sekala sahutan unggas memecah kesunyian malam yang tenang. Sayangnya, ketenangan malam tidak setenang jiwaku. Bisikan demi bisikan hati meresahkan perasaanku. Kata-kata Dzy yang terpapar di skrin komputer petang tadi masih terbayang-bayang di ruang mataku.

"Dewi, walaupun kita tidak pernah bertemu, tetapi Dzy rasa Dzy dapat menyelami jiwa Dewi. Percayalah, Dzy tak pernah bermaksud untuk mempermainkan Dewi selama ini. Dzy benar-benar sayangkan Dewi dan berharap Dewi sudi menerima diri ini."

Aku benar-benar dilema. Serba-salah dan ragu-ragu. Jika kuturutkan kata hati, memang aku boleh menerima Dzy dalam sekelip mata. Tetapi, kata akalku masih mampu memaksa mindaku berfikir. Ya, cinta siber tidak semestinya sesuatu yang realiti. Bagiku, meskipun perkenalan kami sudah menjangkau dua tahun, tetapi itu tidak bererti kami sudah saling mengerti dan memahami.Apatah lagi kami tidak pernah bersua muka. Identiti sebenar pun masih menjadi rahsia.

Aku agak terkejut juga apabila membaca bicara Dzy dalam e-mail yang dikirimkannya itu. Aku tidak pernah menyangka sampai begitu sekali perasaannya terhadapku. Selama ini, aku cuma menganggapnya sebagai seorang rakan siber yang boleh dibawa berbincang dalam pelajaran, bertukar-tukar pendapat, berkongsi masalah dan cerita suka-duka. Anak muda itu tidak pernah membicarakan perkara yang bukan-bukan. Jauh sekali untuk mempersendakan aku. Sikapnya itu amat kukagumi dan pada firasatku, dia adalah seorang lelaki yang baik. Tetapi, itu tidak bermakna aku telah tertarik padanya. Seboleh-bolehnya aku cuba menjadi diriku sendiri. Seorang gadis yang berpendirian teguh yang tidak mungkin mudah tunduk pada cinta demi cita-citaku. Tetapi, pengakuan Dzy benar-benar mencabar naluri kewanitaanku.

Memang aku ingin dicintai dan mencintai. Sejak berusia 13 tahun lagi, perasaan itu telah wujud. Ia diwujudkan oleh seorang anak muda bernama Ikhwan Dzul Dzikri Hariz. Sebab itulah, sukar bagiku untuk menerima Dzy bulat-bulat kerana Dzikri masih bertakhta dalam hatiku..

Kadang-kadang, aku pelik dengan perasaanku sendiri. Sehingga kini, cintaku terhadap Dzikri masih bersemi meskipun dia tidak pernah tahu bahawa ada insan memendam rasa terhadapnya di dalam diam selama ini. Adakalanya aku rasa tidak adil menghukum Dzy begitu hanya kerana cintaku terhadap insan lain yang mungkin tidak akan berkesudahan. Tetapi, mana mungkin aku melupakan Dzikri. Nama yang penuh nostalgia. Nama pertama yang mengajarku makna sebuah cinta. Dialah lelaki pertama yang berjaya mencuri sekeping hati nan suci. Kisah lapan tahun lalu masih segar di kotak ingatanku. Segalanya masih tersimpan kemas dalam disket mindaku.

"Woi! berhentilah! Jangan gaduh lagi!" Aku cuba memberanikan diri menegur sekumpulan pelajar senior yang sedang membelasah seorang pelajar lelaki seusiaku. Teguranku tidak diendahkan oleh mereka. Sebaliknya, aku ditertawakan pula. Hatiku bertambah sakit melihat telatah mereka. Pelajar lelaki bertubuh kecil itu ditumbuk dan ditendang oleh mereka dengan sesuka hati. Aku tidak pasti apakah kesalahannya sehingga dia dibelasah dengan teruk. Dia tidak sedikitpun melawan. Mungkin dia takut, agaknya. Tetapi,kalau melawan pun, natijahnya tetap sama, fikirku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2007 01:43 PM | Show all posts
Rakan-rakannya yang lain cuma tecegat seperti tunggul mati. Tidak berani melawan pelajar-pelajar tingkatan lima yang bertubuh sasa itu. Hatiku bagai dirobek melihat kekejaman yang berlaku di depan mataku. Apatah lagi apabila melihat cecair merah pekat mengalir dari rongga hidung dan bibir nipis pelajar lelaki itu. Kasihan betul,dia.

"Hana, jom ikut aku. Kita beritahu cikgu Akmal!" Aku menarik tangan Hana agar mengikutku. Hana akur. Langkahku kuatur laju menuju ke bilik guru disiplin tanpa menoleh ke belakang.

揌ei hentikan kerja gila ni!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2007 01:44 PM | Show all posts
Pelajar lelaki tadi tersandar lemah di tepi dinding kelas. Darah segar masih terus menali sehingga menitis ke atas baju sekolahnya. Kasihan sungguh! Rakan-rakannya barulah berani merapatinya setelah Cikgu Akmal muncul. Kalau tidak, sampai pengsan sekalipun anak muda itu, mereka tidak berani untuk menolong.

揔au orang ada tisu, tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2007 01:44 PM | Show all posts
Sungguh cepat detik waktu berlalu. Tidak terkejar oleh insan kerdil sepertiku. Masa terus berputar meninggalkan sisa-sisa kehidupan untuk hari itu. Aku tidak boleh lewat hari ini. Tepat pukul 3.30 nanti aku ada kelas tambahan pula. Detik hatiku berkira-kira sendirian. Kakiku ini terus laju melangkah meninggalkan kelas yang telah kosong. Selalunya aku pulang bersama Hana. Tetapi, hari ini sengaja kubiarkan dia pulang dahulu kerana aku terpaksa berjumpa dengan Cikgu Aziah yang memintaku menyertai pertandingan menulis dan mendeklamasi puisi untuk Hari Kebangsaan nanti. Bermula esok, aku kena mula berlatih. Ini bermakna aku akan balik lewat ke asrama setiap hari sehingga pertandingan itu diadakan.

Jam hampir ke angka 3 petang. Langkah makin kupercepatkan. Ketika aku asyik membetulkan susunan buku-buku di tangan, tanpa kusedari aku terlanggar seseorang. Aku benar-benar terkejut!! Buku-buku ditanganku terlepas lalu bertaburan di atas simen. Insan itu segera memungut buku-buku itu lalu menghulurkannya kepadaku sambil tersenyum manis.Aku terkedu! Mata kami bertembung seketika tetapi aku segera menundukkan pandanganku. Perasaan malu menyelinap di segenap jiwaku. Aku hampir terlupa. Dialah budak lelaki yang dibelasah teruk tempoh hari. Kata Hana, namanya Ikhwan DzulDzikri Hariz. Tidak kusangka kami akan bertemu lagi setelah hampir dua bulan peristiwa itu berlalu.

揈r
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2007 01:44 PM | Show all posts
Di sekolah, Dzikri adalah anak muda yang pendiam.Tetapi, perwatakannya berubah apabila dia diiktiraf sebagai pengawas sekolah ketika di tingkatan lima. Dia disanjungi, dihormati dan digilai ramai gadis. Darjatnya diangkat tinggi. Jauh melepasi puncak gunung Everest. Sedangkan aku terasa diri semakin kerdil. Manakan mungkin bukit kecil menyamai gunung yang tertinggi di dunia itu! Meskipun aku dikagumi kerana prestasi akademikku, tetapi aku merasakan yang jurang pemisah antara kami terlalu luas kerana pangkat dan gelaran itu. Bagiku kami menjadi semakin jauh dan jauh
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-11-2007 01:45 PM | Show all posts
Namun, tidak kuduga kehadiran Dzy hampir menggugat kesetiaanku. Permintaannya agar kami mengakhiri teka-teki di alam siber di tahun akhir pengajian membuatkan aku serba-salah. Aku ragu-ragu untuk menerimanya. Aku sendiri kurang pasti apakah sebabnya. Hendak dikatakan aku sudah mempunyai teman istimewa tidak pula. Sudah ada pilihan keluarga? Tidak juga. Sudah berbuih-buih mulut ibu memujukku agar menerima pinangan anak Pak Cik Seman yang baru balik dari luar negara. Sampai merajuk Mak Tam Senah kerana aku enggan menerima pinangannya. Alasan yang kuberikan adalah aku tidak bersedia. Aku masih tidak bersedia untuk melupakan Dzikri. Mungkin kerana cintaku pada Dzikri masih kuat. Tetapi, sampai bila aku harus bermain dengan bayang-bayangku sendiri? Sampai bila aku ingin terus berfantasi? Berbaloikah aku menunggu bulan dan bintang yang tidak akan jatuh ke riba? Berbaloikah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2007 01:45 PM | Show all posts
揧a Allah卋oringnya. Mana pergi mamat ni. Kata tadi nak chat pukul 5 petang,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2007 01:45 PM | Show all posts
揇ewi, Selamat Hari Jadi yang ke- 23. Saya nak jumpa awak di luar CC sekarang. Jumpa lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2007 01:45 PM | Show all posts
~~~ tamat ~~~


[ Last edited by  onizuka86 at 14-11-2007 01:47 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2007 01:46 PM | Show all posts
揇ewi, Selamat Hari Jadi yang ke- 23. Saya nak jumpa awak di luar CC sekarang. Jumpa lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 12:25 AM | Show all posts
hehe.....teringat plak zmn cinte monyet....bestnye...happy ending
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 03:21 AM | Show all posts
so sweet......
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 04:46 PM | Show all posts
bila nak buat umah baru ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 12:30 PM | Show all posts
best.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 04:16 PM | Show all posts
memang menyimpul ati baca cita ni aku suka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2007 03:36 PM | Show all posts
best2...trimbau imbauan jap..he3
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 07:12 PM | Show all posts
best cite ni..cam berada di awangan jap...
beranagn watak tu sha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.049634 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list