View: 2974|Reply: 11
|
MAKAN GAJI atau BERNIAGA?
[Copy link]
|
|
Cerita dari sahabat aku :
" Aku bekerja di sebuah syarikat yang agak terkenal nama dan operasinya di Malaysia selama 4 tahun...Kedudukan aku yang boleh dikatakan sebagai seorang key-person dalam syarikat ni membuatkan jawatan yang aku pegang sekarang merupakan salah satu jawatan yang agak 'panas' dikalangan rakan2 sekerja lain. Gajiku, aku sifatkan di dalam kategori sederhana-tinggi... namun beban kerja kadangkala teramatla tinggi kerana sikap boss aku yang suka mengipas boss besar aku sampai tak reti nak bezakan yang mana kerja aku dan yang mana kerja orang lain..(kerja orang pon aku kena buat ni...)..sekali aku menolak arahan....alamatnya appraisal aku tahun itu berada di dalam keadaan yang agak tergugat untuk naik satu tangga...Sungguh pun begitu, aku bersyukur dengan hikmah disebalik setiap beban kerja yang menimpa kerana aku dapat mengenali pelbagai pembekal, datuk2, pelanggan2 dan kontraktor. Sambil2 aku menjalankan kewajiban yang diamanahkan, aku bertanya2 tips yang mereka amalkan sehingga perniagaan mereka stabil dan bertahan untuk sekian tahun. Namun di sudut hati, pekerjaan yang aku ada sekarang ini bukanla kerjaya pilihan atau idaman ku. Aku bekerja semata2 untuk memenuhi kehendak materialistik dan membayar hutang. Untuk membahagiakan hatiku sendiri, aku menjalankan perniagaan kecil2an yang hasil pendapatannya kadangkala mampu mengalahkan pedapatan makan gaji ku. Perniagaan yang aku jalankan ini agak bermusim...kadang kala seperti durian runtuh...kadang kala seperti lalu tepi kubur...satu sen pon tak masuk....tapi sebab minat...aku pertahankan tahun demi tahun dan kebanyakan pelanggan ku akan datang kembali. Aku tak pernah buat marketing untuk bisnes kecil aku...tapi nampak gaya jangka hayat nya agak panjang...dan semakin hari, semakin ramai yang bertanya bila aku nak bukak kedai...sebab aku ada potensi untuk lebih maju.
Baru-baru ini aku ditawarkan satu premis perniagaan yang agak berpotensi. Hatiku gembira tak dapat aku nak gambarkan. Apatah lagi di kawasan itu tidak ada perniagaan sepertiku. Namun mendengarkan sahaja sewanya yang mencecah RM6000 sebulan, aku agak gusar untuk membuat keputusan. Kalau tidak membuat pinjaman bank...aku mampu bertahan 6 bulan tanpa pendapatan (bukak kedai - bayar sewa & gaji orang)....risikonya, bila perniagaan tak jalan...aku tutup kedai, duit simpanan aku habis....kesian pulak nanti kat anak2 aku yang masih kecil....Kalau aku buat pinjaman, simpanan aku masih ada...tapi aku akan dilanda hutang. Pengalaman aku yang pernah tinggal & bekerja diluar negara dahulu membuatkan aku yakin yang aku boleh menjalankan perniagaan ini...namun untuk memberi pulangan setimpal dan keuntungan selumayan gaji aku (korang bayangkan gaji paling tinggi sorang eksekutip syarikat swasta), aku agak was-was.
Aku harus membuat keputusan secepat mungkin...hati ini bagai diberi tanda-tanda yang aku harus melepaskan jawatan aku sekarang...namun akalku memberitahu bahwa ini satu keputusan drastik dalam hidup aku yang mungkin akan aku kesali....Oh tuhan...aku mengharapkan petunjuk darimu......"
Kengkawan yang sudi, sesiapa yang pernah ada pengalaman macam ni.....tolong bagi pendapat...sahabat aku ni dah tahap tak lena tido...tak kenyang makan...macam orang berchenta... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau rasa confident , berniaga jer la, aku ni jenis tak reti berniaga, tak berani ambik risiko.
ada tiga kisah kat sini yg terjadi kat sahabat aku.
sahabat pertama .
kerja dengan gomen, gaji pun okey jugak, sekitar 5k, berhenti kerja sebab nak bisnes, tapi malangnya bisnes tak berapa kencang, banyak potong budget, anak-anak pun dah tak mewah, nasib baik laki dia masih kerja. skrg ni kawan aku ni nak kerja gomen balik .
sahabat kedua.
kerja private. gaji sekitar 3k. dapat lubang bisnes, berhenti kerja private, buat bisnes kedai makan, tender kantin, kaya woo, raya lepas aku pergi rumah dia kat USJ, terpegun aku, kereta pun asyik tukar baru je. masa aku tolong dia isi borang income tax, sebulan busuk busuk rm20k , itu pun dah banyak kelentong sbb nak kurangkan tax.
sahabat ketiga
kerja gomen. gaji sekitar 4k, buat part time bisnes guna nama bini dia, kaya woo, kat opis aku kereta dia paling besor, rumah paling besor, sumer guna nama bini dia. tapi awal tahun ni, bini dia muntah kaca campur darah, dia jadi tak terurus, bisnes down. skrg ni dah tak mewah, hidup lepas hutang je. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 choq's post
servis2 berkaitan function company....kerja kahwin....majlis makan malam...custom-made corporate gift(hamper)...lebih kurang gitu2 la...tapi bukan mak andam...wedding aku pon dia yang arrangekan A to Z...aku tau menikah je... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 metalacademic's post
dalam tige2 citer nko....citer no 3 yang paling aku takut.
moral of the story : kengkadang orang lain yang tak bahagia nengok kita |
|
|
|
|
|
|
|
kau try buat semayang sunat istikharah. mintak petunjuk dari allah adalah sebaik2 cara. tapi mcm cth no. 3 tu, benda ni memang lumrah dalam masyarakat melayu kita bila bukak bisnes. ramai sgt yg dengki & tak nak bersaing cara sihat. buat cara kotor. pakcik aku baru 6 bln bukak kedai makan & ada 1 kedai ni sudah mandremkan kedai pak cik aku sampai org yg lalu kat situ lgsg tak nampak kedai pak cik aku tu. bisnez alih2 je drop terus, tak de org datang makan kat situ. alhamdulillah sekarang dah ok sejak pakcik aku buat soalt hajat, mengaji tiap2 hari kat kedai tu sebelum bukak kedai & after tutup kedai tiap2 hari. benda jahat ni kalau allah tak izinkan, takkan boleh jadik punya |
|
|
|
|
|
|
|
gamuhu keje petronas ker??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 starcity's post
setuju dgn cara ini . insya allah .. memantapkan rohani dan jasmani |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by starcity at 13-11-2007 04:43 PM
kau try buat semayang sunat istikharah. mintak petunjuk dari allah adalah sebaik2 cara. tapi mcm cth no. 3 tu, benda ni memang lumrah dalam masyarakat melayu kita bila bukak bisnes. ramai sgt yg ...
emm..pink pun setuju ngan cadangan kawan kita nih...itu lah sebaik-baiknya cara kita sebagai org islam... |
|
|
|
|
|
|
|
cari bissniss part time dulu
tengok prospect bissniss tu
kalu ok....leh fikir nk berhenti...
pls PM/YM |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jenifercute at 13-11-2007 08:09 PM
gamuhu keje petronas ker???
bukan teman leee....sahabat teman...kesian betul...offer kedeai nyer pasal, member dah tak senang duduk...ati rase ndak..akal kata jangan... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|